Saturday, 7 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (170/2019): MEMPERBANYAKKAN KEBAIKAN DALAM KEHIDUPAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Jamek Daerah Kluang, Johor: 1 Sept 2019/ 1 Muharram 1441H (Ahad).

●Pendahuluan
-Dalam kita hendak membuat hijrah ke arah yang lebih baik pastinya akan banyak ujian.
-Ujian yang ditemui oleh Nabi saw dan para sahabat amat banyak sehingga melibatkan nyawa.
-Bagi orang yang berjaya dalam membuat hijrah maka akan banyak kelebihan dan kebaikan yang dijanji oleh Allah.
-Surah An-Nisa, ayat 100: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Apakah Hijrah Yang Boleh Kita Lakukan:
1. Memperbanyakkan membuat kebaikan.
-Kita jauhi kejahatan. Syaitan akan sentiasa datang kepada kita bagi melakukan kekufuran.
-Surah An-Naas:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. "Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".”
-Surah Al-Nasr:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima Taubat.”
-Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan (surah Al-Nasr), maka pujilah Allah.
Maha Suci Mu Ya Allah. Dengan memuji Mu Ya Allah, kurniakanlah keampunan kepada ku.
2. Mengamalkan apa yang diperintah oleh Allah dalam al-quran.
Maka bertasbihlah iaitu dengan memuji Allah, memohon ampun dan sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat. (Surah Al-Nasr).
Semasa di akhir hayat, Nabi saw memperbanyakkan membaca tasbih tentang kebesaran Allah dan bertaubat.
Saidina Aisyah ra bertanya kepada Nabi saw, aku melihat engkau banyak membaca ayat. Apakah ayat yang engkau baca. Maka jawab Nabi saw: “Maka telah ditandakan buat umat ku yang jika aku telah melihatnya maka aku akan memperbanyakkan bacaan, maha suci Allah, aku memohon keampunan kepada mu Ya Allah.
“Izzaja...(surah Al-Nasr).
Maha Suci Allah, Astagfirllah,..


-Yang tersebut di atas adalah bacaan yang banyak dibaca oleh Nabi saw bila telah dekat usia wafat. Iaitu bila kita sudah tua, banyakkan beristigfar, bertasbih dan bertaubat kepada Allah.
Hendaklah kita sentiasa melaksanakan perintah al-quran, iaitu ikuti suruhan Allah dan tinggalkan laranganNya.
Baca, faham dan laksanakan firman Allah dalam al-quran.
-Apabila kita sentiasa menyebut kalimah syukur alhamdulillah, maka Allah akan berikan pelbagai kenikmatan kepada kita.
Rezeki kita akan diluaskan, diberikan kecukupan, kesihatan dan dijauhkan daripada musibah.
-Allah sampaikan berita gembira untuk hambaNya yang bertaqwa melalui wahyuNya kepada Nabi saw. Allah akan kurniakan banyak kelebihan dan kebaikan.
-Janji Allah semuanya pasti benar.
Sabda Nabi saw:
Daripa Annas ra,
“Sesungguhnya Allah lebih banyak menurunkan wahyu di akhir usia Nabi saw.”
-Bila Allah banyak turunkan wahyu sebelum Nabi saw wafat, maka banyaklah ayat-ayat al-quran turun menjelang kewafatan Nabi saw.
Allah akan meninggikan darjat seseorang yang banyak membaca al-quran.
Pengajaran:
-Banyakkan membaca al-quran dan menyebut tasbih serta beristigfar.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment