Monday, 29 April 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (66/2019): KELEBIHAN MENDEKATI ORANG ALIM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 26 Mac 2019/ 19 Rejab 1440H (Selasa) oleh Ustaz Mohd Solehuddin
Sumber: Kitab Al-Jauhar Al Mauhub

●Pendahuluan
-Syukur dengan nikmat kurniaan Allah. Syukur kita dapat terus membuat ketaatan pada Allah. Kita dapat solat berjemaah & belajar ilmu.
-Manusia yg tidak bersyukur adalah jauh daripada Allah.
-Bulan Rejab banyak peristiwa yg besar. Antaranya peristiwa Isra’ & Mikraj.
Pada bulan inilah Nabi saw menerima perintah utk solat fardhu.
-Perkara utama yg akan disoal di akhirat kelak ialah solat.
Tempat solat lelaki ialah berjemaah di masjid/ surau.
M/s: 10: Kelebihan Ilmu dan Mendekati Orang Alim.
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa yg ziarah akan orang alim maka seolah-seolah ia ziarah akan daku dan barang siapa berjabat tangan akan orang alim maka seolah-seolah ia berjabat tangan akan daku. Dan barang siapa sekedudukan (duduk sekali) ia akan orang alim maka seolah-seolah ia sekedudukan dengan aku di dunia. Dan barangsiapa yg sekedudukan dengan aku di dunia maka ia akan sekedudukan dengan aku di hari kiamat.”
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa ziarah orang alim, akan Allah jamin baginya syurga.”
-Orang alim yg tidak beramal dgn ilmunya maka ia akan masuk ke neraka lebih awal dpd orang kafir.
-“Barangsiapa yg menziarahi akan orang alim yakni pada kubur dan dibacakan pada sisinya ayat-ayat Allah, maka memberikannya sebilang-bilang langkahnya mahligai di syurga. Dan baginya pada setiap satu huruf yg dibacanya satu mahligai yg diperbuat daripada emas.”
-Tidak terbalas kita nikmat kurniaan Allah pada kita.
-Hendaklah kita minta pada Allah supaya mati kita tidak dalam keadaan lalai dan Allah tidak murka pada kita.
-Kita doa utk mati dalam keadaan yg mulia, mati pd hari jumaat, mati pd bulan yg mulia (Ramadhan), di tempat yg mulia (Mekah & Madinah).
-Orang yg mati semasa menuntut ilmu adalah mati syahid. Orang yg mati lemas, kebakaran, dalam solat juga mati syahid.
-Hamba yg durhaka akan di masukan ke dlm neraka.
Hendaklah kita sedarkan diri. Jangan wujud suasana tidak baik semasa hidup di dunia.
-Di akhirat nanti, bila seseorang itu hendak dimasukkan ke neraka kerana kekufurannya, maka Allah minta tanya kepada ia: 
“Adakah ia pernah duduk dgn orang alim, adakah pernah rasa kasih pada orang alim, adakah pernah makan dgn orang alim, adakah ia bermunafat pada org alim, adakah ia ada sahabatnya yg kasih pada orang alim...”
Jika ada maka akan ada kebaikan baginya.
Justeru marilah kita mendekati orang alim dan janga kita membenci orang alim dan sesama Islam.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment