Thursday, 7 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (29/2019): KALAULAH MANUSIA TAHU KELEBIHAN AZAN, TAKBIR ULA', DUDUK DI SAF PERTAMA, SOLAT SUBUH DAN ISYAK BERJEMAAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 6 Feb 2019/1 Jamadilakhir 1440H (Rabu) oleh Ustaz Mohd Ikhsan bin Rosli.

●Pendahuluan
-Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izinnya kita diberi kesempatan untuk kita terus beribadat kepada Allah. Semoga ia menjadi dorongan dan bukti ketaqwaan kita kepada Allah.
-Nama yg paling disukai dan dicintai oleh Allah, yang pertama Abdul..dan keduanya Abdul Rahman. Nama yang baik ialah nama yg mempunyai sifat kepujian dan penyembahan. Banyak nama dikaitkan dengan nama-nama Allah kerana Allah sahaja yang layak disembah.
-Sesungguhnya di hari kiamat nanti, kamu akan dipanggil dengan nama kamu semasa di mukabumi. Maka perelokkan lah nama-nama kamu dan anak-anak kamu.
-Daripada Abu Hurairah ra menyatakan, Nabi saw telah bersabda: “Sekiranya semua orang tahu betapa besarnya pahala orang yang melaungkan azan dan berada di barisan pertama ketika menunaikan sembahyang berjemaah, pasti mereka semua berebut-rebut melakukannya. Mungkin juga mereka terpaksa mengadakan undian bagi merebut peluang itu. Dan sekiranya semua orang mengetahui betapa besarnya pahala orang yang datang awal ketika sembahyang didirikan, pasti mereka juga berlumba-lumba melakukannya.
Manakala sekiranya mereka mengetahui juga betapa besarnya pahala orang yang mengerjakan sembahyang isyak dan subuh secara berjemaah pasti mereka berebut-rebut melakukannya walau pun dalam keadaan yang sukar.” [HR: Bukhari dan Muslim].

-Imam Nabawi dalam kitabnya ada menyebut kelebihan-kelebihan azan.
Sabda Nabi saw: “Orang yang melaungkan azan adalah orang paling utama pada hari kiamat kelak.”
Sabda Nabi saw: “Doa yang dihajatkan antara waktu azan dan iqamah adalah tidak ditolak.”

-Perkataan “kalau” dalam hadith di atas ialah satu perkataan yang mempunyai maksud unsur-unsur penyesalan. Iaitu kita rasa bersalah atas apa yang kita lakukan.
-Dalam al-quran ada banyak disebut tentang penyesalan oleh orang-orang kafir/kufur kerana kekufuran mereka di dunia.
-Bila mana kita telah berumur/meningkat umur dan bila mana kita tidak tekun beribadat sewaktu muda maka kita rasa penyesalan.
Maka kita kata kalau lah diberikan peluang untuk muda semula maka nescaya ia akan memperbanyakkan amalan baik serta berbuat banyak kebajikan.

-Nabi saw menyatakan bahawa jika kamu ditimpa musibah, janganlah kamu kata “kalau”. Katalah bahawa itu adalah ketentuan Allah maka itulah yang terbaik. Kita redha atas setiap ketentuanNya.
Menggunakan perkataan “kalau” akan membuka ruang untuk syaitan memperdaya manusia. Perkataan kalau mendedahkan kita kepada hasutan syaitan.

-Ayat “Kalaulah manusia “mengetahui”
Lawan kepada “mengetahui” ialah jahil. Kita perlu belajar ilmu untuk tahu.

-Apakah nilai masa pada kalangan ulamak?
Imam Malek, Imam Syafie, Imam Ahmad Hambal, Imam Hanafi, dll mereka menggunakan masa dan umurnya untuk menggali ilmu dan menyebarkannya kepada ummah terutamanya dalam bentuk penulisan kitab.
Mereka mempunyai ketekunan tinggi dalam ilmu. Mereka menjadi tokoh dalam masyarakat & ummah.
Semua umur mereka dihabis untuk agama Allah.

-Kejahilan adalah satu malapetaka.
Surah al-Hujurat, ayat 6: “Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Kejahilan terbahagi kpd tiga:
1. Jahil ilmu
2. Jahil ikhtikad
3. Jahil perbuatan

Ilmu adalah kunci kepada ketaqwaan kita kepada Allah.
Kelebihan Azan:
Tidak semua manusia mengetahui azan dan kelebihannya.

-Azan adalah syiar dpd syiar-syiar Islam.
-Nabi saw menyatakan bahawa orang yang azan (muazzim) adalah orang yang diberi amanah.
-Sebaik-baik perbuatan adalah mengajak manusia kepada Allah.
-Nabi saw menyatakan, ampunkanlah dosa-dosa muazzim atas kesalahannya.
-Orang solat kerana takut kepada Allah bila mendengar azan dilaungkan maka ia akan dijamin syurga.
Di akhirat kelak, di wajah muazzin ada tanda-tanda cahaya keimanan.
Apakah kelebihan berada di Saf pertama:
-Sabda Nabi saw: “Sesungguh Allah dan Rasul memuji dan mendoakan orang yang berada di saf yang pertama.”

-Seorang ulamak menyatakan bahawa ia tidak pernah solat berjemaah dibelakang kaki/punggung orang selama 50 tahun.
Kelebihan Takbir Ula’:
-Sembahyang di awal waktu amat dicintai Allah.
Banyak kelebihan takbir ula’.

-Nabi saw bersabda: “Orang solat berjemaah dengan takbir ula yang pertama maka Allah berikan kepadanya dua pelepasan iaitu pelepasan daripada api neraka dan pelepasan daripada sifat munafik”
-Tanda-tanda munafiq bila ia bangun solat ia malas, bila berjanji ia mungkiri, bila diberi amanah ia tidak laksanakan (khianat), dll.
-Dalam satu hadith, Nabi saw menyatakan orang yang bersolat malam secara berjemaah selama 40 malam berturut-turut maka ia akan diberi pelepasan daripada api neraka dan pelepasan daripada sifat-sifat munafiq.
Maka manusia yang tahu kelebihan takbir ula maka ia akan berlumba-lumba utk bertakbir dengan imam.
Dan apabila seorang itu tahu kelebihan solat isyak berjemaah maka ia akan berlumba-lumba datang untuk berjemaah.
Munafik terbahagi kepada dua iaitu munafiq aqidah dan munafiq amal.
-Demikian juga kelebihan solat subuh.
Orang yang datang awal ke masjid/surau dan ia menunggu untuk solat berjemaah didirikan maka ia mendapat banyak kelebihan. Ia lebih baik daripada solat malam.

Semua kelebihan yang dinyatakan (kelebihan azan, duduk saf pertama, takbir ula, solat isyak berjemaah dan solat subuh berjemaah) maka manusia beriman sepatut berlumba-lumba datang ke masjid walau pun dalam keadaan merangkak (sukar).
Semoga kita diberi kesempatan untuk mendapat kelebihan-kelebihan yang disebut oleh Nabi saw tersebut.
Q&A:
Q:Apakah adab duduk dalam majlis ilmu

A: Di zaman Nabi saw, para sahabat duduk mengadap hingga bertemu lutut.
Peristiwa Jibril datang duduk berdepan dengan Nabi saw dengan bertemu lutut boleh menjadi contoh adab dalam menuntut ilmu.

-Bila menuntut ilmu kita hendak mendapat keberkatan. Kita perlu santuni guru kita dan saling mendoakan.
-Jika guru tidak selesa dengan keadaan duduk kita maka hendaklah diperbaiki.
-Selagi guru dan murid selesa dalam kedudukan satu majlis ilmu maka ia dikira sebagai baik & beradab.
Majlis ilmu adalah majlis yang banyak keberkatan dan diturunkan rahmat.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment