السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar, JDT: 19 Okt 2019/ 19 Safar 1441H (Sabtu).
●Pendahuluan
-Semoga kita sentiasa dalam jalan yang mendapat redha dan rahmat Allah.
-Tolong menolong kamu atas perkara baik dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolong kepada perkara kemungkaran.
-Surah al-Maidah, ayat 2:
ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
-“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”
-Allah telah menerangkan cabang-cabang kebaikan/kebajikan yang boleh kita ikuti.
-Surah al-Baqarah, ayat 177:
لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا ۖ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
-“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orangorang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.”
-Sabda Nabi saw:
انْصُر أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظلُو مًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنصُرًُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالََ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ
-“Bantulah saudaramu, baik dalam keadaan sedang berbuat zalim atau sedang teraniaya. Ada yang bertanya: “Wahai Rasulullah, kami akan menolong orang yang teraniaya. Bagaimana menolong orang yang sedang berbuat zalim?” Baginda saw menjawab “Dengan menghalanginya melakukan kezaliman. Itulah bentuk bantuan mu kepadanya.” (HR: al-Bukhari).
-Semoga kita sentiasa beramal dengan al-quran dan kita akan mendapat pengakhiran yang husnul khatimah.
-Ketahuilah, kepada setiap orang beriman tidak ada perkara yang dituntut melainkan dua perkara; iaitu membuat taat dan menjauhi daripada maksiat semata-mata kerana Allah maka ianya akan menyelamatkan kita di akhirat kelak.
-Ada orang yang bergeraknya, bangunnya dan diamnya semata-mata ikut perintah Allah dan ada yang juga yang sebaliknya iaitu setiap perbuatannya engkar kepada Allah.
Maksiat juga berlaku bila kita berburuk sangka kepada Allah dan manusia.
-Justeru, hiduplah dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah.
-Wahai orang yang hendak menuju akhirat, hendaklah kamu menuntut ilmu dan berzikirlah kepada Allah.
Jangan kita lakukan sesuatu dengan semborono.
Jangan kita lakukan sesuatu dengan semborono.
-Sentiasalah kita mencari jalan redha Allah.
-Sentiasa taat dan jauhi maksiat dengan cara menuntut ilmu dan beramal dengannya.
-Semoga Allah menunjukkan kepada kita wawasan akhirat. Supaya kita nampak jika kita hendak melakukan maksiat kita nampak akhirat; supaya kita nampak, jika kita meninggalkan solat terus nampak akhirat yang kekal abadi. Maka kita akan sentiasa berhati-hati.
-Jika kita hendak bercakap maka kita memikirkan bagaimanakah aku di akhirat nanti dengan percakapan ku tuturkan.
-Biar kita mempunyai Khasab sampai ke akhirat maka bila hendak sebut sesuatu atau melakukan terus nampak akhirat.
Maka jangan kita bercita-cita melakukan kejahatan. Jangan kita khianati nikmat Allah.
-Kita sentiasa mohon untuk jangan Allah membolak balikkan hidayah yang telah kita dapat.
-Semoga Allah kurniakan segala kebaikan kepada kita..
-Hendaknya kita dapat rasa besarnya nikmat Islam kepada kita.
Kita perlu rasa pengorbanan Nabi saw dan semuanya untuk kita.
Kita perlu rasa pengorbanan Nabi saw dan semuanya untuk kita.
Maka kita selawatlah kepada Nabi saw.
Saidina Umar ra menyatakan jika ia diberi dua dunia kepadanya pun ia tidak akan sanggup menukar kalimah syahadatnya.
-Menuntut ilmu itu fardhu bagi manusia. Daripada ilmu memasukkan lalat ke dalam air hinggalah hendak memerintah dunia ianya memerlukan ilmu
-Maka kita ikutlah alim ulamak.
-Khalifah Haron al-Rashid berjumpa kepada seorang alim dan bila ia bersalam maka orang alim itu menyatakan bahawa alangkah baik jika tangan yang lembut ini tidak disentuh api neraka.
Maka ia telah menangis teresak-esak.
Maka ia telah menangis teresak-esak.
-Apakah ilmu yang dituntut perlu menjadi kefardhuan/kewajipan. Terdapat 3 cabang ilmu:
1. Ilmu tauhid/ilmu usulludin
2. Ilmu tassawur (ilmu rasa). Ia membicarakan tentang hati dan perasaan di dalam jiwanya. Contohnya rasa cinta/sayang.
Orang yang cinta Allah dan Rasullah saw akan dimuliakan oleh Allah.
Ilmu ehsan, ilmu kerahsian
2. Ilmu tassawur (ilmu rasa). Ia membicarakan tentang hati dan perasaan di dalam jiwanya. Contohnya rasa cinta/sayang.
Orang yang cinta Allah dan Rasullah saw akan dimuliakan oleh Allah.
Ilmu ehsan, ilmu kerahsian
3. Ilmu fekah
Iaitu agama.
Iaitu agama.
Ilmu Tauhid:
-Iaitu ilmu tentang perkara keimanan, perkara ghaib, hari akhirat dan lain-lain.
-Iaitu ilmu tentang perkara keimanan, perkara ghaib, hari akhirat dan lain-lain.
Keimanan Kepada Allah:
-Kita letakkan keyakinan penuh kita kepada Allah, tuhan yang tunggal.
Allah Yang Maha Berkuasa atas segalanya.
-Kita letakkan keyakinan penuh kita kepada Allah, tuhan yang tunggal.
Allah Yang Maha Berkuasa atas segalanya.
Keimanan Kepada Nabi saw:
-Kita bersaksi dengan apa yang dibawa oleh Nabi saw.
Tetapi ada yang kita ingkari. Bila dengar azan tetapi kita tidak pergi berjemaah.
-Maka taat dan ikutlah perintah Allah.
-Kita bersaksi dengan apa yang dibawa oleh Nabi saw.
Tetapi ada yang kita ingkari. Bila dengar azan tetapi kita tidak pergi berjemaah.
-Maka taat dan ikutlah perintah Allah.
-Bila makan, kita ikutlah sunnah. Jangan kita makan sehingga memudaratkan kesihatan.
-Jangan pakai warna pakaian yang tidak disukai oleh Nabi saw (warna orange)
-Jika pakai cincin, pakai di jari manis atau jari kelingking iaitu kita ikut sunnah Nabi saw.
-Jika pakai cincin, pakai di jari manis atau jari kelingking iaitu kita ikut sunnah Nabi saw.
-Jangan sekali-kali kita membuat bidaah dalam beragama.
-Semua amalan memiliki permulaan dan tujuan akhir. Satu amalan tidaklah dianggap sebagai bentuk ketaatan dan ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah kecuali apabila bersumber dari keimanan.
Iaitu kita hendaklah beramal atas dasar keimanan bukannya kebiasaan, mengikuti hawa nafsu atau keinginan untuk mendapatkan pujian dan kedudukan.
Jadi, permulaannya adalah keimanan dan tujuan akhirnya adalah meraih pahala dari Allah serta mengharap keredhaanNya atau yang disebut dengan ihtisab.
Jadi, permulaannya adalah keimanan dan tujuan akhirnya adalah meraih pahala dari Allah serta mengharap keredhaanNya atau yang disebut dengan ihtisab.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment