السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 2 Sept 2019/ 2 Muharram 1441H (Isnin) oleh Ustaz Haji Nik Kamaruddin Md Junoh
●Pendahuluan
-Sempena bulan Muharram ini disunatkan kita perbanyakkan puasa sunat terutamanya puasa sunat pada 9 & 10 Muharram.
-Sekiranya kita menolong agama Allah maka Allah akan menolong kita.
-Bila kita membesarkan dan berselawat ke atas Nabi saw maka ia akan meningkatkan syiar Islam.
Musuh orang mukmin itu ada 5:
1. Orang mukmin itu sendiri
Di kalangan manusia ada perasaan hasad dengki.
Sekiranya kita tewas kepada hawa nafsu maka kita tidak suka kebaikan. Sebaliknya jika kita mempunyai sifat taqwa yang menebal, hawa nafsu dapat dikawal. Tidak berlaku hasad dengki dan adu domba.

2. Orang munafik
-Dalam al-quran, satu surah bernama surah munaafiquun khusus menerangkan berkaitan orang yang munafik.

-Surah al- Munaafiquun, ayat 1:
“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.”

-Surah al- Munaafiquun, ayat 2:
“Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.”

-Surah al- Munaafiquun, ayat 3:
“(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).”

-Surah al- Munaafiquun, ayat 4:
“Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?”

-Surah al- Munaafiquun, ayat 5:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.”

-Surah al- Munaafiquun, ayat 6:
“(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.”

-Tiga tanda orang munafik:
Bila bercakap ia dusta, bila berjanji ia mungkir dan bila diberi amanah ia khianat.

3. Orang kafir yang sentiasa hendak membunuh kamu.
-Ini adalah orang kafir yang menghormati agama Islam.

-Kafir terbahagi kepada empat jenis; Kafir zimmi, kafir mu’ahad, kafir harbi, kafir musta’man.
Kafir Zimmi: Ialah orang kafir yang meminta perlindungan dari negara-negara Islam untuk melindungi mereka dengan syarat mereka perlu membayar wang perlindungan. Al-dzim bermaksud perlindungan.
Apabila dia meminta perlindungan daripada orang Islam, dia tetap kafir. Orang Islam memberi perlindungan kepadanya dengan syarat yang perlu ditunaikan seperti membayar cukai, ufti dan seumpamanya.
Kafir Mu’ahad: Iaitu orang kafir yang ada perjanjian dengan orang Islam, seperti mana orang kafir yang ada di dalam negara. Mereka ada perjanjian dengan memegang kepada rukun negara. Mereka merupakan rakyat dalam negara.
Selama mana mereka mematuhi perundangan dan perjanjian dalam negara, maka mereka adalah kafir mu’ahad. Jadi umat Islam dilarang menyakiti mereka, umat Islam dilarang mengambil harta dan hak mereka, hukumnya haram kerana mereka adalah orang kafir yang telah mengikat perjanjian dengan kita.
Tidak boleh kita sakiti mereka atau melanggar penjanjian yang dibuat dengan mereka.

-Kafir Musta’man: Iaitu orang kafir pelarian, contohnya yang datang dari Bosnia, Pakistan, India, China dan sebagainya. Sekiranya dia adalah pelarian, masuk ke negara dan meminta perlindungan dari negara dan kita pun memberikan perlindungan kepada mereka.
Kafir Harbi: Iaitu kafir yang kita perangi mereka (dengan mengikut ketentuan Syarak). Mengapa kita memerangi mereka adalah kerana mereka melanggar perjanjian yang termeterai antara mereka dengan kaum Muslimin, seperti Yahudi di Madinah.
4. Syaitan yang sentiasa menyesatkan.
-Syaitan memang berusaha untuk menyesatkan manusia.
-Maka jika tidak menjauhinya ia akan sentiasa mudah untuk menguasai kita.

5. Nafsu yang sentiasa menarik kepada keburukan.
-Ada tujuh tingkatan nafsu.
-Kita perlu alihkan nafsu kepada acuan Islam.
-Kita tarik hawa nafsu kita untuk mengikut kehendak Allah.

-Surah al-Munaafiquun, ayat 9: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
-Segala pujian hendaklah kita kembali kepada Allah. Semuanya kepunyaan Allah.
Kita dan semuanya akan kembali kepada Allah.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment