السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 13 Sept 2019/ 13 Muharram 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Mohammad Nasrul Arif Roslan.
●Pendahuluan
-Semoga kita sentiasa sedar bahawa tujuan kita hidup di dunia ini adalah untuk beribadat kepada Allah.
-Bila kita berada dalam majlis ilmu, hendaklah kita azam sungguh-sungguh untuk menimba ilmu.
-“Aku suka duduk dalam majlis ilmu.” Kita perlu excited bila berada dalam majlis ilmu!
-Dalam majlis ilmu itu ada kupasan tentang al-quran dan hadith. Maka bila kita berada bersamanya, Allah akan terangkan hati kita.
-Jika kita lama tidak dengar peringatan maka banyak titik hitam dalam hati.
-Maka bagaimana untuk cucikan hati kita? Kita hadir majlis ilmu. Ia akan cucikan hati.
Kelebihan Orang Menuntut Ilmu:
1. Jiwa/hati akan disucika
2. Mendapat doa para malaikat
3. Allah menjanjikan akan diangkat darjat orang yang belajar ilmu.
-Surah Az-Zumar, ayat 9: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakal lah yang dapat menerima pelajaran.”
-Allah angkat darjat di kalangan orang yang mempelajari ilmu dan yang menyebarkan ilmu.
-Surah al-Mujadalah, ayat 11:
“ … niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”
“ … niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”
-Allah bukan sahaja akan muliakan di akhirat tetapi juga di dunia.
-Buktinya, para ulamak yang telah lama pergi pun ia masih dikenali. Kitabnya masih dirujuk.
-Allah tidak sama sekali memungkiri janjiNya.
4. Orang yang menuntut ilmu akan menjadi rujukan orang.
“Tanyalah kepada orang mengetahui kepada orang yang mengetahui”
-Surah al-Anbiyaa, ayat 7: “Dan Kami tidak mengutus (rasul-rasul) sebelum engkau (Muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.”
-Surah An-Nahl, ayat 43: “Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”
-Selagi orang menggunakan ilmu yang diajar maka ialah mendapat pahala jariah sampai bila-bila.
-Nabi saw menyatakan 3 perkara yang dapat pahala berterusan bagi simati, iaitu amal jariah, ilmu yang bermanafaat yang diamalkan orang dan anak yang soleh.
-Maka kita gunakan media sosial ke jalan Allah. Kita buat dakwah dan sebarkan ilmu.
-Nabi saw menyatakan bahawa sampaikanlah walau pun satu ayat.
-Maka biarlah kita mendapat tiga kelebihan dengan hadiri majlis ilmu:
i. Untuk menjadi hamba Allah yang taat
ii. Untuk sebarkan kepada orang lain ilmu yang kita pelajari
iii. Untuk mendapat kebaikan
-Siapa yang Allah hendak beri kepadanya kebaikan maka Allah fahamkan ia tentang agama.
-Siapa yang Allah hendak beri kepadanya kebaikan maka Allah fahamkan ia tentang agama.
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." (HR: Bukhari dan Muslim).
-Surah Muhammad, ayat 17: “Sesiapa yang mengikut dan beramal dengan petunjuk, Allah akan tambahkan petunjuk baginya dan berikan kepadanya Taqwa."
5. Menuntut ilmu untuk tidak menzalimi diri sendiri.
-Kenapa kamu dudukkan diri kamu dalam keadaan zalim.
-Surah An-Nisa: ayat 97-100:
“Sesungguhnya orang-orang yang dicabut nyawanya (diwafatkan) oleh Malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri (zalim), Malaikat bertanya: Dalam keadaan bagaimana kalian ini? Mereka menjawab: Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri ini (Mekah). Para Malaikat berkata: Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kalian dapat berhijrah di bumi tersebut? Orang-orang tersebut tempatnya di neraka Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali mereka yang tertindas baik laki-laki atau wanita, ataupun anak-anak yang tidak mampu berupaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah), mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan Allah maha pemaaf lagi maha pengampun. Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah pahalanya di sisi Allah dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang.”

-Maka soalan malaikat itu juga akan ditanya kepada kita. Jangan kita leka hingga menzalimi diri sendiri.
Justeru, tekadkan untuk kita terus menuntut ilmu.
Empat Nasihat Untuk Kehidupan Akhirat:
-Nabi saw bertemu dengan Abu Dzar al-Ghifari dan baginda saw memberi nasihat ini.
يَا أَبَا ذَرٍّ، جَدِّدِ السَّفِيْنَةَ فَإِنَّ اْلبَحْرَ عَمِيْقٌ، وَخُذِ الزَّادَ كَامِلاً فَإِنَّ السَّفَرَ بَعِيْدٌ، وَخَفِّفِ اْلحِمْلَ فَإِنَّ العَقَبَةُ كَئُوْدٌ، وَأَخْلِصِ اْلعَمَلَ فَإِنَّ النَاقَدَ بَصِيْرٌ
"Wahai Abu Dzar, perbaharuilah kapalmu kerana laut itu dalam; ambilah bekal yang cukup kerana perjalanannya jauh; ringankan beban bawaan kerana lereng bukit sulit dilalui, dan ikhlaslah beramal kerana Allah Maha Teliti."
Huraian:
1. Wahai Abu Zarr, perbaikilah/percantikkan kapal kamu. -Sesungguhnya lautan kita duduk sekarang adalah lautan yang amat dalam.
1. Wahai Abu Zarr, perbaikilah/percantikkan kapal kamu. -Sesungguhnya lautan kita duduk sekarang adalah lautan yang amat dalam.
-Kapal di sini adalah niat. Maka pastikan niat kita betul. Jangan kita duduk dalam lautan maksiat.
Maka kita perbaharuilah niat kita.
Maka kita perbaharuilah niat kita.
-Nabi saw menyatakan bahawa setiap perkara itu bergantung pada niat. Jika niat baik maka ia memberi kebaikan kepada kita.
-Sabda Nabi saw, pada anak adam ada seketul daging, jika baik maka baiklah ia.
Seketul daging itu adalah hati. Di hati itulah terletanya niat.
Seketul daging itu adalah hati. Di hati itulah terletanya niat.
-Maka setiap pagi niatkan: “Sesungguhnya solat ku, hidup ku, mati ku...semata-semata kerana Allah”
-Sesungguhnya solat itu boleh mencegah kamu daripada melakukan perkara mungkar dan kaji.
-Jika kita telah lama solat tetapi masih buat maksiat bermakna kita solat tidak mencari redha Allah. Kita semaklah solat kita.
-Memperbaharui niat untuk kita tinggalkan perkara yang buruk.
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya sahnya setiap amal perbuatan adalah dengan niat. Setiap orang hanya memperoleh dari apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia, maka ia akan mendapatkannya. Atau, kepada wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada sesuatu yang karenanya ia berhijrah." (HR: Bukhari dan Muslim).
-Saidina Umar ra menyatakan: “siapa yang hatinya tulus semata-semata kerana Allah maka pada hari itu Allah akan cukupkan keperluannya kepada manusia dan keperluannya kepada Allah.”
-Orang sedemikian, hatinya tenang.
-Bila ditimpa musibah maka kita terus sebut syukur alhamdulillah. Dengan syukur dan redha akan memberi kekuatan, kesabaran dan ketenangan kepada kita.
Dalam kehidupan pegang prinsip “make Allah happy”.
-Bila kita jaga Allah, maka Allah akan penuhi keperluan kamu, baik keperluan kita kepada Allah mahu pun keperluan kita terhadap manusia.
-Al-A’raaf, “sesungguhnya banyak penghuni dalam neraka jahanam ialah manusia dan jin yang orang ada hati tetapi tidak kerana Allah. Orang yang ada mata tetapi tidak kerana Allah. Orang yang ada telinga tetapi tidak kerana Allah. Mereka itu umpama haiwan ternak bahkan lebih sesat daripada mereka.”
-Surah al-A’raaf, ayat 51: “
“(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami”

-Punca kamu tidak buat kebaikan kerana hati tidak kerana Allah.
-Surah Yassin, ayat 65 : “Pada waktu itu Kami kuncikan mulut mereka dan (memberi peluang kepada) tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi apa yang mereka usahakan."
2. Duduk dalam dunia ini ambil bekalan yang cukup kerana perjalanan akhirat amat jauh.
-Maka banyakkan masa untuk berpuasa sunat, bersedekah, mengaji dan lain-lain.
Jadikan segala perkara termasuk pekerjaan sebagai ibadat.
Jadikan segala perkara termasuk pekerjaan sebagai ibadat.
-Jangan kita tergolong dalam kalangan orang yang menyesal di akhirat kelak.
-Surah al-Fajr, ayat 24: “Aduhai, alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini.”
3. Kurangilah beban mu kerana jalan ke akhirat amat sukar.
Iaitu kita banyak soal jawab terhadap harta dan tanggungjawab kita.
Jalan yang amat terjal dan sukar kerana beban yang di bawa.
-“Adakah engkau mempunyai makanan untuk hari ni, adakah kamu mempunyai makanan untuk hari esok...”
-Orang yang berat bebanan adalah orang yang tidak menginfaqkan hartanya.
4. Ikhlas dalam beramal kerana yang menilai adalah zat yang Maha Mengetahui.
-Jika tidak ikhlas maka amalan yang dibuat tidak memberi kebaikan kepadanya.
-Ikhlas bererti bahawa semua amalan untuk mendapat redha Allah.
Beramallah walau pun kecil dengan ikhlas. Ia dapat membantu kita di hari akhirat.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
ayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
ReplyDeleteWA : +85587781483