السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 5 Ogos 2019/ 4 Zulhijjah 1440H (Isnin) oleh Ustaz Mohd Hafiz Abu Bakar.
● Pendahuluan
-Surah Ali-Imran, ayat 102: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
-Surah al-Hasyr, ayat 18: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”
-Hidup kita sebagai hamba kadang-kadang kita terleka dan terlupa dengan perintah Allah.
Ada kalanya mulut kita lupa mengucapkan syukur.
Ada kalanya kita lewat sahut seruan Allah.
Namun Allah terus kurniaan dengan nikmat. Boleh sahaja Allah mengambil semula apa yang kita kecapi.
Ada kalanya mulut kita lupa mengucapkan syukur.
Ada kalanya kita lewat sahut seruan Allah.
Namun Allah terus kurniaan dengan nikmat. Boleh sahaja Allah mengambil semula apa yang kita kecapi.
-Semoga kita menjadi hamba Allah yang bersyukur.
-Seseorang muslim terikat dengan ikatan kaum kerabat. Maka sama dengan kewajipan kita beradab dengan ibubapa dan adik beradik maka hendaklah kita juga beradab dengan ibubapa saudara dan kerabat.
-Hendaklah kita memberi pertolongan dan memberi bantuan kebajikan sebagai mana diberi kepada ibubapa dan adik beradik kita.
-Hubungan silaturrahim hendaklah dijaga samada dengan yang muslim dan dengan bukan muslim, dengan yang lebih tua atau lebih tua.
-Yang sakit diziarahi. Yang diuji dengan bala disimpati.
-Yang perlu dibantu maka kita bantu sebaiknya.
-Yang sakit diziarahi. Yang diuji dengan bala disimpati.
-Yang perlu dibantu maka kita bantu sebaiknya.
-Surah An-Nisa, ayat 1: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati.”
-Surah Muhammad, ayat 22: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?”
-Maka tidaklah harus bimbang bila kamu berkuasa sekiranya kita dapat sentiasa taat kepada segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
-Kita perlu lihat dalam dunia ini ada kuasa yang lebih besar dalam kehidupan kita.
-Jangan kita sombong dan membuat kerosakan di mukabumi ini. Jangan kita pilih bulu/kasih dalam membuat kebaikan.
Jangan kita buat apa sahaja yang kita suka sehingga melanggar perintah Allah.
-Jangan kita sombong dan membuat kerosakan di mukabumi ini. Jangan kita pilih bulu/kasih dalam membuat kebaikan.
Jangan kita buat apa sahaja yang kita suka sehingga melanggar perintah Allah.
-Surah Al-Azzab, ayat 6: “Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain - menurut (hukum) Kitab Allah - daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis dalam Kitab Allah.”
-Surah Ar-Rum, ayat 38: “Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.”
-Jadi ayat-ayat tersebut di atas menerangkan hak yang perlu diberi kepada ibubapa saudara termasuk saudara mara.
-Hak sesama muslim hendaklah kita tunaikan sebaik mungkin.
-Sabda Nabi saw:
Hak seorang muslim kepada muslim yang lain ada 6 perkara:
Hak seorang muslim kepada muslim yang lain ada 6 perkara:
1. Bila bertemu denganya maka hendaklah kamu ucapkan salam kepadanya.
-Kita jawab salam sekurang-kurangnya sama dengan ucapan salam yang diterima.
2. Apabila ia mengundang maka kamu, penuhilah undangannya.
-Jika ada kemudaratan yang tidak dapat dielakkan maka hendaklah kita meminta maaf.
-Jika berpuasa, maka kita datang dahulu. Sekiranya ia berkehendakkan sangat kita makan, maka adalah perlu kita makan bagi menggembirakannya.
-Jika banyak jemputan, kita utamakan jemputan yang utama. Begitu juga perlu dilihat daripada masa dan jaraknya orang yang mengundang kita.
3. Jika diminta memberi nasihat, maka hendaklah diberikan nasihat akan ia.
-Sekurang-kuranganya kita bagi serba sedikit nasihat yang boleh membantunya.
-Orang datang jumpa kita untuk minta nasihat mungkin ia nampak sesuatu kelebihan yang ada kepada kita.
-Jika kita benar-benar tidak mampu memberi nasihat, kita boleh rujukkan kepada orang lain yang boleh membantu.
-Jika kita benar-benar tidak mampu memberi nasihat, kita boleh rujukkan kepada orang lain yang boleh membantu.
4. Bila ia bersin ia membaca tahmid, kita doakan.
-Dari Abu Musa Al Asy’ari ra berkata: “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu sekalian bersin dan memuji Allah (mengucapkan “Alhamdulillah”), maka doakanlah dia (dengan mengucapkan “Yarhamukallah”). Dan apabila dia tidak memuji Allah, maka janganlah kamu mendoakannya.” (HR: Muslim).
5. Bila ia sakit maka kita ziarahilah ia.
-Terutamanya ziarah orang yang kita kenal.
-Ziarah orang yang sakit akan dapat menggembirakannya.
-Kita bawa sedikit buah tangan.
-Kita jangan bercerita tentang cerita-cerita yang negetif.
-Bila kita ziarah orang yang meninggal dunia juga tidak boleh bercerita tentang keburukannya.

6. Apabila ia meninggal maka ikutlah menghantar ia ke kubur.
-Terutamanya untuk orang lelaki. Bagi perempuan tidak berapa digalakkan.
-Jika yang meninggal dunia si suami maka sepatutnya edah telah bermula. Ia tidak boleh keluar daripada rumah.
-Terutamanya untuk orang lelaki. Bagi perempuan tidak berapa digalakkan.
-Jika yang meninggal dunia si suami maka sepatutnya edah telah bermula. Ia tidak boleh keluar daripada rumah.
-Sabda Nabi saw: “Bersedekah kepada orang miskin itu adalah sedekah sahaja. Sedekah kepada orang yang ada hubungan silaturrahima adalah sedekah dan hubungan silaturrahim.”
-Jika ada orang yang miskin dan ada ahli keluarga yang susah maka boleh kita bantu ahli keluarga. Namun tidaklah kita tidak beri langsung pada orang yang miskin.
-Hendaklah kita seimbangkan. Jangan kita tidak bantu langsung kaum kerabat atau orang miskin.
-Sabda Nabi saw:
“Dari Asma’ bint Abi Bakar r.a., ia berkata, “Ibuku mengunjungiku, ia ingin menyambung silatirahim dengan ku di zaman Nabi saw, lalu aku bertanya kepada Nabi saw. “Apakah aku (tetap) menyambung tali silaturahim dengannya?” “Iya”, jawab Nabi saw.”

-Ibnu Uyainah berkata, lalu turunlah firman Allah swt tentang hal ini. Surah al-Mumtahanah, ayat 8: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama.” (HR. Al-Bukhari).
Bab 11: Adab-Adab Terhadapa Jiran Tetangga.
-Ada hak-hak jiran dan keluarga yang perlu kita pelihara.
-Surah An-Nisa,ayat 36: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;”
-Sabda Nabi saw:
Daripada Ibn Umar ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالْجَارِ، حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ
Daripada Ibn Umar ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالْجَارِ، حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ
Maksudnya: “Jibril sentiasa berwasiat kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran itu akan mewarisi hartaku.” [HR: al-Bukhari (6015)]
Apakah adab-adab yang perlu kita jaga kepada jiran kita?
~bersambung.
~bersambung.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
menang berapapun di bayar
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
WA : +85587781483