Monday, 25 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (38/2019): USULUL TAUHID- SEMUANYA MILIK ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 24 Feb 2019/ 19 Jamadilakhir 1440H (Ahad) oleh Ustaz Abd Rani Osman


●Pendahuluan
-Allah bersifat berkehendak. Tidak ada yang mustahil bagi Allah.
-Allah Maha Berilmu. Allah Maha Mengetahui.
-Tiada satu pun yg terlepas daripada pengetahuan Allah.
-Kita tidak boleh berbohong kepada semua orang. Walau pun mungkin kita boleh berbohong pada setengah-setengah orang.
-Wajib Allah itu hidup. Allah hidup dengan cara yang selayak denganNya. Ia tidak seperti makhluk yg ada hayat.
-Allah Maha Mendengar. Allah mendengar secara yang selayakNya.
Apa yang tidak diucapkan oleh mulut pun Allah mendengar.

-Allah Maha Melihat.
-Apa jua yang kita buat dalam kehidupan samada bekerja, berkeluarga, berumahtangga, bermasyarakat, mencari harta dll perlu berpaksi kepada keimanan kita kepada Allah. Semuanya dalam pengetahuan Allah dan setiap satunya akan dihisab.
Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan dan mempunyai sifat kesempurnaan yang tidak terkira banyaknya.
Mustahil bagi Allah mempunyai sifat-sifat kekurangan.

Berkuasa juga Allah untuk membuat perkara baik dan perkara buruk.
Semuanya ciptaan Allah adalah dalam taklukNya.
Tugas kita sebagai hamba Allah di mukabumi ini perlu membuat apa yang suruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.
Allah yang menghalalkan barang yang halal dan Allah yang mengharamkan barang yang haram. Maka kita taati segalanya.
-Apa jua pemberian dan kelebihan Allah beri kepada kita hendaklah kita syukuri dengan meningkatkan ketaqwaan dan amalan kita kepada Allah.
-Segala yang di dunia dan akhirat milik Allah.
Segala yang diam, yang bergerak, yang tetap, yang berubah, yang tumbuh dan seumpamanya adalah tanda kekuasaan Allah.

-Kita pandanglahv segala nikmat & rezeki dengan pandangan ketaqwaan.
-Rezeki bukan sahaja dalam bentuk kekayaan tetapi juga kesihatan, ilmu, dll tuntuk kita beribadat & beramal.
-Allah beri rezeki bukan sahaja pada manusia tetapi kepada makhluk-makhluk lain termasuk haiwan.
-Kita perlu berusaha untuk menguasai pelbagai bidang ilmu. Ianya terutamanya ilmu al-quran.
-Segala perkara dalam kehidupan kita adalah dalam ketentuan Allah sejak azali lagi. Yang manusia tahu hanyalah perkara yang telah berlaku. Perkara-perkara yang belum berlaku tidak ada dalam ilmu manusia. 
Demikian jua perkara-perkara ghaib. Allah Yang Maha Mengetahui

~bersambung.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment