Wednesday, 6 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (23/2019): KAMU ADALAH SEBAIK UMAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan, Presint 8, Putrajaya: 5 Feb 2019/30 Jamadilawal 1440H (Selasa) oleh Ustaz Dr Mohd Shafie Md Amin.


●Pendahuluan
-Syukur dengan segala apa yang Allah kurniakan kepada kita samada perkara yang kita rasa baik atau perkara yg kita rasa tidak baik.
-Allah berfirman, sesungguhnya tidak dijadikan jin dan manusia melainkan utk beribadat kepada Allah.
-Panduan kehidupan manusia adalah al-quran.
-Surah al-Baqarah ayat 2: “Kitab al-quran ini sebenarnya tidak ada sebarang keraguan (sebagai sesuatu yang datang daripada Allah s.w.t dan sempurnya); kemudiannya ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.”
“Sesungguhnya al-quran itu diturunkan dalam bahasa Arab..”
Allah kurniakan al-quran.
Allah kurniakan kita kesempatan kepada kita utk berada dalam majlis ilmu.
Semoga Allah memberi kekuatan utk kita menikmati masa yang sementara. Segala nikmat kurniaan Allah di dunia ini adalah sementara sahaja.
Sesunguhnya harta dan anak-anak kurniaan Allah akan ditinggalkan. Yang kekal itu hanya Allah.

Masa itu adalah sesuatu yg sementara. Tetapi kita boleh tukar ia kepada yg kekal dengan membuat amal soleh.
Kita mempunyai banyak pilihan bagaimana untuk menggunakan setiap saat yg kita ada. Kita boleh buat benda buruk dan benda jahat.
Untuk kita menguruskan masa yang kita ada dengan baik, maka janganlah kita buat banyak benda yang bukan urusan kita. Setiap kita telah ada bidang tanggungjawab masing-masing.
Kita perlu mendapat motivasi daripada Allah. Cerita tentang perkara-perkara yang baik. Cerita tentang para Rasul/Nabi, dll.
Allah mendidik manusia setiap hari dengan bertanya soalan.
-“Wahai manusia, ambillah syaitan itu sebagai musuh kamu.”
Syaitan sentiasa usaha untuk menyesatkan manusia. Ia datang dari segala sudut, kanan, kiri, depan & belakang.

Syaitan sentiasa membisik-bisikkan kepada manusia untuk membuat maksiat. Syaitan bukan bisik kepada telinga tetapi bisik dekat hati. Ia menyebabkan kita mudah dipengaruhi.
-Sesungguhnya orang yang beriman hatinya akan tenang.
-Syaitan suka utk kita membuat dosa.
Kalau kamu diserang oleh syaitan maka hendaklah kamu berlindung dgn Allah.

Kita minta hidayah daripada Allah. Kita minta Allah tetapkan kita di jalan yg lurus yg diredhai Allah. Kita jauhi daripada jalan-jalan syaitan.
Manusia mempunyai banyak kebimbangan, seperti bimbang ditimpa sakit, kesusahan dll.
Walau bagai mana pun yang paling perlu kita bimbang ialah bimbang diperdayakan oleh syaitan.

Kita minta sungguh-sungguh daripada Allah berlindung daripada syaitan.
-Surah ali-Imran, ayat 110: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang yang fasiq.”
Kamu Adalah Sebaik Umat?:
Semua orang hdk menjadi baik. Ingin menjadi the best.

Apakah itu baik?
Adakah sihat itu baik? Apa kah tidak sihat itu tidak baik?

Kebanyakan manusia mengambil bahawa apa yang mereka suka itu baik dan yang mereka tidak suka itu tidak baik.
Sesungguhnya tidak semestinya yg kita rasa tidak baik itu sebagai tidak baik. Contonya, tidak semestinya tidak sihat/sakit itu tidak baik.
Sebenarnya mungkin sakit itu baik jika ia membuatkan kita lebih dekat kepada Allah. Iaitu kita akan lebih ingat pada Allah.
-Surah al-Baqarah ayat 216 (ms 34): “Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedangkan peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu pada hal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu pada hal ia buruk bagi kami. (Ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Apa yang ada pada sisi Allah itu adalah kebaikan.
Jadi apa maksud baik?
-Surah al-Baqarah ayat 189: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: “(Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat haji. Bukanlah kebajikan jika kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram), tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Apa asban nuzul turun ayat ini. 
Orang terdahulu meraka pergi haji. Namun haji mereka buat mengikut cara jahilliah. Ianya satu pesta keramaian.
Adat mereka memasuki rumah daripada belakang.

Dalam konteks negara kita, pada zaman dahulu ada mandi safar. Kenapa ia dibuat? Ia kerana adat masyarakat yg menerimanya.
Masyarakat jahilliah dahulu define baik itu berdasarkan penerimaan majoritu. Maka makna baik itu tidak ada maksud yg mutlak (tetap).
-Maksud baik dlm surah al-baqarah ayat 189 ialah bertaqwa. Maksud bertaqwa ialah compliance.
Dalam british law ia nyatakan good citizen adalah yang abide kepada undang-undang.
-Dalam disiplin pengurusan, the best worker ialah yg mempunyai integriti yang tinggi.
Manusia realitinya tidak suka ikut panduan.
Apa maksud Baik?
Baik adalah lakukan apa yang Allah suka. Bukan yang kita suka. 
Contohnya, Kalau kita berniaga, maka Allah suka kita yg compliance pada perintahNya. Bukan untuk buat untung semata-semata sehingga lupa halal/haram. Kita perlu berniaga ikut peraturan Allah. Kita tidak boleh mencipta keuntungan. 
Tetapi kita boleh mengikut perintah Allah. Bila kita ikut perintah Allah maka jika kita untung atau rugi ia tetap baik di sisi Allah.

Siapakah Manusia Yang Terbaik?
Surah Al-Hujurat, ayat 13: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa antara kamu (bukan kerana keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Jadi, bukan pangkat, jawatan, harta dll yang membuatkan kita hebat. Orang yang paling hebat di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.
Malangnya ramai di kalangan kita define orang yg terbaik/hebat ialah orang kaya/berharta/berpangkat.
Apakah sijil yang ada pada orang bertaqwa:
Sura Al-An’Am, ayat 19: “Bertanyalah (wahai Muhammad): “Mana satu yang lebih besar persaksiannya?” (Bagi menjawabnya) katakanlah: “Allah, Dia menjadi Saksi antara aku dan dengan kamu, al-quran ini diwahyukan kepadaku, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan al-quran itu. Adakah kamu bersungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?” Katakanlah: “Aku tidak mengetahuinya. “Katakanlah lagi: “Sesungguhnya Dia sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripada apa yang kamu persekutukan (dengan Allah ‘Azza Wa Jalla).”

-Sesungguhnya sijil yg paling tinggi di sisi Allah adalah taqwa.
Allah tanya manusia, apakah sijil yg paling tinggi sekali?
Sijil yg paling besar di sisi Allah ialah syahadah. Iaitu pengsaksian kepada keesaan Allah.

Orang buat ijazah, phd dll untuk mendapat masa depan yg cerah.
Setiap kita memang perlukan duit.
“Jika ada duit semua boleh cuit..dunia Ana yang punya..”

Namun ingatlah, duit/harta benda bukan segalanya.
Kalau sakit duit boleh buat apa? 
Duit ada banyak limitations. Ia tidak boleh membeli kebahagian, tidak boleh membeli ketenangan.
Duit tidak boleh bagi anak-anak yang baik/soleh, tidak boleh bagi tidur yang lena, tidak boleh beri keselamatan dll.

Jadi jangan sibuk mencari degree sahaja tetapi kita lupa untuk ambil sijil taqwa.
Dengan adanya taqwa maka Allah akan berikan “duit/kekayaan” yang “cukup”. Allah akan berikan kecukupan kepada kita.
Kita bukan hendak yang banyak. Tetapi kita hendak yang cukup.!
Allah berfirman bahawa siapa yang bertaqwa kepada Allah maka ia akan diberikan kecukupan.
Kehidupan kita memang sentiasa mempunyai masalah. Kita akan hadapi pelbagai perkara dan mengejar keperluan kehidupan.
Namun ingatkah, duit/kekayaan/harta benda tidak boleh menyelesaikan semua masalah kita.

Al-quran memberi segala panduan. Ia adalah panduan hidup yang terbaik.
[Allah jadikan Israel untuk uji umat manusia.]
Kehidupan harian manusia bukanlah untuk selesaikan masalah. Sebaliknya kita hanya dikehendaki menangani masalah (handle problem). Allah lah yang akan menyelesaikan masalah kita. Allah lah yang memberi jalan keluar atas kesulitan, kesusahan, kepayahan dan masalah kita.
-Surah Al-talak ayat 2: “Kemudian, apabila mereka (hampir) tamat tempoh ‘iddahnya, maka bolehlah kamu kembali kepada mereka (ruju’) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil antara kamu (semasa kamu meruju’kan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Demikianlah, diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dam hari akhirat. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya).
-Surah al-Talak, ayat 3: “Serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas dihatinya. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah mencukupkannya (menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Allah telah menetapkan ketentuan setiap sesuatu.”
Justeru sijil paling tinggi yang perlu kita kejar ialah taqwa.
Al-quran adalah kitab yg memberi panduan untuk kita menjadi insan bertaqwa.
Hendaklah kita usaha hafal ayat al-quran dengan bersungguh-sungguh dan sebaiknya. Dan kita hendaklah praktis dan amalkan segala firman Allah.
Sesungguhnya Taqwa ialah lesen utk kita masuk syurga.
Bagaimana untuk kita hafal al-quran:
-Kita kebanyakannya dalam kategori “no time student”. Sentiasa tidak ada masa. Namun kita boleh berusaha. Kita buat sedikit-sedikit dengan istiqamah. Jangan kita bazirkan masa atas perkara yang bukan bidang tanggungjawab kita. Kita perlu pandai manage masa yg kita ada.

Maka utk menjadi orang bertaqwa, kita perlu:
1. Membaca al-quran
2. Memahami al-quran
3. Menghafal al-quran
4. Mengamal al-quran

Allah tunjukkan bahawa Nabi saw mengambil masa 23 tahun mengusai dan menyebarkan ajaran al-quran.
Doa yg kita baca bila ke masjid: “Wahai Allah, letakkan dalam hati ku cahaya.”
-cahaya itu adalah al-quran.

Jika hendak hafal al-quran, pertamanya yang perlu dilakukan ialah mempunyai azam & kesungguhan yang tinggi.
Ada cara utk kita dpt hafal al-quran.
Antaranya kita ulang2 banyak kali setiap ayat pada setiap kesempatan masa yang kita ada. (Cthnya, sambil memandu kita sebut ayat2 yang hendak kita hafal..”Abbasa watawalla.”.,).

Selagi nyawa tidak sampai lagi ke halkum, kita masih berpeluang utk menghafal al-quran.
Allah hendak kita punya keazaman.
Sebaik-baik amal ialah amal yg sedikit tetapi berterusan.

Maka berazamlah kita menghafal al-quran.
Attitude skill amat penting jika kita hendak berjaya dalam semua perkara termasuk dalam keazaman kita untuk menghafal al-quran.
Semoga Allah letak cahaya al-quran dalam hati kita. Aamiin.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment