Friday, 3 April 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (57/2020): BALASAN DI AKHIRAT ADALAH TERLEBIH BAIK DARIPADA KEDUNIAAN YANG AKAN DITINGGALKAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 3 April 2020 / 9 Syaaban 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim.

Sumber: Tafsir surah ali-Imran, ayat 157-159

●Pendahuluan
-Syukur dengan nikmat kurnian Allah terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita taatilah segala perintahNya dan tinggallah segala laranganNya.
Semoga kita sentiasa mendapat taufik dan hidayah daripada Allah.

-Surah ali-Imran, ayat 157: “Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup).”
HURAIAN:
-Dalam ayat ini Allah menyanggah sekali lagi kata-kata orang kafir dan juga untuk memberi motivasi serta menguatkan lagi keimanan orang beriman.
-Dalam ayat ini Allah berfirman, jika kamu mati sebagai orang beriman samada semasa berjuang di jalan Allah atau semasa mengerjakan perkara kebajikan umum, sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup).

-Rahmat Allah kepada orang beriman yang berjuang amat luas dan akan dikurniakan kebahagian yang sebenar.
-Sesungguhnya apa yang diperolehi oleh orang beriman terlebih baik daripada apa yang di kumpul/himpun oleh orang kafir untuk kesenangan keduniaan semata-mata.
-Apa yang ada pada orang islam akan kekal selama-lamanya manakala yang dihimpunkan oleh orang kafir akan musnah.
-Surah ali-Imran, ayat 158: “Demi sesungguhnya! jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan).”
HURAIAN:
-Di mana jua kamu berada kamu tetap menuju Allah. Kamu akan menerima balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan.
-Ayat ini adalah juga sebagai galakan kepada orang beriman untuk terus berjuang. Allah lah yang membalas atas segalanya.
-Samada mati atau tidak mati apabila pergi berperang atau bermusafir semuanya adalah di bawah kekuasaan Allah.
-Allah yang berkuasa mencabut nyawa walau pun berada di rumah, tidak keluar berperang atau bermusafir.
-Bagi mereka yang meninggal kerana berjuang maka bagi mereka adalah keampunan Allah. Berbanding orang kafir, semuanya yang dihimpunkan akan ditinggalkan dan musnah akhirnya.
-Segalanya akan kembali kepada Allah!.
Menurut ulamak:
i. Di akhirat kelak semuanya di bawah penguasaan Allah. Tidak ada yang terkeluar daripada hisab dan pembalasanNya. Allah lah yang menguasai dan menghimpun segalanya. Tidak sesiapa pun yang boleh membantu dan tidak ada sesiapa yang boleh memberi mudarat.
ii. Kesempurnaan rahmat Allah dan kekuasaan Allah adala mutlak.
iii. Allah yang menguasai semuanya. Pastinya hanya Allah sahajalah yang akan dapat menghimpunkan manusia di padang masyar kelak. Tidak ada yang lain yang mampu melakukannya.
iv. Segala yang hidup akan dihimpunkan dan akan menerima balasan/hukuman masing-masing.
Yang zalim dan yang dizalimi akan di himpunkan.
Yang membunuh dan yang dibunuh akan dihimpunkan.
-Dalam ayat berikutnya, Allah telah merakamkan kepimpinan dan akhlak Nabi saw.
-Nabi saw tidak mengambil langkah berdendam dan mengenakan hukuman yang keras kepada yang bersalah. Nabi saw berlemah lembut dan menyantuni mereka.
-Surah ali-Imaran, ayat 159: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
HURAIAN:
-Ayat 159 ini walau pun dirujuk kepada Nabi saw, terlebih utama juga untuk kita mengambil panduan dan mengamalkannya.
-“Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.
-Walaupun para sahabat ada yang melakukan kesalahan, tapi Nabi saw tidak menghukum mereka.
Mereka masih boleh duduk-duduk bersama majlis Nabi saw.
Nabi saw menyatakan semua yang terjadi itu adalah takdir Allah.
Cuma Nabi saw berilah nasihat supaya perkara itu jangan bagi terjadi lagi. Nabi saw boleh bersabar dengan mereka kerana Nabi saw telah diberikan dengan sifat tabah.

-Nabi saw telah mengambil tindakan yang bijaksana dan berpandangan jauh. Nabi saw memimpin dengan kesantunan dan lemah lembut.
Itu menunjukkan betapa Nabi saw adalah seorang pemimpin yang boleh kita semua tauladani.

Ini adalah dengan rahmat Allah.
●Penutup
-Sesungguhnya ampunan dan kasih sayang Allah dari jauh lebih baik daripada keduniaan.
-Sesiapa yang mati semasa berjihad di jalan Allah, atau mati biasa semasa mengerjakan suruhan Allah, Allah akan membalas dengan keampunan dan rahmat dariNya.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment