Friday, 2 August 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (149/2019): FORMULA RAHMAT DALAM PENYATUAN UMMAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Ceramah Perdana@Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya: 12 Julai 2019/ 9 Zulkaedah 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Adi Hidayat (Lc, MA)

● Pendahuluan
-Syukur kita telah dapat sama-sama berkumpul untuk bersolat berjemaah dan beramal ibadat.
-Hendaklah kita sentiasa berdoa agar segala amal ibadat kita diterima oleh Allah.
-Setiap kali selesai solat Nabi saw akan berdoa: “Ya Allah, kurniakan kepada kami ilmu yang bermunafaat, rezeki yang baik, semoga diterima segala amalan.
-Justeru hendaklah kita sentiasa berdoa untuk Allah menerima amalan kita.
-Jarak tempoh antara zaman Nabi saw dan Nabi Ibrahim as ialah 30 generasi.
-Nabi Ibrahim as, bila beliau telah mendirikan kaabah yang telah musnah semasa banjir besar di zaman Nabi Nuh as juga telah berdoa di hadapan kaabah.
Doanya: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
-Jarak masa antara Nabi Nuh as dan Nabi Adam as adalah 5-6 generasi. Antara generasi ada yang sampai mencecah 1,000 tahun.
-Nabi Ibrahim as tidak membina kaabah tetapi hanya meninggikan bahagian yang runtuh sebelum ini.
-Rumah pertama yang dibangun untuk manusia adalah Baitullah. Ianya difirmankan Allah dalam surah Ali-Imran ayat 96 & 97.
-Surah Ali-Imran ayat 96: “Sesungguhnya rumah (tempat ibadah) yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadah kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Mekah, yang berkat dan (dijadikan) hidayah bagi umat manusia.”
-Surah Ali-‘Imran ayat 97: “Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya, antaranya ialah) Makam Ibrahim. Sesiapa yang masukk ke dalamnya, dia akan aman tenteram. Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekelian makhluk di alam ini.”
-Surah al-Baqarah ayat 127: “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Ka’abah) itu, sambil kedua-duanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
-Sesungguh Allah Maha Mengetahui dan Maha Mensyukuri. Allah Maha Mengetahui setiap kadar amalan hambaNya.
-Dalam ayat tersebut, Nabi Ibrahim as yang diperintah untuk meninggikan kaabah. Manakala Nabi Ismail as ia hanya membantu. Ia membawa batu (hajar) kepada Nabi Ibrahim bagi membantu memperbaiki dan meninggikan kaabah.
-Sesungguhnya sesiapa yang mencintai Nabi maka ia akan sentiasa mengikuti perintah Allah.
Kita buktikan kecintaan kita kepada Allah dengan melaksanakan perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah.

-Salasilah Nabi saw:
“Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin An-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Elyas bin Mudar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan bin Add bin Humaisi bin Salaman bin Aws bin Buz bin Qamwal bin Obai bin Awwam bin Nashid bin Haza bin Bildas bin Yadlaf bin Tabikh bin Jahim bin Naim bin Makhi bin Ayd bin Abqar bin Ubayd bin Ad-daa bin Hamdan bin Sanbir bin Yathrabi bin Yanzin bin Yalhan bin Arami bin Ayd bin Deshan bin Aisar/Aizar bin Afnad bin Aiham bin Muksar bin Nahith bin Zarih bin Sani bin Wazzi bin Ad’wa bin Aram bin Haidir bin Ismail bin Ibrahim bin Azar.”
-Surah Ali-Imran, ayat 31: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”.
-Surah al-Baqarah, ayat 30:”Dan (ingatlah, wahai Muhammad) ketika Tuhan mu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka bertanya (untuk mengetahui tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata), “Adakah engkau (Ya Allah) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Mu dan menyucikan Mu (daripada sesuatu yang tidak layak bagi Mu)?. Allah berfirman: “Sesunguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
-Dalam firman Allah di atas, Allah menggunakan perkataan “Ingatlah”. Ia bermaksud, kita perlu fahami, pelajari dan mendalaminya.
-Dalam ayat tersebut, Allah hendak meletakkan manusia sebagai khalifah di bumi.
-Kemudian malaikat bertanya kepada Allah kenapa Mu Ya Allah hendak jadikan manusia yang akan melakukan kerosakan di muka bumi.
-Kenapa tidak jadikan kami yang sentiasa bertasbih sebagai khalifah mu di mukabumi.
-Maka difirmankan oleh Allah bahawa Aku lebih mengetahuinya.
-Surah Al-Qasas (28), ayat 58: “Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka.”
-Surah..ayat 57.”
Allah telah ciptakan jin dan malaikat terlebih dahulu.
-Di sebutkan manusia dalam al-quran 5x: Bashar, Ins, Insan (surah 76), An-Nas, Bani Adam (70x).
Bashar singkatnya bererti makhluk yang mempunyai nafsu.
Malaikat dicipta tanpa nafsu, hanya ada taqwa.
Maksiat tidak bermaksiat kepada Allah. Jiwanya taqwa. Lawan taqwa ialah nafsu.
Ada satu makhluk yang dicipta hanya ada nafsu sahaja iaitu haiwan. Jadi jangan dicela haiwan kerana ia hanya ada nafsu.
Maka bashar ianya kombinasi taqwa dan nafsu.
Jika taqwa melebihi daripada nafsu maka manusia lebih mulia daripada malaikat. Jika nafsu melebihi taqwa maka manusia lebih buruk daripada binatang.
Kita tidak mampu menilai diri kita ini suci.
-Surah Yusof (12), ayat 53: “Dan aku tidaklah berani mengaku diriku suci (daripada dosa), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh melakukan kejahatan, kecuali nafsu (orang) yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhan ku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
-Malaikat adalah makhluk Allah yang bertaqwa dan tidak mempunyai nafsu. Justeru itu, tidak ada malaikat yang menderhaka dengan melakukan maksiat .
-Surah Al-Tahrim (66), ayat 6: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya). Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
-Malaikat akan sentiasa patuh melaksankan perintah Allah. Bila ajal kita telah tiba maka akan ada malaikat yang datang mencabut nyawa kita. Jadi tidak perlulah kita cuba mencabut nyawa kita sendiri dengan hendak membunuh diri.
-Surah Al-Sajdah (32), ayat 11: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika sampai ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan).”
-Setiap manusia ada ajalnya.
-Surah Al-Araf (7)), ayat 34: “Bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan), maka apabila telah sampai masanya, mereka tidak dapat menangguhkannya walau pun sesaat dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.”
-Setiap manusia dijadikan Allah mempunyai nafsu. Oleh kerana itulah malaikat bimbang untuk manusia buat kerosakan dan keburukan.
-Surah Yusof (12), ayat 53: “Dan aku tidaklah berani mengaku diriku suci (daripada dosa), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh melakukan kejahatan, kecuali nafsu (orang) yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhan ku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
-Allah nyatakan dalam firmanNya, ia lebih tahu. Maka Allah telah bekalkan kepada manusia sifat taqwa.
-Sekiranya manusia mampu mengendalikan hawa nafsu dan taqwa maka ia akan menjadi makhluk Allah yang lebih mulia daripada malaikat yang hanya bertasbih.
-Surah Al-Shams (91), ayat 7-10: “Demi jiwa (manusia) dan penyempurnaan (kejadiaannya). Maka (Allah) mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada ketaqwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya; Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya.”
-Perkataan “Nafsu” dan “Taqwa” masing-masing disebut sebanyak 115 kali dalam al-quran. Iaitu sama banyak.
-Manakala perkataan “Malaikat” dan “Syaitan” masing-masing disebut 88 kali.
-Jadi Allah telah menerangkan dalam firmanNya bahawa manusia memang mempunyai hawa nafsu dan sifat taqwa.
-Jika nafsu lebih unggul berbanding taqwa maka pokok kepada kehancuran.
-Oleh itu, asas kepada perpaduan ummah adalah taqwa.
Tanpa taqwa maka kita akan jauh daripada perpaduan.
-Punca utama perpecahan adalah kerana kita tidak mampu mengawal nafsu.
-Sifat nafsu ialah saling bersaing dalam semua perkara. Bersaing untuk mendapat harta yang banyak, upah yang tinggi, pangkat, kemuliaan, darjat, kepandaian dan lain-lain.
Jika kita mampu mengekangnya maka mudah untuk kita bersatu dan mengelakkan perpecahan.
-Maka Allah ingatkan pada firman Allah:
-Surah Ali-‘Imran (3), ayat 103: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa Jahilliah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa Jahilliah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya, supaya kamu mendapat hidayahNya.”
-Maka hendaklah kita berusaha meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.
-Surah Ali-‘Imran (3), ayat 102: “Wahai orang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim (beragama Islam).”
-Maka jika kita meningkatkan darjah ketaqwaan kita, kita tidak akan berpecah. Iaitu asas perpecahan akan hilang.
Bagaimanakah kita hendak mencapai ketaqwaan?
-Kita perlu bincang landasan untuk mencapai ketaqwaan.
Jika kita bertaqwa maka Allah akan bantu kita dalam pelbagai cara yang tidak kita sangka.
-Surah Maryam (9), ayat 96: “Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, Allah akan menanamkan dalam hati mereka perasaan kasih sayang.”
-Surah Maryam:
119: 115 “Orang yg bertaqwa..ia menjadi orang muttaqin.”
Orang-orang yang bertaqwa ialah orang yang muttaqin.
Formula untuk menjadi manusia yang bertaqwa, kita carilah muttaqin.
Orang-orang yang memiliki ciri-ciri taqwa dinamakan sebagai muttaqin.
Di manakah ciri-ciri muttaqin:
-Surah al-Baqarah (2), ayat 2-4: “Kitab al-quran ini sebenarnya tidak ada sebarang keraguan (sebagai sesuatu yang datangnya daripada Allah dan sempurnanta); kemudiannya ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang mahu bertaqwa.
Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat serta menafkahkan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Dan juga orang yang beriman kepada kitab Al-quran yang diturunkan kepada mu (wahai Muhammad), dan yang diturunkan sebelum mu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (mengetahui secara pasti).”
Orang yg taqwa:
i. Orang yang soleh
Ii. Percaya kepada benda yang ghaib. Orang yang tidak bertaqwa hanya nampak yang zahir sahaja.
-Orang bertaqwa ia yakinpada al-quran & hari akhirat
iii. Memberi infaq
->Nafsu/Taqwa->Muttaqin
Orang yang bertaqwa ia akan menjaga solatnya. Iaitu solat fardhu dan solat-sunat. Solat sunat tidak terbatas manakala solat fardhu ianya terbatas kepada lima waktu sahaja.
-Surah Al-baqarah (2), ayat 238: “Peliharalah segala solat fardhu,dan (peliharalah) solat Wusta (solat Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusuk.”
Sifat orang yg bertaqwa:
1. Dirikan solat
-Amalan pertama yang diajar oleh Nabi saw kepada orang Islam sebelum berhijrah ke Madinah ialah solat. Ibadat yang lain termasuk puasa dan zakat didatangkan kemudian.
-Sebelum kita melaksanakan ibadat solat, kita perlu baca dahulu dan memahaminya.
-Surah Al-‘Ankabut (29), ayat 45: “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepada mu daripada al-quran dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya). (Ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
Kita di minta baca dan fahami dahulu. Kemudian barulah kita mendirikan solat.
-Saidina Abu Bakar ra bila lisannya mengucapkan nama Allah dalam takbirnya, menggeletar tangan dan jiwanya.
Banyak orang yang solat tetapi ia tidak faham apa yang diungkapkan.
Jika kita benar-benar mendirikan solat, iaitu faham dengan solatnya maka ia akan terbebas daripada fasak dan mungkar.
Mungkar ialah apa yg dilakukan oleh kejahatan hati iaitu berpunca daripada nafsu.
Kita naikkanlah taqwa dan tekankan nafsu.
Sekiranya telah ada taqwa yang sebenarnya, kita akan dapat bersatu.
Pembunuh, penzina,penjahat, riak, sombong dan lain-lain telah ada semenjak zaman Jahilliah lagi. Kemudian apa bila mereka diajar akan solat mereka telah berubah menjadi baik.
Nabi saw mulakan dakwah dengan mengajar ibadat solat.
-Kisah Jundud bin junadah, mulanya beliau paling jahat. Seorang pembunuh, pencuri, penzina, dll.
Maka selepas beliau di ajar solat, lalu ia pun pulang ke kampungnya. Akhirnya satu kampung telah memeluk islam.
Beliau juga telah menjadi periwayat hadith.
Saidina Umar bila diajar akan solat maka ia menjadi seorang yang mempunyai peribadi yang amat lembut dan tegas.
-Semua orang yang bersifat jahilliah, bila diajarkan solat mereka berubah menjadi orang yang baik.
-Surah Ali-‘Imran (3), ayat 110: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang yang fasiq.”
Justeru bila bicara tentang penyatuan dan perkara-perkara yang baik, hendaklah kita datangkan taqwa dahulu dalam kehidupan kita. Ketaqwaan itu pula bermula dengan solat.
Jangan kita hanya bercakap yang tinggi-tinggi sahaja bila membincarakan penyatuan Ummah.
Kita mulakan dengan memperbaiki solat kita. Kita penuhkan masjid-masjid untuk mendapat redha Allah.
-Kita hendaklah bersatu dalam perkara yang baik. Jangan ikut perangai firaun, qarun, namrud dan lain-lain.
-Firaun, qarun, hamman bersatu dalam perkara buruk. Muncul kezaliman di antara mereka.
-Jika kita dapat bersatu dalam perkara yang baik maka wujud penyatuan yang berasaskan taqwa.
-Justeru kita usaha tingkatan taqwa. Bila taqwa telah dinaikkan maka mudah untuk penyatuan ummah berlaku.
-Bukalah al-quran, misalnya:
Surah al-Baqarah (2), ayat 282:
Surah al-Baqarah (2), ayat 189:
Surah 65, ayat 2-3:
Surah 8, ayat 29:
Surah (3), ayat 102-103:
-Bila kita mampu meningkatkan taqwa maka akan ada kualiti dalam kehidupan kita.
-Kalau hendak mendapatkan darjah taqwa yang tinggi kita pelajarilah daripada para Nabi saw.
Bersatulah dengan dasar pengetahuan yang kuat.
Kalimah taqwa:
-Surah al-Baqarah, ayat:282
Tingkatkan taqwa mu kepada Allah maka Allah akan tingkat pengetahuan.
-Bila kita tingkatkan taqwa mak Allah mudahkan utk kita mendapat ilmu, untuk kita hafal al-quran dan lain-lain.
-Sahabat bertanya Saidina Aisyah ra bagai mana solat Nabi saw:
“Bagai mana sifat solat malam Nabi saw. Dinyatakan, jangan ditanya bagai mana panjang dan bagusnya bacaan Nabi saw.
Sahabat bila solat di belakang nabi saw dirasakan betapa nikmatnya.
-Manusia bertaqwa akan datang padanya amalan-amalan sunat.
Surah:
61:6
Nabi saw disebut dgn bbrp nama. Ahmad
Surah:
3:44
3:40
48:89
Jaga hubungan dengan Allah. Rajin membaca al-quran.
Kasih pada binatang, kasih pada tumbuhan dan semua makhluk Allah.
Nabi saw walau pun dijamin syurga namun ibadatnya melebihi umatnya.
Surah:
75: 18
Nabi saw cepat menggerakkan lisan
“Ya Muhammad jangan cepat lisan..”
Allah tanamkan kemudahan dalam jiwanya bila bertaqwa.
-Apa syarat utama untuk dapat pengetahuan?
Ianya adalah dengan meningkatkan taqwa. Tingkatkan solat dan amalan.
Bila semua orang baik dalsmsolatnya maka ia akan diberi pengetahuan.
-Surah Hadid, ayat..
-Surah al-Furqan(25), ayat 26: “Kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan Yang Maha Pemurah. Dan adalah (hari itu), satu hari penuh kesukaran bagi orang-orang kafir.”
-Ibnu Firnas cipta kapal terbang.
Asas penciptaan dinyatakan dalam al-quran (surah al-mulk,ayat 19).
-Surah al-Mulk, ayat 19: “Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.”
Umat dahulu maju kerana semua orang bergerak atas taqwa dan bersatu.
Kita bercerai berai kerana kita tidak mempunyai ilmu.
Kerana perkara-perkara kecil/remeh kita berpecah belah.
-Kisah suami isteri berselisih faham atas perkara samada bila waktu sujud dalam solat samada hendak turun lutut dahulu atau tapak tangan.
Maka sebab ini pun suami isteri tidak bertegur satu hari. Ini kerana tidak ada ilmu.
Isteri bila hendak tegur suami perlu tahu caranya.
Ciri-ciri suami:
-Suami adalah pemimpin bagi wanita.
-Surah An-Nisa (4), ayat 34: “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
-Maka sifat pemimpin (suami) ia tidak mahu dipimpin. Jadi kita perlu tahu bagaimana untuk menegur/menasihati suami/pemimpin.
Jadi ada dua hadith, iaitu satu hadith yang nyatakan ialah boleh turun tangan dahulu dan satu hadith lagi boleh turun lutut dahulu.
Unta ada keistimewaan luar biasa, sehingga Allah nyatakan adakah kamu memerhatikan unta.!
Ia ada selaput di matanya,ia boleh lalui badai.
Unta satu-satunya haiwan yang kuat minum air dan ada air di temboloknya boleh disimpan untuk 3 bulan.
Ia mempunyai 2 tangan dan 2 kaki.
Unta bil ada barang cara ia duduk berbeza bila tidak ada barang.
“Kalau kamu telah uzur jangan kamu duduk seperti unta dengan mulakan dengan kaki..”
Jadi kita perlu ikut mengikut keupayaan kita. Perbezaan pandangan adalah satu kemudahan.
Tidak semua orang guna telapak tang seperti orang tua.
Tgn n lutut adalah betul.
Orang punya sifat taqwa yang baik ia sentiasa belajar.
Ia usaha untuk tingkat ilmu. Maka kita akan bersatu atas dasar ilmu.
Bila mengerjakan haji, kita bebas gunakan bahasa kita sendiri.
-Kisah Nabi Ibrahim as, iaitu Allah akan jawab doanya.
-Surah Maryam (19), ayat 49:
“Maka ketika Ibrahim sudah menjauhkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, Kami anugerahkan kepadanya Ishaq, dan Ya’qub. Dan masing-masingnya Kami angkat menjadi Nabi.”
-Surah Maryam (19), ayat 50: “Dan Kami anugerahkan kepada mereka sebagian dari rahmat Kami dan Kami jadikan mereka buah tutur yang baik lagi tinggi.”
Kita minta apa yg kita perlukan.
Jangan kita bersatu tanpa kualiti. Iaitu tidak atas dasar ilmu.
Maka kita bangunkan dengan ilmu. Kita terus belajar dan menggali ilmu.
Kita hadirkan kekuatan dengan berpaksikan taqwa yang didasari oleh ilmu.
Taqwa sumber kebahagian:
-Surah al-Baqarah (2), ayat, 189: “Mereka bertanya kepada mu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji; Dan bukanlah kebajikan memasuki rumah-rumah dari belakangnya, akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang yang bertakwa. Dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintu-pintunya; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”
-Bersatu itu bukan bererti tidak ada persoalan. Kita perlu menguruskan perbezaan pandangan, masalah, ujian, ada cabaran.
-Bila kita mempunyai taqwa maka setiap ujian akan dibantu oleh Allah.
-Sesungguhnya setiap kesusahan dan ujian itu ada nikmat. Maka kita tingkat usaha untuk ketaqwaan dan menjauhi kekufuran.
-Surah al-Thalaq (65), ayat 2: “Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
-Surah al-Thalaq (65), ayat 3:
“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
-Surah al-Anfal (8), ayat 29: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”
-Siapa yang mampu dapat Furqan, ia tahu bezakan yang benar dan tidak benar.
-Ia tahu perpecahan itu salah.
-Ia tahu yang mana satu maksiat dan yang mana redha Allah.
-Allah jaga orang yang bertaqwa.
-Kisah Khalid Ibnu Walid. Walau pun beliau adalah panglima perang yang hebat, namun bila dipecat oleh Saidina Umar ra ia tidak marah.
Bahkan beliau terus membantu pemerintahan Saidina Umar ra.
Saidina Umar memecat Khalid untuk mengelakkan orang begitu taksub dengan kejayaan dan kekuatan beliau sehingga lupa kepada kekuasaan Allah.
-Bagi elakkan syaitan menguasai kita maka kita jauhilah perpecahan.
-Iaitu bila kita lupa tanggungjawab kita bersama-sama dalam memelihara saf maka akan mudah syaitan mempengaruhi kita.
-Surah Ali Imran, ayat 102: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenarbenar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”
-Surah Ali Imran, ayat 103: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”
-Justeru, perkara dasar untuk elakkan perpecahan ialah tingkatkan taqwa dengan sebenar-benar taqwa.
-Kita lihat bagaimana apabila Nabi saw berhijrah ke Madinah, golongan Ansar dan Muhajirin telah dipersaudarakan. Perpaduan telah diwujudkan dan dakwah Islam terus dikembangkan.
-Itu sebab Allah anjurkan solat berjemaah. Untuk kita dapat bertemu dan berjumpa. Solat jumaat adalah medan perkumpulan buat umat Islam.
-Jangan kita hanya bicara yang tinggi-tinggi untuk perpaduan tetapi solat berjemaah tidak dipelihara.
-Semua kita bersaudara. Maka kita tingkatkan ilmu.
-Kita patuhilah setiap hukum Allah. Ianya termasuk dalam hukum berjual beli dan hutang piutang.
-Surah al-baqarah, 282: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan sesuatu.”
-Surah al-hadid, ayat 25: “Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
-Surah al-hadid, ayat 26: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh dan Ibrahim dan Kami jadikan kepada keturunan keduanya kenabian dan Al Kitab, maka di antara mereka ada yang menerima petunjuk dan banyak di antara mereka fasik
Kita amalkan isi al-quran.
-Surah al-Maidah (5), ayat 100: “Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan".
-Surah al-Maidah, ayat 101: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al Quran itu diturunkan, niscaya akan diterangkan kepadamu, Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.”
Dalam sesuatu perkara yang telah jelas maka jangan kita persoalkan dan bersoal jawab dalam perkara yang telah jelas.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment