Wednesday, 6 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (24/2019): BERJIRAN DENGAN NABI SAW


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib: Rakaman Program Tazkirah Malam Jumaat, Astro Oasis@Surau Jumaat Putra Al-Amin, Presint 8, Putrajaya: 4 Feb 2019/29 Jamadilawal 1440H (Isnin).

Moderator: Ust Amin Idris
Panel:

1) Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
2) Ustaz Mohd Elyad Ismail

●Pendahuluan
Firman Allah: “Hendaklah kamu beriman kepada Allah dan jangan kamu mensyirikkan Allah...maka peliharalah perhubungan dengan jiran-jiran kamu.
Sabda Nabi Muhammad saw:
“Barang siapa yang menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku, dan barang siapa yang menyakiti aku bererti dia menyakiti Allah.”

Jiran tidak ada batasan agama. Ada jiran dekat dan jiran jauh.
Dalam Islam jiran dibahagikan kepada tiga kategori.

i. Jiran Sesama Muslim Yang Mempunyai Hubungan Persaudaraan.
Jiran sesama muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan ialah saudara terdekat kita, oleh itu, jika kita mempunyai jiran jenis yang pertama ini, mereka berhak mendapat layanan sebagai seorang muslim, kerabat serta sebagai seorang jiran.

ii. Jiran Muslim Yang Tidak Mempunyai Hubungan Persaudaraan.
Walaupun mereka bukan terdiri daripada darah daging kita atau suadara kira, tetapi kita perlulah menghormati mereka dan sentiasa bersikap baik kerana mereka mempunyai hak sebagai seorang muslim dan sebagai seorang jiran.

iii. Jiran Bukan Islam
Jiran yang bukan beragama Islam, tidak boleh dianggap sebagai musuh. Hal ini kerana mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang jiran. Oleh itu kita masih perlu menghormati mereka dan tidak menyakiti mereka.

Apakah hak-hak Jiran:
Hadith Nabi saw:”Sengketa pertama yang akan dibicarakan diakhirat kelak ialah persengketaan antara jiran.”
Kita hendak menuju ke syurga dengan tidak terhalang. Justeru pastikan sekiranya kita mempunyai persengketaan atau permasalahan antara jiran kita maka hendaklah kita selesaikan sebelum akhir hayat kita. Kita jaga hubungan kejiranan kita.
Terdapatc10 Hak Kejiranan. Antaranya ialah seperti Sabda Nabi saw: “Jangan engkau membina satu binaan di rumah sehingga tidak lalu angin kepada rumah jiran kamu”
Jadi kita hendaklah minta kebenaran jiran bila hendak ubah suai rumah.
Q&A:
Q:Bagaimana kita menyantuni jiran yg bukan Islam
A: Al-quran telah memberi panduan bagai mana berhubungan dengam bukan Islam.
“Allah tidak menghalang kamu untuk berbuat baik kepada orang bukan Islam yang tidak memerangi kamu dengan berbuat ihsan dan adil kepada mereka” (iaitu Al-Bir & Ihsan).

Jadi kita jaga hubungan dengan mereka. Contohnya jika kita ada majlis agama di rumah kita maka kita hormati mereka, jangan sampai menganggu.
Bukan sahaja dalam soal hubungan rumah dengan rumah bahkan antara hubungan kampung/negara dgn kampung/negara juga ada panduan yang ditetapkan oleh Islam. Contohnya Nabi saw membuat piagam madinah yang menunjukkan bagai mana untuk berhubungan antara negara (Mekah & Madinah).
Sabda Nabi saw:”Hendaklah kamu memuliakan jiran dan berbuat ihsan dengan jiran tanpa membezakan agamanya.”
Nabi saw menziarahi semua jiran2 termasuk yg bukan Islam.

Ulamak ada menggariskan bahawa iman itu ada 70 cabang. Cabang yg ke 67 adalah berbuat baik dengan jiran.
Dengan jiran yang jahil (termasuk yang membuat kerenah) pun kita perlu berbuat baik.
Kisah bagai mana Nabi saw menyantuni jiran yg musyrik:
Ubai seorang munafik disebut dlm al-quran 17x. Nabi saw masih menjaga hubungan.
Bila Ubai meninggal, anaknya minta dpd Nabi saw untuk beri pakaian yg boleh digunakan utk mengkafannya.
Nabi saw juga menziarahinya.
Lalu turun ayat: “Orang-orang munafik itu sama sahaja. Engkau minta ampun atau tidak minta ampun sehingga 70 kali juga tidak akan diampunkan..”
Saidina Umar ra kemudian mengajak Nabi saw balik maka Nabi saw menyatakan pada Saidina Umar ra: “ jika doa sebanyak 70x Allah tidak ampunkan maka aku akan meminta ampun lebih dpd 70x.

Dalam hal berjiran lakukan tiga perkara: Salam, taam, kalam.
Perkara utama dalam kejiranan ialah menjaga perasaan jiran.
Nabi saw memberi perumpamaan bhw jiran kita adalah seperti satu tubuh badan. Jika jiran kita susah maka kita juga rasa susah. Jika jiran kita gembira maka kita juga gembira.

Justeru jika kita hendak membuat majlis kesyukuran/kegembiraan dan didapati jiran kita dilanda musibah maka jika boleh ditundakan majlis maka hendaklah kita tangguhkan.
Jika hendak diteruskan juga maka kita minta kebenaran dan pelihara bunyian seperti laungan pembesar suara, dll.

Nabi saw menyatakan sebaik-baik amal ialah memasukkan kegembiraan kepada orang lain termasuk jiran kita.
Barang siapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah kamu mengganggu/menyakiti jiran kamu.
Nabi saw menyatakan Empat perkara yg membahagiakan:
i. Isteri yg soleh & tidak garang
ii. Rumah yg luas
iii.Kenderaan yg baik
iv.Jiran yg baik

Jadilah kita sebagai orang yg mencetuskan perkara yg baik-baik.
Bila Nabi saw sampai di Madinah, kalimah utama Nabi saw: sebarkan salam, sambung silaturrahim, berilah orang makan dan solat di malam hari..”
Jadi kita jagalah silaturrahim. Kita berkongsilah masa, jasa dan rasa.
Maka kita cuba beri sumbangan dan jasa serta rasa kpd jiran2 kita.
Bagaimana jika kita tahu jiran kita buat salah. Apakah yg patut kita buat.
Ada dua perkara di sini:
Islam melarang kita mencari aib orang lain. Dalam masa yang sama Islam menyuruh kita mengambil tahu apa kekurangan orang utk kita membantu.

Jadi kita tdk dibenarkan mengintai-intai aib orang. Tetapi kita dikehendaki membantu orang yg dilihat berbuat perkara yg buruk. Kita perlu menasihati dan membantu memperbaikinya.
Kisah Imam Abu Hanifah yg jirannya mabuk & membuat bising lalu ditangkap. Namun ia pergi jumpa gabenor utk jirannya dilepaskan. Bila ditanya kenapa kamu hendak menjamin jiran kamu yg suka menggangu kamu. Maka jawab Imam Abu Hanifah; Kita bukan sahaja dikehendaki buat baik dengan jiran tetapi kita dikehendaki bersabar dengan karenah jiran.
Jadi kita hendaklah berbuat ikhsan dan berbuat baik.

Q: Bagaimana bila jiran kita suka buat pasal seperti berkaroke yg membingitkan, parking di tempat yg tidak betul yg halang laluan, dll.
Kebebasan kita bergantung kpd kebebasan orang lain.

A: Agama itu akhlak.Nabi saw bersabda: “Orang yg aku sayang dan dekat dengan aku adalah orang yg paling baik perangai/akhlaknya”
Imam Ghazali menyatakan yg dimaksudkan baik akhlak ialah orang yang tidak menyusahkan orang lain. Hendaklah kita sentiasa menjaga perasaan dan bertimbang rasa kepada semua orang terutamanya terhadap jiran kita.
Q:Bagaimana budaya balas membalas. 
Apakah cara menjadi jiran Nabi saw:

Kita perlu ihsan (berbuat baik) dan adil (memberi haknya).
Bukanlah kita membalas orang yg membuat baik dengan baik dan buat jahat dengan jahat. Tetapi kita dikehendaki juga berbuat baik bagi jiran yg membuat karenah & yang suka memutuskan silaturrahim.
Dalam hadith Nabi saw, ada seorang perempuan yg ahli ibadat tetapi ia suka sakiti hati jiran & saudaranya, mk ia adalah ahli neraka. Sebaliknya ada perempuan yg sederhana sahaja amalannya tetapi ia tidak suka menyakiti jiran/saudaranya, maka ia ahli syurga.
Maka sifat yang perlu kita ada dalam kehidupan berjiran ialah kita berbuat baik, bersabar dan bertolak ansur bahkan serta saling memberi hadiah.
Q: Bagaimana menjaga keselamatan dalam program rukun tetangga
A: Kitab perlu buat baik kerana Allah dan setiap sesuatu yg kita buat perlulah ikut syariaat.
Sabda Nabi saw: “Dua mata yang tidak di sentuh api neraka ialah mata yang menangis kerana takut pada Allah dan mata orang yg bersengkang mata menjaga keselamatan.”
Q: Bagaimana orang yang suka bercakap buruk dan menulis perkara negatif di media sosial
A: Kita hendak saling berkasih sayang.
Syurga amat merindui empat jenis orang antaranya ialah orang yg menjaga lisannya (termasuk yang menjaga jari yang menaip di sosial media).

-Sabda Nabi saw: “Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah ia mengasihani saudaranya sebagaimana ia mengasihani dirinya sendiri”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment