Thursday, 1 August 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (148/2019): MOHON PERLINDUNGAN ALLAH DARIPADA EMPAT PERKARA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 31 Julai 2019/ 28 Zulkaedah 1440H (Rabu) oleh Ustaz Mohamed Sabir

● Pendahuluan
Nabi saw telah berdoa kepada Allah untuk berlindung daripada empat perkara.
-Bila Nabi saw berdoa untuk empat perkara ini maka ia menunjukkan ianya adalah amat penting.
"Wahai Allah, sesungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada ilmu yang tidak bermanfaat, perlindungan daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah merasa kenyang dan perlindungan daripada doa yang tidak diperkenankan. (HR: Muslim)
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَيَنْفَعُ وَقَلْبٍ لاَيَخْشَعُ وَدُعَاءٍ لاَيُسْمَعُ وَنَفْسٍ لاَ تشبع
“Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dan hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak diterima, dan nafsu yang tidak kenyang (puas).”
-Ya Allah aku mohon perlindungan daripada Mu Ya Allah:
1. Ilmu yang tidak bermanafaat
2. Hati yang tidak khusuk/tenang/bahagia
3. Nafsu yang tidak pernah puas
4. Doa yang tidak dimakbulkan (tidak terangkat).
Huraian:
1. Ilmu yang tidak bermanafaat
-Menuntut ilmu yang bermanafaat itu adalah wajib bagi semua muslim dan muslimat.
i. Ilmu yang bermanafaat ialah ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.
-Firman Allah: “Sesungguhnya Tuhan mencipta langit dan bumi, siang dan malam. Sesungguhnya semua ciptaan itu adalah tanda-tanda kebesaran Allah.”
ii. Ilmu yang bermanafaat ialah ilmu yang kita belajar dan kita amalkan.
Contohnya, ilmu berjumpa sesama muslim kita beri salam.
Kita beri salam tidak mengira latarbelakang seseorang.
Tugas kita hanya memberi salam kepada semua samada yang dikenali dan tidak dikenali.
Tidak perlu kaji masa silamnya.
-Contoh seterusnya ilmu kelebihan solat berjemaah di saf pertama.
-Sabda Nabi saw: “Sekiranya mereka mengetahui ganjaran berada di saf pertama maka pasti mereka berlumba-lumba untuk mendapatkannya.”
-Namun tidak ramai yang mahu mengejar untuk berada di saf pertama walau pun telah pelajari ilmu tersebut bertahun-tahun.
Ilmu Yang Tidak Bermanafaat:
-Ilmu yang tidak bermanafaat ialah ilmu yang semakin dipelajari menyebabkan ia jauh daripada Allah. Semakin diberi rezeki/ganjaran, jawatan dan pangkat yang besar ia jauh daripada Allah. Walau pun ada pendidikan sampai ke PhD dan diberi jawatan tinggi namun ia jauh daripada mentaati Allah. Banyak sumbangan yang boleh diberi kepada masyarakat tidak dilakanakan.
-Sepatutnya kita rasa malu kepada jiran yang datang ke rumah Allah tanpa kita mendoakannya.
Lagi malang jika kita menjadi punca orang tidak ke rumah Allah.
Jangan kita belajar tinggi-tinggi menyebabkan kita tidak suka kepada Allah. Kita jauh daripada mengamal dan mentaati perintah Allah.
Itu sebab Nabi saw memohon sangat kepada Allah untuk berlindung daripada ilmu yang tidak bermanafaat.
Jangan kita mempunyai ilmu tinggi tetapi tidak mahu membantu orang lain.
Justeru kita juga perlu taat kepada perintah Allah.
Jangan kita makin sombong, tidak mahu menerima perbezaan pandangan.

2. Minta berlindung daripada hati/jiwa yang tidak khusuk/tenang/bahagia.
-Hati itu adalah kalbu kita. Jika baik ia maka baiklah ia.
-Surah al-mukmin, ayat 1-2: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusuk dalam solatnya.”
-Iaitu orang-orang beriman yang memiliki sifat-sifat yang akan disebutkan akan memperoleh kemenangan. Iaitu orang-orang yang di antara sifat mereka adalah bahwasanya mereka itu orang-orang yang khusyu’ dalam shalat mereka, hati mereka fokus untuknya dan anggota tubuh mereka tenang di dalamnya.
-Beruntunglah orang-orang yang beriman yang khusuk dalam solatnya.
Solat ada 5 rukun qauli: takbir, baca fatihah, baca tahhiyat akhir, salawat atas nabi, salam.
-Imam Ghazali menyatakan bahawa orang yang hendak khusuk dalam solat perlu mengetahui maksudnya.
Nerakalah bagi orang yang tidak khusuk dalam solatnya.
Jiwa yang tidak tenang akan tidak dapat rasa kelazatan dalam melakukan ketaatan kepada Allah.
Jika kita rasa tenang selepas solat dan beribadat maka solat/ibadat kita ada impak.
-Surah Al-Ra’d (13), ayat 28: “(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan zikrullah (mengingati Allah). Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, hati manusia menjadi tenang.”
-Surah Al-Imran, ayat 102-104: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
-Kita ingat Allah setiap masa dan masa keadaan.
-Zikrullah yang paling tinggi ialah membaca al-quran. Maka hendaklah kita memahami al-quran.
-Quran tidak diturunkan bukan semata-mata untuk mendapat pahala bacaan.
Kita perlu tahu intipati al-quran.
-Surah al-A’raf, ayat 204:
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Maksudnya: “Dan apabila dibacakan al-Quran, maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam, mudah-mudahan kamu semua beroleh rahmat.”
Kita perlu baca al-quran bersungguh-sungguh, memahami dan mengamalkannya.
Tanpa jiwa yang tenang maka kita tidak dapat merasakan nikmat beribadat.
-Nabi Ayub as, menerima penyakit kulit yang kronik. Ia sukar untuk bangun. Anak-anaknya semua meninggal dan harta bendanya semua habis. Namun beliau terus bersabar. Ia tidak memohon apa-apa kecuali dua perkara iaitu:
“Ya Allah, jangan Engkau sakitkan hati dan lidah aku.”
Iaitu supaya hatinya dapat sentiasa mengingati Allah dan lidah yang dapat sentiasa menyebut nama Allah.
-Orang yang hidupnya sentiasa sibuk dan kelam kabut dalam urusan dunia maka sukar untuk membuat ketaatan kepada Allah.
-Maka kita sucikan jiwa kita dengan perbanyakkan zikrullah dan istigfar.
3. Mohon perlindungan Allah daripada nafsu yang tidak pernah rasa puas.
-Allah menyatakan bahawa jika Allah tidak selamatkan Yusof maka ia akan terjebak.
-Nabi Yusof as sebagai manusia ia punyai nafsu apabila beliau digoda oleh perempuan. Ia dapat selamat kerana ia takut kepada Allah.
Hatinya sentiasa dekat kepada Allah.
-Impak nafsu yang tidak pernah puas menyebabkan kita tidak kenal halal haram tidak kenam dosa pahala. Segala perintah Allah kita langgar.
-Justeru, jangan kita jadi tamak dan terlalu sayangkan dunia.
-Surah al-Qasas, kisah qarun yg jadi tamak. Nabi Musa as minta bayar zakat. Namun qarun engkar. Akhirnya ia dibenam ke dalam bumi.
-Surah al-Qasas, ayat 76-82: “Sesungguhnya Qarun termasuk daripada kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta dan kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat. Ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya, ‘Janganlah engkau terlalu bangga. Allah Taala tidak menyukai orang yang membanggakan diri.’
-Pada satu hari Nabi saw berjalan dengan Abu Zarr, baginda saw nyatakan lihatlah ke bukit itu. Jika ianya adalah emas ia tidak memberi apa-apa makna/kesan kepada ku.
-Sekarang ramai yang nampak bukit bukau nampak peluang untuk membuat wang ringgit. Bukit bukau sanggup di musnahkan untuk kebendaan.
4. Mohon perlindungan daripada Allah doa yang tidak terangkat.
-Doa adalah senjata bagi orang beriman.
Kita banyakkan berdoa untuk mendapat keredhaan Allah.
Bahkan orang yang telah mati minta didoakan oleh orang masih hidup terutamanya doa daripads anak-anak yang soleh.
-Kita diminta untuk meminta keampunan bagi mereka yang telah beriman lebih dahulu daripada kita.
-Surah al-Baqarah, ayat 186:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖفَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا
بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
-Syarat untuk dimakbulkan doa ialah beriman dan yakin kepada Allah.
-Sabda Nabi SAW: Apabila seseorang daripada kamu berdoa dan memohon kepada Allah SWT, janganlah dia mengucapkan: "Ya Allah, ampunilah dosaku jika Engkau kehendaki, sayangilah aku jika Engkau kehendaki, dan berilah rezeki jika engkau kehendaki". Akan tetapi, dia harus bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sesungguhnya Allah berbuat menurut apa yang Dia kehendaki dan tidak ada yang memaksa-Nya. (HR: Al-Bukhari)
-Surah al-Mukmin, ayat 60: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagi Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.”
-Sabda Nabi SAW: "Berdoalah kepada Allah SWT dan kamu yakin akan dikabulkan. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang hatinya lalai dan tidak khusyuk." (HR: At-Tirmidzi dan Al-Hakim).
-Bagi doa kita dimakbulkan, hendaklah juga kita menjadi insan yang baik dengan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
-Surah ali-Imran, ayat 110: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”
-Nabi SAW bersabda: "Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, hendaklah kalian menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran atau (kalau tidak kalian lakukan) maka pasti Allah akan menurunkan seksaan kepada kalian, hingga kalian berdoa kepada-Nya, tetapi tidak dikabulkan." (HR: At-Tirmidzi dan Ahmad).
Hendaklah kita berdoa dengan bersungguh-sungguh.
-Iaitu seperti kita meminta daripada manusia, kita juga perlu bersungguh-sungguh ketika berdoa dan memohon daripada Allah SWT. Tidak boleh berdoa secara sambil lewa atau acuh tak acuh seperti melepaskan batuk di tangga
-Nabi Musa dan Nabi Harun as. berdoa tentang kekejaman Firaun. Doa mereka berdua dimakbulkan oleh Allah SWT. Namun, kerajaan Firaun tidak tumbang dalam masa sehari dua, bahkan memakan masa puluhan tahun selepas itu.
-Nabi Yaakub as juga tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT supaya dikembalikan anak Baginda iaitu Nabi Yusuf as. Doanya dimakbulkan, namun selepas puluhan tahun baru Baginda bertemu semula dengan Nabi Yusuf as.
-Kita jangan berdoa dengan terburu-buru.
Antara golongan yang ditolak doanya ialah mereka yang terburu-buru ketika berdoa.
-Nabi SAW bersabda: “Dikabulkan doa seseorang daripada kalian selama ia tidak buru-buru, (di mana) ia berkata: Aku sudah berdoa namun belum dikabulkan doaku. (HR: Al-Bukhari).
-Yang dimaksudkan ialah mereka yang apabila berdoa, dia seolah-olah mendesak dan memaksa Allah SWT supaya memakbulkan doanya secepat mungkin.
-Justeru, dalam kita berdoa, kena banyakkan bersabar dan bersangka baik kepada Allah SWT.
-Mungkin doa kita sudah dimakbulkan, tetapi menunggu masa untuk dijadikan sebagai realiti. Semuanya mengikut keputusan dan perancangan Allah dan ia adalah yang terbaik.
-Hadith Qudsi HR Tirmidzi daripada Abu Hurairah ra.
Allah berfirman, maksudnya :
“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”
-Kita perlu berdoa, bukan hanya mengaminkan doa imam.
-Kita perlu berdoa bersungguh-sungguh dan angkat tangan tinggi-tinggi.
-Jangan kita hanya doa sungguh-sungguh bila sempit, sakit, hilang pertolongan manusia dan dalam kesusahan.
-Firman Allah:
“Barang siapa berdoa kepada Ku maka akan Aku perkenankan.”
-Abu Zarr ra seorang sahabat yang menjadi escort Nabi saw. Ia pernah minta untuk diberi jawatan. Maka Nabi saw menyatakan jangan, kerana kamu tidak sesuai memegang jawatan.
-Nota: Abu Zarr ia ada ijtihadnya berkaitan harta. Iaitu ia berijtihad bahawa jika telah habis keperluan kita dan masih ada baki harta yang berbaki maka itu ada hak orang fakir miskin.
-Nota: Hukum korban adalah sunat Muakkad.
Namun, Nabi saw ada bersabda: “Barang siapa yang ada keupayaan harta dan ia tidak membuat korban maka jangan ia menghampiri masjid kami.”
-Kita perlu yakin bahawa doa kita dimakbulkan Allah. Ada yang Allah tangguhkan.
-Namun kita perlu pastikan bahawa kita tidak melakukan perkara yang menyebabkan doa kita tidak dimakbulkan.
-Seseorang yang memperoleh pendapatan yang haram. Lalu menggunakannya untuk makan dan minum, membeli pakaian, rumah dan kenderaan. Ia akan menyebabkan doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT terhijab dan tidak diterima.
-Sabda Nabi saw: “Seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram. Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. (HR: Muslim).
-Dalam hadis tersebut Nabi saw telah menggambarkan bagaimana doa seseorang itu boleh ditolak disebabkan harta yang haram.
-Walaupun ia telah menepati ciri-ciri doa yang makbul seperti bermusafir, tawaduk dan bersungguh-sungguh.
-Namun, tetap juga ditolak kerana tidak mempedulikan persoalan hartanya, sama ada daripada sumber yang halal atau yang haram.
-Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam menentukan sumber pendapatan yang kita peroleh, sama ada haram secara zat (haram lizatihi) atau haram kerana sebab-sebab yang lain (haram lighairihi).
-Haram lizatihi boleh terjadi apabila kita terlibat dalam kegiatan haram yang telah terkandung dalam al-Quran dan hadis secara langsung seperti; perniagaan minuman keras, perjudian dan maksiat.
-Haram lighairihi pula yang melibatkan keharaman secara tidak langsung seperti riba, gharar dan sebagainya.
-Jadi kita jagalah sumber pendapatan kita.
Doa berikut juga sering dibaca oleh Nabi saw:
Zaid bin Arqam r.a. memberitakan Rasulullah SAW selalu memohon:
"Wahai Allah, sesungguhnya saya memohon perlindungan engkau daripada sifat lemah dan malas, daripada sifat penakut dan bakhil, daripada sifat uzur sebab sangat tua dan daripada seksaan kubur."
"Wahai Allah, kurniakanlah ketakwaan kepada jiwa saya dan bersihkanlah dia, kerana Engkaulah sebaik-baik orang yang dapat membersihkannya. Engkau adalah Penjaga dan Tuannya."
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment