Monday, 30 March 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (53/2020): TAFSIR AL-QURAN SURAH AL-IMRAN 154-155


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 30 Mac 2020 / 5 Rejab 1441H (Isnin) oleh Ustaz Ikhmal Zaidi Hashim

●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 154: “Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.”

-Surah ali-Imran, ayat 155: “Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu, sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu); dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.”
-Surah ali-Imran, ayat 156: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.”
HURAIAN:
-Orang yang yang tidak benar-benar beriman dan tidak tulus telah terus rasa tidak tenang dan tidak aman. Allah tidak kurniakan rasa mengantuk dan ketenangan kepada mereka.
-Mereka rasa kekecewaan. Mereka adalah golongan yang mementingkan diri sendiri. Mereka suka kepada harta dan keduniaan.
-Iman mereka lemah dan mementingkan diri sendiri. Hati mereka penuh dengan keduniaan dan tamak. Mereka tidak kisah sama ada tentera Islam menang atau kalah dalam peperangan tersebut.
-Mereka bersangka buruk kepada Allah. Mereka tidak rasa Allah akan tolong mereka.
Sangkaan mereka ini adalah sangkaan tidak benar. Mereka tidak berserah dan tidak menerima qada dan qadar Allah. Mereka inilah golongan munafik.

Sangkaan buruk mereka itulah sifat jahilliah.
-Manakala para sahabat yang taat pada Allah dan Nabi saw sebaliknya. Mereka mendapat perlindungan Allah dan dikurniakan ketenangan.
-Mereka yang munafik itu terus berkata-kata yang buruk.
Kata-kata Abdullah bin Ubai itu dirakamkan oleh Allah, “Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu..”

-Abdullah bin Ubai dan pengikutnya tidak setuju untuk tentera Islam keluar daripada Madinah iaitu hendak untuk mereka hanya bertahan di Madinah.
-Maka Allah memerintah Nabi saw untuk membalas kata-kata mereka: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya..”
Iaitu siapa yang berperang kerana Allah maka akan diberi kemenangan. Manakala bagi mereka yang tidak mempercayainya maka mereka akan dikalahkan sehinggalah mereka kembali kepada kebenaran.
~bersambung.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment