Tuesday 17 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (182/2019): AMALAN SEBESAR GUNUNG UHUD DAN TAMAN SYURGA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Bacaan Hadith Selepas Subuh@ Masjid Al-Abyad Taman Matang Jaya, Jalan Matang Jaya, Kuching, Sarawak: 17 Sept 2019/ 17 Muharram 1441H (Selasa).
Imam Masjid
Tajuk: Amalan Sebesar Gunung Uhud & Taman Syurga
Sabda Nabi saw:
“Adakah ada sesiapa yang ada di kalangan kamu yang mampu melakukan amalan sebesar gunung uhud setiap hari. Maka dijawab sahabat tidak Ya Rasulullah. Maka sabda Nabi saw, bacaan Subhanallah lebih besar daripada gunung uhud, bacaan Alhamdulillah lebih besar daripada gunung uhud dan bacaan Allahuakbar lebih besar daripada gunung uhud.”.
Sabda Nabi saw: “Bila kamu melintasi taman-taman syurga, hendaklah berhenti. Maka kamu nikmatilah sepuas-puas hati. Maka Nabi saw menyatakan yang dimaksudkan menikmati sepuas-sepuasnya adalah dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.”
Anas bin Malik RA berkata bahawa Sabda Rasulullah SAW, "Apabila kamu melintasi taman-taman syurga hendaklah kamu berhenti untuk mengambil manfaat dan hasilnya". Para sahabat bertanya, "Apakah itu taman syurga, wahai Rasulullah?". Jawab baginda, "Majlis-majlis zikir (ilmu)." (HR: at Tirmizi).

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Monday 16 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (181/2019): EMPAT GOLONGAN YANG DISAYANGI ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 16 Sept 2019/ 16 Muharram 1441H (Isnin) oleh Ustaz Dato’ Nasarudin Ali

●Pendahuluan
-Pada satu hari Abi Idris al Khailani ia dapati orang ramai sedang mengerumuni seseorang di sebuah pasar di Damsyik. Maka didapati orang itu adalah sahabat Nabi saw yang terhormat bernama Saidina Muaz bin Jabar. Ia hendak sangat berjumpa dengan Saidina Muaz. Namun orang terlalu ramai, lalu ia kembali semula ke rumahnya.
-Maka pada esok harinya ia ke masjid untuk beliau dapat berjumpa Saidina Muaz. Sebelum subuh, Abi Idris al-Khailani telah sampai di masjid dan didapatinya Saidina Muaz telah pun ada di masjid dan sedang solat.
-Lalu ia menunggu Saidina Muaz untuk siap solat. Ia hendak berjumpa hanya semata-semata untuk sampaikan satu perkara sahaja kepada Saidina Muaz iaitu “aku sayang kepada mu kerana Allah.”
Justeru, selepas Saidina Muaz siap solat maka Abi Idris al-Khailani pun melafazkan kata-katanya, “ Aku sayang pada mu Saidina Muaz kerana Allah.”
-Maka Saidina Muaz tanya sekali lagi adakah benar kamu sayang aku kerana Allah. Pertanyaan yang sama dituturkannya sebanyak 3 kali dan dijawab Abi Idris al-Khailani ya.
-Maka ditarik Abi Idris al-Khailani oleh Saidina Muaz rapat kepadanya. Kemudiannya Saidina Muaz bin Jabbar telah menyampaikan pesanan Nabi saw kepada beliau.
Iaitu beliau berpesan kepada Abi Idris al-Khailani empat (4)perkara.
-Katanya, Nabi saw telah bersabda dan bahawa Allah telah berfirman (hadith qursi):
1. Wajib Aku sayang di kalangan kamu yang hidupnya ia saling mengasihani/berkasih sayang semata-semata kerana Ku.
2. Wajib Aku sayang di kalangan kamu yang duduk di majlis ilmu kerana Ku.
3. Wajib Aku sayang di kalangan kamu yang ziarah menziarahi kerana Allah.
4. Wajib untuk Aku sayang di kalangan kamu suka bertukar-tukar hadiah (memberi dan menerima) kerana Ku.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (180/2019): 30 WASIAT IMAM SYAFIE - BELAJAR DAN MENGAJAR ILMU


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM), Presint 8, Putrajaya: 15 Sept 2019/ 16 Muharram 1441H (Ahad) oleh Ustaz Zuhaili

●Pendahuluan
Nasihat Pertama: Belajar dan Mengajar Ilmu
-Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin.
-Ia akan menjaga kamu
-Untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
-Dua sifat yang akanmemusnahkan manusia iaitu berputus asa dan berpada dengan ada, iaitu rasa cukup apa yang ada.
Jadi jangan kita rasa sudah cukup dengan ilmu yang ada.
-Ilmu Allah amat luas dan tiada hadnya.
-Surah al-Kahfi, ayat 109: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
-Nabi saw menyatakan bahawa ilmu itu imam. Amalan itu adalah pengikut.
Jika tanpa ilmu maka akan membawa kita berputus asa dan sesat. Contohnya, jika seorang itu berdoa dan doanya tidak dimakbulkan maka ia mungkin akan beputus asa dan berhenti berdoa kerana ia tidak tahu bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
-Belajar apa jua ilmu samada ilmu dunia atau akhirat yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.
-Semoga dengan ilmu yang bertambah akan menjadikan kita lebih baik.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (179/2019): IMAN YANG BERBOLAK BALIK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya: 14 Sept 2019/ 14 Muharram 1441H (Sabtu).

●Pendahuluan
-Surah Al-An’am, ayat 110:
“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”
-Bila kita buat dosa maka hendaklah kita cepatlah bertaubat.
-Allah membuka banyak pintu harapan. Kita dekatkan hati kita kepada Allah.
-Pendidikan jiwa dan rohani berlaku di masjid/surau.
Benteng terakhir kita adalah iman kita.
-Bila kita mempunyai kuasa, jawatan dan kekayaan kita akan mudah mengkhianatinya jika kita tidak mempunyai iman yang sempurna.
-Kita selalu dibisikkan oleh nafsu dan syaitan agar selalu melakukan perkara-perkara yang lalai, kufur dan dosa.
-Justeru jiwa yang dikuasai oleh iman yang kukuh merupakan benteng yang ampuh bagi menangani dugaan dan godaan hawa nafsu.
-Iman/hati kita selalu berbolak-balik dan selalu turun dan naik. Itulah sifat hati dan iman. Ia berbolak-balik dan turun-naik.
Iaitu hati kita akan sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap.
-Kadang-kadang hati ini bercahaya dan kadang-kadang ianya gelap.
-Kadang-kadang hati ini lembut, namun kadang-kadang, sebaliknya ianya kaku dan keras.
Kadang-kadang hati begitu zuhud dan tawaduk manakala di masa lain ia berubah menjadi sombong dan angkuh.
Pada satu masa hati ini boleh sabar, manakala di waktu yang lain ia cepat marah, kecelaruan dan hilang sabar.
Satu ketika hati ini terasa tenang, namun di waktu yang lain ianya terasa kosong dan huru-hara.
Dalam beribadah, hati mampu mencapai darjat khusyuk dan boleh pula dengan mudah menjadi lalai.
Hati boleh taat kepada Allah dan boleh pula durhaka kepadaNya.
Jika seseorang itu menjadi ketua dan ia tidak beramanah maka bukan dia sahaja bertindak buruk tetapi organisasi dan warga organisasi akan menanggung akibatnya.
Iman adalah “CCTV” kita. Jangan biarkan hawa nafsu menguasai kita.
Nafsu tidak akan pernah puas.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (178/2019): KELEBIHAN MENUNTUT ILMU DAN EMPAT NASIHAT UNTUK KEHIDUPAN AKHIRAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 13 Sept 2019/ 13 Muharram 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Mohammad Nasrul Arif Roslan.

●Pendahuluan
-Semoga kita sentiasa sedar bahawa tujuan kita hidup di dunia ini adalah untuk beribadat kepada Allah.
-Bila kita berada dalam majlis ilmu, hendaklah kita azam sungguh-sungguh untuk menimba ilmu.
-“Aku suka duduk dalam majlis ilmu.” Kita perlu excited bila berada dalam majlis ilmu!
-Dalam majlis ilmu itu ada kupasan tentang al-quran dan hadith. Maka bila kita berada bersamanya, Allah akan terangkan hati kita.
-Jika kita lama tidak dengar peringatan maka banyak titik hitam dalam hati.
-Maka bagaimana untuk cucikan hati kita? Kita hadir majlis ilmu. Ia akan cucikan hati.
Kelebihan Orang Menuntut Ilmu:
1. Jiwa/hati akan disucika
2. Mendapat doa para malaikat
3. Allah menjanjikan akan diangkat darjat orang yang belajar ilmu.
-Surah Az-Zumar, ayat 9: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakal lah yang dapat menerima pelajaran.”
-Allah angkat darjat di kalangan orang yang mempelajari ilmu dan yang menyebarkan ilmu.
-Surah al-Mujadalah, ayat 11:
“ … niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”
-Allah bukan sahaja akan muliakan di akhirat tetapi juga di dunia.
-Buktinya, para ulamak yang telah lama pergi pun ia masih dikenali. Kitabnya masih dirujuk.
-Allah tidak sama sekali memungkiri janjiNya.

Thursday 12 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (174/2019): CIRI MANUSIA LUAR BIASA


Proram Generasi@Radio IKIM, 12 September 2019/ 12 Muharram 1441H, 8.30 pagi (Khamis) oleh YBhg Prof Datuk Dr Muhaya Hj Mohamad
Moderator: DJ Haji Suffian (Wak Pian) & DJ Hazwan
Manusia yang luar biasa mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Sangat tenang
-Walau orang kelam kabut, orang marah dan seumpamanya, ia sentiasa tenang. Ketauhidannya kepada Allah amat kuat.
-Ia tahu bahawa semuanya daripada Allah.
-Ia mempunyai kebergantungan kepada Allah yang amat tinggi.
-Ringkasnya, ia tidak mudah hilang punca dalam apa jua ujian dan perkara yang berlaku.
ii. Sangat lemah lembut
-Mempunyai akhlak yang amat baik. Ia lemah lembut bila berbicara, bila memandang orang.
-Pergerakan dan tindakannya sentiasa bersopan santun.
-Bila duduk bersamanya rasa seronok dan tenang.
-Ketauhidannya kuat.
-Salah satu tanda Allah sayang pada kita, bila kita dikurniakan kelembutan.
-Mudah menyapa dan memberi salam
iii. Sangat senang untuk bermesra dengannya (tawaduk)
-Kita rasa senang dan selesa dengannya
-Ia tawakduk dan rendah hati
-Tidak sombong
-Orang sombong bukan luar biasa. Ia tidak disenangi.
-Orang yang berjalan di muka bumi dengan sombong tidak bau syurga.
iv. Senang untuk berurusan dengannya.
-Ia tidak buat payah.
-Sentiasa positif untuk membantu.
-Tidak berkira dalam memberi khidmat.
v. Suka berkawan dan tiada musuh
-Biar semuanya menjadi kawan kita.
-Kita mudah maafkan kesalahan orang.
Kelima-lima ciri tersebut tidak pun dikaitkan dengan bank akaun, pangkat, name card, besarnya rumah, kekayaan, darjat, pengaruh, kuasa, cantik, ramainya follower dalam sosial media dan lain-lain.
Maknanya semua orang boleh jadi orang luar biasa!
Tidak kira siapa kita, samada kita duduk di bandar atau kampung.
Iaitu kita semua layak menjadi insan yang luar biasa!
Sebabnya, semuanya terletak di jiwa. Maka beruntunglah orang yang membersihkan jiwa.
Iaitu siapa yang faham Islam, ia boleh menjadi manusia luar biasa.
Keupayaan luar biasa bukan milik sesiapa. Ia milik semua. Kita semua boleh mempunyainya!
Alangkah indahnya bila kita menjadi orang luar biasa. Kita perlu sentiasa berfikir bahawa hidup ini adalah ibadah.

Monday 9 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (173/2019): KEMULIAAN HARI JUMAAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM), Presint 8, Putrajaya: 8 Sept 2019/ 9 Muharram 1441H (Ahad) oleh Ustaz Halim Md Derus
Sumber: (Kitab Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah (Membicarakan Hal-Hal Sembahyang)
●Pendahuluan
-Kita perlu mengetahui tentang tatacara makmun yang muafiq dan makmun masbuk bila kita solat berjemaah.
-Membaca surah itu sunat. Tetapi mengikut pergerakan imam itu adalah wajib bila kita solat berjemaah.
Hari Jumaat adalah hari yang sangat mulia pada Allah.
Ia adalah kerana:
1. Ia adalah penghulu segala hari
2. Nabi Adam as dijadikan pada hari Jumaat
3. Hari kiamat berlaku pada hari Jumaat
4. Menurut satu riwayat, ia adalah sebaik-sebaik hari yang naik matahari padanya.
Pada hari tersebut Allah memerdekakan 600,000 orang daripada api neraka.
Sesiapa yang mati pada hari tersebut, Allah memberi ganjaran baginya pahala syahid dan dipelihara daripada fitnah kubur.
5. Pada hari Jumaat, disunat memperbanyakkan bacaan selawat pada siang hari dan malamnya, membaca surah al-Kahfi, mandi dengan niat sunat Jumaat, kemudian pergi awal pagi ke tempat sembahyang Jumaat dan sunat memberi perhatian kepada khutbah.
-Orang yang datang ke masjid awal pada hari Jumaat bakal antara yang awal bertemu Allah di syurga kelak.
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Sunday 8 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (172/2019): PUASA ASYURA & ALLAH SWT MELAKNATI ORANG YANG MENYEMBUNYIKAN HUKUM HAKAM ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Putra, Putrajaya: 8 Sept 2019/ 8 Muharram 1441H (Ahad) oleh Ustaz Abdullah Mat.

Sumber: Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 159 - 160
●Pendahuluan
-Banyak keistimewaan yang berlaku di bulan Muharram.
-Surah At-Taubah, ayat 36: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”
-Nabi saw ketika berhijrah ke Madinah, baginda saw telah melihat pendita Yahudi berpuasa pada hari ke-10 Muharram (hari Asyura). Maka bila ditanyakan, mereka menyatakan bahawa mereka berpuasa kerana mereka mengingati peristiwa Allah menyelamatkan Nabi Musa as daripada Firaun, di mana Allah telah tenggelamkan Firaun dan tenteranya.
-Maka Nabi saw menyatakan bahawa kami lebih berhak berpuasa pada hari ke-10 itu kerana mengingati peristiwa Nabi Musa as terselamat daripada Firaun.
-Nabi saw kemudian menyatakan bahawa untuk berbeza daripada orang Yahudi, maka sunat berpuasa dua hari iaitu pada 9 Muharram atau 11 Muharram.
-Sabda Nabi saw:
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra, beliau berkata, “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para shahabat untuk berpuasa pada hari itu, mereka berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari ‘Asyura adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Nasrani.’ Rasulullah saw pun menjawab, ‘Kalau begitu, pada tahun depan insya Allah kita berpuasa pada hari kesembilan’. Dan belum tiba tahun yang akan datang, namun Nabi saw sudah wafat” (HR. Muslim).
Keutamaan Puasa Asyura:
-Sabda Nabi saw: ““Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah (syahrullah) Muharram. Sedangkan solat malam merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu” (HR: Muslim).
-Sabda Nabi saw:
"Dari Abu Qatadah Al-Anshari ra, Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, maka baginda bersabda: “Puasa 'Asyura dapat menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lalu” (HR. Muslim).
Apakah Peristiwa Lain Yang Berlaku Pada 10 Muharram:
-Pada hari ke-10 Muharram juga berlaku peristiwa bahtera Nabi Nuh as terdampar di bumi.
Dinyatakan ianya terdampar di satu tempat di Turki
-Ada riwayat menyatakan, peristiwa terbenamnya dunia semasa zaman Nabi Nuh as adalah selama 6 bulan.
Nabi Nuh as naik atas bukit dan beliau menyeru anaknya.

Saturday 7 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (171/2019): TAHUN BARU TITIK TOLAK PERUBAHAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Jamek Daerah Kluang, Johor: 31 Ogos 2019/ 1 Muharram 1441H (Sabtu)

● Pendahuluan
-Bila kita menyambut tahun, yang pentingnya adalah untuk kita berubah menjadi lebih baik.
Iaitu hijrah berkehendakkan kepada perubahan.
Yang penting ialah untuk kita hendak berubah.
Dinamakan tahun hijrah kerana kita diperlukan untuk berubah.
-Bulan pertama dalam tahun hijrah adalah muharam (al-muharam). Muharam ialah diharamkan segala yang tidak baik. Riba, rasuah dan seumpamanya adalah haram.
-Keseluruhan tahun adalah dinamakan al-hijriah. Maka kita perlu sentiasa berubah untuk terus menjadi baik.
Kita tinggalkan segala perkara yang tidak baik.
Keseluruhan kehidupan kita adalah terikat dengan ibadat.
-Surah Al-Asr: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
-Allah bersumpah dalam ayat ini. Ini menunjukkan ianya adalah satu perkara yang amat penting
Ianya juga kerana ianya tidak nampak (ghaib) oleh kita.
Sumpah ini biasanya untuk orang yang degil.
Jadi Allah kuatkan sumpah dalam ayat surah Al-Asr, “demi masa sesungguhnya..”
Al-Insan..menunjukkan setiap aktiviti dalam menjalani kehidupan manusia dalam satu hari, ia akan rugi kecuali orang yang beriman dan membuat amal soleh.
Amal soleh terkait dengan iman.
Bila ayat menyatakan: “Wahai orang beriman,maka hendaklah kamu mendirikan solat...”
Justeru siapa yang beriman akan beramal soleh. Jika buat amal buruk maka ia menunjukkan lemah imannya.
Fungsi Kehidupan Manusia:
1. Untuk Beribadat
-Firman Allah: “Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Allah.”
Jin kita tidak nampak. Syurga,neraka, roh, janin dan lain-lain yang ghaib kita tidak nampak.
Maka jika kita hendak hijrah ianya bukan mudah.
Manusia itu berbeza dengan fiitrah jin. Fitrah manusia adalah nampak.
Setiap kehidupan kita hendaklah dijadikan sebagai ibadat. Maka kita mulakan setiap perkara dengan Bismillah.
Kita mulakan dengan menyebut nama Allah.
Kemudian kita bersyukur dengan apa yang Allah beri kepada kita.
Siapa yang bersyukur maka akan ditambah lagi.
Kita akan diuji dalam kehidupan. Maka siapa yang berjaya menerimanya dengan kesabaran ia akan berjaya.
Allah minta kita supaya meminta hidayah. Kita bukan minta sesuatu atas keinginan hawa nafsu semata-mata.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (170/2019): MEMPERBANYAKKAN KEBAIKAN DALAM KEHIDUPAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Jamek Daerah Kluang, Johor: 1 Sept 2019/ 1 Muharram 1441H (Ahad).

●Pendahuluan
-Dalam kita hendak membuat hijrah ke arah yang lebih baik pastinya akan banyak ujian.
-Ujian yang ditemui oleh Nabi saw dan para sahabat amat banyak sehingga melibatkan nyawa.
-Bagi orang yang berjaya dalam membuat hijrah maka akan banyak kelebihan dan kebaikan yang dijanji oleh Allah.
-Surah An-Nisa, ayat 100: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Apakah Hijrah Yang Boleh Kita Lakukan:
1. Memperbanyakkan membuat kebaikan.
-Kita jauhi kejahatan. Syaitan akan sentiasa datang kepada kita bagi melakukan kekufuran.
-Surah An-Naas:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. "Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".”
-Surah Al-Nasr:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima Taubat.”
-Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan (surah Al-Nasr), maka pujilah Allah.
Maha Suci Mu Ya Allah. Dengan memuji Mu Ya Allah, kurniakanlah keampunan kepada ku.
2. Mengamalkan apa yang diperintah oleh Allah dalam al-quran.
Maka bertasbihlah iaitu dengan memuji Allah, memohon ampun dan sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat. (Surah Al-Nasr).
Semasa di akhir hayat, Nabi saw memperbanyakkan membaca tasbih tentang kebesaran Allah dan bertaubat.
Saidina Aisyah ra bertanya kepada Nabi saw, aku melihat engkau banyak membaca ayat. Apakah ayat yang engkau baca. Maka jawab Nabi saw: “Maka telah ditandakan buat umat ku yang jika aku telah melihatnya maka aku akan memperbanyakkan bacaan, maha suci Allah, aku memohon keampunan kepada mu Ya Allah.
“Izzaja...(surah Al-Nasr).
Maha Suci Allah, Astagfirllah,..

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (169/2019): MEMASUKI SYURGA LEBIH AWAL DARIPADA ORANBG YANG SYAHID


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Bacaan Hadith Selepas Asar@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 2 Sept 2019/ 2 Muharram 1441H (Isnin) oleh Ustaz Imam Masjid Mahmoodiah

●Pendahuluan
-Orang yang hidup lebih lama dan banyak amalannya adalah lebih banyak bekalan akhiratnya berbanding orang yang terlebih dahulu dunia kerana syahid di medan perang.
Diceritakan, terdapat dua lelaki berjumpa Nabi saw pada hari yang sama untuk memeluk Islam.
-Apabila telah memeluk Islam, orang pertama sangat rajin beribadah dan melakukan amal kebajikan termasuk berdakwah dan berjihad di jalan Allah sehinggakan dia meninggal dunia dalam keadaan syahid.
Manakala orang kedua pula meninggal dunia setahun selepas orang pertama itu. Ia meninggal dalam keadaan biasa, bukan di medan perang tetapi hanya di tempat tidurnya sahaja.
“Lalu seorang sahabat, Talha bin Ubaidalha ra bermimpi menyaksikan sendiri dirinya bersama dua orang itu di hadapan pintu syurga. Kemudian muncul satu malaikat dari syurga dan memasukkan orang kedua itu tadi ke dalam syurga terlebih dahulu berbanding orang pertama,” katanya.
Maka apabila terjaga daripada tidur, Talha sangat terkejut lalu menceritakan mimpi tersebut kepada Nabi saw.
“Selepas menceritakan kepada Nabi saw, baginda memberitahu beliau, “Ya Talha, kenapa kamu terkejut?” Talha menjawab: “Ya Rasulullah bagaimana seorang syahid memiliki darjat tinggi di sisi Allah dimasukkan ke dalam syurga kemudian selepas seorang biasa yang meninggal dunia setahun selepasnya?”
“Lalu Nabi saw menjelaskan: “Ya Talha, bukankah orang yang meninggal dunia kemudian itu hidup setahun lebih lama berbanding individu yang syahid tadi?” Talha menjawab, “Ya, benar.” Nabi saw bersabda: “Bukankah dia berpeluang bertemu dengan bulan Ramadan dan beribadah dengan lebih banyak pada bulan tersebut?”
“Talha menjawab: “Benar Rasulullah”. Lalu Rasulullah bersabda lagi: “Oleh kerana dia sempat menemui Ramadan seterusnya maka dia dapat beribadah dengan lebih banyak membuatkan Allah mengangkat darjatnya lebih tinggi seumpama langit dan bumi berbanding orang yang mati syahid,” jelasnya.
Huraian Hadith:
-Begitulah ganjaran Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang hidup lebih lama dan banyak beramal serta banyak membuat kebaikan.
-Maka bila hidup lebih lama, akan bertemu bulan Ramadan dan bulan-bulan lain yang perlu diambil peluang oleh kita semua bagi membuat sebanyak mungkin amalan dan kebajikan.
“Dalam kisah ini dinyatakan Talha sangat terkejut, mengapa? Ini kerana terdapat dalam hadis Nabi saw bersabda bahawa: “Bagi orang yang mati syahid ada enam keistimewaan iaitu:
1. Diampunkan dosanya bagi setiap titisan darah yang keluar.
2. Memperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dilindungi daripada azab kubur dan terjamin daripada malapetaka besar.
4. Merasakan kemanisan iman.
5. Dikurniakan bidadari syurga.
6. Diperkenankan untuk memberi syafaat bagi 70 orang kerabatnya.” (HR Tirmizi).

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (168/2019): LIMA MUSUH ORANG MUKMIN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 2 Sept 2019/ 2 Muharram 1441H (Isnin) oleh Ustaz Haji Nik Kamaruddin Md Junoh

●Pendahuluan
-Sempena bulan Muharram ini disunatkan kita perbanyakkan puasa sunat terutamanya puasa sunat pada 9 & 10 Muharram.
-Sekiranya kita menolong agama Allah maka Allah akan menolong kita.
-Bila kita membesarkan dan berselawat ke atas Nabi saw maka ia akan meningkatkan syiar Islam.
Musuh orang mukmin itu ada 5:
1. Orang mukmin itu sendiri
Di kalangan manusia ada perasaan hasad dengki.
Sekiranya kita tewas kepada hawa nafsu maka kita tidak suka kebaikan. Sebaliknya jika kita mempunyai sifat taqwa yang menebal, hawa nafsu dapat dikawal. Tidak berlaku hasad dengki dan adu domba.
2. Orang munafik
-Dalam al-quran, satu surah bernama surah munaafiquun khusus menerangkan berkaitan orang yang munafik.
-Surah al- Munaafiquun, ayat 1:
“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.”
-Surah al- Munaafiquun, ayat 2:
“Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.”
-Surah al- Munaafiquun, ayat 3:
“(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).”
-Surah al- Munaafiquun, ayat 4:
“Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?”
-Surah al- Munaafiquun, ayat 5:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.”

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (167/2019): TETAMU ALLAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 7 Sept 2019/ 6 Muharram 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Gunawan.

●Pendahuluan
-Syukur kita dapat berada di rumah-rumah Allah. Berada di rumah Allah adalah satu nikmat dan kemuliaan yang amat besar kerana menjadi tetamu Allah.
Maka bersyukurlah kita yang dapat pergi ke rumah-rumah Allah.
-Sabda Nabi saw: “Secinta-secinta tempat di sisi Allah ialah masjid-masjid”
-Jika kita rasa ada tempat yang lebih besar daripada masjid-masjid maka kita perlu semak keimanan kita.
-Bertuah juga kita dapat solat berjemaah. Siapa yang solat Isyak dan subuh berjemaah maka seolah-seolah mendirikan solat sepanjang malam.
-Pada mulanya, di masjid tidak dipasang lampu/pelita. Pada tahun 9 Hijrah baru pelita dihidupkan semasa solat di masjid setelah dicadangkan oleh seorang sahabat bernama Tamim Ad Dari.
-Di zaman Saidina Umar ra, berlaku gegaran di satu bukit dan keluar api.
-Sabda Nabi saw: “Siapa yang mencontohkan satu contoh yang baik dan ianya dikuti oleh orang lain sehingga hari kiamat, maka ia mendapat pahala berterusan.”
-“Berilah gembira gembira bagi orang yang berulang-alik ke masjid dalam gelap malam, baginya adalah cahaya terang benderang yang sempurna di akhirat kelak.”
Jadi jika kita tidak bersyukur kerana dapat berada di rumah-rumah Allah maka kita perlu semak tahap keimanan kita.
Iman pada bahasanya ialah satu ibarat (ungkapan). Iaitu ianya satu membenarkan kepada satu percakapan seseorang. Dengan tasdik yang jazam (yang mantap) semata-mata percaya kepadanya.
Percaya sepenuhnya apa yang dibawa oleh Nabi saw. Ianya satu pembenaran yang murni tanpa melihat/menyaksikan sendiri, semata-mata yakin kepada Nabi saw.
-Untuk faham agama, hendaklah kita belajar bersungguh-sungguh.
Sabda Nabi saw: “Seseorang itu tidak beriman selagi aku tidak dicintai melebihi dirinya sendiri dan sekelian umat manusia.”
Kita perlu rasa besar terhadap apa yang disampaikan oleh Nabi saw.