السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan, Presint 8, Putrajaya: 16
Disember 2019/ 19 Rabiulakhir 1441H (Isnin) oleh Ustaz Haji Abdullah.
●Pendahuluan
-Surah al-Baqarah, ayat 102: “Mereka (membelakangkan Kitab
Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan
dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan
sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang
kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu
sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri
Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan
setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini
hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir
(dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari
dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami
dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat
(atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi
itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah
lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya
apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”
-Surah al-Baqarah, ayat 103: “Dan kalau sebenarnya mereka itu
tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya
pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.”
-Sesiapa yang belajar ilmu sihir untuk menjauhi kemudaratan maka
dibolehkan. Ia belajar untuk menyelamatkan masyarakat.
Tetapi jika ia belajar untuk memudaratkan orang seperti memecah
belahkan suami isteri,mewujudkan persengketaan dan lain-lain maka ia mendapat balasan
buruk di akhirat. Mereka itu menjual diri mereka.
Sesiapa yang belajar dan ia yakin betulnya sihir itu boleh
memberikan kemudaratan kepada manusia maka ia termasuk dalam golongan yang
sesat.
Jika mereka takut azab Allah dan mereka tolak ilmu sihir maka
mereka mendapat kebaikan.
-Para ulama berbeza pendapat tentang ‘sihir’ secara istilah.
Sebahagian ulama mengatakan bahwa sihir adalah benar-benar terjadi ‘riil’, dan
memiliki hakikat. Ertinya, sihir memiliki pengaruh yang benar-benar terjadi dan
dirasakan oleh orang yang terkena sihir.
-Ibnul Qudamah rahimahullah mengatakan, “Sihir adalah jampi atau
mantra yang memberikan pengaruh baik secara zahir mahu pun batin, seperti
membuat orang lain menjadi sakit, atau bahkan membunuhnya, memisahkan pasangan
suami isteri, atau membuat isteri orang lain mencintainya.
-Surah al-Al Baqarah, ayat 102: “Dan Nabi Sulaiman tidaklah
kafir, akan tetapi para syaitan lah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada
manusia”
●Penutup
《May Allah give us
ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment