السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 27 Mac 2020 / 2 Rejab 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim.
Sumber: Surah ali-Imran, ayat 153-154
●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 153: “(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”
HURAIAN (samb):
-Dalam ayat ini Allah gambarkan tentera Islam yang tidak stabil. Mereka telah melarikan diri dan meninggalkan Nabi saw.
-Allah mentakdirkan sesuatu yang mendukacitakan iaitu dengan kekalahan dan perselisihan di antara mereka.
-Supaya kamu tidak berdukacita dengan apa yang ditakdirkan dan apa yang telah diluputkan. Iaitu tentera Islam telah ditakdirkan kalah.
Supaya tidak bersedih dengan segala kesakitan dan kecederaan.
-Seterusnya, Allah menfirman bahawa dosa mereka telah diampunkan.
-Allah juga ampunkan apa yang ada dalam hati-hati kamu.
Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalah hati-hati manusia.
-Sesungguhnya keampuanan Allah adalah nikmat kurnian Allah yang amat bernilai.Boleh sahaja Allah murka kerana keingkaran mereka.
-Beberapa bentuk kasih sayang Allah dinyatakan dalam ayat yang seterusnya:
-Surah ali-Imran, ayat 154: “Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.”
-Dalam ayat 154 ini Allah paparkan situasi yang berlaku selepas perang Uhud.
Iaitu suasana yang penuh kedamaian, keamanan dan ketenangan. Allah kurniakan rasa mengantuk yang menguasai mereka dan mereka tertidur. Mereka mendapat kerehatan.
Ia hanya Allah kurniakan kepada orang Islam yang taat kepada perintah Allah dan Nabi saw.
-Ayat 154 ini selari juga dengan firman Allah dalam dalam surat Al-Anfal berkenaan dengan kisah perang Badar.
Surah al-Anfal, ayat 11:
إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ
(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu).”
-Ulamak menyatakan, rasa mengantuk semasa selepas peperangan adalah nikmat Allah tetapi jika masa solat adalah mainan syaitan.
-Bagi Allah, tentu tidak ada yang mustahil. Rasa mengantuk yang datang ketika saat genting peperangan itu merupakan anugerah atau nikmat bagi hambaNya yang sedang berjihad fi sabilillah.
i. Rasa mengantuk kurniaan Allah untuk orang beriman adalah kurnian nikmat untuk hambaNya yang taat.
ii. Sekiranya hilang rasa mengantuk boleh sebabkan rasa letih dan lemah. Hingga hilang semangat.
Huraian Ibnu Kathir:
-Di sinilah uniknya, dalam situasi perang yang tidak seimbang di mana kekuatan musuh jauh lebih besar, Allah menganugerahkan ketenangan dan keamanan kepada hamba-hambaNya iaitu berupa mengantuk yang menghinggapi mereka ketika mereka masih memegang senjata pada saat di mana mereka masih bersedih dan berduka.
-Rasa mengantuk dalam keadaan demikian itu menciptakan rasa aman.
Al -Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat tersebut :
ثم أنزل عليكم من بعد الغم أمنة نعاسا يغشى طائفة منكم
"Kemudian setelah kamu berdukacita, Allah menurunkan kepada kamu keamanan (berupa ) mengantuk yang meliputi segolongan dari pada kamu. "
Iaitu orang-orang yang penuh keimanan, keyakinan, keteguhan dan tawakkal yang sungguh-sungguh. Dan mereka benar-benar yakin bahawa Allah akan menolong Rasul-Nya dan mengabulkan permohonannya.
Dalam hadis dikisahkan :
حدثنا إسحاق بن إبراهيم بن عبد الرحمن أبو يعقوب حدثنا حسين بن محمد حدثنا شيبان عن قتادة حدثنا أنس أن أبا طلحة قال غشينا النعاس ونحن في مصافنا يوم أحد قال فجعل سيفي يسقط من يدي وآخذه ويسقط وآخذه
Kami mendapati rasa sangat mengantuk pada waktu kami dalam barisan perang Badar, lalu Abu Thalhah berkata, 'sehingga pedangku terjatuh dari tanganku, lalu aku mengambilnya, lalu jatuh kembali dan kembali aku mengambilnya. ' [HR . Bukhari No.4196 ] .
وقال سفيان الثوري , عن عاصم عن أبي رزين , عن عبد الله بن مسعود , رضي الله عنه , أنه قال : النعاس في القتال أمنة من الله , وفي الصلاة من الشيطان .
وقال قتادة : النعاس في الرأس , والنوم في القلب
-Sufyan Ats Tsauri berkata dari 'Ashim dari Abu Razin , dari Abdullah bin Mas'ud, bahawa ia berkata; " Rasa mengantuk dalam peperangan adalah rasa aman yang datangnya dari Allah Ta'ala, sedangkan rasa mengantuk dalam solat datangnya dari syaitan. " Qatadah berkata ; "mengantuk itu ada di kepala, sedangkan tidur ada di hati.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment