السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Zohor@Surau Blok C7, Putrajaya: 2 Disember 2019/ 5 Rabiulakhir 1441H (Isnin) oleh Ustaz Haji Salleh
●Pendahuluan
-Seseorang itu hendaklah bertawakal setelah ia berusaha.
-Tidak boleh kita tidak berusaha dan berserah bulat-bulat kepada Allah.
-Jika kita berburu dan mendapat binatang buruan maka hendaklah kita tambat atau simpan ia dalam sangkar sebelum ia disembelih untuk dimakan. Tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dengan bertawakal kepada Allah.
-Kefahaman bahaw kita tidak perlu berusaha dan menyatakan bahawa ulat dalam batu pun Allah beri rezeki adalah satu fahaman yang salah.
-Nabi saw tidak menyuruh umatnya mengganggur.
-Bahkan dinyatakan jika esok kamu tahu akan kiamat dan ditangan kamu ada benih maka hendaklah kamu tanam benih tersebut.
-Justeru jangan kita salah tafsir kata-kata bahawa ulat dalam batu pun ada rezeki.
-Tawakal sepenuhnya bererti kita memberi pergantungan sepenuhnya kepada Allah dengan disertai dengan usaha dan doa yang bersungguh-sungguh. Segala yang kita lakukan hendaklah diasaskan kepada ketaqwaan kita kepada Allah.
-Burung yang keluar dari sarang waktu pagi dengan perut kosong kembali ke sarang pada malam hari dengan perut yang penuh. Burung berpagi-pagian keluar mencari rezeki.
-Setiap kehidupan seperti burung tersebut mencari keperluan kehidupan dengan tabiat yang Allah jadikan kepadanya.
Ia ikut jalan-jalan yang ditetapkan oleh Allah.
Ia ikut jalan-jalan yang ditetapkan oleh Allah.
-Begitulah manusia, masing-masing ada jalan usaha yang ditetapkan samada ia seorang petani, nelayan, pekerja, pengusaha, peniaga dan lain-lain.
-Allah kurniakan akal dan petunjuk pengajaran kepada kita.
-Maka gunakanlah akal yang siuman dan petunjuk yang diberi untuk membuat usaha kehidupan yang diredhaiNya.
-Bila Allah menyatakan hendaklah kita bertawakal, ianya disertai dengan perintah untuk kita beriman, taqwa dan berserah diri.
-“KepadaNya jualah orang beriman menyerah diri.”
-Surah Hud, ayat 123: “Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.”
-Allah yang mengetahui segalanya.
-Surah al-Talaaq, ayat 2: “....dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).”
-Kita berusaha, berikhtiar, berserah dan seterusnya bertawakkal kepada Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment