Friday, 13 December 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (251/2019): MANHAJ DAN WASILAH DAKWAH NABI SAW


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya: 12 Disember 2019/ 17 Rabiulakhir 1441H (Khamis) oleh Ustaz Auni Mohamed.

●Pendahuluan
-Surah An-Nahl, ayat 125: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang
Enam Minhaj Dakwah Nabi saw:
1. Nabi saw sentiasa melaksanakan apa yang didakwahkan.
2. Nabi saw tidak kompromi dengan prinsip-prinsip asas Islam.
3. Dakwah Nabi saw penuh dengan lembut dan kasih sayang.
4. Nabi saw sentiasa berusaha meminimakan bebanan-bebanan syariat ke atas umatnya.
5. Tidak ada kompromi Nabi saw dalam pelaksanaan syariat.
6. Nabi saw tidak pernah menerima rasuah dalam melaksanakan dakwah.
HURAIAN:
Firman Allah dalam surah An-Nahl, ayat 125 tersebut di atas, “Serulah (panggillah) manusia ke jalan Tuhan Mu”
-Jadi jangan kita ingat bahawa seruan dakwah hanya dibuat oleh para ulamak/ustaz dan ahli agamawan sahaja.
-Kita semua bertanggungjawab.
-Sekurang-kurangnya ibubapa bertanggungjawab untuk berdakwah kepada anak-anak dan keluarga. Tunjuk ajar mereka tentang adab/akhlak dan ilmu agama.
-Segala dakwah yang hendak kita buat perlulah berpaksi kepada Allah.
Bukan kita berdakwah untuk memalingkan manusia ke muka kita.
Jangan berdakwah untuk mendapat populariti, imbuhan keduniaan (jawatan & harta benda) dan lain-lain.
-Kita hendak palingkan manusia bagi mengenal Allah dengan sebenar-benar.
Cara-cara Dakwah:
1. Berdakwah secara hikmah.
(a) Ilmu yang betul dan tepat
(b) Masa yang bersesuai. Biar orang yang hendak mendengar itu benar-benar bersedia untuk mendengar.
(c) Orang yang kita dakwahkan berkeupayaan untuk mendengar
2. Memberi nasihat-nasihat yang baik
-Adab-adab, akhlak
-Dakwah kepada membuat kebaikan dan memberi pahala
3.Tidak mencari kesalahan satu sama lain.
-Saling berlapang dada dalam perbezaan pandangan dalam perkara-perkara ranting.
Tiga elemen yang penting sentiasa di paparkan oleh Allah dalam al-quran untuk kita ikuti:
(i) Aqidah
(ii) Syariat
(iii) Adab/akhlak (etika)
-Kisah-kisah para Nabi/Rasul yang dirakam oleh Allah dalam al-quran ada ketiga-tiga elemen tersebut.
-Allah mengajar Nabi saw tentang manhaj Nabi-Nabi terdahulu menghadapi pelbagai karenah umat mereka.
Contohnya, Nabi Saleh as berhadapan orangnya yang membunuh mukjizatnya (unta); Nabi Musa as berhadapan dengan Firaun dan lain-lain.
-Surah Hud, ayat 129: “Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.”
-Nabi saw menghadapi pelbagai halangan. Diceritakan dalam al-quran berkaitan cabaran dan tentangan kaum terdahulu kepada para Nabi/Rasul mereka.
Contohnya, dakwah Nabi Nuh as kepada kaumnya yang lama tetapi hanya tidak sampai 100 orang yang mengikutnya.

Enam Minhaj Dakwah Nabi saw:
1. Nabi saw sentiasa melaksanakan apa yang didakwahkan.
-Seiring sejalan apa yang dicakap dengan apa yang dibuat.
-Jadi Nabi saw sentiasa tampil dengan penampilan yang cemerlang dalam segala dimensi.
-Saidina Aisyah ra menyatakan bahawa akhlak Nabi saw ialah al-quran.
Seolah-olah Nabi saw itu al-quran.
-Nabi saw adalah sebaik-baik contoh.
-Dalam satu peristiwa, selesai sahaja Imam Hasan Basri menyampaikan khutbah, diadukan oleh pekerja kepadanya bahawa mereka tidak dapat solat Jumaat kerana majikan tidak membenarkannya. Maka mereka meminta supaya Imam Hasan Basri menyatakan tanggungjawab majikan untuk memberi pelepasan kepada pekerjanya untuk solat jumaat pada khutbah jumaat yang akan datang.
-Namun pada dua jumaat yang berikutnya, Imam Hasan Basri tidak menyatakan perkara tersebut dalam khutbah jumaatnya.Pada minggu ketiga barulah Imam Hasan memasukkan perkara tersebut dalam khutbahnya.
Maka orang yang bertanya kepada beliau kenapa tidak dikhutbahkan pada dua minggu sebelumnya seperti yang diminta oleh pekerja, iaitu bagi memberitahu supaya seorang majikan patut memberikan kelonggaran kepada pekerjanya untuk bersolat.
-Imam Hasan Basri menyatakan, “berbicaralah apa yang kamu telah buat.”
Sebenarnya Imam Hasan Basri mulanya tidak ada pekerja. Maka pada minggu beliau memberi khutbah beliau telah mendapat seorang hamba untuk bekerja dengannya. Sebab itulah ia menangguhkan permintaan pekerja yang berjumpanya sehingga minggu ketiga semasa beliau berkhutbah.
Buatlah sesuatu itu untuk dapat redha Allah.
-Surah al-Ahzab, ayat 21: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
-Kita hendak tiru dan mempraktikkan apa yang dipraktikkan oleh Nabi saw.
-Kita jangan mengharapkan redha manusia. Jangan kita buat sesuatu untuk redha manusia tetapi tidak mendapat redha Allah.
-Kita perlu sentiasa ingat bahawa kematian bukan pengakhiran kita.
Kita mempunyai masyhar untuk tempat kita dibicarakan/diadilikan.
-Segala apa yang kita lakukan akan dipaparkan kepada kita di Masyhar kelak.
Maka hendaklah bermuhasabah untuk kita menjadi lebih baik.
Allah yang memberi nikmat, ujian dan musibah.
Orang beriman ia bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan ujian/musibah.
Manakala orang yang mengikut hawa nafsu dan tidak beriman, ia sombong dengan nikmat yang diperolehi dan bila diuji dengan malapetaka, ia mudah putus asa.
-Sabar amat dituntut dalam kehidupan. Sabar dalam menunaikan ketaatan/perintah dan sabar dalam meninggalkan larangan Allah.
-Surah Al-Ahqaf, ayat 35: “(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka.”
-Sabarlah kamu wahai Muhammad seperti sabarnya ‘ulul azmi. Jangan sekali-kali kamu mendoakan untuk disegerakan azab bagi mereka.
-Nabi saw pernah dibaling batu semasa berdakwah. Sehingga pada satu peristiwa malaikat datang kepada Nabi saw untuk ia menghempapkan penduduk Taif jika Nabi saw inginkan. Nabi saw menolak dan bahkan mendoakan kebaikan kepada penduduknya.
2. Nabi saw tidak kompromi dengan prinsip-prinsip asas Islam
-Nabi saw datang untuk menghapuskan penyembahan selain daripada Allah.
-Nabi hendak semua orang mentauhidkan Allah.
-Surah al-Kaafiruun: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".”
-Pada satu hari datang pembesar Jahilliah Mekah kepada Nabi saw untuk berkompromi tentang ketuhanan. Mereka minta pada Nabi saw untuk bergilir-gilir dalam penyembahan ketuhanan. Iaitu setahun menyembah Allah dan setahun menyembah tuhan mereka (berhala).
Nabi saw langsung tidak menerimanya walau pun dipujuk dan dipaksa.
-Kita jangan menyatakan bahawa semua agama sama. Jangan terima dakyah pluralisme.
Mereka hendak merendahkan agama Islam.
3. Dakwah Nabi saw penuh dengan lembut dan kasih sayang.
-Kisah seorang lelaki yang masuk ke masjid dan kencing. Nabi saw tahan para sahabat yang hendak memukulnya. Akhirnya lelaki itu tertarik pada Nabi saw dan memeluk Islam.
-Nabi saw juga lembut pada binatang/haiwan.
Pada satu hari, Nabi saw berjumpa unta yang sedang menangis. Maka diceritakan kepadanya bahawa ia tidak diberikan makan yang secukupnya oleh tuannya kerana ia sudah tua dan tidak dapat bekerja sekuat seperti waktu ia muda.
-Kemudiannya Nabi saw mencari siapakah tuan unta tersebut. Didapati ianya kepunyaan sahabat Nabi saw.
Maka Nabi saw menyatakan bahawa kita perlu beradab dengan haiwan. Iaitu kita perlu beri makan dan tempat tinggal yang sepatutnya.
-Kepada musuh dan orang yang ingkar juga kita perlu berlemah lembut.
-Surah Toha, ayat 43-44: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".
-Kita hendaklah menyampaikan dengan tutur kata yang teratur dan baik.
Kita perlu ada ilmu dan boleh bercakap bagi membolehkan dakwah disampaikan dengan berkesan.
Sesuatu kekurangan boleh menyebabkan dakwah tidak dapat disampaikan dengan baik.
-Allah perintahkan kepada Nabi Musa as dan Nabi Harun as untuk berkata dengan kata-kata yang lembut.
Ini kerana Firaun seorang yang kasar dan ego. Maka perlu pendekatan yang lembut.
Kenapa bila bergaduh, suara tinggi walau pun berhadapan?
-Kadang-kadang jasad dan fizikal sahaja yang dekat. Tetapi hatinya berada jauh. Jadi itulah sebab terjerit-jerit bila bergaduh/berselisih faham.
-Bila hati telah dekat, cakap perlahan pun sudah dengar dan faham.
Jika hati dekat, dengan senyuman pun sudah difahami.
4. Nabi saw sentiasa berusaha meminimakan bebanan-bebanan syariat ke atas umatnya.
Antara contohnya:
-Kisah Isra’ dan Mikraj, Nabi saw memohonkan kepada Allah supaya bilangan solat fardhu dikurangkan kepada 5 waktu daripada 50 waktu.
-Bila tidak boleh solat berdiri boleh dibuat dengan duduk dan baring.
-Puasa boleh ditangguh jika ada halangan (uzur, bermusafir dan lain-lain).
-Zakat perlu dikeluarkan hanya bila cukup haul & nisab.
-Wajib zakat bila kaya sahaja.
-Haji hanya wajib untuk yang mampu.
Kisah zaman dahulu:
Nabi Musa as telah mengwasiatkan kepada Nabi Ilyasa’ untuk memandu Bani Israel untuk masuk ke bumi Palestin.
Pada masa itu diharamkan untuk mengambil harta rampasan perang (harta ghalimah).
Maka selepas habis satu peperangan, diminta untuk semua ketua kabilah untuk berbaris dan bersalaman dengan Nabi Ilyasa’. Di situ dijumpailah ada ketua kabilah yang menyorokkan harta ghalimah.
-Zaman Nabi Yaacob as boleh memadukan dua adik beradik.
5. Tidak ada kompromi Nabi saw dalam pelaksanaan syariat.
Kota Mekah dibuka pada 8 Hijrah.
-Selepas pembukaan Kota Mekah berlaku kehilangan barang yang dicuri oleh seorang yang bernama Fatimah dari bani Makhzum.
Maka datang pembesar Jahilliah untuk membebaskan Fatimah daripada hukuman. Bani Makhzum tidak mahu mereka dimalukan.
-Nabi saw menyatakan kepada seorang sahabat yang berjumpanya; “jangan sekali-kali kamu bersubahat melawan pelaksanaan hukum Allah.”
Dari ‘Aisyah ra, beliau menceritakan:
“Sesungguhnya orang-orang Quraisy mengkhuawatiri keadaan (nasib) wanita dari bani Makhzumiyyah yang didapati mencuri. Mereka berkata, ‘Siapa yang boleh melobi Rasulullah saw?’ Mereka pun menjawab, ‘Tidak ada yang berani kecuali Usamah bin Zaid yang dicintai oleh Rasulullah saw.’ Maka Usamah pun berkata (melobi) kepada Rasulullah saw (untuk meringankan atau membebaskan si wanita tersebut dari hukuman potong tangan). Rasulullah saw kemudian bersabda, ‘Apakah Engkau memberi syafa’at (pertolongan) berkaitan dengan hukum Allah?’ Rasulullah saw pun berdiri dan berkhutbah, ‘Wahai manusia, sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah jika ada orang yang mulia (memiliki kedudukan) di antara mereka yang mencuri, maka mereka biarkan (tidak dihukum), namun jika yang mencuri adalah orang yang lemah (rakyat biasa), maka mereka menegakkan hukum atas orang tersebut. Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’” (HR. Bukhari no. 6788 dan Muslim no.1688).
-Sabda Nabi saw, “Demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya, seandainya Fatimah putri Muhammad mencuri niscaya aku memotong tangannya.” (HR: Bukhari dan Muslim).
-Justeru, wajib atas pemimpin (pemerintah) untuk tidak pandang bulu dalam menegakkan hukum. Mereka tidak boleh memihak seorang pun kerana hubungan dekat, kekayaannya, kemuliaannya di masyarakat (keturunan/kabilah/sukunya) atau sebab-sebab lainnya.
-Surah al-Maidah, ayat 38: “
“Dan pencuri, laki-laki dan wanita, potonglah tangan keduanya sebagai balasan atas perbuatan mereka dan hukuman dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
-Surah An-Nisa’,ayat 135: “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi Karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu…”
Namun tidak semua kes curi boleh dikenakan potong kanan. Ia perlu diputuskan oleh hakim yang adil.
-Hukuman potong tangan adalah pencegahan yang dikehendaki oleh Allah.
6. Nabi saw tidak pernah menerima rasuah dalam melaksanakan dakwah
-Surah Israa, ayat 90: “Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan matair dari bumi, bagi Kami.
-Salah seorang yang paling kuat menentang Nabi saw ialah Abu Suffian bin Har.
Ia akhirnya menjadi bapa mertua kepada Nabi saw. Nabi saw berkahwin dengan anaknya bernama Ramlah.
-Nota: Bapa saudara Nabi seramai 12 orang dan emak saudara Nabi seramai 6 orang.
-Nabi saw ditawarkan harta, jawatan ketua, menjadi raja, wanita cantik dan sebagainya. Semuanya langsung tidak dihiraukan oleh Nabi saw.
-Berdasarkan sirah, pada hari sebelum Nabi saw berhijrah, pada malam tersebut ada pakatan untuk menangkap dan membunuhnya.
Nyawa, kehidupan dan kematian menjadi taruhan dakwah Nabi saw.
-Firman Allah: “Aku menjaga kamu daripada kejahatan tangan manusia.”
-Surah al-Mulk, ayat 2: “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);”
-Surah Al-Anfal, ayat 30: “Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.”
-Mereka hendak memenjara, bunuh dan mengusir Nabi saw daripada tanah airnya.
●Penutup
-Ajaklah manusia kepada kebaikan. Buatlah ikut kemampuan kita. Perteguhkan silarurrahim.
-Palingkan manusia kepada Allah.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment