Saturday, 25 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (87/2019): BULAN RAMADHAN ADALAH BULAN IBADAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 25 Mei 2019/ 20 Ramadhan 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Datuk Haji Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (Mantan KP JAKIM)

●Pendahuluan
-Syukur kita telah dipanjangkan umur untuk kita sampai ke fasa 10 hari terakhir bulan Ramadhan.
-Ramadhan adalah bulan yang agung dan banyak keberkatan.
Di bulan inilah banyak kita mendapat kemuliaan.
-Sebelum tiba bulan Ramadhan, kita telah berdoa utk mendapat keberkatan di bulan Rejab dan Syaaban dan kita berdoa untuk disampaikan ke bulan Ramadhan dan diberikan keberkatannya.
Keberkatan:
-Maksudnya amat yang besar/luas.
-Umumnya keberkatan bermaksud yang membesar dan berkembang.
-Bulan Ramadhan ini akan memberi banyak makna bila kita semua telah membuat persediaan.
-Persediaan utama ialah persediaan keimanan.
-Sabda Nabi saw : “Sesiapa yang berpuasa dengan keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan dosanya yang masa lalu..”
-Jadi agenda kita di bulan Ramadan ialah kita menganggapkan Ramadhan ini sebagai tetamu kita yang agung.
-Pada bulan Ramadhan ini,kita berpuasa dan mendirikan solat (qiam) malam.
Jadi di bulan Ramadhan ini mempunyai agenda siang dan malam. Iaitu ibadat kita sepanjang siang dan malam.
-Bulan Ramadhan adalah bulan ibadat.
Ramadhan adalah untuk ibadat.
Ia bukan sesuatu yang bersempena-sempena perayaan semata-mata.
-Bulan Ramadhan adalah bulan yg sepatutnya kita ambil kesempatan bagi meraih kebaikan dan mengumpul bekalan sebanyak mungkin.
-Jadi kita perlu mengambil peluang di bulan Ramadhan ini. Orang yang tidak mengambil kesempatan ini adalah orang yg tidak cerdik dan lalai.
-Kita perlu tukar sesuatu itu daripada budaya kepada ibadat.
-Budaya bahawa di bulan Ramadhan ini adalah pesta makan, pesta kanak-kanak hanya banyak bermain di masjid/surau, bermain mercun/bunga api, berpakaian mewah, kuih muih, dll.
Kita transform apa yang kita lakukan daripada adat kepada ibadat.
-Tidak kira siapa kita samada kita seorang suami, isteri, ayah, anak, kaya/miskin, berdarjat/tidak berdarjat dll, hendaklah kita cuba jadi insan yg lebih penyayang, pemurah, berbaik-baik, berlemah-lembut, saling bertanggungjawab, bantu-membantu dll.
-Firman Allah: “Apabila engkau ditanya oleh hambaKu, nyatakan bahawa aku amat dekat dengannya.”
-Bulan Ramadhan adalah bulan berihsan, bulan berinfaq, bulan berdoa, bulan berzikir, bulan bersolat, bulan al-quran. Ia juga bulan menziarahi kaum kerabat. Iaitu bulan untuk kita meningkatkan silaturrahim. Ramadhan juga bulan memuliakan orang lain (sharul ikhram).
-Masalahnya, ramai yang hendak dirinya dimuliakan. Cuba kita ubah. Kita saling memuliakan orang lain. Kita duduk bersama-sama orang miskin/susah.
-Kita perlu memberi khidmat kita kepada ibu bapa kita terutamanya di bulan Ramadhan ini. Kita bantu kaum keluarga kita dan masyarakat yang memerlukan.
-Bulan Ramadhan juga adalah bulan shahrul ikram. Iaitu bulan memuliakan orang. Kita muliakan semua orang. Tidak kira samada kepada orang asing atau orang tempatan. Cuba kita bersama-sama berbuka dengan para pekerja asing yang datang berbuka di masjid.
-Kita muliakan orang samada dari segi material atau spiritual (kerohanian).
Kita mungkin tidak beri apa-apa.
-Jika kita dapat ziarah guru-guru dan orang-orang yang banyak berjasa kepada kita adalah amat baik. Betapa gembiranya guru-guru bila dapat bertemu semula dengananak muridnya. Betapa gembiranya saudara mara dan kaum kerabat dapat bertemu dan saling ziarah-menziarahi.
-Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang mengawal mata kita. Jangan kita habiskan banyak masa menonton dan membaca perkara yang lagha’.
-Pada bulan Ramadhan ini juga kita cuba tingkatkan syiar-syiar Islam.
Solat berjemaah adalah syiar Islam yang tertinggi.
-Jadi kita jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan membuat banyak kebaikan.
-Bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan. Iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Allah.
Ramadhan adalah bulan al-quran.
-i. Qiraat’ Taa’bur, iaitu baca semata-semata untuk beribadat.
Jadi jangan kita remehkan orang yang sekadar membaca al-quran tanpa mengetahui maksudnya.
Takrif al-quran di sisi ulamak Usulludin, al-quran adalah kalam Allah yang menjadi ibadat dengan membacanya. Ganjarannya pada setiap hurufnya.
ii. Qiraat’ Taddabur, iaitu membaca al-quran dengan memahami terjemahannya. Yang paling baiknya memahami tafsirnya.
Ini yang lebih baik berbanding Qiraat Taa’bur.
Kita usaha untuk memahami al-quran dan mengamalkannya.
Sekurang-kurangnya kita memahami surah-surah pilihan/lazim.
-Hadith Nabi saw:
Nabi saw ada menyatakan bahawa ada lima perkara yang menjadikan seseorang itu telah berbuka puasa (yang boleh menghilangkan pahala puasa)”. Iaitu:
-
-Tidak menjaga hati
-Tidak menjaga telinga
-Tidak menjaga lisan (membawang)
-Sumpah palsu
-Lihat dengan syahwat
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah telah menfardhukan puasa Ramadhan. Dan aku telah mensunahkan qiam. Siapa yang berpuasa dengan keimanan, keikhlasan dan penuh keyakinan ia merupakan satu kifarah kepada perkara silam (dosa-dosa lalu).”
-Bagi orang yang mendapat haji mabrur maka ia umpama ia kembali seperti hari dilahirkan oleh ibunya. Kembali kepada fitrah.
-Maka demikianlah bagi orang yang berpuasa. Sekiranya puasa kita diterima dan diberi keampunan oleh Allah maka sesungguhnya kita telah kembali kepada fitrah.
Kita banyakkan berikhtikaf pada 10 malam terahir Ramadhan. Kita ganda aktiviti bersifat kerohanian pada malam terakhir ini.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment