Sunday, 23 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (98/2019): ISTIQAMAH UNTUK KEHIDUPAN AKHIRAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Program Tanya Ustaz@TV3, 6.30 pagi:23 Jun 2019/ 19 Syawal 1440H (Ahad).
Moderator: Daie Hakim

●Pendahuluan
-Syukur kita kerana masih berpeluang untuk membuat kebaikan dan menyediakan bekalan untuk kehidupan akhirat kita yang kekal abadi.
Keutamaan Menuntut Ilmu:
-Pada satu hari, Nabi saw melihat dua kumpulan orang yang berada di masjid. Satu kumpulan sedang berzikir dan satu kumpulan lagi sedang menuntut ilmu. Maka ditanya oleh sahabat kepada Nabi saw, yang mana satukah yang lebih utama. Maka sabda Nabi saw, “sesungguhnya majlis menuntut ilmu itu lebih utama.”
-Dinyatakan, dengan duduk sahaja dalam majlis-majlis ilmu tanpa bawa beg dan buku pun pahalanya umpama membebaskan seribu orang hamba sahaya.
-Yang akan ikut kita selepas kita mati tiga perkara: sedekah jariah, ilmu bermanafaat dan anak yang soleh.
-Maka dalam zaman teknologi sekarang kita boleh menyebarkan ilmu bermanafaat yang akan mengalir pahalanya kepada kita walau pun kita telah meninggal.
-“Setiap yang bernyawa pasti akan mati”
-Maka kita hendak agar dosa-dosa kita diampunkan sebelum kita ke alam barzakh.
-Pengakhiran kehidupan kita adalah kematian. Namun sebelum kita menemui kematian, Allah telah memberi kita banyak peringatan-peringatan.
-Umpamanya, bila kita memandu ada signboard-signboard yang diletakkan di sisi jalan untuk memberi peringatan kepada pemandu terutamanya di kawasan yang merbahaya.
Bagaimana Allah beri peringatan kepada kita?
-Kita boleh lihat kepada tubuh badan kita. Bila kita di hujung usia, rambut kita telah putih, badan kita sudah berkedut, suara sudah tidak merdu, pergerakan sudah tidak kuat dan lain-lain.
-Kemudian Allah beri pula kita sakit. Ianya juga adalah tanda Allah sayang kita, Allah beri peringatan kepada kita.
-Allah kurniakan al-quran untuk menjadi petunjuk dan peringatan kepada kita. Allah juga utuskan para Nabi / Rasul untuk kita ikuti.
-Allah kurniakan bulan Ramadhan kepada kita untuk kita perbanyakkan bekalan amalan kita seperti puasa, baca al-quran, sedekah, solat malam, dll. Maka kita teruskanlah amalan kita di luar bulan Ramadhan.
-Sebaik-sebaik orang ialah orang yang memohon keampunan dan kembali ke pangkal jalan bila ia telah tersesat dan melakukan kesilapan.
-Untuk kita berhubung rapat dengan Allah maka hendaklah kita berakhlak seperti akhlak Nabi saw.
Saidina Aisyah saw menyatakan akhlak Nabi saw adalah al-quran.
-Antara akhlak Nabi saw dalam menjaga lisan ialah:
-i. Nabi saw selalu mendiamkan diri. Bila bercakap bila perlu sahaja.
Sabda Nabi saw:
“Sesiapa yang beriman dan percaya kepada hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap yang baik-baik.”
ii. Perbicaraan Nabi saw amat fasih dan ringkas.
iii. Bila Nabi saw berbicara, baginda saw mengadapkan seluruh tubuh & wajahnya kepada orang yang sedang berbicara dengannya.
Bahkan bila bercakap dengan budak kecil, direndahkan sedikit badan kita.
-Firman Allah: “Engkau Muhammad mempunyai akhlak yang terbaik.”
Salah satu sifat Nabi saw, bila orang kutuk Nabi saw, ianya dibalas dengan doa.
Di syurga kelak, akan ada kamar/bilik yang indah-indah. Ia boleh dilihat daripada dalam dan dilihat daripada luar.
Siapa yang dapat bilik-bilik / kamar-kamar indah di syurga kelak?
-Nabi saw menyatakan 4 golongan yang akan mendapat kamar-kamar indah di syurga:
i. Manusia yang melembutkan kata-kata dalam semua keadaan.
Iaitu dalam keadaan marah pun
ii. Manusia yang sentiasa memberi makan orang samada dalam keadaan senang atau susah. Suka berkongsi makanan dengan orang lain.
Orang yang memberi peluang untk orang menjana pendapatan untuk membeli makanan juga termasuk dalam kategori ini.
iii. Manusia yang suka berpuasa
Manusia ini juga dapat pintu Ar-Rayyan.
Orang ini ia rindu untuk berpuasa untuk hari berikutnya. Umpama puasa Nabi Daud as.
iv. Manusia yang suka memisahkan lambungnya daripada tidurnya.
Iaitu sanggup bangun malam untuk mendirikan solat malam. Banyak melakukan ibadat kepada Allah.
-Setiap kita akan mendapat balasan di akhirat kelak.
Kita perlu menjaga ukhwah:
Setiap orang beriman adalah bersaudara.
Orang beriman umpama satu jasad. Jika ada anggota yang sakit maka anggota yang lain akan rasa sakit.
Nabi saw menyatakan antara amalan ahli syurga ialah, ibadat kepada Allah, jangan sekutu Allah, memberi orang makan dan menjalin silaturarahim.
Maka kita gunakan bulan Ramadhan ini untuk bersilaturahim dan berukhwah.
Kita hendak menjadi mukmin yang bertaqwa.
Wahai orang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar-sebenar taqwa. Janganlah kamu mati melainkan dalam Islam.
Imam Al-Khusairi menyatakan bahawa ada 4 ciri mukmin yang bertaqwa:
Ciri-ciri mukmin bertaqwa:
Orang mukmin hendaklah berusaha untu sentiasa mendapat redha Allah. Kita beribadat semata-mata untuk dapat redha Allah.
Mukmin yang bertaqwa ia mempunyai empat sifat-sifat berikut:
i. Tawaduk (buat hanya kerana Allah)
ii. Qanaah (merasa cukup)
iii. Warak (berhati-hati)
iv. Yakin (kita perlu penuh yakin kepada Allah. Jauhi daripada prasangka kepada Allah).
Ibadat adalah hubungan kita dengan Allah. Ia bukan untuk dinilai oleh manusia.
Jangan kita bertaqwa hanya dalam masjid sahaja atau hanya dilihat orang sahaja.
Nabi saw bersabda: “bertaqwalah kamu walau pun di mana kamu berada.”
Kelebihan Solat Sunat Dhuha:
Nabi saw telah menwasiatkan tiga perkara kepada Saidina Abu Hurairah ra:
i. Puasa 3 hari pada setiap bulan;
ii. Mendirikan solat dhuha dan
iii. Mendirikan solat witir sebelum tidur.
Pada manusia mempunyai 366 ruas. Maka setiap ruas itu perlu memberi sedekah. Namun Nabi saw menyatakan ia boleh diganti dengan mendirikan solat dhuha.
Orang yang mendirikan solat dhuha ia adalah orang yang diberikan keuntungan.
Nabi saw menyatakan, orang yang mendirikan solat dhuha 4 rakaat akan dibangunkan sebuah mahligai di syurga.
Kehidupan Itu Adalah Ujian:
-Surah al-Baqarah, ayat 286: “ Allah tidak membebani seseorang melaikan ia mampu menghadapinya....”
Maka kita hadapi ujian samada kecil atau besar dengan sebaiknya. Kita perlu jaga emosi kita.
-Sentiasalah kita bersyukur pada Allah kerana ujian yang kita terima dalam kehidupan adalah sesuatu yang perlu kita syukuri.
-“Mintalah pada Allah dengan solat dan sabar. Maka akan datanglah pertolongan Allah.”
-Sesungguhnya setiap kesusahan itu akan ada kesenangan.
-Surah Al-Dhariyat, ayat 55: “Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment