Monday, 24 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (99/2019): PERJALANAN MENUJU TAQWA-PUASA DAN SOLAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Masjid As Saadah, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Selangor: 23 Jun 2019/ 17 Syawal 1440H (Ahad) oleh Ustaz Kamaruddin

●Pendahuluan
-Puasa dan solat adalah amalan jasmani dan rohani.
-Perjalanan menuju taqwa melalui solat dan puasa.
Apakah hasil daripada satu bulan Ramadhan yang berlalu:
-Kita berjuang untuk menjadikan solat kita yang terindah dan yang terbaik.
-“Beruntunglah bagi orang yang khusuk dalam solatnya.”
Kita jaga apa yang kita baca, daripada telinga sampai ke hati. Bila imam baca, kita ikut dengan kalbu.
Kita tinggalkan kecintaan kita kepada dunia.
Bila kita jaga solat, Insyallah kita akan berjaya di dunia & akhirat.
-Solat akan mencegah kita daripada perkara fasakh & mungkar.
-Kita ambil peluang latihan puasa Ramadhan yang kita telah lalui untuk kita teruskan dengan mengamalkan puasa-puasa sunat di sebelas bulan yang akan datang.
-Kita jangan menyombong kepada Allah.
-Firman Allah: “Kami tidak memandang kepada mereka yang menyombong diri tanpa hak di muka bumi..”
Jangan kita langgar peraturan yang ditetap Allah.
-Kita banyak menyombong. Banyak yang Allah suruh kita tidak buat.
Maka kita perlu tingkatkan ketaatan kita kepada Allah.
Contohnya, bila seruan azan didengari, ramai di antara kita yang tidak pun datang ke rumah Allah. Tetapi bila bos kita panggil, kita cepat sahaja pergi berjumpa bos kita.
-Perjuangan Ramadhan pastinya memberi pengajaran besar untuk kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
Kita lihat ujian manusia terdahulu bila mana peperangan berlaku di bulan Ramadhan. Ujia mereka amat besar.
Peperangan kita sekarang ialah peperangan melawan hawa nafsu.
Kita perlu rasa manis dalam beramal. Kita perlu rasa manis untuk berada dalam masjid dan berada dalam majlis ilmu.
Betapa banyak orang berilmu tetapi ilmu hanya tinggal ilmu.
Kita amalkan ilmu yang kita pelajari.
Namun jangan putus asa. Teruskan berusaha untuk kita amalkan apa yang kita pelajari.
Jadikan Ramadhan sebagai perintis untuk kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.
-“Orang munafik itu hendak menipu Allah. Sesungguhnya mereka menipu diri mereka sendiri. Orang yang munafik ia berdiri dengan malas dalam solatnya.”
-Beribadatlah seolah kamu melihat Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment