السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 19 Mac 2019/ 13 Rejab 1440H (Selasa) oleh Ustaz Maulana Mohd Firdaus Mohamad Darwi
●Pendahuluan
-Syukur kita telah dapat melaksanakan amanah Allah yg besar iaitu menuntut ilmu dan berjemaah.
-Syukur yg tertinggi atas anugerah iman kepada kita. Semoga Allah sentiasa kekalkan nikmat iman ini.
-Kisah khinzir yg berkata kepada Nabi Sulaiman a.s bhw ia hendak menjadi manusia. Maka dibawa permintaannya kpd Allah. Kemudian Nabi Sulaiman a.s menyatakan bhw ia boleh untuk jadi manusia tetapi dengan satu syarat. Syaratnya ia tidak mengenal Allah dan tidak beriman. Maka khinzir tidak mahu kerana ia tahu bahawa jika ia tidak beriman maka tempatnya dineraka. Sebaliknya jika ia terus jadi khinzir maka tiada hisab baginya.
Maka syukurlah dengan nikmat iman yg kita ada. Kita tidak boleh melihat keburukan saudara kita. Ini kerana semua tidak kedudukan masing-masing. Sebenarnya bila kita cuba lihat keburukan saudara kita, yang buruk itu hati kita. Iaitu umpama kita memakai cermin mata hitam. Kita sahaja yg nampak orang lain hitam (kerana cermin kita gelap).
Orang yg bersih hatinya ia akan sentiasa melihat kebaikan saudara kita.
-20 Nabi yang wajib kita imani.
Nabi Ayub:
-Seorang lelaki dpd keturunan Nabi Ibrahim a.s. Dilahirkan di Syam. Ia menjadi Nabi di Syam.
Umur 93 thn ketika wafat.
Ia disebut dgn ringkas dlm al-quran.
Nabi Syuib:
Juga dpd keturunan Nabi Ibrahim a.s. Ada juga ulamak menyatakan ia bukan keturunan Nabi Ibrahim a.s tetapi keturunan orang yg beriman kpd Nabi Ibrahim a.s.
Allah menghantar Nabi Syuib a.s sbg Nabi di kawasan penduduk Madian yg ketika itu tidak beriman dan muamalat sesama manusia yang rosak.
Mereka dalam urusan jual beli berniaga mengurangkan sukatan/timbangan.
Allah hantar Nabi Syuib as untuk mengajak mereka beriman kepada Allah dan berpegang kpd syariat iaitu mengenal hukum halal haram.
Penduduk Madian telah melakukan kerosakan sesama manusia. Mereka kemudian mempermainkan Nabi Syuib a.s. Mereka menolak keimanan. Maka kemudian telah memusnahkan dan memupuskan mereka semua.
Ia telah menjadi sunnatullah bhw orang -orang yg tidak mahu beriman maka Allah akan datangkan bala yg memumuskan mereka.
Surah Al-Araf : “Maka Allah telah mendatangkan gempa dan Allah telah mematikan mereka di rumah-rumah mereka. Orang yg mendustakan Nabi mereka maka ia umpama berada di kampung yg tidak didiami.
Kemudian Nabi Syuib a.s dihantar oleh Allah untuk berdakwah kepada kaum AsabbudAika.
Nabi-Nabi yg dihantar oleh Allah bukan sahaja dengan lisan tetapi juga dengan mukjizat.
Mukjizat didatangkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi untuk menunjukkan perkara luasa biasa dan bukti kebenaran.
Mereka juga tidak mahu beriman. Lalu Allah turunkan azab. Allah turunkan cuaca kemarau. Namun kaumnya mempermain-mainkan Nabi Syuib.
Bila diazab dengan kemarau maka pada satu hari datang awan yg gelap. Mula mereka merasakan bhw hujan hendak turun. Namun sebenarnya bukan hujan yg datang ialah hujan panas.
Hari Yaumul zullah (hari naungan).
Nabi Harun:
Ia menjadi Nabi selepas mendapat recommend Nabi Musa a.s. Namun mereka bukan berada di satu tempat. Namun sasaran dakwah mereka sama iaitu berdakwah kpd Firaun dan Bani Israel
Semua Nabi membawa dua perkara tersebut.
Nabi Musa:
-Kisah Nabi Musa a.s adalah antara yg banyak disebut dlm al-quran, iaitu hampir di setiap surah.
Nabi Iliasyak:
-Kisahnya tidak banyak disebut dalam al-quran.
Nabi Zulkefli:
-Anak kpd Nabi Ayub as. Berdakwah di Syam.
Nabi Daud:
-Nasabnya bersambung dgn keturunan Nabi Yaakub iaitu anaknya yg bernama Yakuza.
Ia juga menjadi Raja.
Nabi Sulaiman:
-Anak kepada Nabi Daud. Ia bukan shj jadi Nabi ttp ia menjadi Raja utk seluruh dunia tmsk Raja kepada semua binatang. Ia menjadi Nabi di Syam. Ada yg menyatakan bhw pentadbiran kerajaannya di Indonesia.
Nabil Eliyas:
-Nasab keturunan bersambung dgn Nabi Harun
Nabi Yunus:
-Berdakwah di kawasan Yunawah.
Ia telah dimakan ikan paus. Ia telah berdakwah kpd kaumnya namun ia telah membawa diri kerana kaumnya tidak mahu beriman. Kmdnnya kaumnya baru mula sedar bhw azab akan turun. Lalu mereka telah beriman.
Kisah Nabi Yunus telah menaiki kapal yg penuh muatan. Maka bila didapati lebih muatan maka mereka membuat undian untuk menentukan siapa yg perlu keluar dpd kapal. Lalu mereka telah buat undi. Selepas beberapa kali diundi mk terkena kpd Nabi Yunus. Kemudian Nabi Yunus a.s telah terjun ke laut, lalu ikan telah memakannya. Nabi Yunus a.s telah berada dalam perut ikan selama 40 hari.
[Nota: orang yg dpt takbir utama (takbir ula) selama 40 hari maka Allah akan beri kpdnya dua pelepasan iaitu pelepasan api neraka ]
Nabi Yunus a.s Allah telah beri tarbiah selama 40 hari. Tiga lapisan kegelapan (gelap dunia, laut dan perut ikan).
Nabi Yunus a.s telah bertasbih “Lahawala....”
Jika ia tidak berzikir maka ia akan berada dalam perut ikan selama-selamanya.
Nabi Zakaria:
-Anak saudaranya Maryam
Nabi Yahaya:
Nabi Isa:
-Membawa agama Nasrani. Namun slps itu, agama Nasrani telah diselewengkan.
Orang yahudi mereka suka membuat perancangan jangka panjang.
-Nabi Isyak a.s tidak wafat lagi.
Maka selepas itu dunia mengalami kekosongan (fatrah) Nabi. Ia dikatakan selama 500 tahun. Ini kerana hendak menunggu kedatangan Nabi yg paling agung, penutup segala Nabi.
Namun tidak semua para Nabi diceritakan oleh Allah dlm al-quran. Ada yg menyatakan ada seramai 124,000 orang Nabi.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment