Wednesday, 25 March 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (49/2020): TAFSIR SURAH AL-IMRAN AYAT 152


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 24 Mac 2020 / 29 Rejab 1441H (Selasa) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim

●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 152: “Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.”
HURAIAN:
-Imam al-Qathubi menyatakan bahawa apabila Nabi saw pulang ke Madinah selepas peperangan Uhud maka para sahabat berkata sesama mereka, kenapakah mereka mengalami kekalahan dalam peperangan Uhud tersebut sedangkan pada mulanya mereka telah hampir mencapai kemenangan.
-Dalam peperangan Uhud ini seramai 70 orang para sahabat telah terkorban.

-Pada peperangan tersebut, mulanya tentera Islam telah menang.
-Nabi saw semasa peperangan Uhud telah meletakkan pasukan pemanah di posisi tertentu yang diketuai oleh Abdullah bin Jubai.
-Nabi saw juga telah berpesan kepada mereka untuk tidak meninggalkan posisi walau pun sekiranya tentera musuh telah menunjukkan tanda kekalahan.

-Semasa peperangan berlangsung, tentera Islam telah hampir mencapai kemenangan.
Tentera musyrik yang diketuai oleh Khalid al-Walid (yang ketika itu belum memeluk Islam) telah hampir kalah. Mereka telah mula melarikan diri daripada medan peperangan.

-Maka ini telah menyebabkan berlaku keinginan tentera Islam untuk mendapatkan harta rampasa perang (harta ghalimah) yang ditinggalkan oleh musuh.
-Abdullah bin Jubai telah menasihat rakan-rakannya untuk tidak meninggalkan posisi kerana hendak mendapat tentera ghalimah. Namun nasihatnya tidak didengarinya.
-Bila mereka meninggalkan posisi yang ditetapkan oleh Nabi saw maka tentera musyrikin telah kembali menyerang tentera Islam. Akhirnya tentera Islam telah dikalahkan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment