Monday, 11 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (33/2019): 5 SEBAB DOSA KECIL MENJADI DOSA BESAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Magrib@ Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 9 Feb 2019/ 4 Jamadilakhir 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Abdul Nasir.

●Pendahuluan
Dosa Kecil Boleh Menjadi Dosa Besar:
1. Bila dosa-dosa kecil dibuat berulang kali.
-Kita sentiasa buatnya secara sedar dan tidak ada usaha untuk menghentikannya.
2. Meremehkan dosa-dosa kecil.
-Jangan ambil mudah dosa-dosa kecil yang kita lakukan.
-Nabi saw menyatakan bahawa sebagai orang mukmin kita perlu berasa bahawa dosa kecil yang dibuat umpama gunung yang menghempap kita. Jangan dianggap dosa kecil umpama lalat yang hinggap ke hidung.
Syair Arab menyatakan bahawa sebuah gunung itu bermula dengan batu-batuan yang kecil. Maka dari batuan yg kecil ia menjadi gunung. Demikianlah dengan dosa kecil, ia akan menjadi dosa besar bila kita meremehkannya.
Untuk menjauhkan/menghilangkan dosa-dosa kecil maka;
a) Kita perlu banyakkan bertaubat.
b) Kita perbanyakkan beribadat untuk memadamkan dosa-dosa kecil.

Di akhirat, duit sudah tidak pakai. Yang berguna adalah pahala. Maka kita cari ayat al-quran/hadith untuk kita belajar amalan yg mendapat ganjaran pahala yang besar.
Bila kita malas utk beribadat maka kita cari hadith/ayat al-quran yg menyatakan ganjaran pahala ibadat yg banyak. Demikian juga jika kita cenderung untuk membuat kejahatan maka kita cari ayat/hadith yg menceritakan dosa & siksaan bagi yang berbuat jahat.
Cth, bila duduk saja-saja, maka baca surah al-Ikhlas, dll. Cari amalan2 tertentu yg diberi balasan yang banyak.
Kisah orang miskin mengadu kepada Nabi saw. Orang miskin menyatakan beruntunglah orang kaya yg boleh bersedekah & membuat banyak kebajikan. Maka Nabi saw memberitahu kpd orang miskin itu bhw hendakkah engkau beramal yg pahalanya besar seperti orang kaya bersedekah iaitu setiap kali selepas solat berzikir dengan membaca subhanallah 33x, alhamdulillah 33x dan Allahuakbar 33x...
3. Dilakukan dengan bangga atau minta orang tahu dosa yang dibuat.
Cth: seorang peniaga nyatakan lihatlah bagaimana ia menipu dan mendapat keuntungan.
4. Jika seorang itu buat dosa dan orang lain tidak tahu kemudian ia pergi cerita kepada orang lain dengan bangganya.
5. Jika yang melakukan itu orang alim (orang banyak ilmu) yang menjadi ikutan orang ramai.
Kesan-Kesan Dosa:
i). Ia akan memberi kesan keji pada diri kita. 
-Ia akan memudaratkan hati dan badan. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

-Ia akan sukar untuk mendapat ilmu. Ilmu itu adalah cahaya. 
Sedangkan dosa itu akan memadamkan ilmu.

Cth: Imam Syafie belajar dengan Imam Malik. Pada satu hari Imam Malik menyatakan kepada Imam Syafie, “bahawa aku nampak Allah menganugerahkan cahaya dalam hati mu. Janganlah kamu memadamkannya dengan berbuat maksiat.”
-Justeru, jika kita hendak ilmu maka kita tinggalkanlah maksiat.
ii). Terhalang daripada mendapat rezeki
Sabda Nabi saw: “Seseorang hamba itu terhalang oleh Allah daripada mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukan.”
Kadang-kadang dapat rezeki pun tetapi tidak ada keberkatan dalam kehidupan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment