Sunday, 4 August 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (153/2019): AMALAN-AMALAN DISUNATKAN DI 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Al-Azim, Melaka: 4 Ogos 2019/ 3 Zulhijjah 1440H (Ahad).

● Pendahuluan
Amalan Sunat Di Sepuluh Hari Pertama di Bulan Zulhijjah.
-Surah Fajr, ayat 1 & 2: “Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”
-Ada ulamak mentafsirkan fajar itu dengan fajarnya hari Arafah.
-Ada ulamak mentafsirkan fajar itu adalah hari raya korban.
-Ada ulamak mentafsirkan fajar itu adalah 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
-Ada ulamak mentafsirkan fajar itu adalah 10 hari terakhir bulan Ramadhan.
-Sabda Nabi saw:
“Barang sesiapa yang membaca 10 kali akan tahalil/zikir maka akan diampunkan dosa-dosanya.”
-Sabda Nabi saw:
-“Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang lebih disukai Allah untuk dilakukan amalan kebaikan berbanding hari-hari yang sepuluh(10 hari pertama Zulhijjah) oleh itu perbanyakkanlah Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir pada hari-hari tersebut." (HR: Tabarani).
-Kita amat digalakkan untuk membaca tahlil kalimah لااله الا الله bermula subuh pertama bulan Zulhijjah sehingga Hari Raya Eidul Adha. Ianya telah menjadi amalan para wali Allah dan orang-orang soleh.
لا إله إلا الله عدد الليالي والدهور
La ilaha illa Allah adada layali wa ad duhur
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan malam dan siang.
لا إله إلا الله عدد الأيام والشهور
La ilaha illa Allah adada ayyam wa s shuhur
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan hari dan bulan-bulan.
لا إله إلا الله عدد أمواج البحور
La ilaha illa Allah adada amwajil buhur
La ilaha illa Allah sebanyak keluasan lautan.
لا إله إلا الله عدد أضعاف الأجور
La ilaha illa Allah adada adh'afil ujur
La ilaha illa Allah sebanyak banyak ganjaran.
لا إله إلا الله عدد قطر المطر
La ilaha illa Allah adada qatril matar
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan titisan hujan.
لا إله إلا الله عدد أوراق الشجر
La ilaha illa Allah adada awraqis syajar
La ilaha illah Allah sebanyak bilangan dedaun pokok.
لا إله إلا الله عدد الرمل والحجر
La ilaha illa Allah adada ramli wal hajar
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan pasir dan batu-batu.
لا إله إلا الله عدد الزهر والثمر
La ilaha illa Allah adada zahri was samar
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan bunga dan buah-buahan.
لا إله إلا الله عدد الشعر والوبر
La ilaha illa Allah adada sya'ri wal wabar
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan rambut dan bulu-bulu.
لا إله إلا الله عدد أنفاس البشر
La ilaha illa Allah adada anfasil basyar
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan nafas manusia.
لا إله إلا الله عدد ذنوبنا حتى تغفر
La ilaha illa Allah adada zunubina hatta tughfar
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan dosa-dosa kita sehingga diampunkan.
لا إله إلا الله عدد لمح العيون
La ilaha illa Allah adada lamhil 'uyun
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan kerdipan mata.
لا إله إلا الله عدد ماكان ومايكون
La ilaha illa Allah adada ma kana wa ma yakun
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan makhluk dan yang akan diciptakan.
لا إله إلا الله تعالى عما يشركون
La ilaha illa Allah taala amma yushrikun
La ilaha illa Allah itu lebih agung daripada apa yang mereka sekutukan.
لا إله إلا الله خير مما يجمعون
La ilaha illa Allah khaira mimma yajma'un
La ilaha illa Allah itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan ( harta dunia ).
لا إله إلا الله في الليل إذا عسعس
La ilaha illa Allah fil laili iza 'as'as
La ilaha illa Allah pada sebelah malam sehingga penghujungnya.
لا إله إلا الله في الصبح إذا تنفس
La ilaha illa Allah fis subhi iza tanaffas
La ilaha illa Allah pada sebelah pagi sehingga terang.
لا إله إلا الله عدد الرياح في البرار والصخور
La ilaha illa Allah adada riyah fil birar was sokhur
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan angin di daratan dan lautan.
لا إله إلا الله من يومنا هذا إلى يوم ينفخ في الصور
La ilaha illa Allah min yaumina haza ila yauma yunfaghu fis suur
La ilaha illa Allah daripada hari ini sehingga ditiupkan sangka-kala.
لا إله إلا الله عدد خلقه أجمعين
La ilaha illa Allah adada khalqihi ajmain
La ilaha illa Allah sebanyak bilangan seluruh MakhlukNya.
لا إله إلا الله من يومنا هذا إلى يوم الدين
La ilaha illa Allah min yaumina haza ila yaumad din
La ilaha illa Allah daripada hari ini sehingga Hari Qiamat.
لا إله إلا الله وحده لاشريك له له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو على كل شي قدير
عدد خلقه ورضى نفسه وزنة عرشه
ومداد كلماته((عشراً))
La ilaha illa Allah, wahdahu la syarikalahu, lahu mulku, wa lahu l hamd, yuhyi wa yumit, wa huwa ala kulli syai in qadir, adada khalqihi, wa ridho nafsihi, wa midada kalimatih,
La ilaha illa Allah , Tunggal tiada sekutu baginya, bagiNya kerajaan langit dan dunia, bagiNya segala pujian, Ia-lah yang menghidupkan dan mematikan dan Ia ia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu sebanyak bilangan makhlukNya , sehingga Dia redha, perhiasan ArasyNya dan sebanyak-banyak tambahan-tambahan kalimat-kalimat Mu.”

-Riwayat Tabrani dalam kitab Al-doa bhw Nabi saw menyatakan bahawa Allah telah menghadiahkan kepada Nabi Musa as dua kalimah.
-Telah sampai kepada kami bahawa sesungguhnya bahawa Allah telah menghadiahkan kepada Nabi Musa akan doa ini pada 10 Zulhijjah oleh Malaikat Jibril;
i. Aku menyaksikan tiada tuhan melainkan Allah. Bagi Allah itu kerajaan, bagi Allah itu kepujian, Dia yang menghidup dan mematikan. Ditangannya segala kebaikan..
ii. Aku menyaksikan tiada tuhan melainkan Allah. Ia tuhan yang satu, mengesakan, sesungguhnya Allah tidak mengambil teman wanita dan tidak ada anak dan tidak diperanakkan. Tidak ada sekutu bagi Allah. Dan tidak ada bandingan dengan Allah.
iii. Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah. Tidak ada sekutu baginya. Ia yang Esa.
iv. Allah itu Maha Hidup dan tidak mati. DitanganNya ada kebaikan. Dan setiap sesesuatu itu pada kekuasaan Allah.
v. Dan cukuplah Allah itu bagi ku.
Allah penerima segala pujian dan yang memohon kepadaNya.
Tidak ada pada Allah itu kesudahan. Allah kekal selama-selamanya.
Sentiasalah Allah itu bijaksana.
Maha Suci, yang Maha Terpuji.
-Itulah lima kalimah yang dihadiahkan kepada Nabi Musa as. Dan dikhabarkan Nabi Musa as telah menyampaikan kepada umatnya.
Bahawa sesiapa yang berzikir dengan kelima-lima zikir di atas:
i. Barangsiapa yang amalkan zikir pertama 100 kalinmaka tidak ada siapa yang mengetahui amalannya yang begitu besar.
ii. Barangsiapa yang amalkan zikir kedua 100 kali maka umpama ia membaca kitab taurat dan injil.
iii. Barangsiapa yang amalkan zikir ketiga 100 kali disuratkan Allah akannya 10,000 kebajikan.
iv. Barangsiapa yang amalkan zikir keempat 100 kali, maka mendapatkan ia akan dua malikat menilik akan dia. Allah memandang ia dengan pandangan rahmat (diampunkan dosanya, dimasukkan ke syurga..).
-Dan barangsiapa menilik Allah kepadanya maka tidak mendapat celaka baginya. Ia akan mendapatkan kebaikan di akhirat kelak.
v. Barangsiapa yang amalkan zikir kelima 100 kali..
Semoga kita dapat mengamalkan.
-Adalah Abdullah Ibnu Umar ia telah bertakbir pada setiap 10 hari pertama zulhijjah.
Beliau bertakbir pada setiap kali hendak tidur, berjalan, berada di pasar-pasar dan di majilis-majlis.
-Maka berkata Nabi Isa as kepada malaikat Jibril apakan kelebihan doa-doa yang lima tersebut.
Doa-doa itu adalah banyaknya pahala. Tidak ada yang mengsifatkan berapa besarnya pahala yang diperolehi.
-Tidak ada hari yang Allah lebih kasih melainkan orang yang beramal pada 10 hari pertama di bulan Zulhijjah.
i.Puasa
-Sehari puasa di bulan zulhijjah bersamaan puasa selama setahun.
ii. Solat malam
-Dan berdiri padanya setiap malamnya. Kelebihannya seumpama mendirikan malam lailatul qadar di bulan Ramadhan.
-Daripada Ibn Abbas ra bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ
بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
-Sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah adalah hari-hari yang paling disukai serta dicintai oleh Allah SWT bagi sesiapa yang melakukan amal soleh padanya.
Hari pertama:
-Daripada Ibn Abbas ra berkata, dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
فِي أَوَّلِ يَوْمٍ مِنْ ذِيْ الْحِجَّةِ غَفَرَ اللهُ فِيْهِ لِآدَمَ وَمَنْ صَامَ هَذَا الْيَوْمِ غَفَرَ اللهُ لَهُ كُلّ ذَنْبٍ
Maksudnya: “Pada hari pertama daripada bulan Zulhijjah, Allah telah mengampunkan Nabi Adam padanya dan barangsiapa yang berpuasa pada hari tersebut, maka Allah akan mengampunkan setiap dosanya.”
Hari ke-2:
-Kelebihan berpuasa 2 Zulhijjah seperti orang yang beribadat kepada Allah selama setahun dengan tidak melakukan maksiat kepada-Nya sedikit pun kerana pada hari tersebut Allah telah memperkenankan permintaan Nabi Yusuf as.
Hari kedua zulhijjah dilepaskan Nabi Yunus as daripada perut ikan. Maka siapa yang berpuasa pada 2 zulhijjah doanya akan dimakbulkan Allah.
Hari Ke-3:
-Kelebihan berpuasa 3 Zulhijjah bahawa Allah akan memperkenankan / mustajabkan setiap doanya kerana pada hari tersebut Allah memperkenankan doa Nabi Zakari
Hari Ke-4:
-Kelebihan berpuasa 4 Zulhijjah akan dijauhkan oleh Allah daripada kesempitan, kemiskinan serta akan dihimpunkan di padang mahsyar bersama para malaikat dan padanya juga dilahirnya Nabi Isa as.
Maka siapa yang puasa pada hari ke 4, akan dilimpahkan rezaki yang banyak dan dikeluarkan dari kesusahan.
Hari ke-5:
-Kelebihan berpuasa 5 Zulhijjah akan terlepas daripada sifat munafik dan azab kubur/api neraka serta padanya juga lahirnya Nabi Musa as.
Hari ke-6:
-Kelebihan berpuasa 6 Zulhijjah akan dilihat oleh Allah SWT dengan pandangan rahmah serta Allah sama sekali tidak akan mengazabnya. Ia tidak disia-siakan. Pada hari tersebut juga Allah telah membuka bagi Nabi Muhammad saw dengan kebaikan.
Pada 6 Zulhijjah dibukakan Khaibar. Allah bantu Nabi saw memenangi perang Khaibar.
Hari ke-7:
-Kelebihan berpuasa 7 Zulhijjah akan ditutup padanya pintu neraka Jahannam dan barang siapa yang berpuasa padanya akan ditutup kepadanya 30 pintu kesusahan serta dibuka baginya 30 pintu kesenangan.
-Dipadamkan api neraka dan ditutup pintu api neraka. Tidak akan dibuka akannya melainkan setelah 10 zulhijjah.
Hari ke-8:
-Kelebihan berpuasa 8 Zulhijjah iaitu pada hari Tarwiyah akan diberikan ganjaran kepadanya yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan Allah sahaja.
Dinamakan juga sebagai Yaumal Tarwiyah.
Ada yang menyatakan bahawa Nabi Ibrahim as mimpi untuk sembelih Nabi Ismail as pada hari ke 8. Maka pada hari ke 9, Nabi Ibrahim as bertanya pada Nabi Ismail as tentang mimpinya.
Hari ke 9: Hari Arafah.
-Daripada Abi Qatadah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [HR: Muslim (1977)].
-Kelebihan berpuasa 9 Zulhijjah iaitu pada hari Arafah akan diampunkan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas.
-Siapa yang membaca doa qunut, maka mendapat kedudukan sebagai orang yang beribadat dengan khusuk dan diberi ketenangan.
-Kita berpuasa untuk kita merasakan kita berhajat dengan sesuatu dan segalanya daripada Allah.
Hari ke-10:
-Di haramkan berpuasa.
-Siapa yang berkorban maka diampunkan dosa-dosanya bagi setiap titik darah yang menitis semasa disembelih binatang korban.
-Hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan-kelebihan berpuasa pada 1-8 Zulhijjah di atas ada yang menyatakan tidak sahih daripada Nabi SAW.
-Walau bagaimana pun, kita amat digalakkan untuk memperbanyakkan serta meningkatkan amal soleh dan ketaatan kita kepada Allah SWT pada 10 hari yang pertama bulan Zulhijjah ini.
-Maka, hendaklah kita memperbanyakkan solat-solat sunat, berpuasa, bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, qiyamullail dan lain-lain.
-Kelebihannya adalah berdasarkan hadith yang menceritakan kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
-Semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang mendapat kerahmatan, keampunan serta pelepasan daripada api neraka. Amin.
Kelebihan Korban:
-Bila dalam satu keluarga buat maka ahli keluarganya terlepas daripada tanggungan sunat muakkad.
-Diampunkan Allah dosanya dan isi rumahnya.
-Barangsiapa yang memberi sedekah kepada orang mukmin dan memberi makan akan ia, maka diberi ketenangan dan sentosa padanya dan pahalanya lebih besar daripada Jabar uhud.
●Penutup
-Kita berpuasa untuk kita merasakan kita berhajat dengan sesuatu dan segalanya daripada Allah.
-Allah sentiasa mendengar dan melihat.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

1 comment:

  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete