Monday, 11 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (34/2019): HADITH TERPILIH: ISLAM ITU MUDAH TETAPI JANGAN DIMUDAH-MUDAHKAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya:
9 Feb 2019/4Jamadilakhir 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Harme.



●Pendahuluan
-Telah diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw: “Saya telah datang bersama-sama Nabi saw ke masjid sehingga kami berada di pintu masjid lalu melihat seorang lelaki sedang bersolat maka Nabi saw bertanya kepada ku: “Adakah kamu berasa lelaki itu benar dalam perbuatannya (atau pun menunjuk-nunjuk) maka jawab sahabat itu: “Wahai Nabi Allah, bahawa sipolan ini adalah antara ahli Madinah yg paling banyak solat. Maka sabda Nabi saw, jangan kamu memperdengarkan pujian itu kepadanya kerana kamu mungkin membinasakannya. Sesungguhnya kamu ini umat yang diinginkan kemudahan.”
-Hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah dari Nabi saw bersabda :
إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا ، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ
“Sesungguhnya agama itu mudah, dan sekali-kali tidaklah seseorang memperberat agama melainkan akan dikalahkan, dan (dalam beramal) hendaklah pertengahan (iaitu tidak melebihi dan tidak mengurangi), bergembiralah kamu, serta mohonlah pertolongan (didalam ketaatan kepada Allah) dengan amal-amal kamu pada waktu kamu bersemangat dan giat”.
-Sebagaimana keadaan tiga orang yang ingin membuat perkara baru (dalam agama). Salah seorang di antara mereka berkata : “Saya tidak akan menikahi perempuan”, yang lain berkata : “Saya akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak berbuka”, yang ketiga berkata : “Saya akan solat malam semalam suntuk”. Maka Nabi saw melarang mereka dari hal itu semua, dan memberitahu mereka supaya membaguskan amal mereka semampunya, dan hendaknya dalam mendekatkan diri kepada Allah (beribadah) dengan ibadah yang telah diwajibkan Allah kepada mereka.
-Dan hendaknya kita tidak membuat-buat perkara yang tidak ada asalnya dalam agama ini, kerana kita sekali-kali tidak akan mampu (mengamalkannya), sebagai mana hadith Nabi saw: “Maka sekali-kali tidaklah seseorang memperberat agama melainkan akan dikalahkan”.
-Maka ungkapan “Agama itu mudah” maknanya adalah: “Bahawa agama yang Allah turunkan ini semuanya mudah dalam hukum-hukum, syariat-syariatnya”. Dan kalaulah perkara (agama) diserahkan kepada manusia untuk membuatnya, nescaya seorang pun tidak akan mampu beribadah kepada Allah.
-“Rasullah saw masuk dalam masjid lalu Nabi saw nampak seorang lelaki sedang di akhir solatnya iaitu sedang bertasahud. Dalam tasahud ia berkata “Ya Allah kepada Mu aku tempat bergantung yang tidak ada satu yang sama dengan Mu, moga di ampunkan dosa ku. Maka sabda Nabi saw, ia telah diampunkan, ia telah diampunkan.”
-“Ya Allah Wahai Tuhan ku, ampunkan dosa-dosa ku”
Nabi saw bersabda “ia telah diampunkan dosa, ia telah diampunkan dosa”

-Dalam surah al-Ikhlas ada nama Allah yang Allah amat suka. Maka kita seru nama Allah dalam doa kita, maka doa kita diperkenankan.
-Sesungguhnya aku berlindung dengan Allah, tuhan tempat bergantung yang tidak beranak..(surah al-ikhlas).
-Dalam hadith yang lain, seorang sahabat Nabi saw menyatakan: “Aku keluar dari rumah dan tiba-tiba aku bertembung Nabi saw lalu aku ikut Nabi saw. Kemudian di satu tempat terdapat lelaki yang sedang membanyakkkan rukuk dan sujud. Maka Nabi saw bertanya kepada sahabat itu, adakah kamu melihat ia menunjuk-nunjuk.”
Huraian Hadith:
Jadi Nabi saw melihat seseorang yang dibimbangi melakukan ibadat dengan berlebih-lebihan sekadar untuk menunjuk-nunjuk atau dibuat diluar kebiasaan/kemampuan.

Maka jawab sahabat Nabi saw: “Wahai Nabi Allah, bahawa sipolan ini adalah antara ahli Madinah yg paling banyak solat. Maka sabda Nabi saw, jangan kamu memperdengarkan pujian itu kepadanya kerana kamu mungkin membinasakannya. Sesungguhnya kamu ini daripada umat yang diinginkan kemudahan.”
Agama Itu Mudah:
-Sesungguhnya agama itu mudah.
“Dan tidaklah seseorang itu memberatkan dirinya dalam agama maka agama itu akan mengalahkannya.”

-Buat lah amalan yg bersederhana. -Maka bersegeralah mendapat pertolongan. Maka memohonlah kepada Allah.
-Berlaku fenomena bila seseorang berubah jadi baik ia mendorongnya beribadat secara extreme dan ia meninggalkan hak-hak yang patut ditunaikan.
-Maka nabi saw melihat perkara ini. Lalu Nabi saw menegur perkara ini yang mana Nabi saw melarang seseorang yang terlaku memberat-beratkan diri dalam beribadat sehingga tidak tunaikan hak-hak yg sepatutnya spt hak keluarga, hak majikan/organisasi, hak masyarakat, hak sahabat, dll.
Contohnya, ada orang suka yang banyakkan solat sunat tetapi ia masih tidak betulkan perkara-perkara rukun/wajib dalam solat fardhu.
-Jadi jangan kita melebihi had yang ditetapkan. Jadi situasi melampau dalam agama berlaku sejak zaman Nabi saw lagi.
-Nabi saw bersabda dalam satu khutbah baginda saw:
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu manusia tidak mampu untuk melakukan setiap perkara yang aku perintahkan kepada kamu. Akan tetapi buatlah amalan secara pertengahan dan bergembiralah dengan berita gembira bagi orang membuat amalan.”

Dalam ibadat ada yang wajib dan sunat.
Jadi nabi saw meminta kita jangan membuat ibadat sunat sehingga keterlaluan yang akhirnya membebankan kita yang akhirnya menyebabkan bosan dan meninggalkan amalan-amalan yg dibuat.

-“Sesungguhnya Allah itu tidak jemu sehinggalah kamu yang jemu”
Jadi jangan banyak beribadat kemudian sampai satu peringkat kita bosan dan meninggalkan amalan yang dibuat.
Dalam beribadat, kita perlu tahu keutamaan.
Contohnya, kewajipan melayan tetamu berbanding berzikir.

Maka agama itu mudah. Perlu ikut tertibnya. Jangan kita membuat kesesatan dan mengikut hawa nafsu.
-Namun jangan pula kita bermudah-mudah dengan agama. Jangan buat sesuatu perkara agama mengikut nafsu.
Contohnya: Jangan kerana jalan jem atau naik bas yg tidak berhenti maka kita tidak solat dan membuat qada sahaja.
Jangan kerana tidak mahu pergi bilik air maka solat tanpa berwuduk.
Begitu juga bila buat program seperti kenduri kahwin. Jangan sibuk melayan tetamu sehingga tidak solat.

-Setiap perkara yang kita lakukan jangan kita buat secara melampau.
Contohnya, jangan buat perjalanan sehingga melampau tanpa rehat.
Contoh lain, perjalanan dari KL ke Kedah sepatutnya mengambil masa 7 jam dan kita memandu kereta kancil. Kita paksa diri untuk sampai 3 jam. Maka pasti ia tidak dapat dilakukan.

-Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya orang yang berhenti di tengah jalan, tidak ada bumi yang dapat dilintasi (dipotong), tidak ada kenderaan yang boleh ditunggang”
Jadi itu perumpamaan yg dibuat oleh Nabi saw. Ia sebabkan ia tewas kepada agama. Iaitu bosan untuk beramal.
Nabi saw juga tidak mahu seseorang itu beramal kerana ketua mereka (ketua kabilah). Semangat Assabiyyah ikut boss. Bila boss kuat beragama maka ia ikut boss.
Ada yang mulanya asyik pakai kopiah sahaja tetapi tidak bertahan lama.

Jadi janganlah kita memberat-beratkan diri dalam beragama. 
Tapi hendaklah kita ikut keupayaan kita dalam membuat amalan sunat.

-Nabi saw juga melarang membuat pujian yang berlebihan. Ia adalah untuk elakkan riak / takkabur.
-Nabi saw menyatakan jika kamu melihat orang yang kuat memuji (mengampu) maka ambillah tanah dan lemparkan kepadanya.
Ada juga memuji-muji pemimpin yang zalim.
Janganlah kita memuji orang yang berbuat zalim.
Allah benci orang memuji orang yang zalim.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment