السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Zohor@Masjid Tepian Putra Kuantan, Pahang: 30 Okt 2019/ 2 Rabiulawal 1441H (Rabu) oleh Ustaz PU Farid.
●Pendahuluan
-Syukur kepada Allah kerana Allah izinkan kita untuk melazimi berada di rumah Allah.
-Surah at-Taubah, ayat 18: “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
-Surah al-Taubah, ayat 19: “Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.”
-Surah Jin, ayat 18: “Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata.”
-Sabda Nabi saw:
إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ
إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ
Maksud: “Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya.”
-Sabda Nabi saw:
وَجُعِلَتْ لِيَ الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا
وَجُعِلَتْ لِيَ الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا
Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud).”
-Allah mengkategorikan orang yang berimanlah dan percaya pada hari akhirat adalah orang yang dipilih untuk memakmurkan rumahNya.
-Orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah dan hari akhirat ia akan sungguh-sungguh untuk hadir juga ke masjid dalam keadaan macam mana sibuk pun. Ia bukan jenis manusia yang buat tidak tahu sahaja.
-Surah al-Bayyinah, ayat 5: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid.”
-Tidak ada seorang pun boleh mengetahui bahawa sebentar lagi umurnya masih ada.
-Kalam ulamak menyatakan bahawa manusia pada pengakhirannya (kematiannya) dalam keadaan macam mana kesukaannya. Jika ia seorang suka kepada alim ulamak dan majlis ilmu maka Insyallah ia akan kembali dalam keadaan husnul khatimah. Jika ia kesukaannya mengumpat maka ia akan mati dalam keadaan mengumpat. Jika ia menyukai perkara lagha’ maka ia akan mati dalam keadaan lagha’.
-Maka kita jangan sahaja memohon untuk mati dalam husnul khatimah tetapi perlu diusahakan dengan amalan.
-Jangan kita rasa sibuk sangat hingga ia tidak masa untuk Allah dan tidak sempat ke masjid maka nanti Allah akan sibukkan kita hingga akhir hayat kita.
-Iman kita amat lemah. Kita perlu suburkannya.
-Jangan kita berlagak bahawa kita suci daripada orang lain. Sifat inilah yang sebabkan iblis keluar daripada syurga Allah. Maka kita sentiasa usaha.
-Perkara yang Allah paling benci ialah sikap angkuh dan sombong.
-Dalam surah Al- A’raaf,Allah rakamkan keangkuhan Iblis. Iblis menyatakan bahawa ia lebih mulia daripada manusia kerana manusia dicipta daripada tanah dan iblis dicipta daripada api.
-Surah al-Baqarah, ayat 34: “Dan [ingatlah] ketika Kami berfirman kepada para Malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir."
-Surah al-Kahf, ayat 50: “Dan [ingatlah] ketika Kami berfirman kepada para Malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan Jin, maka ia mendurhakai perintah Rabbnya.”
-Maka jangan kita memandang rendah pada orang lain. Jangan kita rasa orang yang masuk penjara itu hina. Para Nabi seperti Nabi Yusof as juga pernah masuk syurga. Justeru jangan kita pandang hina pad orang lain.
-Abuya Hamka ia menyiapkan 30 juzuk tafsir Hamka semasa beliau di penjara.
-Iblis pernah beribadat sebaris dengan para malaikat jibril,mikail dan lain-lain. Tetapi kerana mereka kufur (sombong/takkabur) maka ia dilaknat oleh Allah.
-Maka buanglah ada sombong dan angkuh. Jika kita jadi boss maka kita sombong dengan jawatan.
-Kita berpeganglah dengan tali Allah. Jadi boss yang baik. Ingatkan anak buah untuk tunaikan solat dan taat perintah Allah.
-Di akhir zaman ini hendaklah kita perbanyakkan membaca al-quran. Ia akan memberi panduan kehidupan untuk kejayaan di dunia dan di akhirat.
-Sabda Nabi saw: “Bacalah al-quran kerana sesungguhnya ia datang di hari akhirat nanti untuk memberi syafaat.”
-Sabda Nabi saw:
مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْـرًا يُـفَـقِـهْهُ فِي الدِّيْنِ
مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْـرًا يُـفَـقِـهْهُ فِي الدِّيْنِ
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya, akan difahamkan dia tentang agamanya.” (HR: Bukhari, Muslim).
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment