Saturday 25 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (89/2019): KITAB HADITH 40 IMAN NAWAWI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bacaan Hadith Selepas Asar @Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 25 Mei 2019/ 20 Ramadhan 1440H (Sabtu).

~Kewajipan mencegah kemungkaran.
-Dalam melaksanakan tanggungjawab mencegah kemungkaran kita tidak takur dicela.
Menjadi tanggungjwab setiap mukmin mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran (Amal Maakruf Nahi Mungkar).
-Muktakhir ini ramai yang hanya melihat kemaksiatan dan kemungkaran tanpa berbuat apa-apa.
-Sabda Nabi saw: “Sesungguh Allah berfirman pada hambaNya pada hari kiamat, “kenapakah kamu tidak mencegah kemungkaran yang kamu melihatnya”, jawab hamba Allah itu bahawa aku takut kepada manusia. Maka firman Allah, “sesungguhnya Aku lah yang lebih layak engkau takuti.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (88/2019): IBRAH RAMADHAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Khas@BPM KPM,Putrajaya: 23 Mei 2019/ 19 Ramadhan 1440H (Khamis). oleh Ustaz Ahmad Salehuddin bin Shafie

●Pendahuluan
1. Dalam kita menikmati kelebihan & keberkatan bulan Ramadhan ini, ada juga di kalangan kita yang meninggal. Ada juga yang meninggal selepas berbuka puasa.
-Bagi kita yang masih hidup, Allah masih bagi peluang kepada kita.
-Masuk sahaja kita ke bulan Ramadhan maka pintu langit dibuka seluas luasnya. Allah membuka luas untuk menerima doa hamba-hambaNya. Seperti balik dari umrah/haji/musafir kita dapat apa yg direquest.
2. Banyakkan Berdoa. -Yang penting sifat Allah tidak sama dengan sifat manusia. Kita boleh minta hari-hari daripada Allah. Allah bagi apa yg kita perlu daripada apa yg kita hendak.
-Jika 10 tahun pun minta, doa kita akan dimustajabkan.
-Jika tidak dapat apa yang kita minta Allah dah rancang yang terbaik untuk kita.
-Doalah untuk diri, keluarga dan ummah bagi kecemerlangan di dunia dan di akhirat
3. Di buka pintu syurga.. -Asal kita dari syurga.
-Allah bagi motivation yang tinggi untuk kita jadi ahli syurga.
Orang yang meninggal dalam bulan ramadhan انشـــــاء الله laluan ke syurga.
- Kita berdoa untuk meninggal di makam nabi, meninggal di bulan ramadhan dan dikebumikan di perkuburan Baqi.
4. Andainya Ramadhan terakhir..
-Kita kena bersungguh-bersungguh buat ibadah, cari pahala dan bekalan.
Keagungan bulan Ramadhan ini adalah umpama ladang pahala yang begitu subur. Kita berladanglah bersungguh-sungguh.
5. Mission dan vision..
-Dalah Surah Al-zalzalah..
Pengarah filem transformers semua membuat imaginasi tentang kiamat.
Filem yang melibatkan akidah.. cerita noah.. Teknologi noah.. imagine bumi tenggelam.
Di sini menunjukkan masyarakat banyak membuat kajian tentang al-quran.
6. Dokumentasi akhirat tidak dapat dicapai oleh akal manusia
-Allah lebih canggih. Kita hanya hamba Allah. Hanya sedikit sahaja ilmu yang manusia ada.
-Kita perlu sentiasa ingat bahawa kita hanya menumpang. Justeru amat perlu kita jaga adab menumpang. Kita redha dan sabar dengan setiap ketentuan serta ujian kehidupan yang ditetapkan oleh Allah.
7. Sepuluh malam terakhir dan malam Lailatul Qadar
-Jika kita mati, kita bergantung harap pada pahala yg kita buat hari-hari. Kita perlu rasa bahawa ianya adalah tidak cukup.
-Tidak ada manusia perfect, mesti ada buat salah. Jadi kita perbanyakkan taubat.
-Allah adalah arrahman arrahimm. Kira jangan mudah menilai dan melebelkan seseoran itu baik atau tidak.
Jangan kita ambil kerja Allah.
8. Imam Al-Ghazali pesan jika kita tidak suka kepada seseorang, ianya hanyalah pada perangai sahaja.
-Ini kerana setiap insan dan makhluk lain termasuk orang yang kita tidak suka adalah hamba Allah.
-Kita tidak boleh cepat menilai dan jatuhkan hukum.
-Islam tidak mengajar kita berburuk sangka.
-Kita kena bimbing dan didik sesama insan. Bukannya dengan kita jauhkan diri daripada orang yang kita tidak suka.
-Jika kita tidak suka sekali pun, kita hanya benci dari segi kemaksiatan yang dia buat. Tetapi yang lain serahkan kepada Allah dan kita berdoa untuk kebaikannya.
-Justeri, hendaklah kita sentiasa berbaik sangka.
9. Pahala amalan kita hanya dapat kita lihat dan nikmati bila kita telah berada di alam kubur & pada hari akhirat.
-Orang mukmin yang beramal akan dapati pahala yang banyak di akhirat. Amalan dan kebajikan yang kita buat dalam bulan ramadhan ini bakal menggandakan pahala yang kita akan bawa ke alam akhirat.
Tiada lagi wang ringgit dan harta benda yang akan digunakan di alam akhirat. Yang ada hanya pahala-pahala kita. Di sana nanti ramai yang saling meminta pahala. Jangan kita jadi di kalangan orang yang muflis akhirat bila mana pahala amalan kita diserahkan kepada orang lain kerana kesalahan kita kepada mereka.
Maka hendaklah perbanyakkan bermaaf-maafan dan menyambung silaturrahim semasa hidup di muka bumi ini.
10. Tips jumpa malam lailatulqada
-Istiqamah solat berjemaah.
-Solat isyak dan terawikh berjemaah dan solat subuh berjemaah.
11. Perbanyakkan sedekah setiap hari di bulan ramadhan
-Jamu orang berpuasa / masak makanan untuk orang berbuka terutamanya serta untuk fakir miskin dan anak yatim.
-Sekiranya masa kita bersedekah jatuh malam lailatulqada, maka pahala berlipat ganda انشـــــاء الله
12. Dua Rukshah bagi orang berpuasa
-Orang yang sakit dan bermusafir lebih dua marhalah boleh berbuka puasa dan wajib menggantinya pada hari yang lain.
-Kita hendaklah bersyukur kita kerana dapat berpuasa dalam keadaan sihat.
Q&A:
Q1: Jika mak ayah kita sakit guna pampers bagaimana kaedah utk solatz
A1: Wajib solat. Sebab solat kita tidak boleh bantu untuk ganti.
Jika mak ayah tinggal puasa atau tidak buat haji kita masih boleh tolong gantikan.
Dalam keadaan sibuk sekali pun, kiblat tidak tahu arah, dll kita wajib solat.
-Qada’ sembahyang yang tidak sempurna lebih baik.
-Jika tidak dapat solat dengan sempurna kerana kekangab, maka kita solat sebaik mungkin. Iaitu solat hormat waktu. Jika tidak boleh solat berdiri kita duduk. Jika tidak boleh juga, kita guna mata. Jika tidak boleh dengan mata, maka kita guna hati.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (87/2019): BULAN RAMADHAN ADALAH BULAN IBADAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 25 Mei 2019/ 20 Ramadhan 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Datuk Haji Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (Mantan KP JAKIM)

●Pendahuluan
-Syukur kita telah dipanjangkan umur untuk kita sampai ke fasa 10 hari terakhir bulan Ramadhan.
-Ramadhan adalah bulan yang agung dan banyak keberkatan.
Di bulan inilah banyak kita mendapat kemuliaan.
-Sebelum tiba bulan Ramadhan, kita telah berdoa utk mendapat keberkatan di bulan Rejab dan Syaaban dan kita berdoa untuk disampaikan ke bulan Ramadhan dan diberikan keberkatannya.
Keberkatan:
-Maksudnya amat yang besar/luas.
-Umumnya keberkatan bermaksud yang membesar dan berkembang.
-Bulan Ramadhan ini akan memberi banyak makna bila kita semua telah membuat persediaan.
-Persediaan utama ialah persediaan keimanan.
-Sabda Nabi saw : “Sesiapa yang berpuasa dengan keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan dosanya yang masa lalu..”
-Jadi agenda kita di bulan Ramadan ialah kita menganggapkan Ramadhan ini sebagai tetamu kita yang agung.
-Pada bulan Ramadhan ini,kita berpuasa dan mendirikan solat (qiam) malam.
Jadi di bulan Ramadhan ini mempunyai agenda siang dan malam. Iaitu ibadat kita sepanjang siang dan malam.
-Bulan Ramadhan adalah bulan ibadat.
Ramadhan adalah untuk ibadat.
Ia bukan sesuatu yang bersempena-sempena perayaan semata-mata.
-Bulan Ramadhan adalah bulan yg sepatutnya kita ambil kesempatan bagi meraih kebaikan dan mengumpul bekalan sebanyak mungkin.
-Jadi kita perlu mengambil peluang di bulan Ramadhan ini. Orang yang tidak mengambil kesempatan ini adalah orang yg tidak cerdik dan lalai.
-Kita perlu tukar sesuatu itu daripada budaya kepada ibadat.
-Budaya bahawa di bulan Ramadhan ini adalah pesta makan, pesta kanak-kanak hanya banyak bermain di masjid/surau, bermain mercun/bunga api, berpakaian mewah, kuih muih, dll.
Kita transform apa yang kita lakukan daripada adat kepada ibadat.
-Tidak kira siapa kita samada kita seorang suami, isteri, ayah, anak, kaya/miskin, berdarjat/tidak berdarjat dll, hendaklah kita cuba jadi insan yg lebih penyayang, pemurah, berbaik-baik, berlemah-lembut, saling bertanggungjawab, bantu-membantu dll.
-Firman Allah: “Apabila engkau ditanya oleh hambaKu, nyatakan bahawa aku amat dekat dengannya.”
-Bulan Ramadhan adalah bulan berihsan, bulan berinfaq, bulan berdoa, bulan berzikir, bulan bersolat, bulan al-quran. Ia juga bulan menziarahi kaum kerabat. Iaitu bulan untuk kita meningkatkan silaturrahim. Ramadhan juga bulan memuliakan orang lain (sharul ikhram).
-Masalahnya, ramai yang hendak dirinya dimuliakan. Cuba kita ubah. Kita saling memuliakan orang lain. Kita duduk bersama-sama orang miskin/susah.
-Kita perlu memberi khidmat kita kepada ibu bapa kita terutamanya di bulan Ramadhan ini. Kita bantu kaum keluarga kita dan masyarakat yang memerlukan.
-Bulan Ramadhan juga adalah bulan shahrul ikram. Iaitu bulan memuliakan orang. Kita muliakan semua orang. Tidak kira samada kepada orang asing atau orang tempatan. Cuba kita bersama-sama berbuka dengan para pekerja asing yang datang berbuka di masjid.
-Kita muliakan orang samada dari segi material atau spiritual (kerohanian).
Kita mungkin tidak beri apa-apa.
-Jika kita dapat ziarah guru-guru dan orang-orang yang banyak berjasa kepada kita adalah amat baik. Betapa gembiranya guru-guru bila dapat bertemu semula dengananak muridnya. Betapa gembiranya saudara mara dan kaum kerabat dapat bertemu dan saling ziarah-menziarahi.
-Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang mengawal mata kita. Jangan kita habiskan banyak masa menonton dan membaca perkara yang lagha’.
-Pada bulan Ramadhan ini juga kita cuba tingkatkan syiar-syiar Islam.
Solat berjemaah adalah syiar Islam yang tertinggi.
-Jadi kita jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan membuat banyak kebaikan.
-Bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan. Iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Allah.
Ramadhan adalah bulan al-quran.
-i. Qiraat’ Taa’bur, iaitu baca semata-semata untuk beribadat.
Jadi jangan kita remehkan orang yang sekadar membaca al-quran tanpa mengetahui maksudnya.
Takrif al-quran di sisi ulamak Usulludin, al-quran adalah kalam Allah yang menjadi ibadat dengan membacanya. Ganjarannya pada setiap hurufnya.
ii. Qiraat’ Taddabur, iaitu membaca al-quran dengan memahami terjemahannya. Yang paling baiknya memahami tafsirnya.
Ini yang lebih baik berbanding Qiraat Taa’bur.
Kita usaha untuk memahami al-quran dan mengamalkannya.
Sekurang-kurangnya kita memahami surah-surah pilihan/lazim.
-Hadith Nabi saw:
Nabi saw ada menyatakan bahawa ada lima perkara yang menjadikan seseorang itu telah berbuka puasa (yang boleh menghilangkan pahala puasa)”. Iaitu:
-
-Tidak menjaga hati
-Tidak menjaga telinga
-Tidak menjaga lisan (membawang)
-Sumpah palsu
-Lihat dengan syahwat
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah telah menfardhukan puasa Ramadhan. Dan aku telah mensunahkan qiam. Siapa yang berpuasa dengan keimanan, keikhlasan dan penuh keyakinan ia merupakan satu kifarah kepada perkara silam (dosa-dosa lalu).”
-Bagi orang yang mendapat haji mabrur maka ia umpama ia kembali seperti hari dilahirkan oleh ibunya. Kembali kepada fitrah.
-Maka demikianlah bagi orang yang berpuasa. Sekiranya puasa kita diterima dan diberi keampunan oleh Allah maka sesungguhnya kita telah kembali kepada fitrah.
Kita banyakkan berikhtikaf pada 10 malam terahir Ramadhan. Kita ganda aktiviti bersifat kerohanian pada malam terakhir ini.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Thursday 23 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (86/2019): TAQWA DAN SOLAT



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 19 Mei 2019/ 14 Ramadhan 1440H (Ahad) oleh Ustaz Shukri.

Sumber: Hadith 40 Imam Nabawi ~samb:ms78.

●Pendahuluan

-“Wahai manusia yg beriman kepada Allah, difardhukan kepada kamu puasa di bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan kepada umat-umat terdahulu. Mudah-mudahan kamu menjadi insan yg bertaqwa.”

-Jadi tujuan sebenar Allah jadikan Ramadhan untuk kita mencapai darjah insan bertaqwa.

Hadith # 2: Keimanan, Ihsan (ms 78).

Mendirikan Solat.
-Setiap orang Islam mesti mendirikan solat
-Sifat jiwa & batinnya akan sentiasa tunduk kepada Allah.

-Orang Islam ialah orang  yang beriman dan mempercayai perkara yang ghaib.

-Dpd 114 surah, ayat yang Allah banyak kali ulang ialah taqwa.
Pada setiap jumaat, antara rukun khutbah ialah mengingatkan kaum lelaki untuk bertaqwa.

-“Wahai manusia yang beriman kepada Allah. Bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa. Janganlah kamu mati melainkan kamu mati sebagai seorang Islam.

Ulamak membincangkan perkara berkaitan taqwa dengan banyaknya. Ini menunjukkan betapa pentingnya taqwa dalam kehidupan orang beriman.

-Sahabat bertanya pada Nabi saw, ramainya manusia tidak masuk syurga kerana apa. Jawab Nabi saw ia adalah kerana tiadanya taqwa.

-Dalam ayat-ayat berkaitan dengan solat kebanyakannya dikaitkan dengan taqwa.

Bila kita beribadat ia dapat menimbulkan perasaan taqwa.

Kelembutan hati dikalangan manusia adalah mudah untuk beribadat dalam bulan Ramadhan.

Ibadat sunat utama di bulan Ramadhan adalah solat sunat terawikh.
Allah didik kita untuk lama berdiri kerana Allah.

-Salah satu pintu syurga adalah orang yang mendirikan solat dengan khusuk.

Maka hendaklah kita menjdiborang yang sentiasa bertaqwa.

“Katakanlah kepada hamba Ku yg beriman, hendaklah mereka mendirikan solat..”

-Orang yang terlebih dahulu meninggalkan Ramadhan bila mana seseorang itu meninggalkan solatnya.

-Sifat orang mukmin yang beriman ialah bila ia meninggalkan perkara yang disuruh ia akan rasa terkilan & rasa bersalah amat sangat.

Solat:
-Solat mendidik manusia ke arah kesucian, kesejahteraan, meninggalkan daripada perkara-perkara yang diluar batas kesopanan.

-“Dirikanlah solat, semoga ia mencegah kamu daripada perkara fasakh & mungkar..”

-Perkara fasakh & mungkar tidak berlaku dalam masyarakat bila kita semua mendirikan solat.

-Jadi, kita bina solat dalam keluarga.
“Ya Allah jadikan Ku dan anak keturunan ku yg sentiasa mendirikan solat..”

-Surah Al-Ankabut, ayat 45: “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepada mu daripada al-quran dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya). (Ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

-“Sesungguh orang yg bersungguh-sungguh melakukan kebaikan maka Allah akan tunjukkan jalan-jalannya”


Kesan Meninggalkan Solat
-Siksaan Kerana Meninggalakan Solat

-Kita mohon kepada Allah untuk kita sentiasa dapat mendirikan solat sehingga akhir hayat kita.

-Kita bertaddaburlah dengan ayat 45, surah Al-Ankabut tersebut.

Antara intipati ayat ini, jika seseorang itu mempunyai banyak masalah maka hendaklah ia melihat kepada solatnya. Adakah ia telah benar-benar mendirikan solat.

-Jiwa yang terdidik dengan ibadat solat akan menjadikan seseorang itu benar-benarctaat kepada Allah. 

-Orang yang memelihara solatnya ia akan hadapi pelbagai fitnah dan pancararoba dengan sebaiknya.

-Firman Allah: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bersifat keluh kesah. Kecuali bagi orang yang menjaga solatnya..”

-Firman Allah: “Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah seseorang mukmin itu..”

Berjaya dan beruntung ini ialah orang yg paling khusuk dlm solatnya.

Bila ditanya kepada Nabi saw apakah ibadat yg paling mulia, jawab Nabi saw ialah adalah orang yang solat pada awal waktu. 
Juga tempat bersolat yang paling baik ialah di masjid.

-Nabi saw berkata, orang yang bersolat 5 waktu umpama ia pergi mandi ke sungai 5 kali sehari. Maka daki & kekotoran akan hilang. Demikian jualah bagi orang yang solat 5 waktu setiap hari. Maka dosa-dosa orang yang mendirikan solat akan diampunkan Allah.

-Kajian menunjukkan, punca utama keruntuhan rumahtangga ialah kerana meninggalkan solat. 
Bila meninggalkan solat,maka ia telah meruntuhkan institusi keluarga.

-Orang yang beriman ia tidak berani menyatakan bahawa ia akan selamat di alam barzakh dan pada hari akhirat.

-Kubur adalah tempat kecintaan bagi ular. Maka bagi orang yang meninggalkan solat akan menjadi mamahan ular.

-Ada orang yang bersolat tetapi masih tidak meninggalkan maksiat.

-Sesungguhnya yang membezakan seorang lelaki dengan seseorang lelaki yg lain ialah orang yg bersolat dan orang yang meninggalkan solat.

-Orang yang khusuk dalam solat maka ia akan mendapat bauan syurga Allah. Jaraknya 40,000 tahun perjalanan. 
Bagi yang meninggalkan solat...maka ia jauh daripada bau syurga.

Sahabat menyatakan, perjanjian yang adil antara kami ialah mendirikan solat.

Siapa yg meninggalkan solat, maka tidak ada agama baginya.

Solat adalah teras bagi mendirikan keluarga.

-Sabda Nabi saw:
“Ya Muaz, perkara penting urusan engkau di sisi ku adalah solat..”

Sesungguhnya sepenting-sepenting urusan kamu ialah solat.

Siapa yg mensia-siakan solat, maka ia akan sia-siakan perkara yang lain. Tidak ada orang yang beruntung bagi orang yg mempersia-siakan solat.

-Saidina Ali ra menyatakan:
“Ada tiga perkara yang dibawa oleh seseorang untuk khusuk dalam solat.
Dua perkara daripadanya sentiasa di bawa, manakala satu perkara kadang-kadang dibawa dan kadang-kadang tidak tidak dibawa dalam solat.” Tiga perkara tersebut ialah:

1. Pakaian-pakaian yang dibawa ketika solat
2. Jasad yang dibawa dalam solat
3. Kalbu (hati)

-Maka kita hendaklah pastikan bahawa bila kita solat, hati kita benar-benar berinteraksi dengan Allah.

-Kita perlu cintakan al-quran. Bila kita solat, membaca al-quran, kita berinteraksi dengan Allah.

-Kita binalah taqwa dalam diri kita melalui solat.


●Penutup

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (85/2019): KEMATIAN SENTIASA BERDAMPINGAN DENGAN KITA



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 20 Mei 2019/ 15 Ramadhan 1440H (Isnin).

●Pendahuluan

-Syukur alhamdulillah atas segala limpah nikmat kurniaan Allah. Daripada kita bangun tidur di pagi hari hingga kita kembali tidur di malam hari begitu banyak nikmat kurniaan Allah.
-Bila kita bersyukur atas segala kurniaan Allah, nescaya Allah akan tambah.

Adakah Ramadhan ini adalah yang terakhir pada kita? Setiap kita tidak mengetahuinya.

Antara nikmat yang Allah beri pada kita ialah ketaatan kita kepada suruhan dan meninggalkan larangan Allah yang dibawa oleh para Nabi/Rasul.

-Surah Al-Haj, ayat 23: “Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai. Mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, serta pakaian mereka pula daripada sutera.”

-Perkara yang hampir sekali dengan kita adalah kematian.
Diriwayatkan oleh Imam Malik & Ibnu Madja, datang seorang lelaki Ansar kepada Nabi saw & ia bertanya: “Wahai Rasulullah, mukmin yang mana paling utama. Sabda Nabi saw: “Yang baik akhlak budi pekerti, yang paling banyak mengingati kematian, yang membuat banyak persiapan selepas ia mengingati mati..”

-Bila seseorang itu ingat mati maka ia akan sentiasa insaf. Kita akan membuat banyak persiapan & tidak leka dengan keduniaan.

-Sabda Nabi saw: “Sekiranya seseorang kamu melintasi taman-taman syurga, maka kamu berhentilah dan berehatlah kamu di situ. Maka ditanya kepada Nabi saw, apakah itu taman-taman syurga, maka jawab Nabi saw, ia adalah majlis-majlis ilmu.”

-Bila seseorang itu mengingati mati maka akan hilang/kurang rasa keinginan untuk kelazatan terhadap dunia. Kita akan kurang rasa keinginan untuk mendapat pangkat, harta dan wanita.

Setengah ulamak menyatakan untuk kita mudah mengingati mati, hendaklah kamu:

i. Dekatkan rumah kamu dengan kubur
ii. Dekatkan rumah kamu dengan masjid

-Bila kita ingat mati maka kita akan sentiasa bertaut kpd akhirat. Setiap saat dimanafaatkan utk akhirat.
Kita sentiasa takut untuk dihisab.

Siapa yg mengingati mati,maka ia akan:

i. Mempercepatkan bertaubat

ii. Bersifat qanaah. Cukup dengan yang ada. Tidak panjang angan-angan untuk kemewahan dunia. Tidak tergopoh gapah & tidak mencintai dunia.

iii. Rajin untuk beribadat

Sebaliknya, bagi sesiapa yang jauh daripada mengingati mati, maka ia akan:

i. Lambat bertaubat & menunda-nunda

ii. Tamak & lahab atas urusan-urusan dunia. Melebihkan urusan dunia hingga lupa laksanakan ibadat yg ditetapkan

iii. Malas untuk beribadat

-Nabi saw menziarah kubur.

Pada mulanya Nabi tidak menggalakkan untuk menziarahi kubur. Kemudian Nabi saw telah menggalakkannya. Ini kerana:

i. Ziarah ke kubur untuk kita mengingati mati. Untuk kita merasa keinsafan.

ii. Ia dapat mengendurkan kecintaan kepada dunia dan mengurangkan pangjang angan-angan

-Orang yg beriman akan sentiasa mengingati mati.

-Betapa ramai orang yang mengaku beriman tetapi tidak taat kepada Allah.

-Ada yang memasuki bulan Ramadhan ia tidak rasa apa-apa. Merekalah orang yang paling rugi.

-Ramadhan sepatutnya dapat mendidik kita untuk istiqamah.
Para sahabat membuat persiapan 6 bulan sebelum tiba bulan Ramadhan.

-Hendaklah kita sibukkan diri kita dengan akhirat.


-Jika kamu melihat kematian, lihatlah tiga perkara:
i. Dahi berkeringat (berpeluh)
ii. Air matanya bersinar
iii. Hidung keluar hingus
Perkara tersebut adalah petanda rahmat Allah.

Sekiranya mayat itu dilihat:
i. Terdengar bunyi umpama mendengkur
ii. Merah padam wajahnya
iii. Gerahangnya bunyi gementur
Maka itulah petanda datangnya azab Allah.

-Petanda orang baik itu menuju kematian, ia telah merasa kehadirannya beberapa lama.

-Nabi saw bila hendak wafat, baginda telah memasukkan tangan ke air dan menyapu dahinya. Betapa kematian adalah kesakitan walau pun Nabi saw adalah kekasih Allah.

-Banyak membaca kalimah:
“Tidak ada tuhan yg patut disembah melainkan Allah....”
“Allah lah Yang Maha Tinggi..”

-Nabi Musa as bila hendak wafat..seperti kambing hidup yang dagingnya disiat-siat.

-Ada yg berkata kematian itu umpama pedang yg melukai tubuh badan.
Iaitu dinyatakan, kedatangan malaikat maut itu lebih dasyat daripada 1,000 libasan pedang.

-Berdoalah kita kepada Allah, semoga Allah meringankan kematian kita.

-Malaikat maut datang melihat orang yg  hendak dicabut nyawanya lebih 360 kali sehari.

-Maut itu penghapus segala dosanya. Maut adalah musibah bagi orang muslim. Allah boleh gugurkan segala dosanya.

-Sabda Nabi saw: “Talkinkan orang yg hendak mati dengan kalimah Laillah.. (syahadat) dan hiburkan mereka dengan syurga.”

-Bagi orang yang hendak mati ada dua makhluk yang akan datang. Iaitu syaitan yang datang menyerupai ibunya & bapanya.
Syaitan yg menyerupai ibu/bapa itu usaha untuk menyesatkan orang yang hendak mati.

-Roh yang beriman ia akan berlegar-legar dan mengharapkan doa-doa orang yang hidup.

-Ulamak menyatakan, kalimah-kalimah tauhid yg disebut disaat kematian dapat menolak gangguan-ganguan syaitan.
Kalimah tauhid yang dibaca akan mendapatkan keselamatan.

-Bila kita mengungjunggi mayat, hendaklah bercakap yang baik-baik sahaja.
Nabi saw bersabda: “Apabila kamu menziarahi mayat,maka hendaklak kamu bercakap yang baik-baik. Sesunguhnya malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan..”

Nabi saw mengajar doa ini kepada Abu Salamah:
“Ya Allah ampunkan hamba mu yang meninggal. Dan gantikanlah dengan yang lebih baik ..”

-Doa orang yang hidup amatlah berguna untuk orang-orang yang mati.


Bagai mana untuk sentiasa mengingati mati:
i. Selalulah mendekatkan diri kepada masjid, majlis ilmu, zikirullah, dll

ii. Meninggalkan perkara-perkara maksiat


●Penutup

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Wednesday 22 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (84/2019): AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN DAN PETUNJUK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Khas Nuzul Al-Quran@Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya: 22 Mei 2019/ 17 Ramadhan 1440H (Rabu)

●Pendahuluan

-Al-quran adalah petunjuk utk semua umat manusia. Al-quran mempunyai penerangan apa yg halal & haram, menjelaskan yg benar & tidak benar (bathil),

-Ramai yg tahu ilmu agama tetapi tidak ikut apa yg disuruh & tidak meninggal apa yg dilarang. Ini kerana tidak mendapat taufik & hidayah. Contohnya, ramai yg tahu solat berjemaah di masjid akan diberikan 27 darjat. Tetapi tidak ramai yg melaksanakannya.

Bagi mendapat taufik & hidayah, kita perlu menyerahkan diri kpd Allah. Ikut apa yg Allah tentukan. Bukan ikut apa yg kita suka.
Maka bila kita buat apa yg disuruh dengan istiqamah, kita akan mendapat taufik & hidayah.

-Kita bukan tengok syurga & neraka dengan mata. Kita lihat dengan keimanan & mata hati.

-“Sesungguhnya al-quran memberi petunjuk kpd jalan yg lurus dan memberi berita kpd orang yg beriman dan beramal soleh..”

-Allah menjanjikan ganjaran yang besar bagi orang yg beriman.

-Di dunia bukanlah tempat yg kekal. Orang yg beriman ia mencari kehidupan akhirat.

-Tidak kira miskin atau kaya, sihat atau sakit, berdarjat atau tidak dll, ianya adalah berita gembira bagi orang yang beriman.

Bagaimana Al-quran dapat menjadi petunjuk buat orang beriman:

i.Taufik
ii. Hidayah
iii. Istiqamah

Apa maksud hidayah.

Apa yg perlu kita buat utk dapat hidayah?


-Bagi mendapat petunjuk/hidayah kita perlu:

i. Belajar ilmu yang betul. Perlu memahami ayat al-quran dengan betul.

ii. Beramal.
-Untuk membuat amal, kita perlu mempunyai keinginan dan membuat pengorbanan.
-Ramai orang hendak buat sesuatu amal & kebaikan tetapi ia tidak mampu berkorban utk membuatnya.

iii. Amal yang soleh
-Apa jua yg kita buat perlu kita tahu apa yang halal & haram.
-Jika kita tidak sayang pada Allah maka Allah tidak sayang pada kita.

iv. Istiqamah
-Kita buat ikut apa yg disuruh & meninggalkan apa yg dilarang secara berterusan.

-Kita hidup di dunia ini bukan untuk mendapat apa yg kita suka. Kita perlu ikut apa yang Allah suka.

-Bagi orang yg mendapat sesuatu ikut apa yg ia suka, itu adalah Istidraj.

-Kita perlu tarbiahkan hawa nafsu kita.
-Kita jauhi diri kita daripada kejahilan.

-Untuk selamatkan diri kita di akhirat kelak, maka kita jauhi daripada perkara-perkara yang mendekatkan diri kita kepada syaitan. Kita jauhi perkara mungkar & kemaksiatan.

-Jangan kita sembah syaitan. Jangan kita serahkan diri kita kepada dunia. Kita perlu lawan keinginan-keinginan dunia.

-Maka kita buat benda yang baik dan taat kepada suruhan Allah.
Jangan buat maksiat dengan sengaja.

-Firman Allah: “Orang yang beriman tidak boleh memilih....”

-Bukan ciri-ciri orang beriman bagi orang yang tidak berakhlak.
-Kita perlu beradab dengan Allah.

Halangan-Halangan Daripada Mendapat Hidayah
i. Tidak hendak kepada hidayah
ii. Jahil (tidak mahu belajar)
ii. Ikut hawa nafsu

-“Sebahagian manusia ia buat ibadat tetapi ia buat dengan bersyarat..”

-Ada manusia dalam kesususahan ia cari Allah. Bila telah selesai kesusahannya ia lupa kepada Allah
Orang yg sedemikian ia rugi di dunia dan di akhirat. 

Apa keuntungan bila mendapat hidayah?

i. Gembira di dunia dan akhirat
-Orang yg ada hidayah ia akan gembira walau pun ia susah / diuji.

-Ia percaya & yakin dengan Allah.

-Setiap perkara yg berlaku samada nikmat atau musibah adalah baik. Ia adalah ketentuan Allah.

-Redha dengan apa yg ada.

-Kalau kita yakin dengan Allah, kita tidak akan rugi.

-Orang yg bersabar & redha, ganjaranya tidak terhad.

-Namun kita dikehendaki berusaha utk mendapatkan apa yg kita kehendaki, kemudian bertawakal.

Manusia tidak gembira kerana:
i. Tidak boleh menerima apa yg telah lepas
ii. Tidak redha dengan yg berlaku
iii. Takut pada masa depan
iv. Mendapat kegembiraan di dunia & di akhirat

Maka hendaklah kita berusah untuk mendapat:
-Petunjuk
-Ilmu
-Amal yg soleh
-Istiqamah

Kita perlu mengorbankan perasaan kita di dunia & kita tidak mengharapkan puji-pujian manusia.

●Penutup

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Sunday 5 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (83/2019): IHYA' RAMADHAN 1440H


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib Khas 6.0@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya : 5 Mei 2019/ 29 Syaaban 1440H (Ahad) oleh Ustaz Zulkifli Ahmad


●Pendahuluan
-Alhamdulillah kita telah diberi kesempatann berada di ambang Ramadhan.
-Kita telah boleh berniat berpuasa satu bulan. Namun dalam mazhab Imam Syafie, sunat utk niat berpuasa setiap hari. Ini kerana puasa itu terpisah-pisah setiap hari.
-Manakala dalam mazhab Imam Maliki ia mencukupi utk niat berpuasa sebulan. Ia tidak perlu diperbaharui setiap hari.
Kita juga boleh guna panduan niat Imam Maliki utk kita niat puasa sebulan untuk  kita elak terlupa niat. Namun kita boleh gabung jalin niat sebulan itu dengan berniat setiap hari.

-Kita bersyukur kerana dipilih utk beramal & mencari ilmu.
-Tujuan puasa tidak lain hanya utk kita menjadi insan yang bertaqwa.
Ia bukan sekadar mentaati perintah untruk berpuasa makan dan minum semata-mata.

-Allah hanya menerima amalan orang-oarang yang bertaqwa.
Perkataan taqwa pada zaman sekarang dikenali sebagai integriti.

-Ahli pengurusan barat menyatakan bahawa pada dunia sekarang tidak boleh seseorang itu buat depan baik dan di belakang tidak baik. Jadi kini, hanya satu sifat sahaja manusia boleh menjaga dirinya iaitu dengan berintegriti sepanjang masa.
-Allah suruh manusia berpuasa supaya manusia taat mengikuti suruhan & perintahNya. Jadi manusia berpuasa daripada terbit fajar hingga terbenam hari iaitu lebih kurang 13 jam.
-Orang yg berpuasa, bersolat dan membuat amalan-amalan lain adalah orang yg bertaqwa.
-Siapa yg masuk ke bulan puasa dengan penuh keimanan dan istihsam maka ia akan mendapatkan ketaqwaan.
-Jika seorang manusia itu diceritakan tentang kebaikannya oleh orang lain (seperti orang bercerita tentang kebaikan seorang Ulamak/guru), maka Allah memandang baik manusia tersebut.
-Kita menunaikan ibadat puasa bukan untuk Allah. Kita buat kerana perintah Allah untuk diri kita. Jadi puasa ini untuk  kebaikan kita. Ianya untuk membawa kita menjadi insan yg bertaqwa.
-Kita puasa bukan untuk Allah tetapi untuk kita. Allah tidak mengharapkan apa-apa daripada kita. “Kalaulah semua kamu kufur, Allah itu kaya dan terpuji..”
-Kita menuntut ilmu kerana kita hendak muhasabah jiwa & minda.
Kehebatan Satu-Satu Bangsa:
1. Berintegriti
2. Bersatu & bersama-sama
3. Mempunyai misi yang satu

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (82/2019): PENAWAR BAGI HATI - SIFAT RIAK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 5 Mei 2019/ 29 Syaaban 1440H (Ahad) oleh Ustaz Hanif Zainol

●Pendahuluan
Sifat Riak:

-Ia berlaku bila kita buat sesuatu itu untuk mendapat pujian manusia.
-Orang riak melakukan ibadat kerana menuntut imbuhan dunia.
-Syarak melarang orang bersifat riak.
Sabda Nabi saw: “Bahawasanya Allah mencegah bagi seseorang yang riak daripada memasuki syurga.”
-Nabi saw bersabda bagi orang yg bersifat riak: “Syurga dicium ia dalam 500 tahun perjalanan.”
Ketahuilah riak itu ada 6 macam:

1. Riak Tubuh Badan
-Seperti seorang yg beribadat sepanjang malam, kemudian ia mendapat kelesuan disiang hari bagi ia menunjukkan kpd manusia bhw ia kuat beribadat malam.
-Amalan hebat ialah orang yg kuat berpuasa sunat adalah dan mendiri solat malam.

2.Riak Kelakuan
-Menutupkan mata & menundukkan kepala utk menunjukkan bhw ia memikirkan tentang akhirat.
-Ingin menunjukkan bhw kita seorang yg keluh kesah tentang hari akhirat.

Saturday 4 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (81/2019): RAMADHAN: SUNNAH DAN HUKUM HAKAMNYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 4 Mei 2019/ 28 Syaaban 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Muzairi al-Hafiz

●Pendahuluan
-Bila telah hampir tiba bulan Ramadhan, Nabi saw telah menyampaikan/mengucapkan kepada para sahabat: “Telah timbullah kepada kamu bulan Ramadhan iaitu bulan yg penuh keberkatan.”
-Nabi saw menyebutkan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yg diberkati banyak kali, iaitu bukan sebut sekali sahaja.
-Jadi bulan Ramadhan banyak kelebihan yg diberi oleh Allah. Diberi kurniaan yg banyak.
-Jadi kita diharuskan utk saling mengucapkan menyambut bulan Ramadhan. Namun tidak ada ucapan khusus yg ditetapkan. Tiada apa-apa nas tentang lafaz ucapannya.
-Ada yg sebut Ramadhan Kareem, dll
-Sabda Nabi saw: “Siapa yg menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkan jalannya ke syurga.”
-“Ya Allah, tambahkan & berkatilah kami dengan ilmu.”
-Bagi hari raya, ucapan yg diucapkan oleh sesama para sahabat ialah semoga Allah menerima amalan ku dan amalan kamu.
Kelebihan Bulan Ramadhan:
-Difardhukan untuk berpuasa pada siang hari.
-Ayat berkaitan kefardhuan puasa difirmankan Allah dalam Surah al-Baqarah, Ayat 183, 184, 185, 187.
-Surah al-Baqarah, ayat 183:
“Wahai orang-orang berimanan, telah difardhukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah difardhukan kepada umat terdahulu sebelum kamu. Moga-moga kamu bertaqwa.”
-Menurut tafsir Ibnu Qassim,bila Allah menyeru “moga-moga kamu bertaqwa” bererti itu adalah seruan Allah, tidak ada yg menghalang kehendak Allah. Ia adalah kepastian.
Iaitu bila kita berpuasa, kita pasti bertaqwa.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (80/2019): BERSAMA MENCARI KEBERKATAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan: 4 Mei 2019/ 28 Syaaban 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Wan Maulana Hilmi

●Pendahuluan
-Syukur kepada Allah atas segala nikmat yg Allah beri kepada kita sejak kita lahir lagi. Jika hendak dihitung, tidaklah terhitung oleh kita.
Kering pena air laut pun tidak dapat mencatat segala nikmata kurniaan Allah.
-Sesungguhnya Allah Maha Menyayangi kita.
-Nikmat yg besar yg kita akan temui tidak berapa lagi ialah bulan Ramadhan. Bulan yang banyak keberkatan di dalamnya.
-Bulan Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yg diberkati.
-Sesuatu benda yg datang dpd Allah ada yg pilih khusus utk diberi lebih keberkatannya.
Contohnya:
i. Dalam banyak pokok, Allah berikan keberkatan pada pokok zaiton yg tidak tumbuh di sebelah timur & tidak pula di sebelah barat yg begitu banyak khasiatnya.
ii. Dalam banyak bandar/negeri pula, diberi keberkatan kepada Madinah & Mekah serta sekelilingnya.
iii. Dalam banyak Masjid, masjid yg paling diberkati ialah Masjidil Haram.
Dalam banyak air, air Zam Zam yg paling banyak keberkatan.
iv. Demikian juga dalam banyak insan, insan yg paling diberkati ialah Nabi saw. Di saat kelahiran baginda saw lagi telah membawa keberkatan kpd keluarga & semuanya.
-Diriwayatkan bahawa Saidina Abu Hurairah ra yg mulanya lemah ingatan telah meminta Nabi saw mendoakannya utk ia diberi kekuatan ingatan & hafalan. Maka Nabi saw telah membentangkan satu kain dan membuat catatan & berdoa untuknya.
Maka selepas didoakan oleh Nabi saw, tidak ada hadith Nabi saw yg tidak boleh dihafal oleh Saidina Abu Hurairah ra. Walau beliau hanya dapat 3 tahun bersama Nabi saw sebelum kewafatan baginda saw, Saidina Abu Hurairah ra telah dapat meriwayatkan lebih 6,000 hadith Nabi saw.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (79/2019): AQIDAH - MENYERAHKAN SEGALA URUSAN/ PEKERJAAN KITA KEPADA ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan: 3 Mei 2019/ 27 Syaaban 1440H (Jumaat) oleh Al Fadhil Ustaz Azrihisham b. Abdul Rahman

●Pendahuluan
1. Kita serah segala urusan kita kepada Allah. Segala keluh kesah kita hadapi diserahkan kepada Allah.
2. Kita serah diri kepada Allah hasil dpd segala kebaikan & kebajikan kita, pada masa sekarang dan masa akan datang.
-Kita bersangka baik bahaw pada masa akan datang kita dapat natijah yg baik-baik sahaja.
-Segala pekerjaan kita kesudahannya ialah kesabaran.
-Kita tidak tahu samada pekerjaan kita jadi baik (molek) atau tidak.
-Sesungguhnya ada pekerjaan zahirnya berupa kebaikan tetapi hakikatnya kejahatan.
Cthnya: makanan nampak sedap tetapi mungkin tidak baik utk kesihatan.
Ada yg mendapat anak yg dirasakan serba kekurangan tetapi hakikatnya ianya baik untuk ibubapanya dan sebaliknya.
Ada juga nampak sesuatu itu nampak zahirnya tidak baik tetapi hakikatnya baik. Cthnya, sakit nampak tidak baik tetapi sebaliknya hakikatnya ia adalah baik bila mana ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.
-Kita tidak putuskan sesuatu itu pada kehendak kita.
-Cthnya, walau pun kita berkehendakkan rezeki yg banyak tetapi Allah yg lebih tahu apakah yg baik untuk kita. Ada yg diberikan serba kekurangan tetapi ianya adalah baik & sebaliknya.
Kita hendaklah memilih untuk menyerahkan pada Allah yg mengurus & mentadbirkan urusan hambaNya.
Cthnya: samada anak kita berjaya atau tidak berjaya itu baik, Allah Yang Maha Mengetahui.
-Dalam segala urusan kita, bila kita ditimpa musibah / keluh kesah (serabut perut), maka kita yakinlah bahawa pada masa akan datang Allah akan memberi natijah yg baik kita.
-Kita tidak tahu samada kesudahan apa yg kita usahakan / lakukan baik atau tidak. Kita serah segala kepada Allah.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (78/2019): LAMBAIAN RAMADHAN AL KAREEM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan: 3 Mei 2019/ 27 Syaaban 1440H (Jumaat).

●Pendahuluan
-Syukur kpd Allah kerana Allah telah menghidupkan kita dpd mati. Bila kita tidur mlm tadi, sebenarnya kita telah di “matikan” sekejap. Kemudian bila kita dibangunkan dpd tidur, roh kita dikembalikan.
-Moga kita terus dikurniakan kesihatan fizikal dan afiat. Kita hendakkan kesihatan fizikal dan kesihatan jiwa (afiat) utk kita dpd melaksanakan amanah & beramal.
Jika kita hanya sihat fizikal sahaja tetapi jiwa kita tidak sihat (kotor & kufur) maka sukar utk kita mendekatkan diri kpd Allah. Kita akan menjauhkan diri dpd membuat kebajikan & amalan. Janganlah kita gunakan kesihatan fizikal kita utk mengejarkan keduaniaan semata-mata. Kita usaha bangunkan kejiwaan kita yg tunduk kpd Allah. Jadilah insan yg bertaqwa. Buat sesuatu yg boleh meningkatkan rasa kehambaan kita kpd Allah.
-Semoga kita bersungguh-sungguh & kita gembira utk menunggu ketibaan Ramadhan. Kita sentiasa berdoa utk disampaikan ke bulan Ramadhan & kita dpt beramal & mendapat malam Lailatul Qadar. Kita tidak pasti bilakah Ramadhan terakhir kita.
-Pastikan makan & minum kita adalah perkara yg halal dan dpd sumber yg halal. Bila kita bekerja, kita tunaikanlah tanggungjawab & amanah kita sepenuhnya agar pendapatan yg kita perolehi bagi menyarakan kehidupan kita benar-benar bersih. Jauhi perkara-perkara yg lagha’.
-Nabi saw menyatakan bahawa yg halal dan haram itu jelas. Di antara keduanya ada yg samar, itulah subahat. Maka kita jauhkan perkara-perkara yg subahat.
-Bila kita berpuasa mk kita puasa bersungguh-sungguh. Kita puasa dpd makan minum, puasa hati, puasa tangan, telinga, puasa mata & seluruhnya.
Kita jaga betul-betul tutur kata / lisan & tulisan kita. Jauhi perkara fitnah & lagha’.
-Marilah kita sungguh-sungguh menggunakan kesempatan yg masih ada utk meningkatkan amalan & bekalan akhirat kita. Kita saling ingat mengingati satu sama.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Thursday 2 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (77/2019): DAKWAH DI BUMI SAKURA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya: 1 Mei 2019/ 25 Syaaban 1440H (Rabu). oleh Ustaz Ahmad Maeno

●Pendahuluan
-Penduduk Jepun: 128 juta.
-Apakah tanggungjawab seorang muslim dalam meneruskan usaha para Nabi.
-Firman Allah: “Tidak diutuskan kamu wahai Muhammad melainkan utk membawa rahmat ke sekelian alam.”
-Rahmat terbesar yg dibawa oleh Nabi saw adalah menyelamatkan insan & jin dpd terjerumus dpd api neraka.
-Apa gunanya kita mempunyai segala kemewahan, darjat & segala nikmat kedunian jika kesudahan kita di akhirat nanti tidak mendapat naungan Allah.
-Adakah berbaloi kita mengejar kesenangan yg sementara di dunia ini & meninggalkan persiapan kita utk kehidupan yg kekal abadi di akhirat.
-“Kamu adalah sebaik-sebaik umat. Dan kamu mengajak manusia kpd kebaikan & mencegah manusia dpd kemungkaran (Amal Maaruf, Nahi Mungkar). Dan kamu beriman.”
-Jadi menjadi tanggungjawab orang Islam meneruskan usaha para Nabi utk mengajak manusia beriman kpd Allah. Kita tidak mahu non-muslim terus hidup dengan kekufurun.
-Manusia terakhir dikeluarkan dpd api neraka oleh malaikat dengan perintah Allah ialah manusia yg ada kalimah tauhid & kesan sujud wp banyak melakukan kemaksiatan.
-Senario Islam in Japan:
-Japanese population: 128 million.
-In late 19 centries, Japanese embrace Islam after meeting muslim in Istanbul.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (76/2019): RAHSIA DOA DALAM RAMADHAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 1 Mei 2019/ 25 Syaaban 1440H (Rabu) oleh Ustaz Harun Mohd Shah


●Pendahuluan
-Alhamdulillah kita tergolong dlm golong yg disebut oleh Nabi saw: “Sesiapa yg pergi keluar menuntut ilmu maka pahalanya adalah seperti berjihad ke jalan Allah dan pahalanya berkekalan sehingga ia pulang ke rumahnya.”
-Semoga dengan asbab kehadiran kita ke majlis-majlis ilmu & amalan-amalan lain, maka dosa-dosa kita diampunkan.
-Apa maknanya kita berada di bulan syaaban ?. Ia adalah bulan di mana kita berada di puncak bukit. Bulan Ramadhan ketua bagi semua bulan. Di dalamnya banyak rahmat & keampunan.
-Firman Allah: “Wahai Muhammad, jika manusia bertanya tentang Aku Muhammad, katakanlah bahawa Aku amat dekat dengannya”
-Allah amat dekat dgn kita. Dpd hari ke hari kita akan sentiasa diuji silih berganti sehingga kita mati. Allah ingin melihat hambaNya yg mana bertaqwa.
-Orang yg bertaqwa amat beruntung, ia akan sentiasa sabar dgn ujian.

Wednesday 1 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (75/2019): SUNNAH UTAMA DALAM BULAN RAMADHAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya: 30 April 2019/ 24 Syaaban 1440H (Selasa) oleh Ustaz Zairani Ahmad (Pendakwah)


●Pendahuluan
-Semoga kita menanti hari-hari menjelmanya bulan Ramadhan, Allah membenihkan kecintaan kita kpd bulan Ramadhan & menyampaikan kita ke bulan Ramadhan utk kita perbanyakkan amalan & menemui mlm Lailatul Qadar.
-Bila kita kata sunnah, ia merupakan keutamaan utk kita buat.
-Bulan Ramadhan adalah ladang umat manusia menuai ganjaran & mdpt keampunan dpd Allah.
-Ramadhan adalah Bulan barakah, makhfirah, bulan keampunan, bulan sedekah, bulan sabar, bulan panas, bulan penuh dgn ujian, bulan rahmat..
-Apa yg kita kejar dlm kehidupan kita adalah rahmat Allah. Kita mendambakab penerimaan dan perakuan Allah kpd kita. Semoga kita menjadi umat yg bersyukur.
-Allah jadikan habuan & ganjaran buat kita.
Allah khususkan bulan Ramadhan ini sbg bulan rahmat.