السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan: 3 Mei 2019/ 27 Syaaban 1440H (Jumaat) oleh Al Fadhil Ustaz Azrihisham b. Abdul Rahman
●Pendahuluan
1. Kita serah segala urusan kita kepada Allah. Segala keluh kesah kita hadapi diserahkan kepada Allah.
2. Kita serah diri kepada Allah hasil dpd segala kebaikan & kebajikan kita, pada masa sekarang dan masa akan datang.
-Kita bersangka baik bahaw pada masa akan datang kita dapat natijah yg baik-baik sahaja.
-Segala pekerjaan kita kesudahannya ialah kesabaran.
-Kita tidak tahu samada pekerjaan kita jadi baik (molek) atau tidak.
-Sesungguhnya ada pekerjaan zahirnya berupa kebaikan tetapi hakikatnya kejahatan.
Cthnya: makanan nampak sedap tetapi mungkin tidak baik utk kesihatan.
Ada yg mendapat anak yg dirasakan serba kekurangan tetapi hakikatnya ianya baik untuk ibubapanya dan sebaliknya.
Ada juga nampak sesuatu itu nampak zahirnya tidak baik tetapi hakikatnya baik. Cthnya, sakit nampak tidak baik tetapi sebaliknya hakikatnya ia adalah baik bila mana ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.
-Kita tidak putuskan sesuatu itu pada kehendak kita.
-Cthnya, walau pun kita berkehendakkan rezeki yg banyak tetapi Allah yg lebih tahu apakah yg baik untuk kita. Ada yg diberikan serba kekurangan tetapi ianya adalah baik & sebaliknya.
Kita hendaklah memilih untuk menyerahkan pada Allah yg mengurus & mentadbirkan urusan hambaNya.
Cthnya: samada anak kita berjaya atau tidak berjaya itu baik, Allah Yang Maha Mengetahui.
-Dalam segala urusan kita, bila kita ditimpa musibah / keluh kesah (serabut perut), maka kita yakinlah bahawa pada masa akan datang Allah akan memberi natijah yg baik kita.
-Dalam kehidupan ada beberapa “racun” dalam kelakuan berupa “madu”.
-Kita jahil dengan kesudahan kita. Rahsia-rahsia di sebalik kekurangan yg ada pada kita tidak diketahui oleh kita.
-Maka setiap perkara yg dilakukan, kita hanya membuat usaha & ikhtiar.
Kita hendaklah tetapkan dan putuskan dalam hati bahawa segala yg Allah tentukan baik untuk kita.
-Kemudaratan & musibah yg telah ditetapkan oleh Allah adalah baik utk setiap hambaNya.
-Jangan kita meminta kepada Allah perkara yg tidak bersesuaian dengan yg telah ditetapkan sunnatullah.
-Allah telah merencanakan (sunnatullah) bahawa syaitan/iblis adalah makhluk yg tidak dapat dilihat oleh manusia.
Justeru adalah tidak munasabah utk memohon kpd Allah utk melihat syaitan/iblis bagi berlawan dengannya.
-Pada satu kisah seorang yg ahli ibadat memohon kpd Allah utk bertemu syaitan/iblis. Ini kerana ia marah pada syaitan / iblis yg mengganggu & ia hendak berlawan dengannya.
Ini satu kesalahan & kesilapan yg besar. Bila ia terus berdoa maka ianya telah diperkenankan oleh Allah.
Maka bila ia dapat melihat syaitan/iblis ia cuba berlawan denganya. Tetapi syaitan/iblis cerdik, ia pengaruhi ahli ibadat itu bahawa umurnya akan panjang sehingga seratus tahun. Maka tidak perlulah utk ia bergaduh denganya.
Lalu orang itu yg mulanya ahli ibadat telah tidak lagi menjadi ahli ibadat. Ia rasa ada masa lagi, iaitu ia akan hidup lama lagi & tidak perlu terburu-buru untuk membuat ibadat pada masa sekarang.
Lalu ia telah menjadi fasik & melakukan banyak kemaksiatan. Akhirnya ia telah membawa dirinya kepada kebinasaan.
Dpd kisah ini, pengajaran kpd kita ialah jangan kita memohon perkara yg berlawanan dengan sunnatullah. Ia akan membawa kebinasaan kpd kita.
-Untuk menjauhi diri dpd hasutan syaitan kita perlu tahu bagaimana syaitan mempengaruhi manusia. Ia pengaruhi hati kita & berusaha untuk melonjakkan nafsu syahwat kita.
Tujuh langkah yg digunakan oleh syaitan. Pertamanya mempengaruhi hati manusia.
-Kita teruskan beribadat kerana kita tidak tahu bila kematian kita.
-Dalam bab menjaga hati ini perlu kita pasak diri kita utk tidak panjang angan-angan dan cita-cita.
-Bila hidup tidak menyerah diri pada Allah maka kita akan sentiasa dalam keluh kesah.
Maka kita serahkan segala pekerjaan kita kepada Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment