السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 25 Mac 2020 / 30 Rejab 1441H (Rabu) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim
Sumber: Tafsir Surah ali-Imran, ayat 152 (samb.)
●Pendahuluan
-Tafsir Surah ali-Imran, ayat 152: “Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.”
HURAIAN:
-Allah telah memenuhi janjiNya dengan mulanya memberi kemenangan kepada tentera Islam.
-Kemenangan itu sebenanya adalah ujian kepada tentera Islam.
Maka akhirnya mereka menjadi alpa dan lemah dalam meneruskan perjuangan. Mereka telah berbalah dalam mendapatkan harta rampasan.
Tentera Islam akhirnya kalah, walau pun ada sebahagian daripadanya terus taat kepada perintah Allah dan Nabi saw. Perkara ini berkaitan dengan apa yang difirmankan oleh Allah dalam ayat 25, surah al-Anfaal.
-Surah Al-Anfaal, ayat 25:”Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.”
-Iaitu walau pun yang membuat salah (maksiat/engkar) sebahagian sahaja daripada kita namun semuanya akan mendapat kesan.
-Antara yang keingkaran/kelemahan yang dilakukan oleh tentera Islam semasa perang Uhud:
i.Kelemahan diri manusia yang tidak boleh bersabar. Walau pun diarahkan oleh Nabi saw untuk pasukan pemanah tetap berada di tempat posisi masing-masing namun mereka meninggalkannya.
ii. Perselisihan dalam melaksanakan arahan yang diberi.
iii. Perlanggaran arahan Nabi saw yang ketika itu adalah panglima tentera mereka.
-Betapa besarnya maksiat dan keingkaran mereka. Ini kerana timbul rasa tamak.
-Allah telah mengurniakan nikmat kemenangan pada awalnya kepada pasukan pemanah dan tentera Islam.
-Namun bila mereka buat maksiat iaitu ingkar perintah Nabi saw maka Allah menarik nikmat kemenangan.
-Ada yang inginkan kesenangan keduniaan dan ada yang inginkan akhirat.
-Jika mereka taat kepada perintah Allah maka nescaya akan memperolehi balasan sebenar. Ganjaran yang besar di sisi Allah.
-Ibnu Abbas menyatakan bahawa bila tentera musyrikin telah menerima kekalahan pada mulanya maka tentera Islam ada yang berkata sesama mereka, “cepatlah ambil harta rampasan dan jangan kamu ketinggalan”. Sebahagian yang lain melarang daripada mereka melakukannya dan hendak supaya terus taat kepada perintah Nabi saw.
-Maka berlaku perselisihan. Ada yang engkar perintah Nabi saw. Mereka tergoda dengan keinginan dunia.
-Allah yang maha mengetahui kelemahan manusia. Mudahnya tergoda dan tertarik pada harta dunia.
-Manusia tetap dengan sifat kemanusiannya yang bersifat suka kepada keduniaan walau pun dalam keadaan getir.
-Nabi saw telah mendidik para sahabat terhadap apa yang berlaku semasa perang Uhud.
-Allahlah memalingkan kemenangan kamu untuk menguji keimanan kamu.
-Justeru hendaklah kita sentiasa mentaati perintah Allah dan Nabi saw.
Kehidupan bermasyarat dan bernegara juga memerlukan kita mentaati pemerintah.
Jika sebahagian ada yang engkar maka semua yang akan dapat akibatnya.
●Penutup
-Peringatan Allah dalam surah Al-Anfaal, ayat 25:”Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.”
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment