Sunday, 2 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (87/2019): SAMBUTAN AIDILFITRI-SOAL & JAWAB


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Muhajirin,Presint 9, Putrajaya: 2 Jun 2019/ 28 Ramadhan 1440H (Ahad) oleh Ustaz Dr Hj Mohd Sukki Othman


●Pendahuluan
Q&A:
Q1. Apakah nilai bayaran zakat fitrah yang patut kita bayar.
A1: Zakat fitrah yang kita bayar sebaiknya adalah berdasarkan jenis beras yang kita makan.
-Jika makan beras mahal, maka kita bayarlah berdasarkan harganya.
-Walau bagaimana pun bayaran RM 7 yang ditetapkan pada tahun ini (WP) adalah memadai sebagai asas menunaikan bayaran zakat fitrah.
-Namun adalah digalakkan bayar zakat fitrah berdasarkan apa kualiti beras yang kita makan.
-Jadi elok kita bayar lebih (berdasarkan kualiti beras yang kita makan). Segala yang kita terlebih bayar itu ianya menjadi sedekah.
Contohnya, jika harga beras yang kita makan sekilo RM 12 maka kita bayar lah RM 14 (dua resit) bagi seorang.

-Syarat zakat fitrah adalah niat sahaja. Ianya tidak ada akad.
Q2: Adakah ada “Taala” dalam ucapan salam. Jika tida ada, adakah boleh kita menambahnya pada ucapan salam.
A2: Boleh, sebab maksudnya adalah “Allah maha tinggi”. Namun asasnya tidak ada pada ucapan salam.
Q3: Apakah amalan baik di Malam Raya
A3: Ia adalah antara malam yang mustajab doa.
i. Jadi jangan kita lupa untuk mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan berdoa pada malam raya.
-Maka kita banyakkan berdoa untuk dapat bertemu Ramadhan yang akan datang, kita berdoa Allah terima segala amalan kita dan semoga Allah memberi keampunan kepada kita.
-Sekarang ini banyak yang telah meninggal pada usia muda. Tidak sempat untuk bertemu Ramadhan yang akan datang. Maka ianya adalah peringatan kepada kita.
-Nabi saw menyatakan bahawa petanda akhir zaman adalah ramai yang mati muda.
ii. Kita banyakkan membesar Allah.
-Takbir adalah kemenangan. Jadi kita banyakkan bertakbir pada malam raya.
-Tidak sesuai untuk takbir nada sedih.
-Lihat di Mekah bagaimana takbir dilaung. Rythmnya menaik.
Q4: Adakah kita disunatkan menziarahi kubur pada hari raya.
A4: Kita disunatkan ziarah kubur pada bila-bila masa.
-Namun tidaklah disunatkan untuk semestinya ziarah kubur pada hari raya.
-Cuma ia sudah jadi budaya/adat untuk ziarah kubur pada pagi raya.

-Kita jangan mewujudkan kesedihan pada hari raya. Ini kerana hari raya adalah hari kemenangan.
-Secara budayanya ramai yang menziarahi kubur pada hari raya barangkali adalah kerana pada hari tersebut ramai ahli keluarga yang balik dan berkumpul. Jadi lagi bersemangat untuk ke kubur. Jika seorang-seorang mungkin ada yang tidak selesa atau takut.
Q5: Apakah amalan sunat sebelum ke masjid untuk solat raya
A5: Terdapat beberapa amalan sunat:
i. Mandi sunat hari raya
ii. Memakai pakaian yang paling baik dan bau-bauan
iii. Disunatkan untuk memakan sedikit makanan sebelum pergi ke masjid untuk solat sunat Aidil Ad’ha.
-Haram berpuasa pada hari raya pertama.
iv. Pergi dan balik ke masjid untuk solat raya menggunakan jalan yang berbeza. 
-Ini antara lainnya ialah untuk kita dapat berjumpa ramai orang dan dapat mengetahui keperluan orang. Juga untuk kita dapat membantu jika kita berupaya.

-Jalan yang kita lalui akan menjadi saksi kepada kita.
v. Ziarah menziarahi
-Kita tingkatkan dan sambung silaturrahim.
-Jika ibubapa kita sudah tidak ada, elok untuk kira ziarah rakan-rakan ibubapa kita.

Q6: Apa perlu kita mandi sunat taubat
A6: Tidak ada mandi sunat taubat
Untuk bertaubat, ada 3 syarat:
1. Memohon keampunan kepada Allah
2. Menyesali atas kesilapan yang dilakukan
3. Berazam untuk tidak mengulanginya
-Jika kesilapan adalah dengan manusia maka perlu memohon maaf kepadanya dan jika melibatkan mengambil hak orang lain, maka perlu kembalikan semula.

Q7: Sekiranya malam Lailatul Qadar telah berlaku, adakah kita perlu memperbanyakkan amalan kita pada hari-hari di bulan Ramadhan yang telah berlalu.
Q7: Setiap saat di bulan Ramadhan ia berbeza dengan setiap saat di luar bulan Ramadhan. Pahala amalan di bulan Ramadhan digandakan.
-Justeru, jika kita rasa malam Lailatul Qadar telah berlalu, kita terus juga beramal di bulan Ramadhan yang masih berbaki.
Q8: Imam terlupa baca satu ayat surah al-fatihah. Adakah makmun perlu qada solatnya.
A8: Orang yang tidak perasan kesilapan yang dilakukan oleh imam maka solatnya sah. Tidak perlu qada solatnya.
-Namun kerana telah diviralkan maka semua telah “diperasankan”. Itu sebab telah difatwakan untuk qada solat tersebut.
-Tetapi jika jemaah perasan kesilapan imam maka jemaah perlu mufaraqah.
-Makmun yang duduk dibelakang imam adalah bertanggungjawab untuk menegur imam jika berlaku kesilapan. Namun kemungkinan ia juga tidak perasan.
Q9: Berbuka puasa di kuil/tokong. Adakah dibolehkan.
A9: Sepatutnya kita ajak non-muslim untuk sama-sama berbuka di masjid sebagai sebahagian usaha dakwah. Bukannya kita berbuka di tempat ibadat mereka.
-Kita tidak ingin kefahaman pluralisme dalam agama Islam. iaitu anggapan semua agama sama. Ia perlu dielakkan. 
Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah.

Q10: Boleh ke bayar zakat di luar Islam
A10: Boleh. Namun ikut peraturan yang ditetapkan tidak boleh.

Q11: Boleh ke kita memamakan makanan buks puasa di taja oleh orang bukan Islam
A: Dibolehkan. Asalkan makanan yang disediakan halal. 
Ianya sama keadaanya bila orang bukan Islam belanja kita makan.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment