Saturday, 26 October 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (214/2019): SIFAT SABAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Al-Ehsan Temonyong, Langkawi, Kedah: 25 Okt 2019/ 26 Safar 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Abdullah Awangsa.

●Pendahuluan
-Sifat kesabaran kita akan membawa kepada kejayaan kita di dunia dan akhirat.
-Sabar itu adalah meliputi:
i. Sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada perintah Allah
ii. Sabar dalam ketaatan menjauhi perkara yang di larangan oleh Allah
iii. Sabar dalam menanggung musibah
-Sesungguhnya sifat sabar ini akan mendekatkan jiwa hamba-Nya kepada Yang Maha Esa.
-Tidak mungkin seseorang itu bersabar melainkan dia teringatkan Tuhannya kerana sabar adalah penawar yang mendekatkan diri pada Allah.
-Apabila ditimpa sesuatu penyakit maka kita hendak pasak dalam hati kita bahawa Allah yang kurniakan. Kita redha dengan ketentuan Allah. Kemudian kita muhasabah kenapa Allah beri kita sakit.
-Kisah Nabi Ibrahim as yang sabar menghadapi api yang membakar. Allah yang sejukkannya. Allah Yang Maha Berkuasa Atas Setiap Sesuatu.
-Surah al-Baqarah, ayat 155: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
-Surah al-Baqarah, ayat 156: “(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
-Surah al-Baqarah, ayat 157: “Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”
-Surah Al-Asr, ayat 1-3: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran."
-Kita dicipta oleh Allah dan kepada Allah kita akan kembali.
Sakit dan sihat semuanya daripada Allah.
-Dalam surah al-fatihah terdapat doa yang besar yang selalu kita baca.
-Nabi saw menyatakan bahawa rawatilah penyakit kamu dengan sedekah.
-Imam Ghazali menyebut dalam dalam kitabnya, Ihya' Ulumuddin menyatakan terdapat lebih 74 perkataan sabar di dalam al-Quran.
-Sesungguhnya dengan sabar sahaja Allah akan sempurnakan pahalanya tanpa terkira.
-Surah Ibrahim, ayat 7: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa yang melepaskan seorang Mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan kiamat.”
-Nikmat kurniaan Allah amat banyak. Ada nikmat zahir dan nikmat batin.
-Allah akan ampuni dosa orang yang inginkan keampunannya.
-Dalam bab sabar, Allah terus beri kurniaan yang banyak buat orang yang mengamalkannya.
-“Orang yang bersabar dan memaafkan orang lain sesungguhnya ianya sesuatu yang berat untuk seseorang itu melakukannya..”
-Kesabaran sesama manusia amat dituntut.
Hak sesama manusia amatlah banyak. Justeru, hendaklah kita tunaikan hak sesama manusia.
-Firman Allah: “Mintalah pertolongan dalam menunaikan ketaatan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.”
-Surah al-Baqarah, ayat 153: “Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”
-Surah al-Baqarah, ayat 45: “Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya ia adalah benar-benar berat kecuali ke atas orang-orang yang khusyuk”.
-Untuk menjalankan usaha dakwah ia akan sukar untuk berjaya jika tidak ada kesabaran.
-Untuk kita sentiasa mengekalkan wuduk juga memerlukan kesabaran.
-Surah al-Zumar, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."
-Sabda Nabi saw: “Sungguh mengagumkan orang-orang mukmin itu. Tidaklah Allah mentakdirkan baginya sesuatu takdir, melainkan itu adalah sesuatu yang baik baginya. Jika ia mendapat kesenangan, maka ia bersyukur. Adalah itu lebih baik baginya. Dan jika ia dilanda kesusahan, maka ia bersabar. Adalah itu lebih baik baginya”.
-Firman Allah: “Demi sesungguhnya Kami akan tetap menguji kamu orang beriman sehingga ternyata dalam pengetahuan Kami...”
-Surah al-Kaffi: “..Hidup dan mati itu ujian untuk manusia..”
-Sabda Nabi saw: “Bersuci itu separuh daripada iman, mengucapkan alhamdulillah....kesabaran itu sebagai sinaran...”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment