Sunday, 10 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (31/2019): HIDUP ANTARA BERKAT DAN ISTIDRAJ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 8 Feb 2019/3 Jamadilakhir 1440H (Jumaat) oleh Ustaz PU Ustaz Azihal.


●Pendahuluan
-Syukur kerana kita diberi rezeki menjadi tetamu Allah dan bersama-sama dalam majlis ilmu. Betapa ramai di luar sana tidak berkesempatan untuk berada di rumah Allah.
-Semoga kita sentiasa dikurniakan ketenangan dengan mengikut sunah dan akhlak Nabi saw.
Kita mudah untuk beribadat dan mendekatkan diri kpd Allah adalah kurniaan Allah.

Keluarga yg bahagia adalah keluarga yg sentiasa mengikut akhlak Nabi saw. Di campakkan rasa kasih sayang dan ketenangan.
Semoga kita menghargai peluang masa utk beramal sementara jasad dan roh masih bersama.

-Manusia yang dapat kemuliaan di sisi Allah adalah manusia yang dapat bersama Nabi saw di mana jua Nabi saw berada di hari kiamat.
-Kita tidak ada upaya dan kekuatan tanpa izin Allah. Siang & malam, hujan & panas, kaya & miskin, sihat & sakit, setiap daun yg gugur semuanya berlaku dengan izin Allah.
Semuanya daripada Allah.

-Moga kita terhindar daripada sifat sombong, riak dan segala sifat mazmumah. 
Semua miliknya Allah. Maka sentiasalah rasa rendah diri dan berserah pada Allah.

Berbeza dengan orang yg mempunyai sifat sombong.
Maksud sombong ialah orang yg menolak kebenaran dan merasa tinggi diri daripada orang lain.

Nabi saw menyatakan bahawa tidak masuk syurga orang yg mempunyai sifat sombong dalam dirinya walau pun sekelumit.
-Surah Al-Nahl, ayat 97: “Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang berkat (baik) dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan.”
-Demikianlah kehidupan, ialah adalah memilih antara yang baik dan jahat.
Kehidupan ini adalah antara syurga dan neraka

Hidup ini singkat tetapi manusia suka berlumba-lumba untuk berbuat kufur.
-Orang yg hidupnya berkat ia amanah (tidak khianat), pemurah (bukan bakhil), hidup tenang (bukan kelam kelibut), sabar, suka membuat kebajikan, dll.
-Keluarga yg berkat adalah keluarga yg mendekatkan kepada Allah. Kesibukan kerja & kehidupan harian tidak halang kita datang ke rumah Allah.
-Jiwa yang terpaut kepada rumah Allah adalah jiwa yang bahagia & tenang.
Semoga nikmat ini berkekalan sehingga akhir hayat kita.

-Jadi kita perlu tahu antara berkat dan istidraj.
Berkat:
~Berkat bererti:
Bertambah rezeki.
Bertambah kebajikan
Rezeki yg sedikit tetapi cukup
Bertambah kebaikan
Bertambah ketenangan
Bertambah kebesaran jiwa

Dikurniakan keluarga (isteri/suami & anak-anak) menjadi Penyejuk mata hati.
Istidraj:
Mengikut Ibnu Qassim, Allah membuka banyak pintu dunia, pangkat, harta, darjat dll. 
Allah berikan rezeki tetapi ia semakin jauh dpd Allah. Semakin kurang kasih sayang dan timbang rasa.

“Bersabarlah kerana dengan bersabar itu ada berkat”
Maka bila kita bersabar maka Allah permudahkan. Kurniakan anak-anak yg baik dan soleh, diberikan ketenangan, banyak perkara yang sukar jadi mudah.
-Surah Qaf, ayat 9: “Dan Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (barakah), lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai.”
-Surah Qaf, ayat 10: “Serta pohon-pohon tamar yang tinggi lampai, yang mengeluarkan mayang berlapis-lapis, lagi lebat putiknya.”
~Dan daripada langit Allah turunkan air yg mempunyai berkat. Tumbuhan yg kering kontang tumbuh hijau. Yang kemudian menjadi makanan manusia.
-Surah Al-Araf, ayat 96: “(Allah berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu rezeki) yang melimpah-ruah keberkatannya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
~Dan sekiranya penduduk satu negeri itu beriman kpd Allah, maka sudah tentukan diturunkan keberkatan di negeri itu.
Kenapa kita yg solat lima kali sehari tetapi masih ada tidak percaya pada janji Allah.?
Kenapa kita suka berharap kepada makhluk. Memohon dan memintalah kpd Allah. Kalau berharap kpd makhluk maka kita akan kecewa.
Istidraj:
Sabda Nabi saw: “Apabila engkau melihat Allah memberi seseorang hamba dgn nikmat dunia yg banyak dan dalam masa yang sama ia berbanyak membuat maksiat, maka itulah istidraj. Kemudian Nabi saw membacakan ayat al-quran Surah An-Am, ayat 44:”Kemudian apabila mereka melupakan peringatan yang diberikan kepada mereka, Kami pun melimpahkan semua pintu kemewahan dan kesenangan kepada mereka, sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan)

Kisah Syakhlabah yg miskin sebagai pengembala kambing telah minta Nabi saw utk doa supaya ia jadi kaya. Mulanya Nabi saw menolak dpd mendoakannya tetapi selepas kali ketiga, Nabi saw mendoakannya.
Asalnya sebelum kaya sentiasa melazimi ke masjid dan selalu jumpa Nabi saw. Bila sudah berjaya maka ia lupa. Bila diminta untuk membayar zakat ia menolak & kufur.
Banyak yg kita lihat ada yang mempunyai harta yang banyak ttp tidak solat, buat maksiat, tidak berbuat taat, itu adalah istidraj.
Sekarang Roh dan jasad kita masih bersama. Mk kita masih hidup. Satu hari ia akan berpisah. Pd satu hari kita akan dimandikan dgn mandian yg terakhir dan dipakai baju yg terakhir.
Di mana kita tdk tahu, brp ramai yga solat kan kita..kita tdk tahu

Kebahagian di dunia adalah juga mempengaruhi kehidupan di alam barzakh. Kita beramal di dunia untuk bekalan di akhirat.
Bila kehidupan kita berkat, maka kita tidak tewas kepada dunia.
Kita tidak tinggalkan akhirat untuk keuntungan dunia yg sedikit.

-Surah Al-Araf, ayat 182: “Orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami kelak akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan) menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.”
-Orang yg mendustakan ayat-ayat Allah ialah orang yg hidup mengejar kemewahan.
Bila telah sanggup mendustakan perintah Allah maka sanggup langar perkara yang diharamkan, sanggup sakiti ibubapa, khianat dengan amanah yang diberi, dll.
-Surah Al-Shams, ayat 7-10: “Demi jiwa (manusia) dan penyempurnaan (kejadiaannya). Maka Allah mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada ketaqwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya: Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya.”
-Semoga kita terus berbuat baik dengan semua orang. Terus istiqamah untuk berbuat kebaikan dan kebajikan.
Dalam kehidupan kita, hendaklah kita jujur dengan Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment