Saturday, 7 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (171/2019): TAHUN BARU TITIK TOLAK PERUBAHAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Jamek Daerah Kluang, Johor: 31 Ogos 2019/ 1 Muharram 1441H (Sabtu)

● Pendahuluan
-Bila kita menyambut tahun, yang pentingnya adalah untuk kita berubah menjadi lebih baik.
Iaitu hijrah berkehendakkan kepada perubahan.
Yang penting ialah untuk kita hendak berubah.
Dinamakan tahun hijrah kerana kita diperlukan untuk berubah.
-Bulan pertama dalam tahun hijrah adalah muharam (al-muharam). Muharam ialah diharamkan segala yang tidak baik. Riba, rasuah dan seumpamanya adalah haram.
-Keseluruhan tahun adalah dinamakan al-hijriah. Maka kita perlu sentiasa berubah untuk terus menjadi baik.
Kita tinggalkan segala perkara yang tidak baik.
Keseluruhan kehidupan kita adalah terikat dengan ibadat.
-Surah Al-Asr: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
-Allah bersumpah dalam ayat ini. Ini menunjukkan ianya adalah satu perkara yang amat penting
Ianya juga kerana ianya tidak nampak (ghaib) oleh kita.
Sumpah ini biasanya untuk orang yang degil.
Jadi Allah kuatkan sumpah dalam ayat surah Al-Asr, “demi masa sesungguhnya..”
Al-Insan..menunjukkan setiap aktiviti dalam menjalani kehidupan manusia dalam satu hari, ia akan rugi kecuali orang yang beriman dan membuat amal soleh.
Amal soleh terkait dengan iman.
Bila ayat menyatakan: “Wahai orang beriman,maka hendaklah kamu mendirikan solat...”
Justeru siapa yang beriman akan beramal soleh. Jika buat amal buruk maka ia menunjukkan lemah imannya.
Fungsi Kehidupan Manusia:
1. Untuk Beribadat
-Firman Allah: “Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Allah.”
Jin kita tidak nampak. Syurga,neraka, roh, janin dan lain-lain yang ghaib kita tidak nampak.
Maka jika kita hendak hijrah ianya bukan mudah.
Manusia itu berbeza dengan fiitrah jin. Fitrah manusia adalah nampak.
Setiap kehidupan kita hendaklah dijadikan sebagai ibadat. Maka kita mulakan setiap perkara dengan Bismillah.
Kita mulakan dengan menyebut nama Allah.
Kemudian kita bersyukur dengan apa yang Allah beri kepada kita.
Siapa yang bersyukur maka akan ditambah lagi.
Kita akan diuji dalam kehidupan. Maka siapa yang berjaya menerimanya dengan kesabaran ia akan berjaya.
Allah minta kita supaya meminta hidayah. Kita bukan minta sesuatu atas keinginan hawa nafsu semata-mata.

2. Menjadi khalifah di atas muka bumi.
-Allah suruh kita menjadi khalifah di muka bumi ini.
-Allah hendak mukabumi ini diwarisi oleh orang yang soleh.
-Maka sebelum kita pergi daripada muka bumi ini, pastikan anak cucu kita yang bakal ditinggalkan terus melaksanakan amal soleh.
-Dalam surah ali-Imran, Maryam dihantar ke Nabi Zakaria as untuk dijaga supaya bayi yang dilahir adalah baik.
-Kita perlu persiapkan generasi akan datang.
-Bila kita hendak hijrah maka akan ada yang menggodanya, iaitu syaitan.
Syaitan adalah musuh yang pertama.
-Ada dua hukum ujian dunia.
Iaitu pertamanya, orang yang mempermainkan seseorang yang hendak berubah dan keduanya musibah/ujian.
Allah menyatakan bahawa orang yang hendak masuk syurga akan diberi ujian.
Ada beberapa kategori ujian:
1. Baksa
-Iaitu ujian paling rendah. Contohnya, hendak pergi masjid tetapi hujan turun. Namun tidak ada halangan untuk ke masjid (iaitu ada kenderaan).
2. Dharrar
-Iaitu berlaku ujian yang lebih berat. Contohnya, hujan yang amat lebat hingga terdapat halangan untuk ke masjid.
3. Wanwuzilu (tinggi)
-Iaitu ujian yang besar hingga getar dalam hati.
-Ujian jenis ini mungkin tidak boleh tidur. Beruntung orang yang mendapat ujian ini. Ini kerana darjatnya tinggi.
Siapa yang hendak masuk syurga Allah maka ada perkara yang perlu dilakukan.
Bermujahadah dan Jihad:
Jihad dan bermujahadah
-Iaitu berfikir bagaimana untuk melaksananya. Contohnya, bila niat hendak bangun solat subuh di masjid maka perlu usaha.
Jihad
-Kesungguhan untuk melaksanakan
Mujahadah
-Kesungguhan melawan hawa nafsu.
Sabar:
-Apa jua peringkat ujian hendaklah bersabar
Firman Allah:
“Sesungguhnya Kami akan meningkatkan kualiti kehidupan kamu, namun pasti akan diuji; rasa takut, rasa lapar, kekurangan dari segi harta, kekurangan diri, kekurangan perniagaan..”
Jadi, Allah uji kita untuk meningkatkan darjat kita.
Allah hendak ingatkan kita bahawa segalanya Allah yang beri.
-Jika kita rasa sombong, sesungguhnya Firaun lagi sombong. Firaun sombong sehingga ia mengaku ia Tuhan.
Qarun ia sombong dengan kekayaan harta karunnya.
Justeru, jangan kita sombong dengan jawatan, darjat dan harta benda yang kita ada.
-Bila kita lemah dan lelah melalukan hijrah maka Allah janji kelebihannya.
-Surah An-Nisa, ayat 100: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Bila ia sedang hendak berhijrah lalu datang maut kepadanya, maka Allah kira niatnya.
Kisah orang yang telah membunuh 99 orang yang akhirnya diputuskan ia sebagai ahli syurga kerana ia telah bertaubat dan dalam perjalanan.
-Seorang lelaki daripada kalangan umat terdahulu yang telah membunuh seramai 99 orang manusia.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., bahawa Nabi saw bersabda:
“Sebelum zaman kamu ini, pernah ada seorang lelaki yang telah membunuh seramai 99 orang manusia, kemudian dia bertanyakan mengenai perkara itu kepada seorang yang paling alim pada zaman itu. Selepas ditunjukkan kepadanya seorang rahib (pendeta). Dia pun berjumpa rahib tersebut.
Dia memberitahu: “Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima?”
Rahib tersebut menjawab: “Tidak!”
Mendengar jawapan itu, dia tidak puas hati, terus naik marah lalu membunuh rahib tersebut dan genaplah jumlah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya.
Namun niatnya ingin bertaubat tetap teguh. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim pada zaman itu. Kemudian lalu ditunjukkan kepadanya seorang yang alim, dia terus berjumpa orang alim tersebut dan berkata: “Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima?”
Orang alim tersebut menjawab: “Ya! Siapakah yang menghalang seseorang dari bertaubat?”
“Sekarang, pergilah kamu ke tempat ini dan ini, kerana di sana terdapat ramai orang yang beribadah kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah bersama mereka dan jangan pulang ke tempat kamu kerana tempatmu itu adalah tempat yang teruk.” sambung orang alim itu lagi.
Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan, tiba-tiba maut datang menjemputnya dan dia pun meninggal dunia.
Melihat kejadian itu, menyebabkan Malaikat pembawa rahmat dan Malaikat Azab (malaikat yang ditugaskan menyeksa) bertelingkah mengenainya.
Malaikat Rahmat berkata: “Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat dan menghadapkan hatinya secara ikhlas kepada Allah.”
Manakala Malaikat Azab pula berkata: “Benar, namun dia tidak pernah melakukan kebaikan.”
Lalu datanglah malaikat lain yang menyerupakan dirinya dalam bentuk manusia. Lalu dia menjadikan dirinya sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, iaitu dijadikan hakim pemutusnya untuk mengadili pertengkaran mereka dan untuk menetapkan mana yang betul.
Malaikat itu berkata, “Kalau begitu, ukurlah jarak kamu. Jarak di antara dua tempat, dari sini ke tempat yang ditinggalkan lelaki ini dan ke tempat yang hendak ditujunya; ke tempat mana yang lebih dekat, bererti dialah yang berhak ke atas orang ini.”
Kedua-dua malaikat tersebut lalu sama-sama mengukur dan setelah di ukur, ternyata mereka dapati kedudukan mayat lelaki tersebut lebih hampir dengan tempat tujuannya untuk melaksanakan taubat iaitu tempat yang dihuni oleh orang-orang soleh, bererti ia termasuk di kalangan mereka.
Maka akhirnya, lelaki tersebut berhak diambil oleh Malaikat Rahmat.”
(HR Muttafaq Alaih).
Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.
Ayuh, marilah kita terus berhijrah kepada lebih baik. Sekaranglah masanya.
Memang akan banyak ujian. Kita peganglah perkara dinyatakan di atas.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

1 comment:

  1. agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete