Sunday, 15 December 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (253/2019): TANGISAN KETAQWAAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM), Putrajaya: 15 Disember 2019/ 18 Rabiulakhir 1441H (Ahad) oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin

●Pendahuluan
Menangis kerana takut dan rindu
kepada Allah SWT
(1) Sabda Nabi saw: “Dari Ibnu Mas’ud ra, ia berkata : ”Nabi saw Bersabda kepadaku: ”Bacalah Al-Qur’an untukku.” Saya menjawab : ”Wahai Rasulullah, bagaimana saya harus membacakan buat engkau, padahal Al-Qur’an diturunkan kepadamu ?” Beliau bersabda : ”Sesungguhnya aku ingin mendengar Al-Qur’an itu dibaca oleh orang lain.” Kemudian saya membacakan untuk beliau surat An-Nisa’. Sampai pada ayat : ”FAKAIFA IDZAA JI’NAA MIN KULLI UMMATIN BISYAHIIDIN WAJI’NAA BIKA ’ALAA HAA ULAAI SYAHIIDA (Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu),” beliau bersabda : ”Cukup sampai disitu!”
Kemudian saya menoleh kepada beliau dan saat itu kedua matanya sedang mencucurkan air mata.” (HR: Bukhari dan Muslim).
(2) Sabda Nabi saw: “Dari Anas ra., ia berkata : ”Rasulullah SAW pernah berkhutbah, dan saya belum pernah mendengarnya. Beliau bersabda : ”Andaikan kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan pasti akan banyak menangis.” Anas berkata : ”Mendengar yang demikian para sahabat Rasulullah SAW menutupi muka mereka sambil menangis terisak-isak.” (HR. Bukhari dan Muslim
(3) Sabda Nabi saw: “Dari Abu Hurairah ra., ia berkata, Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk neraka, seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah, sehingga air susu itu kembali ke puntingnya. Tidak akan boleh berkumpul debu yang menempel kerana berjuang di jalan Allah dengan asap neraka Jahannam.” (HR:Tirmidzi).
-Nota: Bahasa sastera Nabi tinggi selari dengan ketinggian kesasterawan orang Arab ketika itu.
-Dalam ayat-ayat Allah menggunakan bahasa kesusasteraan yang tinggi.
-Firman Allah:
-“Demikianlah Kami memberi perbandingan untuk kamu berfikir”
(4) Sabda Nabi saw: “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya[Q1]. (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya[Q2] basah kerana menangis.” (HR: Bukhari, Hadis no 620).
Nota: Nabi saw menggunakan kaedah menyampai secara sedikit-sedikit. Mungkin ada lagi yang lain dan disebut dalam hadith yang lain.

(5) Sabda Nabi saw: “Dari Abdullah bin Asy-Syikhkhir ra., ia berkata : ”Saya mendatangi Rasulullah saw sedangkan beliau sedang salat dan di dalam perutnya terdengar suara seperti suara air sedang mendidih, saat beliau menangis.” (HR: Abu Daud dan Tirmidzi)
-Nabi saw banyak menangis dalam solat menyebabkan umpama matanya memakai celak.
Nota: Mata Nabi saw seperti memakai celak tetapi ia tidak memakai celak. Ulamak menyatakan bahawa ia adalah kesan tangisan Nabi saw yang banyak.
Nabi saw tidak memakai celak. Tetapi Nabi saw semacam bercelak.
(6) Sabda Nabi saw: “Dari Anas ra ia berkata, Rasulullah saw berkata kepada Ubay bin Ka’ab: “Sesungguhnya Allah ’Azza wa Jallah itu menyuruhku untuk membacakan : ”LAM YAKUNILLADZIINA
KAFARUU.” Ubay bertanya : ”Allah menyebut nama saya kepadamu ?” Beliau menjawab : ”Ya.” Maka Ubay menangis.” (HR: Bukhari dan Muslim).
-Kisah ini berkaitan Perang Tabuk.
Ketika Nabi menyeru untuk umat islam bersama sama baginda dalam perang Tabuk,semua orang islam (mukmin) menyahut seruan baginda melainkan orang orang munafik,tua dan uzur.
-Kaab ketika mendengar seruan itu,beliau dalam keadaan senang dan kebun kebun beliau berbuah,lalu saat orang lain membuat persiapakan perang,maka beliau bertangguh tangguh, merasakan beliau mampu bersiap walaupun lewat bermula, namun saat tentera muslimin sudah mula bergerak,barulah beliau sedar,bahawa beliau sudah terlewat.
-Pergerakan ke Peperangan Tabuk melalui perjalanan yang jauh iaitu lebih kurang 776km sehingga menyebabkan kasut tentera Islam ramai yang pecah.
-Namun tentera Rom tidak sampai. Maka mereka balik semula.
Dalam perjalanan balik Nabi saw berjumpa Ubay bin Ka’ab.
Bersama sama Ubay bin Ka’ab adalah 2 orang lain sahabat yang turut berkata jujur iaitu Hilal Bin Umaiyah dan Murarah bin Rabi’ah.
-Tiga orang itu menyatakan kepada Nabi saw bahawa mereka tidak ada alasan. Mereka yang terlewat keluar. Mereka bercakap benar.
-Nabi saw bertanya kepada Ubay bin Ka’ab alasan ketidakhadiran beliau, lalu Ubay bin Ka’ab berkata: “Ya Rasulullah, jika aku berada di hadapan pemimpin pemimpin dunia lain,aku akan mencipta alasan untuk membuatkan mereka terima ketidakhadiran aku,sesungguhnya kau tahu aku adalah orang yang paling pandai berhujah,namun di hadapan mu,aku hanya mampu berkata benar" dan Kaab menceritakan kisah beliau.
-Maka oleh sebab itu, Ubay bin Ka’ab, Hilal Bin Umaiyah dan Murarah bin Rabi’ah telah dipulau selama 40 hari.
-Saat dipulaukan, Murarah dan Hilal masing masing berada di dalam rumah dan tidak keluar,namun Ubay bin Kaab masih ke Masjid dan menunaikan solat berjemaah,namun beliau tidak dipedulikan orang ramai termasuk nabi sendiri.
-Selepas itu barulah dosanya diampunkan. Selepas dosanya diampunkan maka Nabi saw membacakan surah itu kepada Ubay.
Jadi Ubay bin Ka’ab ia takut dan harap sangat kepada Allah, lalu beliau menangis.
Bila dosanya diampunkan maka ia berasa bersyukur.
-Ubay bin Ka’ab ini ialah orang yang menjaga Nabi saw semasa peristiwa Aqabah.
-Surah at-Taubah, ayat 118: “Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.”
-Ayat sebelumnya: “Jangan kamu menjadi ahli kitab”
(7) Sabda Nabi saw: “Dari Anas ra, ia berkata : ”Setelah Rasulullah saw wafat Abu Bakar mengajak Umar ra, ia berkata : ”Mari kita berkunjung ke rumah Ummu Aiman ra. Sebagaimana Rasulullah dulu sering mengunjunginya.” Ketika keduanya sampai di tempat Ummu Aiman, ia menangis, lalu keduanya bertanya : ”Apa yang menyebabkan kamu menangis, bukankah kamu sudah tahu apa yang disediakan Allah untuk Rasul-Nya itu sangat baik ?” Ia menjawab : ”Sesungguhnya saya menangis bukan sebab itu, saya tahu bahwa apa yang disediakan Allah untuk Rasulullah itu sangat baik, namun saya menangis kerana wahyu dari langit telah terputus.” Ternyata perkataan Ummu Aiman itu mendorong keduanya untuk menangis, maka menangislah keduanya.”
(HR: Muslim).
-Aku menangis kerana wahyu telah terputus daripada langit setelah kewafatan Nabi saw.
Para sahabat, semasa Nabi saw hidup sentiasa menulis ayat yang dibaca oleh Nabi di daun/batu/kulit sebaik sahaja wahyu diturunkan.
Berdasarkan hadis ini menunjukkan para sahabat saling menziarahi orang-orang yang soleh di kalangan mereka.
-Justeru, kita ziarahlah orang yang baik-baik dan orang yang berjasa kepada kita. Ia adalah sunnah Nabi saw.
Nabi saw juga biasa pergi ziarah adik beradik susuannya (Asy-Syaima).
(8) Sabda Nabi saw: “Dari Ibnu Umar ra, ia berkata : ”Ketika Rasulullah saw sakit keras, ada seseorang yang menanyakan tentang imam salat, kemudian beliau bersabda : ”Suruhlah Abu Bakar untuk
mengimami salat!” ’Aisyah ra. berkata : ”Sesungguhnya Abu Bakar itu orang yang amat lembut hatinya, apabila ia membaca Al-Qur’an ia tidak dapat menahan tangisnya.”
Namun beliau bersabda : ”Suruhlah ia (Abu Bakar) untuk menjadi Imam!”
(HR: Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Aisyah ra. yang lain dikatakan, bahwa ’Aisyah berkata : ”Sesungguhnya Abu Bakar apabila menempati tempatmu (menjadi imam), orang-orang tidak mendengar bacaan solatnya kerana menangis.”
-Abu Bakar sama seperti Nabi saw yang banyak menangis.
-Jadi Nabi saw telah memberi isyarat bahawa Saidina Abu Bakar ra bakal menjadi penggantinya.
(9) Sabda Nabi saw: “Dari Ibrahim bin Abdurrahman bin ’Auf, ia berkata :
Dihidangkan makanan kepada Abdurrahman bin ’Auf ra, tetapi waktu itu ia sedang berpuasa, dan ia berkata : ”Mush’ab bin Umair ra adalah orang yang lebih baik daripada aku, ketika ia terbunuh di dalam peperangan tidak ada kain yang dapat mengkafaninya kecuali sepotong selimut yang terbuat dari bulu. Apabila kepalanya ditutupi, maka terbukalah kakinya. Kemudian kami telah diberi kekayaan dunia yang banyak.” Atau ia berkata : ”Kami telah diberi kekayaan dunia yang sebanyak-banyaknya. Kami khuwatir, jika kebaikan kami telah dibalas dengan kekayaan ini.” Kemudian ia terus menangis dan meninggalkan makanan itu.” (HR: Bukhari).
-Meninggalkan makanan bermaksud Abdul Rahman bin Auf terus hilang selera untuk makan.
-Nota:Abdul Rahman bin Auf mulanya susah untuk mendapat anak lelaki.
Kemudian ia mendapat anak lelaki bernama Ibrahim bin Abdul Rahman.
-Abdul Rahman bin Auf menghadapi masalah sakit kulit. Maka semasa zaman Saidina Umar ra, beliau telah mengajukan permasalahan sakit kulitnya kepada Saidinan Umar ra untuk beliau dibenarkan untuk memakai pakaian daripada jenis sutera. Maka Saidina Umar ra telah mengizinkan.
-Bila Abdul Rahman mendapat anak lelaki, oleh kerana sayangkan anak lelakinya maka telah dipakaikan juga kain sutera kepada anaknya.
Pada satu hari beliau dan anaknya memakai pakaian sutera dan dalam perjalanan telah bertemu dengan Saidina Umar ra. Maka ditanya oleh Saidina Umar adakah anaknya juga mengalami sakit kulit. Dijawab oleh Abdul Rahman bin Auf tidak. Lalu Saidina Umar ra telah mengoyakkan pakaian yang dipakai oleh anak Abdul Rahman bin Auf.
-Nota: Nabi saw mimpi Abdul Rahman bin Auf ra masuk merangkak masuk syurga. Ia bukannya bermaksud Abdul Rahman bin Auf bakal merangkak untuk masuk ke syurga di akhirat kelak.
-Ianya adalah peringatan. Mimpi itu sampai kepada Abdul Rahman bin Auf ra. Maka selepas itu beliau lebih banyak menginfaqkan harta beliau. Dalam sejarah Islam Abdul Rahman bin Auf adalah saudagar yang amat kaya dan banyak menginfaqkan harta untuk dakwah Islam.
-Ianya juga amaran untuk kita semua untuk kita audit harta kita. Adakah kita telah mengeluarkannya kepada yang berhak. Sesungguh setiap harta yang cukup haul dan nisabnya akan ada hak orang lain dalam harta tersebut.
-Harta adalah umpama kain. Samada besar atau kecil kain, kita jangan biarkan ia berdaki. Kita bersihkan harta dengan mengeluarkan zakat dan memberi infaq ke jalan Allah.
(10) Sabda Nabi saw: “Dari Abu Umamah Shunday bin ’Ajlan Al-Bahiliy ra., dari Nabi saw beliau bersabda: ”Tidak ada sesuatu pun yang lebih dicintai Allah daripada dua titis dan dua bekas, iaitu titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang menitis sewaktu berjuang di jalan Allah. Adapun dua bekas adalah bekas luka sewaktu berjuang di jalan Allah dan bekas dari menjalankan salah satu kewajiban-kewajiban Allah Ta’ala.” (HR: Tirmidzi).
-Contohnya putus tangan kanan kerana mempertahankan Nabi saw dalam peperangan, muka bercahaya kerana amalan berwuduk dan solat.
(11) Sabda Nabi saw: “Dari Al-’Irbadh bin Sariyah ra, ia berkata : Rasulullah saw telah memberi suatu nasihat kepada kami, nasihat itu dapat menggetarkan hati dan mencucurkan air mata.”
-Semoga semakin bersungguh-sungguh kita membuat amalan dan kebaikan bila semakin banyak kita membaca hadith Nabi saw.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment