السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 30 Jun 2019/ 26 Syawal 1440H (Ahad) oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin.
●Pendahuluan
-Surah Az-Zumar, ayat 53: “Katakanlah, “wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas kepada diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada Rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan setiap dosa. Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
-Surah Saba ayat 12: “Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu sore sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.”
-Surah Saba, ayat 17: “Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka kerana kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.”
-Surah Toha, ayat 48: “Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya".
-Surah Al-A’raf, ayat 56: “Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
-Surah Al-A’raf, ayat 156: “Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.”
Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang mengaku percaya perkara-perkara berikut, Allah masukkan dia ke dalam syurga walau bagaimana pun amalannya. Perkara-perkara itu adalah menjadi saksi tiada Tuhan selain Allah, hanya Dia yang satu, dan tidak ada sesuatu pun yang menjadi rakan kongsiNya. Orang itu juga menjadi saksi Nabi Muhammad adalah hamba Allah dan utusanNya. Juga menjadi saksi Nabi Isa adalah hamba Allah dan utusanNya, beliau adalah kata-kata Allah yang dia sebut kepada Maryam dan roh daripada Allah. Dan mempercayai syurga benar-benar ada dan neraka benar-benar ada.” (HR: Bukhari dan Muslim).
Sabda Nabi saw:
-“Barang siapa bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, Allah tidak benarkan ia kekal di dalam neraka.”
-“Barang siapa bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, Allah tidak benarkan ia kekal di dalam neraka.”
Sabda Nabi saw:
-Abu Zar menyatakan, “Nabi Muhammad menerangkan, “Allah Yang Mulia dan tinggi martabatNya menerangkan, “Sesiapa yang mengerjakan perkara-perkara baik, dia mendapat pahala 10 kali ganda atau pun lebih. Sesiapa yang melakukan perkara-perkara jahat, setiap satu perbuatan jahat itu dibalas dengan satu hukuman atau diampunkan. Sesiapa yang datang kepada Ku sejengkal, Aku datang dekat kepadanya sehasta. Sesiapa yang datang kepada Ku sehasta, Aku datang dekat kepadanya satu depa.
Sesiapa yang datang berjalan kepada Ku, Aku datang berlari-lari kepadanya.
Sesiapa yang datang berjumpa dengan Ku nanti dengan membawa kesalahan sepenuh isi bumi tetapi tidak mensyirikkan atau menduakan Ku, Aku berjumpa dengannya membawa keampunan sebanyak itu juga.”(HR: Muslim).

-Dari Abu Hurairah ra berkata: Nabi Muhammad (SAW) bersabda : "Allah Ta'ala berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepadaKu. Jika dia ingat kepadaKu dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diriKu. Jika dia ingat kepadaKu dalam kelompok, maka Aku akan mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik daripada itu (kumpulan malaikat). Jika dia mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". (HR: At Tarmizi).
-Jadi pengampunan dan rahmat Allah jauh lebih besar. Yang penting kita jaga iman.
-Abdullah Ubai ia baik dengan Nabi saw tetapi ia munafik.
“Demi jiwa yang telah Allah sempurnakan.”
-Setiap manusia mempunyai jasad, aqalqiah, nafsu, hati.
-Jika kita mempunyai hawa nafsu yang tidak terkawal maka banyak kekufuran yang dilakukan.
-Jika kita mempunyai hawa nafsu yang tidak terkawal maka banyak kekufuran yang dilakukan.
-Biarlah hendaknya ibadat yang kita lakukan dapat menundukkan nafsu.
-Namun jika keimanan berkarat, maka habis segala amalan.
-Namun jika keimanan berkarat, maka habis segala amalan.
-Jangan kita mengambil hak orang (rasuah), kerana kita akan fakir di akhirat, semua yang akan menuntut.
-Solat Dhuha:
Solat dhuha adalah solat sewaktu bekerja. Ada yang kata elok dibuat pertengahan.
Solat dhuha adalah solat sewaktu bekerja. Ada yang kata elok dibuat pertengahan.
Ada yang kata elok dibuat di akhir waktu dhuha (setengah jam sebelum zohor). Kerana selepas itu boleh buat qalullah, iaitu tidur sebelum zohor. Maka kita boleh tidur dalam keadaan suci.
Ayat yang elok dibaca dalam solat dhuha ialah Surah As-Syams.
-Jangan kita benci manusia kerana dirinya tetapi benci kepada perbuatan buruknya.
Sabda Nabi saw:
“Jabir menyatakan, “Seorang Arab dusun datang berjumpa Nabi Muhammad. Katanya, “Wahai Rasulullah, apakah dua perkara yang menyebabkan kita masuk syurga atau masuk neraka? Jawab Rasulullah saw, “Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan dia tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, dia masuk syurga. Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan dia menyekutukan Allah dengan sesuatu, dia masuk neraka.” (HR: Muslim).

Sabda Nabi saw: “Wahai Ali, bila sampai bulan haji maka beli 100 ekor unta..
Sabda Nabi saw:
-Anas ra menyatakan, “Satu ketika Nabi saw dan Muaz menunggang tunggangan bersama. Nabi saw kemudian memanggil nama Muaz sebanyak tiga kali, dan tiga kali lah Muaz menyahut. Setelah panggilan yg ketiga Rasulullah bersabda: Tahukah engkau bahawa mereka yg mengucapkan syahadah ikhlas dari hatinya, dia akan masuk ke syurga?” (HR: al-Bukhari).

(مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ، إِلَّا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ)
Kata Muaz: Kalau begitu lebih baik aku maklumkan perkara ini kepada mereka! (sahabat lain). Rasulullah SAW menjawab: Kalau begitu, (aku bimbang pula) mereka akan duduk diam sahaja (tidak berusaha beribadah kerana tahu setiap Muslim akan ke syurga).
-Muaz takut utk ia menjadi orang menyembunyikan ilmu. Beliau meninggal pada umur 50an.
Sabda Nabi saw:
“Abu Hurairah ra berkata: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Allah menjadikan perasaan belas kasihan sebanyak 100 bahagian. Allah menyimpan 99 bahagian untuknya dan menurunkan satu bahagian saja ke bumi. Daripada satu bahagian itulah makhluk ciptaan Allah saling berkasih sayang, sehingga seekor haiwan mengangkat kakinya kerana bimbang terpijak.” (HR: Bukhari dan Muslim).

“Diriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Allah ada 100 perasaan belas kasihan. Dia menurunkan satu belas kasihan saja kepada jin, manusia, haiwan dan serangga. Dengan satu belas kasihan itulah mereka saling menyayangi dan mengasihani antara satu sama lain. Dengan satu belas kasihan itu juga haiwan buas menyayangi anaknya. Allah menangguhkan 99 lagi perasaan kasihan bagi mengasihani hamba-Nya pada hari kiamat nanti.” (HR: Bukhari dan Muslim).

“Abu Musa berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah yang Maha Tinggi menghulurkan tangan-Nya pada waktu malam bagi menerima taubat orang yang berdosa pada waktu siang dan menghulurkan tangan-Nya pada waktu siang bagi menerima taubat orang yang berdosa pada waktu malam. Sehinggalah matahari terbit dari arah barat iaitu saat berlakunya kiamat.” (HR: Muslim).

~bersambung.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
admin numpang promo ya.. :)
ReplyDeletecuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa WA : +85587781483