السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 5 Mei 2019/ 29 Syaaban 1440H (Ahad) oleh Ustaz Hanif Zainol
●Pendahuluan
Sifat Riak:
-Ia berlaku bila kita buat sesuatu itu untuk mendapat pujian manusia.
-Orang riak melakukan ibadat kerana menuntut imbuhan dunia.
-Syarak melarang orang bersifat riak.
Sabda Nabi saw: “Bahawasanya Allah mencegah bagi seseorang yang riak daripada memasuki syurga.”
-Nabi saw bersabda bagi orang yg bersifat riak: “Syurga dicium ia dalam 500 tahun perjalanan.”
Ketahuilah riak itu ada 6 macam:
1. Riak Tubuh Badan
-Seperti seorang yg beribadat sepanjang malam, kemudian ia mendapat kelesuan disiang hari bagi ia menunjukkan kpd manusia bhw ia kuat beribadat malam.
-Amalan hebat ialah orang yg kuat berpuasa sunat adalah dan mendiri solat malam.
2.Riak Kelakuan
-Menutupkan mata & menundukkan kepala utk menunjukkan bhw ia memikirkan tentang akhirat.
-Ingin menunjukkan bhw kita seorang yg keluh kesah tentang hari akhirat.