Wednesday, 1 April 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (55/2020): KEMBALILAH KEPADA ALLAH SWT BILA TELAH TERSILAP


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.47 pagi: 1 April 2020 / 7 Syaaban 1441H (Rabu) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim.

Sumber: Tafsir Surah ali-Imran, ayat 155-156

●Pendahuluan
-Semoga kita sentiasa menjadi insan yang bersyukur. Sentiasa taat perintah dan meninggalkan larangan Allah.
-Surah ali-Imran, ayat 155: “Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu, sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu); dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.”
HURAIAN:
-Dalam ayat ini Allah menerangkan bagaimana sekumpulan tentera Islam yang berpaling lari. Kumpulan pemanah dan segolongan tentera Islam telah terpengaruh kepada perkara keduniaan dan ketakutan. Keimanan mereka tidak teguh.
-Manakala sebahagian tentera Islam yang yang lain iaitu sekitar seramai 30 orang terus bersama Nabi saw. Mereka pertahankan Nabi saw daripada serangan dan ancaman tentera musuh.
-Syaitan telah menjalankan tugasnya dengan membisikkan was-was kepada golongan yang berpaling.
Mereka telah digodakan dengan keduniaan dan ketamakan serta tidak yakin dengan pertolongan Allah.

-Syaitan menjerumuskan mereka melakukan kesalahan. Jiwa dan hati mereka tidak bulat kepada Allah. Maka ini telah menyebabkan terhalangnya mereka daripada pertolongan Allah.
-Namun Allah telah mengampunkan dosa para sahabat nabi saw tersebut. Mereka telah bertaubat dengan taubat yang sebenar.

-Mereka yang berpaling itu bukanlah kerana kemunafikan tetapi mereka lari kerana kegemparan dan ketakutan. Mereka kemudian telah bertaubat dan kembali berperang menentang musuh-musuh Allah.
-Di sini kita dapat pelajari bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Penyantun, Maha Penyabar kepada hambaNya. Iaitu Allah berfirman dalam ayat ini: “ demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.”
-Allah sedia untuk ampunkan hamba-hambaNya. Tetapi janganlah kita menangguh-nangguhkan dalam memohon ampun dan bertaubat.
-Kembali dan mengadulah kita kepada Allah bila kita telah melakukan kesilapan.
-Apabila tentera Islam mengalami kestabilan maka ia telah kalah.
-Di sini juga mengajar kita supaya tidak mudah terpengaruh dengan hasutan orang tidak beriman dan hasutan bisikan syaitan.
-Kematian di jalan Allah lebih mulia daripada kehidupan dalam kehinaan.
-Surah ali-Imran, ayat 156: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.”
HURAIAN:
-Orang yang kufur di sini ialah orang yang munafik. Ianya termasuklah Abdullah bin Ubai.
-Ayat ini menerangkan bezanya orang yang beriman dan orang yang kufur.
-Maksud perkataan saudara dalam ayat ini adalah saudara-saudara mereka dalam kemunafikan dan kekufuran meraka.
~bersambung.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment