Wednesday, 25 March 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (46/2020): SABAR DALAM PERJUANGAN UNTUK KEJAYAAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.40-6.55 pagi: 18 Mac 2020 / 23 Rejab 1441H (Rabu) oleh Ustaz Zaidi Ikhmal Hashim.

Sumber: Surah ali-Imran, ayat 145-146.

●Pendahuluan
-Surah Ali-Imran, ayat 145: “Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.”
-Surah ali-Imran, ayat 146: “Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
HURAIAN:
Untuk terus berjaya dalam perjuangan:
-Tidak berbolak balik dalam setiap usaha dan perjuangan (perlu steadfast).
-Sentiasa berpaksi kepada kecemerlangan
-Tidak mudah hilang semangat.
Sekiranya hilang semangat maka ia menatijahkan mudah untuk mengalah dan menyerah diri. Bahkan yang lebih teruk merasa tidak guna lagi hidup di dunia ini.

-Allah mengasihani orang-orang yang sabar.
-Allah suka kepada orang yang sabar dalam membuat ketaatan.
-Kata kunci kejayaan dan kecemerlangan ialah kesabaran. Ianya hendaklah dibuktikan perbuatan dan tindak tanduk.
-Nabi saw telah mencontohkan kepada kita maksud kesabaran dalam segenap kehidupan baginda saw.
-Nabi saw sentiasa bersabar dalam menyampaikan dakwah. Nabi saw telah tunjukkan kepada arab jahilliah bahawa baginda saw sentiasa bersabar untuk mengajak mereka memeluk Islam walau pun menghadapi halangan/ujian yang besar.
-Nabi saw dan para sahabat menghadapi pelbagai peperangan dengan sabar. Ada peperangan yang di menangi dan ada yang kalah.
Antaranya menang dalam peperangan Badar dan kalah dalam peperangan Uhud.

-Justeru, kita jadikanlah Nabi saw sebagai contoh dalam perjuangan. Kesabaran sentiasa bersama Nabi saw.
-Kita hiasilah diri kita dengan sifat sabar!
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment