Saturday, 7 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (167/2019): TETAMU ALLAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 7 Sept 2019/ 6 Muharram 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Gunawan.

●Pendahuluan
-Syukur kita dapat berada di rumah-rumah Allah. Berada di rumah Allah adalah satu nikmat dan kemuliaan yang amat besar kerana menjadi tetamu Allah.
Maka bersyukurlah kita yang dapat pergi ke rumah-rumah Allah.
-Sabda Nabi saw: “Secinta-secinta tempat di sisi Allah ialah masjid-masjid”
-Jika kita rasa ada tempat yang lebih besar daripada masjid-masjid maka kita perlu semak keimanan kita.
-Bertuah juga kita dapat solat berjemaah. Siapa yang solat Isyak dan subuh berjemaah maka seolah-seolah mendirikan solat sepanjang malam.
-Pada mulanya, di masjid tidak dipasang lampu/pelita. Pada tahun 9 Hijrah baru pelita dihidupkan semasa solat di masjid setelah dicadangkan oleh seorang sahabat bernama Tamim Ad Dari.
-Di zaman Saidina Umar ra, berlaku gegaran di satu bukit dan keluar api.
-Sabda Nabi saw: “Siapa yang mencontohkan satu contoh yang baik dan ianya dikuti oleh orang lain sehingga hari kiamat, maka ia mendapat pahala berterusan.”
-“Berilah gembira gembira bagi orang yang berulang-alik ke masjid dalam gelap malam, baginya adalah cahaya terang benderang yang sempurna di akhirat kelak.”
Jadi jika kita tidak bersyukur kerana dapat berada di rumah-rumah Allah maka kita perlu semak tahap keimanan kita.
Iman pada bahasanya ialah satu ibarat (ungkapan). Iaitu ianya satu membenarkan kepada satu percakapan seseorang. Dengan tasdik yang jazam (yang mantap) semata-mata percaya kepadanya.
Percaya sepenuhnya apa yang dibawa oleh Nabi saw. Ianya satu pembenaran yang murni tanpa melihat/menyaksikan sendiri, semata-mata yakin kepada Nabi saw.
-Untuk faham agama, hendaklah kita belajar bersungguh-sungguh.
Sabda Nabi saw: “Seseorang itu tidak beriman selagi aku tidak dicintai melebihi dirinya sendiri dan sekelian umat manusia.”
Kita perlu rasa besar terhadap apa yang disampaikan oleh Nabi saw.

Keimanan para sahabat amat kental kerana mereka melihat dan bersama Nabi saw.
-Pada satu peperangan, seorang sahabat telah berhenti sebentar untuk makan kurma. Maka ketika itu ia mendengar Nabi saw bersabda: “Bersegeralah kamu kepada keampunan tuhan kamu dan kepada syurga yang lebih besar daripada langit dan bumi apa yang..”
Lalu sahabat itu terus tidak jadi makan kurma, ia terus sahaja menerjah ke medan peperangan yang sedang berlangsung.
Ini adalah contoh orang yang mentasdik dan membenarkan Nabi saw.
Ia terus menerjahkan dirinya ke medan perang tanpa berlengah.
-Saidaina Abu Bakar ra: “Tidak ada yang benar melainkan daripada Allah.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment