Thursday, 2 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (76/2019): RAHSIA DOA DALAM RAMADHAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 1 Mei 2019/ 25 Syaaban 1440H (Rabu) oleh Ustaz Harun Mohd Shah


●Pendahuluan
-Alhamdulillah kita tergolong dlm golong yg disebut oleh Nabi saw: “Sesiapa yg pergi keluar menuntut ilmu maka pahalanya adalah seperti berjihad ke jalan Allah dan pahalanya berkekalan sehingga ia pulang ke rumahnya.”
-Semoga dengan asbab kehadiran kita ke majlis-majlis ilmu & amalan-amalan lain, maka dosa-dosa kita diampunkan.
-Apa maknanya kita berada di bulan syaaban ?. Ia adalah bulan di mana kita berada di puncak bukit. Bulan Ramadhan ketua bagi semua bulan. Di dalamnya banyak rahmat & keampunan.
-Firman Allah: “Wahai Muhammad, jika manusia bertanya tentang Aku Muhammad, katakanlah bahawa Aku amat dekat dengannya”
-Allah amat dekat dgn kita. Dpd hari ke hari kita akan sentiasa diuji silih berganti sehingga kita mati. Allah ingin melihat hambaNya yg mana bertaqwa.
-Orang yg bertaqwa amat beruntung, ia akan sentiasa sabar dgn ujian.



-“Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan utk beribadat kpd Ku”
-Disebalik kesedihan & kesusahan akan ada kesenangan. Kesenangan itu adalah lebih lama.
Maka bila kita diuji silih berganti, kita berdoa & memohonlah kpd Allah.
Allah menyatakan bhw sesungguh Aku memperkenankan doa hamba Ku.
Doa kita akan didengar kpd Allah. Tetapi kita perlu ingat bhw Allah tidak berhajat thdp doa & amal ibadat kita.
Wp seluruh makhluk tidak sujud kpd Allah, Allah tetap tuhan kita. Hamba tetap seorang hamba.
Wp Firaun menga
Allah menyebutkan dlm al-quran bhw Allah itu hidup dan kekal selama-lamanya.
Ada orang tidak mengetahui kepentingan & hakikat amalan berdoa.
Nabi saw menyatakan bhw Allah sayang pada orang yg berdoa.
Allah timpakan musibah kecil utk kita dekat dan berdoa kpdNya.
Nabi saw menyatakan bhw doa itu adalah sebahagian dpd amalan yg mulia.
Berdoa itu amalan mulia kerana kita mengzahirkan kebergantungan kita kpd Allah.
Wp kita ada segala-segala nikmat, ttp jika Allah tidak mengizinkannya mk kita tidak dpt menikmati nikmat yg kita ada.
-Bila kita berdoa ttp kita tidak dapat, ketahuilah ada doa kita yg akan beri pd hari akhirat kelak. Nikmat yg paling besar ialah di akhirat kelak.
-Ada doa yg kita minta ttp Allah berikan yg lain.
Contoh seseorang berdoa utk banyak harta benda tetapi mungkin Allah berikan kesihatan kpdnya. Ada orang yg banyak kekayaan ttp ia tidak ada nikmat kesihatan.

-Kita hendaklah kita bersyukur kpd Allah. Kita lihatlah nikmat Allah dlm konteks yg luas. Jangan kita lihat dlm bentuk wang ringgit shj. Kita mempunyai isteri & anak-anak adalah juga rezeki wp kekurangan harta.
-Allah berfirman: “Nikmat Tuhan mu yg manakah yg kamu dustakan.”
-Ulamak berpesan kpd kita: “Jangan kamu minta sesuatu hajat kepada manusia. Mintalah kepada Allah yg pintu rezeki & nikmatNya sentiasa terbuka.”
-Allah marah & tidak suka pada orang yg tidak banyak berdoa kpdNya. Orang yg tidak byk berdoa ia adalah orang sombong.
-Maka hdklah kita banyak berdoa pd bulan Ramadhan.
Waktu Mustajab Utk Berdoa:
1. Waktu hujan turun.
2. Waktu sujud yg terakhir.
3. Pada hari jumaat (terutama waktu khatib duduk antara dua khutbah)
-Para perempuan & isteri juga dpt doa yg mustajab dgn memberi khidmat kpd suami & menjaga anak-anaknya.

4. Doa seorang ibu
5. Orang yg musafir
-Orang yg bermusafir yg datang kepada kita membawa rezeki & doanya adalah mustajab.

6. Orang yg banyak berbakti kepada ibubapa
7. Orang yg berpuasa sehingga ia berbuka
-Jangan kita syirik kepada Allah. Kita boleh menjadi syirik bila kita tidak menjaga hati kita. Kita perlu sentiasa ingat dan yakin bahawa segala usaha kita tidak membawa bekas. Segalanya adalah dpd Allah. Contohnya, bila kita sakit & kita makan ubat lalu kita sihat, maka ingatlah yg memberi sakit & yg menyembuhkan ialah Allah.
-Kita banyakkan berdoa: “Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab & Syaaban. Dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.”
-Doa itu adalah ibadat & kita mendapat ganjaran pahala.
Doa adalah harus. Perkara yg harus boleh menjadi ibadat bila diniatkan utk kebaikan.

-Semoga Allah memberi peluang utk kita beramal di bulan Ramadhan & kita mendapat malam Lailatul Qadar.
-Hendaklah hati kita ada rasa cinta & sayang kepada bulan Ramadhan.
Semoga kita dikurniakan kelazatan dlm melakukan ketaatan kpd Allah. Aamiin.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment