Sunday 29 December 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (256/2019): LIMA AMALAN UNTUK MENJADA MINDA, JASAD, ROHANI (MINJARO)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 29 Disember 2019/ 2 Jumadilawal 1441H (Ahad) oleh Ustaz SS Dato’ Dr Zulkifly (Mufti Terengganu).

●Pendahuluan
-Lima amalan ini jika kita buat secara istiqamah Insyallah ia akan dapat menjaga agama kita, jiwa kita akan tenang, ilmu terpelihara, kita tidak mudah nyanyuk dan sihat.
-Kita akan dikurniakan ketenangan dan kita akan dibantu oleh malaikat bila kita menghadapi saat sakaratul maut.
-Dengan lima amalan ini juga kita mendapat jiwa yang sabar dan bersyukur.
Ujian kehidupan diterima dengan sabar.
Kita akan syukur. Kita tidak sombong dengan nikmat kurniaan yang diterima.
(i) Qiamullail
(ii) Kita makan bukan kerana nafsu tetapi untuk kita kuat
(iii) Sentiasa berwuduk
(iv) Sentiasa bersiwak (gosok gigi)
(v) Sentiasa bertaqwa
HURAIAN:
-Saat Sakaratul maut adalah saat yang paling getir bagi semua orang.
-Satu riwayat menyatakan kesakitan sakaratul maut umpama seribu kali sakit kulit ayam disiatkan daripada dagingnya.
Bagaimana untuk kita hadapi saat Sakaratul maut:
-Istiqamah akan dapat menjaga keimanan dan agama kita daripada fitnah kehidupan dan kematian.
-Insyallah semasa sakaratul maut, maka istiqamah kita dapat membantu kita.
-Amal ibadat kita akan membantu kehidupan dan kematian kita dengan baik.
-Justeru laksanakan segala ajaran agama dengan istiqamah
-Jadikan al-quran sebagai panduan hidup. Islam bukan sekadar zikir-zikir.
-Usaha buat semua apa yang diperintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah.
Lima Amalan Untuk Menjaga Minda, Jasad, Rohani (MINJARO):
-Lima amalan ini jika dibuat secara istiqamah ia akan menjaga agama, ilmu, tidak nyanyuk dan sihat.
(i) Qiamullail
-Jangan kita tinggalkan qiamullail. Ia boleh menjaga agama. Buatlah Qiamullail walau pun dua rakaat.
(ii) Kita makan bukan kerana nafsu tetapi untuk kita kuat.
-Suapan yang kecil akan dapat menegakkan tulang belakang.
-Menurut seorang ulamak, hanya beberapa suapan makanan yang berzat yang seimbang akan dapat menegakkan tulang belakang.
-Jadi kita makanlah kerana untuk menguatkan badan bagi menunaikan amanah dan ibadat kita.
(iii) Sentiasa berwuduk.
-Iaitu bila kita sentiasa menjaga wuduk, kita sentiasa bersiap sedia untuk mendekatkan diri pada Allah dan beribadat.
(iv) Sentiasa bersiwak (gosok gigi)
-Kita boleh bersiwak dengan kayu sugi daripada kayu atau dengan berus gigi & ubat gigi.
Samada guna kayu atau berus gigi adalah wasail/wasilah sahaja.
-Pahalanya sama sahaja. Asalkan kita sentiasa bersih gigi.Dengan tangan pun boleh.
-Kemudiannya, disunatkan sebelum takbirratulihram untuk bersiwak. Di sini yang biasa digunakan ialah kayu siwak.
-Samada guna berus gigi atau kayu siwak termasuk dalam perkara wasail/wasilah (alat).
-Zaman dahulu, pondok adalah universiti. Sekarang Universiti adalah universiti yang ada bangunan dan sistem yang formal. Namun kedua-duanya bermatlamat untuk mengajar ilmu.
(v) Sentiasa bertaqwa
-Orang yang bertaqwa akan diberikan ketenangan.
-Pakej syariat itu sebenarnya akan memberi kita ketenangan.
-Pada satu peristiwa seorang wakil raja Rome datang untuk berjumpa Saidina Umar ra. Didapati Saidina Umar ra sedang berehat tidur di bawah satu pokok. Maka wakil raja Rome itu merasa teruja betapa mudahnya untuk seorang pemimpin besar dapat tidur.
(Ia tidak fikir ia akan keselamatan dan akan dibunuh pun).
-Maka wakil raja Rome menyatakan: “Kamu menjadi pemimpin, kamu berlaku adil maka kamu dapat tidur.”
-Sesunggunya, adil itu taqwa. Iaitu kita meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Maka dengan adilnya kita, maka kita dapat ketenangan. Kita akan mudah tidur.
-Jadi untuk dapat otak yang stabil, minda yang kuat, sihat maka hendaklah kita bertaqwa.
-Justeru, bila kita istiqamah maka kita akan dapat menghadapi saat kematian kita dan mendapat kematian yang husnul khatimah.
-Malaikat akan datang memberi semangat kepada kita menghadapi hasutan syaitan.
-Jadi untuk dapat permudahkan kematian kita hendaklah istiqamah dalam melakukan kebaikan dan ibadat.
-Malaikat bukan sahaja turun pada saat kematiaan sahaja tetapa pada masa sekarang. Ia kata jangan kamu takut dan jangan kamu berdukacita. Maka kita akan rasa tenang sahaja.
Bila kita istiqamah membuat kebaikan maka malaikat akan sentiasa berdoa.
Bagi jiwa yang tenang ia akan dapat dua perkara:
i. Ia akan dapat sabar. Ujian kehidupan diterima dengan sabar.
ii. Ia akan syukur. Ia tidak sombong dengan nikmat kurniaan yang diterima.
Ancaman Ajaran Sesat:
-Hendaklah kita berusaha untuk melarikan diri daripada pengaruh ajaran sesat.
-Kita belajar ilmu. Ia akan menjadi perisai kepada kita.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Monday 16 December 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (255/2019): SIHIR



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan, Presint 8, Putrajaya: 16 Disember 2019/ 19 Rabiulakhir 1441H (Isnin) oleh Ustaz Haji Abdullah.

●Pendahuluan
-Surah al-Baqarah, ayat 102: “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”
-Surah al-Baqarah, ayat 103: “Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.”
-Sesiapa yang belajar ilmu sihir untuk menjauhi kemudaratan maka dibolehkan. Ia belajar untuk menyelamatkan masyarakat.
Tetapi jika ia belajar untuk memudaratkan orang seperti memecah belahkan suami isteri,mewujudkan persengketaan dan lain-lain maka ia mendapat balasan buruk di akhirat. Mereka itu menjual diri mereka.
Sesiapa yang belajar dan ia yakin betulnya sihir itu boleh memberikan kemudaratan kepada manusia maka ia termasuk dalam golongan yang sesat.
Jika mereka takut azab Allah dan mereka tolak ilmu sihir maka mereka mendapat kebaikan.
-Para ulama berbeza pendapat tentang ‘sihir’ secara istilah. Sebahagian ulama mengatakan bahwa sihir adalah benar-benar terjadi ‘riil’, dan memiliki hakikat. Ertinya, sihir memiliki pengaruh yang benar-benar terjadi dan dirasakan oleh orang yang terkena sihir.
-Ibnul Qudamah rahimahullah mengatakan, “Sihir adalah jampi atau mantra yang memberikan pengaruh baik secara zahir mahu pun batin, seperti membuat orang lain menjadi sakit, atau bahkan membunuhnya, memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat isteri orang lain mencintainya.
-Surah al-Al Baqarah, ayat 102: “Dan Nabi Sulaiman tidaklah kafir, akan tetapi para syaitan lah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada manusia”
●Penutup
May Allah give us ability to practice what had been said/written
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (254/2019): 1. BERZIKIR; 2. EMPAT TANDA KESENGSARAAN DAN EMPAT TANDA KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 13 Disember 2019/ 17 Rabiulakhir 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Muhammad Nasryl Arif Roslan.

●Pendahuluan
-Hendaklah kita sentiasa basah lidah dan hati kita mengingati Allah.
Firman Allah:
(i) “Wahai orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang banyak dan bertasbihlah pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat-Nya (yang memohon keampunan untukmu) agar Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. Dia Maha Penyayang kepada orang yang beriman.” (Surah al-Ahzab, ayat 41).
(ii) “Maka berdzikirlah kepada Ku, nescaya Aku akan menyebutmu.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).
-Sebuah hadis qudsi menyebut: “Aku bersama hamba Ku yang mengingati Ku.” (HR: al-Bukhari).
“Barangsiapa mengingati Ku maka Aku akan mengingatnya.”
-Nabi saw bersabda, “Allah SWT telah berfirman, “Barangsiapa mengingat-Ku dalam hatinya, maka Aku akan mengingatinya di sisi-Ku. Dan barangsiapa mengingat-Ku di dalam sekelompok orang, maka Aku akan mengingatnya dalam sekelompok makhluk yang lebih mulia daripada mereka.” (HR. Bukhari (7405) dan Muslim (2675).
(iii) “Maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri dan duduk dan semasa kamu berbaring.” (Surah An-Nisa, ayat 103).
-Maka sama-samalah kita perbanyakkan dan memperbaiki zikir kita.
-Punca banyak keruntuhan hidup kerana ramai yang lupa untuk berzikir (lupa mengingati Allah.
-Sabda Nabi saw: “Apabila kamu selesai solat Subuh maka ucapkanlah sebelum berbicara, Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka (Allahumma ajjirni minannar)” sebanyak tujuh kali kerana jika kamu meninggal dunia pada hari itu, nescaya Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka dan apabila kamu selesai solat Maghrib, maka ucapkanlah sebelum berbicara, “Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka (Allahumma ajjirni minannar) sebanyak tujuh kali kerana sesungguhnya jika kamu meninggal dunia pada malamnya itu, nescaya Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (HR: Abu Daud, Ahmad, Ibnu Hibbaan, At-Thabraani dan Al-Baihaqi).
-Surah al-A’raf, ayat 205: “Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (khifah), dan tidak dengan mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
-Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim menyatakan bahawa Nabi saw telah bersabda, terdapat dua kalimat yang ringan diucapkan di lisan, dicintai oleh Allah yang Maha Merahmati, berat pada timbangan iaitu Subhanallah wabihamdih, subhanallahil ‘Azim.”
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang menyebut “subhanallah wabihamdi” seratus kali maka akan diampunkan dosanya walau pun dosanya sebanyak buih di langit.”
-Nabi SAW bersabda: “Apakah seseorang antara kamu setiap hari tidak mampu mengamalkan suatu amalan sebesar Gunung Uhud?”
Para sahabat menjawab: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu melakukan amalan sebesar Gunung Uhud?” Nabi saw bersabda: “Kamu semua mampu.”
Mereka bertanya: “Bagaimana caranya?” Baginda bersabda: “Ucapan Subhanallah lebih besar pahalanya daripada Gunung Uhud, ucapan La ila ha illallah lebih besar daripada Gunung Uhud, ucapan Alhamdulillah lebih besar daripada Gunung Uhud dan ucapan Allahuakbar lebih besar daripada Gunung Uhud.”
-Hidup manusia sekarang hidup dalam kelemasan
-“Tidak aku ciptakan sesuatu di atas muka bumi ini melainkan ia berzikir kepada Allah. Akan tetapi kamu tidak memahami cara mereka berzikir.”
-“Sesungguhnya manusia itu adalah sebaik-baik kehidupan..”
-Jadi matlamat hidup di dunia ini adalah untuk berzikir kepada Allah.
-Pokok, tumbuhan, binatang dan semua makhluk Allah berzikir kepada Allah.
-Pada satu hari, Nabi saw memegang butiran pasir. Pada masa tersebut ada keempat-empat sahabat besar Nabi saw. Bila dilepaskan butiran pasir itu maka terdengar sebutan berzikir daripada pasir itu.
Manusia ini mempunyai dua ingatan:
1. Ingatan yang kekal selama-lamanya.
-Contohnya, orang akan sentiasa solat lima waktu berjemaah sampai bila-bila kerana telah laksanakannya setiap hari dalam tempoh yang lama seperti sejak kecil.
Ia jadi ingatan yang kekal walau pun pergi ke mana-mana pun tetap melakukannya.
-Contoh, ingatan surah al-mulk dan surah al-fatihah.
Kerana biasa dibaca setiap malam maka surah al-mulk dapat dihafal.

Sunday 15 December 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (253/2019): TANGISAN KETAQWAAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM), Putrajaya: 15 Disember 2019/ 18 Rabiulakhir 1441H (Ahad) oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin

●Pendahuluan
Menangis kerana takut dan rindu
kepada Allah SWT
(1) Sabda Nabi saw: “Dari Ibnu Mas’ud ra, ia berkata : ”Nabi saw Bersabda kepadaku: ”Bacalah Al-Qur’an untukku.” Saya menjawab : ”Wahai Rasulullah, bagaimana saya harus membacakan buat engkau, padahal Al-Qur’an diturunkan kepadamu ?” Beliau bersabda : ”Sesungguhnya aku ingin mendengar Al-Qur’an itu dibaca oleh orang lain.” Kemudian saya membacakan untuk beliau surat An-Nisa’. Sampai pada ayat : ”FAKAIFA IDZAA JI’NAA MIN KULLI UMMATIN BISYAHIIDIN WAJI’NAA BIKA ’ALAA HAA ULAAI SYAHIIDA (Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu),” beliau bersabda : ”Cukup sampai disitu!”
Kemudian saya menoleh kepada beliau dan saat itu kedua matanya sedang mencucurkan air mata.” (HR: Bukhari dan Muslim).
(2) Sabda Nabi saw: “Dari Anas ra., ia berkata : ”Rasulullah SAW pernah berkhutbah, dan saya belum pernah mendengarnya. Beliau bersabda : ”Andaikan kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan pasti akan banyak menangis.” Anas berkata : ”Mendengar yang demikian para sahabat Rasulullah SAW menutupi muka mereka sambil menangis terisak-isak.” (HR. Bukhari dan Muslim
(3) Sabda Nabi saw: “Dari Abu Hurairah ra., ia berkata, Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk neraka, seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah, sehingga air susu itu kembali ke puntingnya. Tidak akan boleh berkumpul debu yang menempel kerana berjuang di jalan Allah dengan asap neraka Jahannam.” (HR:Tirmidzi).
-Nota: Bahasa sastera Nabi tinggi selari dengan ketinggian kesasterawan orang Arab ketika itu.
-Dalam ayat-ayat Allah menggunakan bahasa kesusasteraan yang tinggi.
-Firman Allah:
-“Demikianlah Kami memberi perbandingan untuk kamu berfikir”
(4) Sabda Nabi saw: “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya[Q1]. (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya[Q2] basah kerana menangis.” (HR: Bukhari, Hadis no 620).
Nota: Nabi saw menggunakan kaedah menyampai secara sedikit-sedikit. Mungkin ada lagi yang lain dan disebut dalam hadith yang lain.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (252/2019): PERJALANAN HIDUP ORANG BERIMAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 7 Disember 2019/ 14 Rabiulakhir 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Haji Mohd Zulrusdi Salleh

●Pendahuluan
-Sebagai orang yang beriman kita sentiasa bersedia untuk kehidupan akhirat kita.
-Kita perlu mempunyai keseimbangan dalam mencari keperluan kehidupan di dunia, membuat amalan kebajikan dan persiapan akhirat.
-Kisah seorang hamba Allah yang hebat bernama Uwais.
-Seorang yang tidak dikenali oleh makhluk di bumi tetapi dikenali oleh makhluk dilangit.
Satu pertiga daripada masa beliau diperuntukkan untuk beribadat kepada Allah, satu pertiga untuk mencari kehidupan dan satu pertiga untuk berbakti kepada ibubapa dan ahli keluarga.
Kerana kebaikan dan kesolehannya menjadi anak yang soleh maka doanya diperkenankan oleh Allah.
-Sabda Nabi saw: “Suatu ketika Rasulullah saw sedang duduk di antara para sahabatnya; antara lain Abu Hurairah, Umar, Ali dan lainnya. Baginda saw bersabda:
“Sesungguhnya sebaik-baik generasi tabi’in adalah orang yang bernama Uwais. Dia mempunyai seorang ibu dan mempunyai belang putih di tubuhnya. Lalu dia berdoa hingga Allah menghilangkan belang itu kecuali hanya tersisa sebentuk dirham.”(HR: Muslim dan Ahmad)
Uwais berdoa untuk kesembuhan penyakitnya dengan meminta untuk menyisakan sedikit saja ditubuhnya agar senantiasa bersyukur dan selalu mengingat Allah Ta’ala dan Allah mengabulkan doanya.
Umar yang mengetahui keutamaan Uwais pun senantiasa meminta doa padanya “Mintakanlah ampunan untukku, wahai Uwais!”.
-Nabi saw menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
-Sesudah itu Rasulullah saw memandang kepada Saidina Ali KR dan Saidina Umar ra dan bersabda:
“Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi.”
-Sabda Nabi saw: “Dari Ibnu Abbas, Rasulullah saw bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa muda mu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (HR: al-Hakim dan al-Baihaqi).

Friday 13 December 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (251/2019): MANHAJ DAN WASILAH DAKWAH NABI SAW


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya: 12 Disember 2019/ 17 Rabiulakhir 1441H (Khamis) oleh Ustaz Auni Mohamed.

●Pendahuluan
-Surah An-Nahl, ayat 125: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang
Enam Minhaj Dakwah Nabi saw:
1. Nabi saw sentiasa melaksanakan apa yang didakwahkan.
2. Nabi saw tidak kompromi dengan prinsip-prinsip asas Islam.
3. Dakwah Nabi saw penuh dengan lembut dan kasih sayang.
4. Nabi saw sentiasa berusaha meminimakan bebanan-bebanan syariat ke atas umatnya.
5. Tidak ada kompromi Nabi saw dalam pelaksanaan syariat.
6. Nabi saw tidak pernah menerima rasuah dalam melaksanakan dakwah.
HURAIAN:
Firman Allah dalam surah An-Nahl, ayat 125 tersebut di atas, “Serulah (panggillah) manusia ke jalan Tuhan Mu”
-Jadi jangan kita ingat bahawa seruan dakwah hanya dibuat oleh para ulamak/ustaz dan ahli agamawan sahaja.
-Kita semua bertanggungjawab.
-Sekurang-kurangnya ibubapa bertanggungjawab untuk berdakwah kepada anak-anak dan keluarga. Tunjuk ajar mereka tentang adab/akhlak dan ilmu agama.
-Segala dakwah yang hendak kita buat perlulah berpaksi kepada Allah.
Bukan kita berdakwah untuk memalingkan manusia ke muka kita.
Jangan berdakwah untuk mendapat populariti, imbuhan keduniaan (jawatan & harta benda) dan lain-lain.
-Kita hendak palingkan manusia bagi mengenal Allah dengan sebenar-benar.
Cara-cara Dakwah:
1. Berdakwah secara hikmah.
(a) Ilmu yang betul dan tepat
(b) Masa yang bersesuai. Biar orang yang hendak mendengar itu benar-benar bersedia untuk mendengar.
(c) Orang yang kita dakwahkan berkeupayaan untuk mendengar
2. Memberi nasihat-nasihat yang baik
-Adab-adab, akhlak
-Dakwah kepada membuat kebaikan dan memberi pahala
3.Tidak mencari kesalahan satu sama lain.
-Saling berlapang dada dalam perbezaan pandangan dalam perkara-perkara ranting.
Tiga elemen yang penting sentiasa di paparkan oleh Allah dalam al-quran untuk kita ikuti:
(i) Aqidah
(ii) Syariat
(iii) Adab/akhlak (etika)
-Kisah-kisah para Nabi/Rasul yang dirakam oleh Allah dalam al-quran ada ketiga-tiga elemen tersebut.
-Allah mengajar Nabi saw tentang manhaj Nabi-Nabi terdahulu menghadapi pelbagai karenah umat mereka.
Contohnya, Nabi Saleh as berhadapan orangnya yang membunuh mukjizatnya (unta); Nabi Musa as berhadapan dengan Firaun dan lain-lain.
-Surah Hud, ayat 129: “Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.”
-Nabi saw menghadapi pelbagai halangan. Diceritakan dalam al-quran berkaitan cabaran dan tentangan kaum terdahulu kepada para Nabi/Rasul mereka.
Contohnya, dakwah Nabi Nuh as kepada kaumnya yang lama tetapi hanya tidak sampai 100 orang yang mengikutnya.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (250/2019): HALAL HARAM DALAM BERHUBUNG SESAMA MANUSIA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 10 Disember 2019/ 14 Rabiulakhir 1441H (Selasa) oleh Ustaz Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim.

●Pendahuluan
-Dua asas dalam kita berhubung sesama manusia:
i. Menjaga persaudaraan sesama Islam
ii. Menjaga hak dan kemuslihatan sesama manusia
-Jika kedua-dua asas tersebut dijaga maka akan wujud keharmonian dan kedamaian dalam kehidupan.
-Madinah dibina dengan asas persaudaraan.
-Kita jangan cakap di belakang jika ada yang perlu kita tegur.
-Setiap perbuatan dan kata-kata kita menyebabkan orang berasa hati.
-Jika ada dengar masalah rumah tangga orang maka jangan kita burukkan keadaan. Jangann kita yang tidak tahu menahu membuat tohmahan tidak berasas.
-Imam Ghazali menyatakan bahawa yang dimaksudkan halal haram dalam perhubungan adalah adab.
Walau pun adab itu sunat ia boleh menjadi wajib dan haram.
Contoh senyuman, gurauan ianya boleh jadi sunat, wajib dan haram.
-Guruan perlu ikut hadnya. Senyuman juga jika ia berbentuk sinis membawa kepada dosa.
-Tidak boleh seorang Islam tidak bertegur sapa sesama Islam. Jangan saling memboikot antara satu sama lain.
Jangan isu-isu kemasyarakatan setempat menyebabkan perbalahan. Contohnya jika membayar yuran sekuriti untuk keselamatan taman maka hendaklah sama-sama dan tidak berselisih faham hanya kerana perbezaan pendekatan/pendapat.
Jika tidak bertegur sapa sesama sanak saudara, suami isteri lagi diharamkan.
-Kita perlu berbaik-baik dengan membuang sifat sombong, sifat marah dan rasa tidak selesa dengan orang lain.
-Bila berlaku tidak bertegur sapa maka hendaklah segera memaafkan. Beri salam antara satu sama lain.
Manusia itu tidak sempurna dan ada di kalangannya adalah pemimpin.
Bila lihat kawan dapat lebih seperti naik pangkat, maka kita perlu bersyukur.
Lagi teruk haramnya jika bergaduh adik beradik dan anak dengan ibubapa.
-Sabda Nabi saw: “Tidak masuk dalam syurga Allah bagi seorang lelaki yang memutuskan silaturrahim.”
Bagaimana untuk membina silaturrahim:
-Kita mendekati semua orang walau pun ada yang tidak suka.
Nabi saw tetap bersabar walau pun ramai orang Jahilliah menghina baginda saw.
Pernah Nabi saw diletakkan bangkai di belakangnya semasa solat di hadapan kaabah namun Nabi saw tetap bersabar.
-Sabda Nabi saw: “Bukanlah orang yang baik itu adalah orang yang membalas kebaikan orang tetapi orang yang baik itu adalah orang yang menyambung silaturrahim yang terputus.”
Dalam keadaan tertentu dibenarkan untuk tidak bertegur sapa.
-Nabi saw pernah memulau tiga orang sahabat selama 50 hari kerana mereka lari daripada perang Tabuk. Ia adalah perintah Allah kepada Nabi saw.
Nabi saw pernah tidak menegur isteri selama beberapa tempoh.
[Abdullah bin Umar ra pernah tidak menegur anaknya selama 40 hari.]
-Jangan kita menjadi batu api yang menyebabkan perpecahan. Kita akan dilaknat.
-Sabda Nabi saw: “Tahukah kamua apakah perbuatan yang lebih baik daripada solat, puasa, zakat, haji, bersedekah. Ia adalah bila kamu menjadi penyelamat (menyambung silaturrahim) bagi orang yang berpecah belah.”
-Bila sesama Islam berpecah belah maka Islam akan lemah.
Justeru jangan bercakap yang memecah belah dan menimbulkan pergaduhan.
-Buat jahat dengan binatang (kuching) pun menyebabkan seseorang itu tidak masuk syurga.
Manusia ini suka bercakap tentang keburukan orang.
Q&A:
1. Derma masjid perlu digunakan untuk kegunaan umum.
2. Jika kita telah ambil wuduk dan kita sembahyang. Semasa kita sembahyang kita terdengar paip yang kita ambil wuduk terbuka. Maka kita boleh memberhentikan solat dan menutup paip yang terbuka dan kemudian memulakan kembali solat.
Ini kerana air adalah hak orang ramai manakala solat adalah kita dengan Allah.
3. Derma darah hukumnya harus
4. Mengejek orang yang mati hukumnya haram. Jangan buruk sangka dengan si mati.
Maka dengan orang yang hidup lagilah tidak boleh buruk sangka.
5. Bagi barang sumbangan harian yang diletakkan di masjid untuk kegunaan orang yang memerlukan seperti gula, beras dan lain-lain boleh diambil/diguna bukan sahaja oleh orang miskin tetapi juga orang kaya. Mungkin orang kaya itu berhadapan dengan masalah (misalnya isteri kirim beli gula tetapi lupa bawa duit atau kedai telah tutup) maka ia boleh mengambilnya. Kemudian si kaya boleh menggantikannya semula.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Wednesday 4 December 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (249/2019): KEPERCAYAAN KEPADA KITAB-KITAB DAN SUHUF IBRAHIM & SUHUF MUSA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 3 Disember 2019/ 7 Rabiulakhir 1441H (Selasa) oleh Ustaz Maulana Mohd Firdaus Mohamad Darwi.

●Pendahuluan
-Syukur kerana dengan kasih sayangNya kita diberi taufik dan hidayah dapat kita menunaikan tanggungjawab dan melakukan amalan.
-Kita diwajibkan meminta hidayah Allah. Sekurang-kurang 17 kali sehari kita memohon hidayah Allah, iaitu bila kita baca fatihah dalam setiap rakaat solat fardhu kita.
-Justeru, bila kita telah mendapat hidayah, kita perlu syukur dengan sebenar-benar syukur.
-Orang yang beriman itu ialah orang yang gembira dengan perbuatan baiknya dan sedih dengan perbuatan buruk yang dilakukannya.
-Kata-kata mutiara yang diungkapkan oleh al-Hasan al-Basri: “Bukanlah iman itu dengan perhiasan dan cita-cita akan tetapi iman itu ialah apa yang teguh dalam hati dan dibenarkan oleh amal.
Barang siapa berikrar untuk berbuat baik pada hal ia mengerjakan amal yang tidak baik, nescaya Allah menolak perkataannya.
Dan barang siapa berkata dan berbuat baik, nescaya mengangkat akan amalnya.”
Sabda Nabi saw:
-Bila orang sempurna iman berdoa, Allah menyukainya. Maka Allah berfirman kepada malaikat Jibrail untuk tidak terus perkenankan doa orang tersebut. Allah suka kepada orang yang merintih doa.
Manakala bila orang fasikh berdoa, Allah perintahkan malaikat Jibril cepat-cepat tunaikan doanya. Allah tidak suka dengannya.
Daripada hadith di atas, maka hendaklah kita sentiasa bersangka baik dengan Allah. Banyak aturan Allah yang kita tidak tahu.
Daripada hadith tersebut juga dapat kita tahu ada tugasan diberi kepada malaikat Jibril.
Kepercayaan Kepada Kitab-Kitab dan Suhuf:
-Beriman dengan semua kitab yang Allah sebutkan namanya di dalam Al-Quran.
Sesungguhnya kita telah mengetahui sebahagian daripadanya, iaitu: Al-Quran, Taurat, Zabur, Injil, Suhuf Ibrahim dan Suhuf Musa.
Kita juga beriman bahawa sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan kitab-kitab lain selain daripada kitab-kitab yang tersebut kepada nabi-nabiNya, tidak mengetahui namanya serta bilangannya kecuali yang menurunkannya (Allah Taala).
Suhuf-Suhuf:
-Bermakna lembaran-lembaran.
-Wajib bagi orang Islam untuk beriman dengan suhuf-suhuf.
-Sahuf ialah jamak kepada sahifah.
“Wajib beriman kepada kitab-kitab dan suhuf-suhuf al-khalil (Nabi Ibrahim as) dan al-kalim (Nabi Musa as). Di dalam suhuf-suhuf itu terkandung kata-kata Allah Yang Maha Mengetahui.”
“Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). (Surah An-Nisa’, ayat 164).
“Bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam kitab-kitab yang terdahulu, iaitu kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. (Surah Al-A’la, ayat 16-19).
Bila Nabi Ibrahim as menerima kalam-kalam Allah, ia menulisnya di atas kulit-kulit kayu, binatang dan batu.

Tuesday 3 December 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (248/2019): WALI ALLAH SWT DAN CIRI-CIRINYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 2 Disember 2019/ 5 Rabiulakhir 1441H (Isnin) oleh Ustaz Mohd Amin Tahir

●Pendahuluan
-Karamah ialah perkara luar biasa berlaku kepada wali Allah / para orang alim (aulia). Ia dikurniakan kepada insan-insan yang terpilih.
-Surah Yunus, ayat 62: “Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
-Surah Yunus, ayat 63: “(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.”
-Surah Yunus, ayat 64: “Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.”
-Surah al-kahfi, ayat 17-19:
-Surah al-Kahfi, ayat 17: “Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.”
-Surah al-Kahfi, ayat 18: “Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.”
-Surah al-Kahfi, ayat 19: “Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.”
-Surah al-Kahfi, ayat 25: “Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).”
-Mereka yang disebut dalam surah al-kahfi adalah orang alim (aulia). Mereka bukannya para Nabi.
-Kalimah seorang ulamak: “Duit yang kamu belanjakan untuk menjamu orang miskin dan anak yatim ianya adalah lebih bernilai daripada mengerjakan haji 1,000 kali.”
-Untuk memandu kita ke jalan yang diredhai Allah, kita perlu mempunyai pembimbing.
-Sabda Nabi saw: “Demi Allah, sungguh satu orang saja diberi petunjuk (oleh Allah) melalui perantaraanmu, maka itu lebih baik dari unta merah.”
“Seseorang mendapat hidayah Allah melalui engkau, maka hal itu lebih baik bagimu dari seekor unta merah“. (HR: Bukhari).
-Unta merah adalah harta yang paling istimewa di kalangan orang Arab pada zaman Nabi saw.
-Sabda Nabi saw: “Yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia akan mendapatkan sama seperti apa yang dilakukan” (HR: Muslim).
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa yang menerapkan kebiasaan yang baik dalam Islam maka baginya pahala dan pahala orang yang mengerjakannya tanpa dikurangi sedikitpun pahalanya”. (HR: Muslim).
-Sesiapa yang memberi petunjuk yang menyebabkan seorang itu mengetahui daripada tidak mengetahui, ianya adalah lebih baik daripada seekor unta merah.
-Tanda Orang Soleh (wali Allah):
1. Jika kita melihatnya akan mengingat kita kepada Allah.
-Dari Said ra, ia berkata: “Ketika Rasulullah saw ditanya: “Siapa wali-wali Allah?” Maka baginda bersabda: “Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.”
-Sabda Nabi saw:
Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya:
“Ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah berfirman: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-wali Ku adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingati Ku dan Aku pun mengingati mereka.”
2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya.
Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya:
“Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”
3. Mereka bertakwa kepada Allah.
Allah swt berfirman (Surah Yunus, ayat 62-64):
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati Mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”
-Abul Hasan As Sadzili pernah berkata: “Tanda-tanda kewalian seseorang adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali kepada Allah ketika ditimpa bencana.
4. . Mereka saling menyayangi dengan sesamanya.
Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:
-Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah.”
Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah maupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.”
Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang ertinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”
-Surah al-Hujurat, ayat :
“Sesungguh aku diutuskan untuk kamu berkasih sayang..”
5. Mereka selalu sabar, wara’ dan berbudi pekerti yang baik.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa”Rasulullah saw bersabda:
“Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara’ dan berbudi luhur kepada orang lain.”
Rasulullah saw bersabda: “Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang tidak takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka ketika manusia takut. Mereka menempuh perjalanan yang berat sampai mereka menempati tingkatan para nabi.
Mereka suka berlapar, berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka mampu. Mereka lakukan semua itu demi untuk mendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang halal kerana akan amanahnya. Mereka bersahabat dengan dunia hanya dengan badan mereka, tetapi mereka tidak tertipu oleh dunia. Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dengan mereka.”
Kemudian Rasulullah saw menangis kerana rindu kepada mereka. Dan beliau bersabda: “Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan siksaNya.
Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan mereka, sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia akan mendapati siksa yang berat.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (247/2019): BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Surau Blok C7, Putrajaya: 2 Disember 2019/ 5 Rabiulakhir 1441H (Isnin) oleh Ustaz Haji Salleh

●Pendahuluan
-Seseorang itu hendaklah bertawakal setelah ia berusaha.
-Tidak boleh kita tidak berusaha dan berserah bulat-bulat kepada Allah.
-Jika kita berburu dan mendapat binatang buruan maka hendaklah kita tambat atau simpan ia dalam sangkar sebelum ia disembelih untuk dimakan. Tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dengan bertawakal kepada Allah.
-Kefahaman bahaw kita tidak perlu berusaha dan menyatakan bahawa ulat dalam batu pun Allah beri rezeki adalah satu fahaman yang salah.
-Nabi saw tidak menyuruh umatnya mengganggur.
-Bahkan dinyatakan jika esok kamu tahu akan kiamat dan ditangan kamu ada benih maka hendaklah kamu tanam benih tersebut.
-Justeru jangan kita salah tafsir kata-kata bahawa ulat dalam batu pun ada rezeki.
-Tawakal sepenuhnya bererti kita memberi pergantungan sepenuhnya kepada Allah dengan disertai dengan usaha dan doa yang bersungguh-sungguh. Segala yang kita lakukan hendaklah diasaskan kepada ketaqwaan kita kepada Allah.
-Burung yang keluar dari sarang waktu pagi dengan perut kosong kembali ke sarang pada malam hari dengan perut yang penuh. Burung berpagi-pagian keluar mencari rezeki.
-Setiap kehidupan seperti burung tersebut mencari keperluan kehidupan dengan tabiat yang Allah jadikan kepadanya.
Ia ikut jalan-jalan yang ditetapkan oleh Allah.
-Begitulah manusia, masing-masing ada jalan usaha yang ditetapkan samada ia seorang petani, nelayan, pekerja, pengusaha, peniaga dan lain-lain.
-Allah kurniakan akal dan petunjuk pengajaran kepada kita.
-Maka gunakanlah akal yang siuman dan petunjuk yang diberi untuk membuat usaha kehidupan yang diredhaiNya.
-Bila Allah menyatakan hendaklah kita bertawakal, ianya disertai dengan perintah untuk kita beriman, taqwa dan berserah diri.
-“KepadaNya jualah orang beriman menyerah diri.”
-Surah Hud, ayat 123: “Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.”
-Allah yang mengetahui segalanya.
-Surah al-Talaaq, ayat 2: “....dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).”
-Kita berusaha, berikhtiar, berserah dan seterusnya bertawakkal kepada Allah.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (246/2019): ENAM TINGKATAN IMAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Raja Haji Fi Sabillilli, Cyberjaya, Selangor: 1 Disember 2019/ 5 Rabiulakhir 1441H (Ahad).

●Pendahuluan
-Semua kita ingin meraih keimanan yang teguh bagi mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
-Martabat atau tingkatan iman umumnya dibahagikan kepada 6 tingkatan.
Tingkatan Iman:
1. Iman ikut-ikutan /taklid
-Iaitu iman mengikut fahaman orang lain. Antaranya melalui apa yang diajar oleh guru/ibubapa.
-Iman ini amat lemah dan menghampiri kejahilan.
-Orang yang mempunyai iman kategori ini ia lemah dalam menerangkan hakikat dan penghayatan terhadap apa yang ia imani. Ia hanya berpandukan kepada penerangan orang kepadanya.
2. Iman pada ilmu
-Iaitu iman yang terbit daripada ilmu.
-Ianya hasil daripada pembelajaran mengenai dalil-dalil dan hujah-hujah yang berpandukan kepada al-quran dan hadis serta penerangan oleh ulamak.
-Ia yakin dan mampu menerangkan dan menghayati hakikat iman yang ia imani.
3. Iman dalam hati (iman orang soleh)
-Iaitu iman yang dapat merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya dalam apa jua keadaan.
-Tingkatan iman ini dikurniakan Allah kepada hambaNya yang terpilih sahaja.
4. Iman “Hak”
-Iaitu iman yang terbit daripada “hak”.
-Orang yang mempunyai tingkatan iman ini ia terlepas daripada hawa nafsu syaitan.
-Ia dekat dengan Allah.
-Ia melihat Allah dengan mata hati.
-Ianya dikurniakan kepada insan terpilih sahaja.
5. Iman “Hakikat”
-Iaitu Iman yang terbit daripada “Hakikat”
-Hasil daripada “fana’unfillah” iaitu tiada melihat selain dari Allah SWT.
-Hanya para Wali Allah yang dapat mencapai sehingga ke tingkatan iman ini.
-Orang yang mempunyai tingkatan iman ini, mereka menjadi fana’ kepada Allah dan tidak dapat menyedari dan mengawalnya.
6. Iman “Hakikatul Hakikat”
-Iaitu Iman yang terbit daripada “Hakikatul hakikat”
-Iman tingkatan ini adalah hasil daripada “fana’unfillah”
-Iman tingkatan ini hanya dikurniakan oleh Allah kepada para Anbia sahaja. Di mana para nabi dan Rasul fana’ kepada Allah dengan dapat melihat zat Allah itu tetapi masih mampu untuk mengawalnya dan hidup seperti manusia biasa.
-Seperti Rasulullah saw dapat melihat syurga dan neraka ketika Isra’ dan Mi’raj, tetapi masih turun kebumi dan dapat hidup seperti manusia biasa.