السَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ
ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tafsir
Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 3 Jun 2020 / 11 Syawal 1441H (Rabu) oleh Ustaz
Ikmal Zaidi Hashim (Imam Masjid Putra, Putrajaya).
Sumber:
Tafsir surah an-Nisa ayat 3.
●Pendahuluan
تَقَبَّلَ
اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ
عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ
العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن
شاء الله.. آمين يا رب العالمين..
-Marilah
kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya
terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah.
Segala puji hanyalah milik Allah.
-Kita
buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan
segala larangannya.
-Mudah-mudahan
Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan
kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga
Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.
-Semoga
kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.
-Semoga
kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan.
-Surah
An-Nisa, ayat 3: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap
perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka
berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain):
dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di
antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah)
hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat
(untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
HURAIAN:
-Imam
al-Bukhari meriwayatkan: “Telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Aziz bin
‘Abdullah, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’ad dari Shalih bin
Kaisan dari Ibnu Syihab, ia berkata: ‘Urwah bin az-Zubair mengabarkan kepada ku
bahawa ia bertanya kepada Saidina Aisyah ra. tentang firman Allah: wa in
khiftum allaa tuqsithuu fil yataamaa (“Dan jika kamu takut tidak akan dapat
berlaku adil terhadap perempuan yatim bilamana kamu mengawini,”) beliau
menjawab: “Wahai anak saudara ku, anak yatim perempuan yang dimaksud adalah
wanita yatim yang berada pada pemeliharaan walinya yang bergabung dalam
hartanya.” Sedangkan ia menyukai harta dan kecantikannya. Lalu, walinya ingin
mengawininya tanpa berbuat adil dalam maharnya, hingga memberikan mahar yang
sama dengan mahar yang diberikan orang lain. Maka, mereka dilarang untuk
menikahinya kecuali mereka dapat berbuat adil kepada wanita-wanita tersebut dan
memberikan mahar yang terbaik untuk mereka. Dan mereka diperintahkan untuk
menikahi wanita-wanita yang mereka sukai selain mereka.
-Urwah
berkata: Saidina Aisyah ra berkata: ‘Sesungguhnya para Sahabat meminta fatwa
kepada Rasulullah setelah ayat ini, maka Allah menurunkan firman-Nya: wa
yastaftuunaka fin nisaa’i (“Dan mereka meminta fatwa kepada mu tentang para
wanita.”) (Surah An-Nisaa’, ayat127).
-Saidina
Aisyah ra berkata: ‘Firman Allah di dalam ayat yang lain: wa targhabuuna an
tankihuuHunna (“Sedangkan kamu ingin menikahi mereka.”) (QS. An-Nisaa:127).
-(Kerana)
Kebencian salah seorang kalian kepada wanita yatim, jika mereka memiliki
sedikit harta dan kurang cantik, maka mereka dilarang untuk menikahi wanita
yang disenangi kerana harta dan kecantikannya kecuali dengan berbuat adil. Hal
itu kerana kebencian mereka kepada wanita-wanita itu jika sedikit harta dan
kurang cantik.
-Berdasarkan
pada pentafsiran ayat ini daripada Saidina Aishah ra, kalimah gesaan “fantihu”
ialah keharusan untuk kamu bernikah. Iaitu wanita yang kamu ada keinginan
kepadanya, menarik minat kamu.
-Kemudian
disambung dengan kalimah math, sulasa dan waruba bermaksud dua-dua, tiga-tiga,
empat-empat.
-Allah
izinkan untuk lelaki berkahwin lebih dari satu iaitu samada dua, tiga atau
empat yang boleh dilakukan samada mengumpulkan akad nikah sekali serentak atau
berasingan, asalkan ia tidak melebih empat orang isteri.
-Kemudian
Allah nyatakan apakah yang patut dilakukan jika tidak boleh berlaku adil jika mempuyai
isteri lebih daripada satu atau berbilang-bilang tersebut.
-Iaitu
jika tidak boleh berlaku adil dalam perkahwinan yang ramai dan tidak boleh
memberi kecukupan maka kahwinlah satu isteri sahaja.
-Jadi
di sini Allah telah memberi keluasan untuk lelaki berkahwin lebih daripada
satu. Maka seperti perintah Allah untuk menjaga harta anak yatim dan tidak
disalahgunakan, juga dalam urusan perkahwinan ini lelaki dilarang untuk
berpoligami jika ia tidak boleh berlaku adil dan tidak berkemampuan.
-Iaitu
jika tidak mampu untuk berlaku adil maka cukuplah dengan yang satu.
Dan
jika ada hamba wanita yang dipunyai maka kahwini dengannya adalah lebih baik
untuk elakkan berlakunya ketidakadilan jika ia berkahwin ramai. Maka kita perlu
memahai ayat ini dengan ilmiah dan bukannya secara emosi.
-Maka
dari ayat ke-3 surah An-Nisa ini, ulamak mengambil ketetapan bahawa tidak boleh
berkahwin lebih daripada 4 orang isteri pada satu-satu masa.
-Dalam
ayat ini, Allah juga mendedahkan bahawa seorang lelaki yang berkahwin lebih
daripada satu akan cenderung untuk tidak dapat berlaku adil (boleh sahaja
berlaku ketidakadilan). Maka Allah mengingatkan jangan berlaku zalim dan tidak
memberi yang hak dalam berpoligami. Justeru, jangan meletakkan diri kepada
perkara yang diluar kemampuan.
Ia
juga bermaksud jangan kamu membawa keadaan banyak tanggungan. Iaitu bila
mempunyai isteri yang ramai maka akan ramai anak. Lalu sukar untuk memberi
kecukupan dan ketidakadilan.
-Para
Fuqaha telah berijtimak dan memutuskan bahawa tidak boleh berkahwin lebih
daripada 4 orang isteri. Iaitu tidak boleh mempunyai (menghimpunkan) lebih
daripada 4 orang isteri pada satu-satu masa.
-Ada
ahli bidaah yang mentafsirkan kononnya bahawa ayat bererti boleh untuk
berkahwin sehingga 9 isteri. Pendapat ini adalah ditolak. Ianya adalah
kepalsuan dan tidak diterima.
-Imam
Malik dalam kitab wataq merakamkan bahawa ada seorang bernama Yusof al-qadafi
yang mempunyai 8 isteri sebelum memeluk Islam. Maka bila beliau memeluk Islam,
Nabi saw memintanya untuk memilih untuk mengekalkan hanya 4 orang isteri
sahaja.
-Bagi
Nabi saw berkahwin sehingga 9 orang ianya adalah khususiah.
-Maka
bagi yang hendak berkahwin lebih daripada satu hendaklah ia dapat berlaku adil.
Boleh memberi layanan, kecukupan dan keadilan.
-Terdapat
perbahasan yang panjang lebar yang khusus dalam membicarakan hukum poligami
ini. Ianya boleh dirujuk dalam pelbagai kitab yang mukhtabar.
-Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui bahawa terdapat kepentingan buat lelaki dan perempuan
untuk berpoligami. Maka Allah mengharuskan poligami dengan menghadkan sehingga
empat dan perlu berlaku adil dalam memenuhi keperluan kehidupan.
-Justeru,
jika kita memahami perintah Allah ini dengan kaca mata ilmu dan kefahaman maka
kita mendapat faedah daripadanya. Manakala jika dipandang dengan hawa nafsu
pastinya ia tidak membawa apa-apa faedah samada di dunia atau di akhirat.
●Penutup
Demi
jiwa-jiwa yang kembali suci,
Demi
hati yang kini putih-fitri,
Demi
Takbir yang menggema di langit Ilahi.
Semoga
*kemenangan* ini menjadi hakiki.
《May Allah give us ability
to practice what had been said/written》
اَمِين
يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment