Friday, 27 March 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (51/2020): TAFSIR AL-QURAN SURAH AL-IMRAN AYAT 152-153


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 26 Mac 2020 / 1 Syaaban 1441H (Khamis) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim

●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 151: “Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.”

HURAIAN (samb):
1. Allah takdirkan kekalahan bagi mendisiplinkan tentera Islam iaitu apabila mereka tidak berpegang pada perintah dan matlamat jihad.
-Dalam ayat ini, umpama mereka diberitahu bahawa peperangan Uhud ini sebahagian tentera Islam telah berpaling daripada objektif untuk mengagungkan agama Allah.
-Ayat ini menunjukkan yang buruk dan baik dapat diasingkan. Iaitu mana yang taat dan mana yang ingkar.
-Untuk menilai siapa yang sabar dan taat.
-Adab dan akhlak yang baik adalah sanggup memperbaiki diri daripada kesalahan dan kelemahan.
-Allah akhiri ayat dengan menyatakan Allah sanggup ampunkan hamba-hambaNya yang lakukan kesalahan dan kemudian kembali ke pangkal jalan.
-Allah sentiasa kurniakan rahmat kepada orang beriman. Kasih sayang Allah amatlah luas.
Ikhtibar:
-Allah telah tunaikan janji untuk kejayaan orang Islam.
Namun bila sebahagian tentera Islam gagal untuk menguasai diri menyebabkan mereka berselisih pandangan dan engkar kepada perintah Nabi saw, mereka telah dikalahkan.
Ia itu mereka telah lari daripada objektif perjuangan.

-Ia mempunyai hikmah yang besar.
Sunnatullah yang besar yang boleh kita pelajari:
-Apa jua krisis perlu dilihat daripada sudut yang positif. Musibah yang berlaku samada dalam konteks individu atau berjemaah ada hikmahnya. Ianya juga adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita. Allah hendak kita sentiasa mengingatiNya. Sentiasa melaksanakan amal makruf nahi mungkar.

-Justeru penting untuk kita fahami sejarah lampau untuk kita ambil ibrah dan menjadikannya sebagai panduan.
-Perlu jangan ulangai kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu.
-Surah ali-Imran, ayat 153: “(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”
-Dalam ayat ini, Allah ingin kita mengenang apa yang berlaku.
-Bila tentera lari ke lembah uhud maka telah berlaku ketidakstabilan. Masing-masing ketidakcelaruan dan melarikan diri daripada medan perang walau pun Nabi saw berada di belakang mereka. Di saat sebahagian mereka lari, Nabi saw memanggil-memanggil para sahabat yang lari “mari ke sini hamba-hamba Allah”.
-Ini menunjukkan betapa panik dan hiruk pikuknya tentera Islam semasa peperangan Uhud. Mereka sibuk untuk selamatkan diri.
Manakala Nabi saw bersama sebahagian sahabat yang lain terus bertahan dan berjuang.
Nabi saw juga menyeru semua tentera Islam untuk terus berjuang.

-Apakah natijah yang boleh diperolehi daripada kekecohan yang berlaku.
Allah membalas atas perbuatan perlakuan tentera Islam. Iaitu sesuatu yang mendukacitakan sehingga berlaku kematian. Tentera Islam terlepas daripada kemenangan dan penguasaan ke atas tentera musyrikin.

~bersambung.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment