السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Putra, Putrajaya: 8 Sept 2019/ 8 Muharram 1441H (Ahad) oleh Ustaz Abdullah Mat.
Sumber: Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 159 - 160
●Pendahuluan
-Banyak keistimewaan yang berlaku di bulan Muharram.
-Surah At-Taubah, ayat 36: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”
-Nabi saw ketika berhijrah ke Madinah, baginda saw telah melihat pendita Yahudi berpuasa pada hari ke-10 Muharram (hari Asyura). Maka bila ditanyakan, mereka menyatakan bahawa mereka berpuasa kerana mereka mengingati peristiwa Allah menyelamatkan Nabi Musa as daripada Firaun, di mana Allah telah tenggelamkan Firaun dan tenteranya.
-Maka Nabi saw menyatakan bahawa kami lebih berhak berpuasa pada hari ke-10 itu kerana mengingati peristiwa Nabi Musa as terselamat daripada Firaun.
-Nabi saw kemudian menyatakan bahawa untuk berbeza daripada orang Yahudi, maka sunat berpuasa dua hari iaitu pada 9 Muharram atau 11 Muharram.
-Sabda Nabi saw:
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra, beliau berkata, “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para shahabat untuk berpuasa pada hari itu, mereka berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari ‘Asyura adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Nasrani.’ Rasulullah saw pun menjawab, ‘Kalau begitu, pada tahun depan insya Allah kita berpuasa pada hari kesembilan’. Dan belum tiba tahun yang akan datang, namun Nabi saw sudah wafat” (HR. Muslim).

Keutamaan Puasa Asyura:
-Sabda Nabi saw: ““Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah (syahrullah) Muharram. Sedangkan solat malam merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu” (HR: Muslim).

"Dari Abu Qatadah Al-Anshari ra, Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, maka baginda bersabda: “Puasa 'Asyura dapat menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lalu” (HR. Muslim).
"Dari Abu Qatadah Al-Anshari ra, Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, maka baginda bersabda: “Puasa 'Asyura dapat menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lalu” (HR. Muslim).
Apakah Peristiwa Lain Yang Berlaku Pada 10 Muharram:
-Pada hari ke-10 Muharram juga berlaku peristiwa bahtera Nabi Nuh as terdampar di bumi.
Dinyatakan ianya terdampar di satu tempat di Turki
-Ada riwayat menyatakan, peristiwa terbenamnya dunia semasa zaman Nabi Nuh as adalah selama 6 bulan.
Nabi Nuh as naik atas bukit dan beliau menyeru anaknya.

-Allah rakamkan dalam firmannya dalam al-quran.
-Surah Hud, ayat 42-43: “(Mereka semua naik) dan bahtera itu pun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: “Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang yang kafir.” Anaknya menjawab: “Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air.” Nabi Nuh berkata: “Hari ini tidak ada sesuatu pun yang akan dapat melindungi daripada azab Allah, kecuali orang yang dikasihani oleh-Nya.” Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara kedua-duanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) daripada orang yang ditenggelamkan oleh taufan.”
-Ulamak ada menyatakan bahawa umur dunia telah 80,000 tahun.
-Nabi saw telah meninggalkan kita secara fizikal selama 1,400 tahun.
-Tempoh masa daripada Nabi Isa as kepada Nabi Muhammad saw adalah selama 800 tahun.
Puasa ‘Asyura boleh dilakukan dengan tiga cara, antara lain:
1. Mengiringi puasa Asyura dengan puasa sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya. Jadi puasa tiga hari iaitu tanggal 9, 10 dan 11 Muharram. Inilah yang paling sempurna.
2. Berpuasa pada tanggal 9 dan 10 Muharram (puasa Tasu’a dan Asyura), sesuai dengan petunjuk dalam banyak hadits Nabi saw.
3. Berpuasa pada hari ‘Asyura tanggal 10 Muharram sahaja.
Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 159-160:
-Surah al-Baqarah, ayat 159:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”

-Surah al-Baqarah, ayat 160:
“Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

-Orang yang menyembunyikan tentang kedatangan Nabi saw adalah juga telah menyembunyikan hukum hakam.
-Mereka menyembunyikan secara berterusan, iaitu sehingga kini dan akan datang.
-Petunjuk adalah hidayah daripada Allah.
-Bagi mereka itu, iaitu yang menyembunyikan hukum hakam Allah, Allah telah melaknat mereka.
-Bila Allah melaknati mereka, maka Allah menjauhkan mereka daripada rahmat & nikmat Allah.
-Buka sahaja Allah yang melaknat mereka, segala makhluk lain termasuk binatang yang melata juga melaknat mereka.
-Kecuali bagi mereka yang bertaubat dan melaksanakan amal soleh.
-Sebenarnya bila kita pergi ke masjid, semua yang ada di sepanjang perjalanan kita ke masjid, semuanya bertasbih kepada kita.
Bila kita meninggal, ia akan menangis.
Bila kita meninggal, ia akan menangis.
-Semasa Nabi saw berada di Madinah, bila Nabi saw tidak menggunakan pelapah tamar yang lama semasa menyampaikan khutbah, ia menangis. Maka selepas Nabi saw selesai menyampaikan khutbah, baginda saw telah pergi kepadanya dan memeluknya. Selepas itu barulah batang tamar yang tidak lagi diguna untuk berkhutbah itu berhenti menangis.
-Firman Allah:
“Kami turunkan al-quran ini dalam bahasa Arab untuk kamu berfikir.”
“Kami turunkan al-quran ini dalam bahasa Arab untuk kamu berfikir.”
-Al-quran mempunyai 6,660 ayat.
-Bahasa Arab sukar untuk diubah. Ia ada originnya.
-Ia adalah bahasa yang ekonomik (ringkas).
-Surah al-Tahrim, ayat 6: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”�
-Surah al-Hujurat, ayat 13: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment