Tuesday, 25 June 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (100/2019): AMALAN ROH MANUSIA YANG BERCAHAYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 19 Jun 2019/ 15 Syawal 1440H (Rabu). oleh Ustaz Dai Hazman Yani

Sumber: Kitab Al-Hikam: Bab 10 - Amalan Roh Manusia Yang Bercahaya
●Pendahuluan
-Alhamdulillah syukur atas penganugerahan rezeki oleh Allah kepada kita. Kita hendak rezeki yang berkat. Iaitu bertambah baik rezeki kita.
Juga kita hendak keberkatan masa, iaitu bertambah baik penggunaan masa kita.
-Kita hendak jasad yang sihat dan wal-afiat. Iaitu sihat dan selamat. Kita hendak sihat yang membawa kita banyak membuat kebaikan. Maka sebab itu kita hendak dapat wal-afiat.
-Orang yang beribadat perlu berasa motivasi dalam kehidupannya.
-Allah berfirman: “Katakanlah, sama ada sama atau tidak orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui..”
-Di kalangan orang beriman pula ada beberapa kategori.
-Sesungguhnya, orang yang beriman hatinya tenang.
Amalan Roh Yang Bercahaya:
-Amalan yang kita buat dengan ikhlas maka Allah gambarkan rohnya bercahaya. Ada cahaya kebaikan dan pintu kebajikan.
-Ada orang yang dikurniakan hati yang bercahaya walau pun ia buta.
-Allah gambarkan kebaikan dengan cahaya (nur).
-Terdapat setengah kita melihat amalan-amalan sebagai gambaran. Jangan kita rasa telah banyak kebaikan yang kita buat.
-Jangan kita tertipu dengan perbuatan baik yang kita buat. Ianya tipu muslihat dan cara iblis memasuki diri orang alim/agama.
-Allah bukan melihat kita dengan amalan kita. Allah juga tidak lihat kepada rupa paras kita.
-Allah Maha Mengetahui nilai hambaNya. Lihat hati dan keikhlasan hambaNya. Allah ingin melihat hati yang berbuat kebaikan.
-Intipati khutbah yang dibaca pada setiap hari Jumaat, “Wahai orang beriman, takutlah kamu dengan sebenar-benar takut. Jangan kamu mati melainkan dengan iman.”
-Jika hati kita tidak seronok duduk di masjid dan lebih suka duduk di pasaraya & tempat hiburan, maka hendaklah kita perbaiki hati kita.
-Amalan itu semata-semata tidak mencukupi. Ia hendaklah dibuat dengan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kecintaan kita kepada Allah dan utusanNya, Rasulullah saw.
-Hendaklah kamu buat sesuatu amalan itu kerana ikhlas. Jangan kita buat amalan kerana dunia. Jangan hendak dapat puji-pujian daripada manusia.
-Untuk membuat kebaikan perlu berilmu. Kita perlu berusaha dan bermujahadah. Maka baru sampai tahap keikhlasan. Kita ingin mendapat nikmat ikhlas.
-Kita jinjing sahaja dunia ini. Bahkan semua kita mengetahui bahawa setiap kita akan meninggalkan dunia.
-Maka tinggalkanlah dunia sebelum dunia meninggalkan kita.
-Ulamak menyatakan, untuk mendapat ikhlas ada tiga perkara yang perlu kita lakukan:
i. Banyakkan berzikir dengan Allah. Kita sucikan hati.
Kita tidak boleh mudah-mudah menhukum orang. Kita gunakanlah kacamata untuk melihat kekurangan kita dan jangan sekali-kali kita gunakan kanta unti melihat kekurangan dan aib orang lain.
Para sahaba dan para ulamak mereka amat yakin dan berpegang kepada dengan kalimah syahadat.
Ia membawa khusuk dalam solat. Ikut perintah Allah. Sentiasa ikhlaskan diri kepada Allah.
-Pada satu hari Nabi saw berhimpun bersama para sahabat. Kemudian datang seorang wanita yang kafir. Kemudian ia berikan beberapa biji buah jeruk yang sudah lama kepada Nabi saw. Nabi saw terima dengan muka gembira. Nabi saw makan sebiji demi sebiji sehingga habis. Para sahabat kehairanan. Nabi saw tidak kongsi dengan sahabat. Maka selepas wanita itu berlalu pergi,maka Nabi saw menerangkan kepada para sahabat kenapa baginda saw tidak kongsikan pemberian jeruk tersebut dengan para sahabat seperti kebiasaannya. Nabi saw menyatakan bahawa jeruk itu terlalu masam dan tidak sesuai untuk dimakan oleh para sahabat dan dalam masa yang sama Nabi saw tidak mahu wanita tersebut berkecil hati jika tidak dimakan.
-Menghormati orang, memuliakan orang adalah akhlak/adab yang mulia.
-Dengan orang kafir kita tidak boleh percaya secara membuta tuli. Ini kerana ia juga tidak percaya kepada Allah. Orang kafir itu ujian bagi orang Islam.
-Orang kafir itu jasadnya hidup tetapi hatinya mati. Tiada roh keimanan.
Untuk hidupkan hati maka hendaklah kita banyakkan ingat kepada Allah. Kita perbanyakkan zikir.
Apakah itu ikhlas:
-Ada ulamak menyatakan bahawa ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan malam atas batu yang hitam.
-Nabi saw pernah bertanya kepada malaikat Jibril apakah itu ikhlas. Lalu malaikat Jibril telah bertanya kepada Allah.
Allah berfirman dalam hadith kursi: “Ikhlas ini hanya Aku beri pada hamba-hamba Ku yang dicintai.”
-Justeru kita jangan banyak mengeluh dan jangan kita meminta-minta pada manusia. Kita rapatkan hubungan kita dengan Allah dan saling menjalin silaturrahim sesama insan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment