Wednesday, 25 March 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (47/2020): BERDOA UNTUK KEJAYAAN DALAM PERJUANGAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 19 Mac 2020 / 24 Rejab 1441H (Khamis) olehUstaz Zaidi Ikhmal Hashim.

Sumber: Surah ali-Imran, ayat 147-148

●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 147: “Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.”
HURAIAN:
-Doa yang dirakam oleh Allah dalam ayat 147 ini:
1. Mohon keampunan atas dosa-dosa
2. Mohon untuk tidak menjadi orang yang berpaling tadah
3. Mohon untuk kemenangan dalam perjuangan menentang musuh

-Dalam ayat ini juga Allah rakamkan contoh orang yang benar-benar berjuang kerana Allah:
-Berjuang dengan suci hati
-Tawaduk
-Merasa amalan yang dibuat amat kecil dan hinanya (tidak ujub)

-Memohon menetapkan kaki (pendirian) mereka untuk kuat berjuang.
-Tidak mahu lari dari medan berjuang menegakkan agama Allah.
-Mohon menang terhadap musuh Allah.

-Mulakan doa dengan mohon ampun terlebih dahulu sebelum mohon kejayaan dalam berjuang.
-Iaitu tidak mahu kelemahan dan dosa-dosa dahu yang menyebabkan kita jauh daripada rahmat Allah.
-Kita mungkin bukan kalah kerana musuh tetapi kerana kita sendiri.
-Surah ali-Imran, ayat 148: “Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.”
-Ayat ini menerangkan balasan kepada mereka yang beriman dan berjuang/berjihad ke jalan Allah serta berdoa dengan sebenar-benarnya. Allah tidak mensia-siakan mereka.
-Apa yang dikurniakan di akhirat adalah terlebih baik dan kekal abadi.
-Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani orang yang berbuat kebajikan/kebaikan.
-Umat Nabi saw terus berjuang menegakkan syariat Islam walau pun setelah kewafatan Nabi saw.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment