Wednesday, 1 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (75/2019): SUNNAH UTAMA DALAM BULAN RAMADHAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya: 30 April 2019/ 24 Syaaban 1440H (Selasa) oleh Ustaz Zairani Ahmad (Pendakwah)


●Pendahuluan
-Semoga kita menanti hari-hari menjelmanya bulan Ramadhan, Allah membenihkan kecintaan kita kpd bulan Ramadhan & menyampaikan kita ke bulan Ramadhan utk kita perbanyakkan amalan & menemui mlm Lailatul Qadar.
-Bila kita kata sunnah, ia merupakan keutamaan utk kita buat.
-Bulan Ramadhan adalah ladang umat manusia menuai ganjaran & mdpt keampunan dpd Allah.
-Ramadhan adalah Bulan barakah, makhfirah, bulan keampunan, bulan sedekah, bulan sabar, bulan panas, bulan penuh dgn ujian, bulan rahmat..
-Apa yg kita kejar dlm kehidupan kita adalah rahmat Allah. Kita mendambakab penerimaan dan perakuan Allah kpd kita. Semoga kita menjadi umat yg bersyukur.
-Allah jadikan habuan & ganjaran buat kita.
Allah khususkan bulan Ramadhan ini sbg bulan rahmat.



-Hadith Kursi: 
Riwayat oleh Saidina Muaz ra: “Allah berfirman; 
i. Wahai anak Adam patutlah kamu malu utk buat maksiat. Walau pun mata manusia tidak memandang kamu, Aku melihatnya. Maka perlu hiasi diri kamu dengan sifat taqwa. Pada satu hari iaitu hari Masyar, Aku juga malu utk menyiksa kamu kerana perlakuan kejahatan dan kemaksiatan.

ii. Wahai Anak Adam, jika kamu telah melakukan kejahatan & maksiat maka bertaubatlah. Kamu akan akan dinaikkan darjat spt para Nabi.
iii. Wahai Anak Adam jangan kamu lupa pada Aku. Jk kamu lupa pd Aku walau pun sedetik, maka Aku tidak akan melihat pd kamu. Maka kembali lah kamu utk mengingati Ku.
iv. Wahai anak Adam, bhw kamu akan dibangun kelak di akhirat, wp kamu membuat amalan sebesar bumi & isinya, semuanya tidak memberi apa-apa melainkan kamu telah benar-benar mentasdik & mentauhidkan Aku. Hamba Ku yg mentauhidkan Aku akan berjaya di akhirat kelak.
v. Wahai anak Adam, Aku lah yg memberi rezeki kpd kamu. Jangan kamu bimbang tentang rezeki kamu. Jangan sekali-sekali kamu meninggalkan ketaatan & ibadat semata-semata mencari rezeki, kerana Aku boleh mengambil semua rezeki kamu.
Selama lama kamu menjaga lima perkara ini, maka Aku menjaminkan kamu syurga.”
-Tujuan kita hidup adalah utk mengenal Allah. Akhirnya membawa kita bertaqwa kpd Allah.
-Maka bila kita bertaqwa, Allah sediakan utk kita pelbagai jenis ibadat termasuklah ibadat puasa.

-Puasa itu panas, iaitu ia membakar. Ia membakar hawa nafsu. 
Orang yg berpuasa ia tidak bebas. Kita berpantang dgn perkara-perkara yg membatalkan puasa. Maka bila berpuasa, ia memerlukan taqwa & mujahadah.

-Puasa adalah platform utk kita bertaqwa.
-Surah al-Baqarah, ayat 183: “....mudah-mudahan kamu menjadi manusia yg bertaqwa”
-Dpd satu Ramadhan ke satu Ramadhan adalah kafarah. Selagi tidak melakukan dosa besar mk kita masih lg insan bertaqwa & dosa kita diampunkan.
-Jgn rasa gagal dlm beribadat pada Allah.
-Puasa melahirkan generasi yg bertaqwa.
-Orang berpuasa akan memasuki syurga melalui pintu-pintu syurga Ar-Rayyan.

-Kenikmatan taqwa di mana: 
Firman Allah: “Ingatlah wahai umat Muhammad, hari kiamat Kami akan bangkitkan umat-umat manusia dpd kubur-kubur mereka akan diperlihatkan amalan-amalan & ketaqwaan mereka..”

-Saidina Ali ra, bila mendengar firman Allah tersebut, beliau terus melompat dpd tempat duduknya.
-Pada hari kebangkitan, insan yg bertaqwa menjadi tetamu Allah. Ia memakai pakaian yg terhormat.
Mereka akan duduk di satu kumpulan yg dinamakan mukhtakin.
Mereka diseru kepada Tuhan mereka dgn tubuh mereka bercahaya. Disediakan pelana-pelana yg dihias cantik.

-Allah sediakan kenikmatan bagi orang yg beriman.
Hendaklah kita jangan takut kpd mati. Kita usaha menjadi orang yg beriman & bertaqwa.

-Maka bagi kita yg bersungguh-sungguh menunggu Ramadhan, kita akan memulakan persiapan sejak seawal bulan Rejab & Syaaban.
Kita usaha tingkatkan amalan-amalan sunat kita. Selain berpuasa sunat boleh juga menjamu orang makan.
-Kebimbangan kita jika dosa kita tidak diampunkan wp berkesempatan menemui Ramadhan.
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yg sempat menemui Ramadhan tetapi ia tidak meraih keampunan Allah maka ia tergolong dlm golongan yg rugi..”

-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yg suka utk menyambut Ramadhan mk api neraka tidak menyentuhnya.”
-Ibadat puasa akan terus diangkat ke langit.
“Setiap amalan ibadat anak Adam akan terus diberi ganjaran kepadanya. Amalan puasa akan terus diangkat dan disimpan oleh Allah bagi diberi ganjaran pada hari akhirat kelak.”
Allah merahsiakan ganjaran yg bakal diterima oleh orang berpuasa.
Amalan puasa akan diperlihatkan oleh Allah kpd seluruh bidadari syurga.

-Syurga sentiasa menunggu tetamunya. Ada 4 golongan yg ditunggu oleh syurga:
i. Orang yg sentiasa membaca al-quran (kalam al-quran) & berzikir mengingati Allah
ii. Orang yg sentiasa menjaga lisan daripada berkata kata-kata yg kotor & sia-sia.
Beruntunglah orang yg menjaga lisannya. Ia hanya berkata-kata jika kata-katanya memberi manafaat kpd orang lain. Jika tidak, lebih baik ia diam.

iii. Orang yg suka memberi makan orang yg lapar.
-Orang yg mengambil berat orang yg miskin, gelandangan dll.

Tanggungjawab ketua qariah kpd ahli qariah, pastikan:
i. Ahli qariah kenal tuhan
ii. Ahli qariah melaksanakan amal makruf nahi mungkar
iii. Ahli qariah tahu ilmu fardhu ain
iv. Menjaga kebajikan ahli qariah.
-ambil tahu kesusahan ahli masyarakat.

Maka jadilah kita utk menjadi golongan yg tidak sabar menemui bulan Ramadhan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment