Monday 16 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (181/2019): EMPAT GOLONGAN YANG DISAYANGI ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 16 Sept 2019/ 16 Muharram 1441H (Isnin) oleh Ustaz Dato’ Nasarudin Ali

●Pendahuluan
-Pada satu hari Abi Idris al Khailani ia dapati orang ramai sedang mengerumuni seseorang di sebuah pasar di Damsyik. Maka didapati orang itu adalah sahabat Nabi saw yang terhormat bernama Saidina Muaz bin Jabar. Ia hendak sangat berjumpa dengan Saidina Muaz. Namun orang terlalu ramai, lalu ia kembali semula ke rumahnya.
-Maka pada esok harinya ia ke masjid untuk beliau dapat berjumpa Saidina Muaz. Sebelum subuh, Abi Idris al-Khailani telah sampai di masjid dan didapatinya Saidina Muaz telah pun ada di masjid dan sedang solat.
-Lalu ia menunggu Saidina Muaz untuk siap solat. Ia hendak berjumpa hanya semata-semata untuk sampaikan satu perkara sahaja kepada Saidina Muaz iaitu “aku sayang kepada mu kerana Allah.”
Justeru, selepas Saidina Muaz siap solat maka Abi Idris al-Khailani pun melafazkan kata-katanya, “ Aku sayang pada mu Saidina Muaz kerana Allah.”
-Maka Saidina Muaz tanya sekali lagi adakah benar kamu sayang aku kerana Allah. Pertanyaan yang sama dituturkannya sebanyak 3 kali dan dijawab Abi Idris al-Khailani ya.
-Maka ditarik Abi Idris al-Khailani oleh Saidina Muaz rapat kepadanya. Kemudiannya Saidina Muaz bin Jabbar telah menyampaikan pesanan Nabi saw kepada beliau.
Iaitu beliau berpesan kepada Abi Idris al-Khailani empat (4)perkara.
-Katanya, Nabi saw telah bersabda dan bahawa Allah telah berfirman (hadith qursi):
1. Wajib Aku sayang di kalangan kamu yang hidupnya ia saling mengasihani/berkasih sayang semata-semata kerana Ku.
2. Wajib Aku sayang di kalangan kamu yang duduk di majlis ilmu kerana Ku.
3. Wajib Aku sayang di kalangan kamu yang ziarah menziarahi kerana Allah.
4. Wajib untuk Aku sayang di kalangan kamu suka bertukar-tukar hadiah (memberi dan menerima) kerana Ku.

Huraian:
1. Wajib Aku sayang di kalangan kamu yang hidupnya ia saling mengasihani/berkasih sayang semata-semata kerana Ku.
-Justeru, wajib kita kasih sayang sesama kita kerana Allah.
-Hendaklah kita tolong menolong.
-Kita berpecah kerana hidup atas jalan dunia.
-Kita perbaiki kelemahan kita. Hiduplah atas jalan yang ditetapkan Allah.
-Allah bersumpah kata Nabi saw bahawa Allah bersumpah bahawa wajib untuk Allah mengasihani hambaNya yang berkasih kerana Allah.
-Jadi kita perlu menjaga akhlak dan adab.
-Kita mungkin bersama-sama dalam masjid dan masyarakat tetapi kita tidak menguatkan ukhwah. Walau pun kita bersalam tetapi hubungan kita longgar.
Walau pun kita bersalaman dan sering berjumpa, tetapi tidak saling mengasihani.
-Kita boleh datang ke surau/masjid tetapi tidak ada ukhwah dan tidak berkasih sayang.
-Datang surau/masjid tetapi muka tidak ceria dan tidak senyum.😌
-Nabi saw nyatakan bahawa jangan kamu memandang remeh amalan kecil walau pun dengan senyuman sahaja.
-Nabi saw amat sayang umatnya.
Kita akan ditimbang pada neraca al-mizan. Masa amalan kita ditimbang, Nabi saw memikirkan pada timbangan umahnya. Nabi saw mahu timbangan amalan umatnya berat. Kemudian malaikat Jibril menghalang. Ia kata umatnya tidak ikut perintah Allah. Maka Nabi saw bersujud,ia memohon keampunan kepada Allah. Maka Allah membenarkannya.
-Maka kita perlu mencari kesempurnaan dalam amalan kita. Kita perlu mencari ilmu.
-Empat jenis salam:
Salam cara nasrani
Salam cara majusi
Salam cara yahudi
Salam cara Nabi saw
Salam Nasrani/Majusi/Yahudi:
-Ia tidak tengok. Ia berbual dengan orang lain. Tidak senyum.
Salam cara Nabi saw:
1. Lihat wajah
2. Rapatkan gengaman
3. Memberikan senyuman
-Jadi kita perlu sempurnakan salam. Ia ada nama Allah. Pertama dengan lafaz salam. Kemudian kita beri senyuman.
-Imam al-Sayuti ia menyataka bahawa antara orang yang buruk ialah yang tidak sempurnakan sesuatu kerana tidak ada ilmu.
-Nabi saw menyatakan iblis dan syaitan meraung di muka bumi bila mana:
i. Dua orang anak adam yang yang berjumpa ia bersalaman dan bersilaturrahim.
ii. Dua orang anak adam yang berkahwin lalu dijauhkan daripada perbuatan zina.
-Maka kita buat apa yang diajar oleh Nabi saw!
-Apa pun yang dibawa oleh Rasul ambil semua. Yang tidak Nabi saw buat, jangan kita buat.
-Pesanan seorang ulamak (Bekas Mufti N. Sembilan), kamu pergi ke masjid jangan tinggal dua perkara, jangan tinggal salam dan kalam.
a) Jangan tinggal salam
-Bila seseorang pergi masjid kita tahu ia hendak mendekatkan diri padaAllah.
-Saidina Umar ra kata, Allah sembunyikan seseorang itu 6 perkara daripada 6 perkara:
i. Allah Menyembunyikan Keredhaan-Nya Dalam Ketaatan kepada-Nya
ii. Allah Menyembunyikan Murka-Nya Dalam Kemaksiatan seorang hamba-Nya
iii. Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadan
iv. Allah Menyembunyikan Para Wali Di Antara Manusia
v. Allah Menyembunyikan Kematian Dalam Umur
vi. Allah Menyembunyikan ‘Ash-Sholatul Wushta’ (Solat Yang Paling Utama) Dalam Solat Lima Waktu
-Jadi, perkara (iv) Allah sembunyikan para wali di antara manusia.
Kita tidak tahu kemuliaan seseorang.
Kemuliaan seseorang adalah dalam pengetahuan Allah.
Justeru kita beri salam kepada semua orang. Berbuat baik dan rapatlah dengan semua orang.
b) Jangan kita tinggalkan kalam
-Bila kita belajar,kita buat catatan dalam kitab kitab.
-Ia mudah untuk kita rujuk.
-Kalam yang keluar daripada guru perlu kita ingati.
2. Wajib Aku sayang di kalangan kamu yang duduk di majlis ilmu kerana Ku.
Tidak susah untuk tinggal dalam majlis ilmu. Tetapi ramai orang yang membiarkan dirinya berada dalam kejahilan.
-Ulamak menyatakan orang yang jahil ia telah mati sebelum ia mati.😌
-Orang jahil, jasad ia adalah kuburnya sebelumnya dikuburkan.
-Hari ini, orang tidak berilmu pergi mengukur orang yang berilmu. Orang yang tidak beramal mengukur oramg yang beramal.
-Nabi saw pernah bersumpah, Ya Allah jangan aku dan sahabat ku hidup pada zaman:
i. Orang tidak hendak mendengar nasihat/ilmu orang alim
ii. Orang tidak menghormati orang yang lebih tua
-Sabda Nabi saw:
“Wahai manusia, bila seorang datang kepada kamu untuk mendapatkan kefahaman agama. Maka hendaklah kamu beri kefahaman yang sebenar-sebenarnya untuk menyelamatkan mereka daripada api neraka.”.
-Ini adalah pesanan Nabi saw kepada orang yang berilmu. Perlu menyelamatkan umat yang tidak berilmu. Sampaikan perkara yang benar.
-Orang yang berilmu adalah orang yang diberi amanah oleh Allah.
-Seorang mekanik kita jumpa untuk perbaiki kereta kita yang rosak. Maka demikianlah untuk kita mendapatkan ilmu kita carilah orang yang berilmu untuk membimbing kita.
-Di akhirat nanti Allah tanya kita yang kita tidak ada jawapan jika kita tidak laksanakan amanah kita. Yang tidak menyampaikan dan yang tidak beramal dengan ilmunya.
-Maka kita duduklah dalam majlis ilmu untuk memahami agama.
3. Wajib Aku sayang di kalangan kamu yang ziarah menziarahi kerana Ku.
-Kita pergilah ziarah menziarahi kerana Allah.
Nabi saw bila lihat orang yang tidak beriman baginda saw mendoakannya.
-“Ya Allah berikan rezeki kan ia dengan keimanan”
Lalu ia telah memeluk Islam.
-Maka jika kita lihat rakan-rakan tidak datang masjid kita doakan. Jangan kita mengatanya.
-Sabda Nabi saw nyataka bahawa doa seorang muslim ke atas orang muslim adalah amat mustajab.
4. Wajib untuk Aku sayang di kalangan kamu suka bertukar-tukar hadiah (memberi dan menerima) kerana Ku.
-Nabi saw menyatakan bhw manusia mukmin ia umpama lebah. Ia makan yang baik dan hasilkan yang baik-baik.
Ia tidak susah dan tidak menyusahkan.!
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment